Sabtu, 30 Ogos 2014

Kenapa Makan Omega Guard Shaklee Badan Jadi Gemuk?!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam MS ada terbaca luahan seorang pengguna set kurus  Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee bahawa beliau bukannya semakin kurus malah bertambah gemuk pula! Kenapa boleh jadi macam ni ye?
Bukan ke sepatutnya dua benda ni  boleh buat kita jadi kurus??

Jeng! jeng!jeng!

Perlu diingat, suplemen bukan UBAT MAGIK untuk kurus!

Ok, pertama sekali untuk turunkan berat badan, banyak perkara kita perlu pertimbangkan. Antaranya jumlah kalori keluar masuk, pengambilan air kosong, senaman, metabolisme tubuh sendiri, healing crisis dan disiplin diri.

Selalunya, apabila seseorang mengambil suplemen, mindset mereka akan 'bergantung 100%' kepada suplemen untuk kurus dan mengabaikan faktor-faktor yang lain.

Berbalik kepada isu asal, kenapa makan Omega Guard Shaklee tapi boleh jadi gemuk?? Ada beberapa kemungkinan berlaku disini.

Omega Guard (minyak ikan) juga mengandungi kalori. Satu hidangan Omega Guard (3 kapsul) hanya mengandungi 990mg asid lemak Omega 3. Metabolisme 1gram lemak akan menghasilkan 9 kalori dan jika kita mengambil dos Omega 3 metabolisme tubuh akan menghasilkan sekitar 4.5 kalori sehari.  Ini signifikan dengan jumlah pengambilan kalori harian kita.

Oleh kerana Omega Guard berasal daripada lemak, maka terdapat komponen lemak lain juga selain Omega 3. Jadi, satu hidangan Omega Guard berkemungkinan mengandungi sehingga 23- 27 kalori.

Apabila kita mengambil suplemen contohnya Omega 3 atau Lecithin, tidak bermakna keluar masuk kalori boleh di abaikan. Adalah baiknya kita mengikut 'portion' hidangan contohnya dalam rajah My Plate di bawah.

Perhatikan kumpulan sayur dan buah-buahan seelok-eloknya separuh pinggan!

Selain mengambil suplemen seperti Omega Guard dan Lecithin, senaman juga tidak boleh diabaikan. Jadikan senaman satu rutin harian supaya tubuh akan sentiasa membakar kalori secara tetap. Adalah salah sekiranya kita cuma melakukan senaman 'keras' tetapi cuma seminggu sekali apalagi cuma sebulan sekali atau setahun sekali.

Pengambilan air kosong mencukupi juga sangat penting. Sukat air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 1liter per 25kg berat badan. Air kosong membantu kita membakar kalori lebih cepat lagipun ia mengandungi 0 kalori!

Suplemen Omega 3 telah terbukti amat membantu dalam penurunan berat badan selain mempunyai kebaikan meningkatkan tahap kesihatan. Omega 3 membantu mengurangkan risiko serangan jantung, rheumatoid athtritis, pembengkakan, Alzheimer, diabetes dan pelbagai masalah kesihatan.

Tidak ada bukti menunjukkan Omega 3 boleh menyebabkan kenaikan barat badan atau dalam kata lainnya gemuk.

Jadi, pertimbangkan semula faktor-faktor lain yang berkemungkinan menyumbang kepada kenaikan berat badan anda!

Untuk pertanyaan atau pembelian Omega Guard Shaklee, Set Kurus Shaklee berserta konsultasi eksklusif percuma, hubungi:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wassap: 012-9645614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan