Enter Keyword

TENTANG SAYA

Assalamualaikum w.b.t

Saya Puan Suhaila, ibu kepada empat orang cahaya mata dan pengguna produk Shaklee sejak tahun 2012. Saya adalah ibu yang menjalankan bisnes Shaklee dari rumah atau lebih tepat lagi Work At Home Mother (WAHM). Alhamdulillah saya mendapat sokongan penuh suami untuk menjalankan bisnes, di samping menjalankan kerja-kerja harian sebagai seorang isteri dan ibu.




Minat saya dalam bidang kesihatan bermula sejak saya di universiti lagi dan alhamdulillah dengan izin Allah saya menerima ijazah dalam bidang Sains Biokesihatan.

Jiwa saya terhadap bidang kesihatan ini sangat kuat dan saya begitu teruja kerana selepas menyertai Shaklee, saya bukan saja dapat mengamalkan apa yang telah dipelajari malah lebih daripada itu, ilmu yang saya dapat semakin bertambah dari hari ke hari.

Alhamdulillah. Saya juga dapat mengembangkan apa yang saya pelajari kepada organisasi di bawah saya.

Saya juga sangat seronok dan teruja untuk berkongsi segala info dan maklumat kesihatan kepada orang awam supaya kita semua dapat menjalani hidup dengan cara yang lebih sihat, semulajadi dan holistik. 

Sebagai surirumah dan ibu yang menyusukan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan semua anak-anak mendapat khasiat pemakanan seimbang untuk pembesaran dan perkembangan mereka. Begitu juga dengan diri sendiri. Sebagai 'ibu keluarga', saya harus memastikan diri kami suami isteri sentiasa sihat kerana kamilah tempat anak-anak bergantung. 

Syukur Alhamdulillah, produk Shaklee telah menjadi asbab yang banyak membantu kesihatan kami sekeluarga. Sebab itu kami ingin berkongsi kebaikannya dengan anda pula.

Salam Sayang,

Puan Suhaila
Pengedar & Konsultan Nutrisi Shaklee
Founder Suhaila Network
013-2369434
ID: 868994


Come and join us!

2 ulasan: