Enter Keyword

Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmanirrahim..

Mendapatkan protein dalam diet seharian agak sukar melainkan anda mengambil menu berasaskan daging. Protein whey dan protein soya kedua-duanya adalah pilihan vegetarian yg mempunyai kandungan protein tinggi.

Setiap jenis protein ini, boleh didapati dalam bentuk suplemen, yang selalu digunakan oleh ahli bina badan dan individu yang ingin meningkatkan jisim otot. Dalam menentukan jenis protein manakah yang sesuai untuk anda, mari kita membandingkan perbezaan antara kedua-duanya.

Sebenarnya, ada pertikaian yang besar tentang yang manakah; soya atau susu yang baik untuk kita. Hal yang sering dipertikaikan adalah tentang protein dalam bentuk serbuk. Adakah lebih baik mengambil suplemen dari protein whey (daripada susu) ATAU protein soya?

Kelebihan whey

1. Protein whey boleh membantu menyokong imun system. Sistem imun yang baik mengekalkan kita dlm keadaan sihat dan membantu kita mencapai impian hidup.


2.Protein whey ada faktor di dlm bdn yg betukar kpd derivative hormone pertumbuhan. Ini boleh menolong otot pulih dan mengoptimakan kesihatan.


3.Protein boleh memasuki system salur drh dan otot dgn pantas. Ini bagus apabila, slps melakukan senaman, ia menolong memulakan proses pemulihan yg memberi otot lebih asid amino untuk pertumbuhan.


 Kekurangan whey



1. Protein whey selalu melalui proses pempasteuran, dimana boleh merosakkan sesetengah protein dan faktor pertumbuhan, membuatkannya tidak berguna utk tubuh.
2.Protein whey mungkin boleh dipenuhi oleh bahan kimia estrogenic yg biasa digunakan dlm industry penternakan yg menyebabkan pertambahan berat badan.
3. Protein whey boleh menyebabkan laktos intolerans; apabila anda mengalami lactose intolerans, anda tidak mempunyai enzim yg diperlukan utk memecahkan molekul laktos. Ini akan menyebabkan kembung, angin/gas dan lain-lain masalah penghadaman. Sesetengah protein, laktosanya telah dibuang untuk mengatasi masalah ini.

Kelebihan soya
1. Protein soya TIDAK mengandungi laktosa. Ini bermakna mereka yang “laktose intolerant’ boleh mengambilnya tanpa rasa takut tentang gangguan usus.
2. Serbuk protein soya “completely” berasal dari tumbuhan (kacang soya). Golongan vegetarian lebih cenderung mengambilnya kerana ia bukan berasal dr haiwan.
3. Kacang soya adalah ‘satu-satunya’ sumber lengkap protein berasaskan tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan tidak mempunyai asid amino yang diperlukan oleh badan tetapi soya ADA.

Kekurangan soya
1. Protein soya yang dipasteur, boleh menyebabkan ia kehilangan sangat banyak nilai nutrisi. Ia juga mempunyai perencat protein (protein –inhibitor) yg menghalang bdn kita dari mampu menggunakan protein secara menyeluruh.
2. Fiber daripada protein soya boleh jadi kasar dan keras. Ini tidak baik untuk orang yang mempunyai saluran penghadaman yang sensitif.
3. Soya mengandungi 'phytates' iaitu satu bahan yang merencat penyerapan mineral dan iodin. Ini berpotensi menyebabkan tulang kehilangan densiti, melemahkan tulang atau mengurangkan fungsi tiroid, lalu menyebabkan pertambahan berat dan menurunkan metabolisme tubuh.
4. Soya mengandungi isoflavons yang berpotensi meningkatkan paras estrogen. Lebihan estrogen terhadap lelaki dan wanita boleh menaikkan berat badan dan memburukkan lagi masalah yang berkaitan dengan hormon estrogen.

Kebanyakan soya yang dihasilkan hari ini 'dimandikan' dalam larutan heksana dimana heksana boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan dan juga tidak baik untuk persekitaran.


MARI BERKENALAN DENGAN PROTEIN SOYA DENGAN LEBIH DEKAT (^_^)


Protein soya berasal dari tumbuhan kacang soya. 


Protein soya mengandungi 'phytoestrogen' yang mana boleh meningkatkan amaun estrogen dalam tubuh.


Oleh kerana pembinaan otot direncatkan hingga ke paras tertentu estrogen, terdapat beberapa pandangan tentang ahli bina badan patut mengelakkan soya dalam diet harian.


Protein whey lebih mudah dipecahkan dan di gunakan berbanding protein soya.


Soya mempunyai keseimbangan asid amino yang lebih baik dan ia dianggap protein berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan whey.


Protein soya mempunyai faedah kesihatan tambahan dalam menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, menurunkan paras kolesterol, dan mengurangkan risiko mendapat kanser.


Whey protein secara amnya lebih mahal berbanding soy protein. 


sumber: internet


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN-ESP





·         Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

·         Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

·         Isoflavones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

·         Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.

·         Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.


Sumber: MamaAiman


Beribu-ribu yang telah menikmati kebaikan soya dari Shaklee dan rata-ratanya sangat berpuas hati.. Mengapa


 tidak anda? 


Hubungi saya untuk mendapatkan ESP anda dengan harga menakjubkan!!


PROTEIN SOYA VS PROTEIN WHEY

by on Jun 27, 2012
Assalamualaikum w.b.t.. Bismillahirrahmanirrahim.. Mendapatkan protein dalam diet seharian agak sukar melainkan anda mengambil menu bera...
Liza, 26 tahun, sering sibuk dengan tugas-tigas seharian sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Kesibukannya seringkali membuatkan dia sering mengabaikan pengambilan makanan tepat pada waktunya. Hinggalah pada suatu hari dia merasakan amat sakit di bahagian perutnya hingga terbaring seharian akibat kesakitan. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit yang amat sangat, Liza akhirnya bertemu doktor dan barulah dia tahu rupa-rupanya dia mengalami gastrik.


Apa itu gastrik?
Gastrik atau nama perubatannya merujuk gastrisis, merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. Tidak semua kesakitan dibahagian perut disebabkan oleh gastrik oleh itu pesakit perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menganggap sakit di bahagian perut itu adalah gastrik.

Gastrik semasa berpuasa
Sakit gastrik lebih dirasai semasa berpuasa kerana disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
  
 "Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.

Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 

Simptom gastrik 

 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
 * Terasa loya. 
 * Berat badan turun. 
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
 * Kerap sendawa. 

Punca Gastrik
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Tabiat pemakanan tidak mengikut waktu
  • Tekanan
  • Bahan-bahan kimia seperti non-Steroid Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs)
"Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka."

Penawar Gastrik

-Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low.

-Susu lembu biasa (atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.

-Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah lebih baik.

-Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

-Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Amalan lain:
Sarapan pagi: minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang)

10.30pagi:  minum susu dengan kuih atau biskut

lunch:  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4 ptg: minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.

dinner: dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.

Sebelum tidur: minum susu lagi.

*Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
*Elakkan makanan mengandungi cuka.
*Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat sendiri (optional)
*Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan gastrik dah lega.

SHAKLEE dan GASTRIK

Bagi pengidap gastrik teruk, selain mengamalkan tip-tip pemakanan diatas, anda boleh melengkapkan menu harian anda dengan vitamin semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh badan anda. Selain meminum susu, anda boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji setiap hari sebelum tidur setiap malam. Anda juga boleh mengambil Vitamin B-kompleks untuk mengurangkan simptom2 gastrik seperti sakit kepala dan sakit perut.

Ostematrix Shaklee:
  • membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu pengecutan otot dan melancarkan sistem saraf
  • membantu mengurangkan simptom2 seperti sengugut, perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

B-kompleks Shaklee:
  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • menguatkan jantung, peparu dan organ penting lain
  • sintesis DNA
  • membantu menguruskan tekanan
  • membina tenaga metabolisme
  • sebagai painkiller terbaik menggantikan paracetamol (panadol)
Harga Runcit:
Ostematrix : RM61 (WM)
B-kompleks: RM53.75 (WM)

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi istimewa!

Suhaila
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com


sumber: UstazUwais.Com
             emjayb.multiply.com

  

GASTRIK: Punca dan Penawar

by on Jun 23, 2012
Liza, 26 tahun, sering sibuk dengan tugas-tigas seharian sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Kesibukannya seringkali membua...
Masih ingat lagi tak iklan minyak ikan dimana anak dan ayah pulang memancing sebelum hujan dengan perasaan gembira sebab mereka yakin sihat kerana mempunyai omega-3 kan??


Apa itu Omega? Dari mana Omega itu berasal?

Asid lemak Omega 3 biasanya dianggap sebagai asid lemak. Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan omega-3 secara semulajadi, oleh itu ia perlu diambil dari sumber makanan yang lain.

Asid lemak omega-3 biasanya ditemui dalam haiwan seperti ikan salmon, tuna, serta tumbuhan laut seperti alga, dan beberapa jenis kekacang. Ia juga dikenali sebagai asid lemak poli tak tepu (PUFA). Asid lemak omega-3 biasanya memainkan peranan penting dalam fungsi otak serta pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Omega-3 kini popular kerana ia juga berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung. Persatuan jantung Amerika menyarankan agar memakan ikan yang mempunyai kandungan omega 3 dalam lemaknya seperti ikan tuna, mackerel, hering, sardin dan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Antara lain fungsi omega-3 ialah dapat membantu dalam masalah:

Sudah hampir tiba masanya untuk ibu-ibu kembali bekerja. Sudah tentu ibu tidak mahu melepaskan peluang meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berjaya. Dengan sedikit perancangan awal, anda masih boleh melakukannya sambil meneruskan kewajipan bekerja.

Mula merancang
Bekerja dan menyusukan bayi bermaksud anda perlu memikirkan tentang memerah susu badan untuk dibekalkan kepada bayi sementara anda tidak ada di rumah:

• Buat keputusan sama ada hendak memerah susu dengan tangan atau pengepam payudara.
• Memerah susu dengan tangan lebih selesa dan murah tetapi anda perlu berlatih melakukannya.
• Memerah dengan pengepam lebih cepat dan kurang meletihkan anda tetapi ia mungkin agak sukar untuk
mendapat jumlah susu yang banyak dan boleh juga menyakitkan anda (jika ya, perahlah menggunakan
tangan).

**Jika anda memerlukan pengepam, carilah pengepam yang:

  • mudah dibawa, diguna dan dibersih serta mempunyai bahagian yang mudah disterilkan.
  • dapat meransang penghasilan susu, dan dapt mengepam susu sepenuhnya keluar dari payudara
  • tidak memberi trauma kepada payudara

PENYUSUAN DAN IBU BEKERJA

by on Jun 21, 2012
Sudah hampir tiba masanya untuk ibu-ibu kembali bekerja. Sudah tentu ibu tidak mahu melepaskan peluang meneruskan penyusuan susu ibu sehingg...
Salam sihat semua!! Sudah menyusukan bayi anda? Alhamdulillah... Jangan tak tahu, ada dikalangan kita yang takut dan tak mahu menyusukan anak dengan susu ibu. Sayangnya kan??

Mengapa tidak? susu ibu adalah makanan PALING BAIK untuk bayi tersayang anda. Khasiatnya tidak perlu diragukan lagi..

Mungkin ada dikalangan ibu-ibu yang salah faham tentang penyusuan susu ibu ni kan? Jom kita kenalpasti apakah alasan-alasan yang lazim diberikan ibu yang tidak mahu menyusukan bayi secara eksklusif.


"Saya tidak mahu payudara yang kendur.." :'(
Sebenarnya penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin sering menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya  ia disebabkan oleh faktor usia dan graviti.

"Penyusuan susu ibu menyusahkan!"
Penyusuan susu ibulah yang paling memudahkan. Pengalaman saya, saya lebih mudah/ bebas bergerak kemana-mana saya ingin pergi dengan bayi saya kerana sy tidak perlu menyediakan peralatan menyusu, tak perlu risau tentang bekalan, penyimpanan serta pencemaran akibat susu formula. Tambahan saya boleh menyusu di mana2 dan bila2 masa malah tiada kos yang perlu dikeluarkan. Tahukah anda kebanyakan pasaraya hipermarket kini menyediakan ruang untuk ibu2 menyusu dengan lebih selesa??

"Kenapa susah2 nak susukan bayi sedangkan saya perlu kembali bekerja? susu banyak dijual di pasaraya"
Saya akan menerangkan teknik penyusuan dan kaedah bagi ibu2 yang kembali bekerja namun dalam masa yang sama boleh menyusukan bayi.
KEGUGURAN! adakah terasa ngeri mendengar perkataan itu? Ini kisah tentang saya..

Saya mempunyai dua orang anak lelaki, yang pertama berusia 4 tahun (lahir pada 22 Mac 2008) manakala yang kedua berusia sebelas bulan kini (lahir pada 12 Julai 2011). Saya memang merancang untuk TIDAK mempunyai anak dalam waktu terdekat ini memandangkan bayi saya belum cukup setahun umurnya. Namun, saya tidak mengamalkan pengambilan pil perancang sebagaimana sesudah kelahiran anak pertama. Hajatnya saya ingin merancang secara semulajadi.

Haid tidak datang
Pada bulan April 2011, saya mula perasan yang haid saya tidak datang seperti biasa. Saya cuma menganggap itu hanyalah perubahan hormon dan saya menunggu lagi hingga ke bulan seterusnya, Mei. Dalam masa yang sama saya mengamalkan pengambilan Osteomatrix kerana saya berasa sakit di bahagian pinggang sejak sebulan yg lalu (saya langsung tak sedar sakit pinggang itu sebenarnya tanda2 kehamilan saya!)

Saya juga ada berbincang dengan upline saya tentang ketidakdatangan haid tersebut, dan beliau mencadangkan saya mengambil GLA, TETAPI saya haruslah mengesahkan bahawa saya tidak hamil. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan pakaian saya, saya akhirnya pulang kekampung tanpa melalukan apa2 ujian pengesahan kehamilan. (masih menganggap hormon tidak stabil). Saya menyedari sakit pinggang saya semakin kronik dan saya yang mengalami batuk menyebabkan sakit pinggang itu terasa begitu menyakitkan.

Dikampung, kakak ipar saya mempromosi satu produk iaitu Habbatus sauda dari sebuah syarikat. Saya yang mahukan hormon saya kembali stabil semula hanya menurut dan saya mula mengambil beberapa biji softgel habbatus sauda. Keesokannya, saya dapati haid saya mula datang. Saya bersyukur kerana dengan produk itu saya kini tidak resah lagi TANPA menyedari itu  sebenarnya adalah petanda awal keguguran!

Haid semakin banyak
Setelah pulang semula kerumah dari kampung, saya mula perasan haid saya semakin banyak walaupun sudah masuk hari ke-5. Dan pada hari ke tujuh, darah turun membuak2 menyebabkan saya terpaksa menukar pad.   Saya amat terperanjat kerana semasa di dalam toilet ada ketulan darah yang besar berserta ketulan berwarna putih. Saya mula berdebar2. Darah kini mencurah2 namun saya tidak merasakan sebarang kesakitan.

Setelah menyalin pad, darah makin banyak hingga dalam masa beberapa minit pad sudah mula penuh dengan darah. Saya duduk diam tidak bergerak sambil menunggu suami pulang (mujur, suami dalam perjalanan pulang dr kerja). Saya berasa agak panik lalu teringatkan kakak yang pernah keguguran. Saya menelefonnya semata-mata untuk bertanyakan tanda2 keguguran. Setelah pasti bahawa saya ini mungkin keguguran, kami bergegas ke hospital. (Di dalam hati masih berharap bahawa itu hanyalah pendarahan haid biasa).

Disahkan mengandung dan keguguran

KEGUGURAN

by on Jun 18, 2012
KEGUGURAN! adakah terasa ngeri mendengar perkataan itu? Ini kisah tentang saya.. Saya mempunyai dua orang anak lelaki, yang pertama berusi...
Assalamualaikum dan hai semua!! salam perkenalan dgn blog baru saya. Blog ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan dan pengambilan supplement yang tepat untuk menjadikan anda dan family sentiasa sihat ceria dan bahagia selamanya InsyaAllah..

Entry baru saya akan masukkan sedikit demi sedikit dan jom follow kami di sini!!

SALAM SIHAT SEMUA!!

by on Jun 17, 2012
Assalamualaikum dan hai semua!! salam perkenalan dgn blog baru saya. Blog ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan dan pengam...