Enter Keyword

Setiap hidung mesti mempunyai whitehead atau blackhead. Tak banyak sikit mesti ada punya.

Ciksu teringat, dulu-dulu punya hobi suka sangat cabut whitehead guna pengepit besi. Masa bujang-bujang dengan masa belum ada anak dulu bolehla kau nak mengadap cermin berejam-jam kan.

Dulu hidung encik suami pun jadi mangsa ciksu. Punya takdak kerja. hahaha

Ni anak dah berderet, silap-silap ada yang makan cermin sat lagi huhu.

Whitehead dan blackhead ni, walaupun sikit, tetap tak comey di pandang. Pegang hidung sendiri pun rasa kasar semacam. Geramm je kan rasa nak tenyeh-tenyeh bagi hilang.


Sebenarnya membuang whitehead dan blackhead ni takdelah susah sangat. Kalau betul caranya memang cepat hilang dan susah dia nak muncul balik.

Ok, hari ni Ciksu kongsi 5 cara bagaimana nak hilangkan whitehead dan blackhead yang menghantui hidup korang tu.

#1. Facial steam

Tak payah fikir nak pergi spa. Cukup dengan cara masakkan air dalam periuk hingga mendidih. Tutup api, dah tadahlah muka pada wap panas tu. Hati-hati jangan sampai melecur pula. Buat selama lima minit. Kemudian, lap dengan tuala kering.

Tujuannya untuk buka pori muka kita dan memudahkan kita membuang whitehead yang degil melekat tu.

#2. Oatmeal

Selain bagus untuk kulit kering, oatmeal dapat bantu buang sel kulit mati. Ia akan menyerap lebihan minyak pada wajah dan membuka liang pori.

Caranya sediakan:

2 sudu yogurt plain
1 sudu jus lemon
1 sudu madu
4 sudu serbuk oatmeal

Campurkan kesemua bahan ni dengan sikit air supaya jadi pes. Sapu pada muka dan biar selama 10 minit. Ulang cara ni sekali atau dua kali seminggu.

#3. Jus lemon



Jus lemon kaya dengan antioksidan yang dapat melembapkan wajah, serta membuang minyak berlebihan.

Caranya, ambil putik kapas, celup dalam jus lemon dan sapu pada wajah yang ada whitehead dan blackhead. Biar selama 20 minit, baru basuh muka.

Elok dibuat sebelum kita masuk tidur.

#4. Cuka epal

Ramai yang tak tau, cuka epal sebenarnya sangat bagus untuk kulit. Ia juga bantu melawan pertumbuhan jerawat taw.

Caranya mudah je. Campurkan 1 sudu cuka epal dalam secawan air. Ambil kapas muka, celup dalam campuran tu tadi dan 'dap, dap' je ke muka. Biar selama 10 minit, kemudian boleh basuh seperti biasa.

#5. Kulit kayu manis



Dulu masa sekolah selalu orang asah kulit kayu manis. Sekarang tak payah asah. Beli je serbuk kulit kayu manis tu di kedai.

Kulit kayu manis boleh meransang penghasilan kolagen dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.

Caranya, dapatkan 1 sudu  teh gel aloevera, 1sudu teh madu, kemudian masukkan secubit serbuk kulit kayu manis, jadikan pes. Sapulah pada muka dan biarkan selama 15 minit.

Boleh ulang cara ni 2-3 kali seminggu.

Walaupun nampak mudah, tapi rasanya liat juga kita nak buat ye tak. Mau tak Ciksu tunjuk cara yang lagi giler-giler punya senang?

Pakai je Makeup Remover ni!


Nama je Makeup Remover, yang tak pakai mekap pun boleh guna untuk sental whitehead dan blackhead.

Gentle Action Makeup Remover ni memang jadi rebutan sebab ia berkesan dengan cara:
  1. Melicin, melembut, dan menyerikan kulit
  2. Menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa rosakkan kulit
  3. Menyegar dan menegangkan kulit
  4. Rumusan ringan, tidak berminyak dan aroma amattt menyegarkan
Cara nak guna pun senang. Picit dan tonyoh je. Tak ambik masa lama pun.

Ni testimoni pengguna Makeup Remover yang puas hati sangat bila whitehead dan blackhead senang nak hilang.




Best kan?? Wahh tak sabar nak order ni! Berapa ringgit ni?

Murah je... Harganya cuma RM98.75 sahaja. Tahan sehingga berbulan-bulan! Memang berbaloi dan tak menyesallah.

Dah la selamat, berasaskan tumbuhan, dan memang bebas dari bahan kimia terlarang yang boleh merosakkan kulit wajah macam krimkilo tuh.

Jom dapatkan Gentle Action Makeup Remover ni, hubungi Ciksu sekarang!

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994


Alhamdulillah...

Syukur, dengan izin Allah, Ciksu selamat melahirkan bayi perempuan pertama (selepas tiga orang bayi lelaki) pada 5 April 2017 yang lalu.

Nak ikutkan, sepatutnya kena induce tepat tarikh due sebab Ciksu ada GDM masa hamil. Mujur saja, hari yang sepatutnya doktor masukkan ubat induce tu, tanda bersalin dah keluar.

Pagi 4 April tu dah turun darah dan ada sikit sakit contraction. Selamat, kalau tak kena induce. Orang kata sakit. Wallahua'lam.

Makanya dari pagi tu sakit sekejap datang sekejap hilang. Lepas buang air boleh pulak sakit tu hilang. Ciksu ni kalau boleh nak beranak cepat je. Sebab dah dua hari tinggal anak kat rumah.

Menjelang petang tu, dah boleh rasa sakit makin kuat. Ciksu bertahan je tak pergi kencing.

Dah malam, masa tu tengok jam nak pukul 11, dalam masa setengah jam, 3-4 kali contraction, terus bagitau misi. Doktor cek dah 6cm, apa lagi, cepat je diorang tolak masuk dewan bersalin.

Alhamdulillah, tepat 1.44 pagi, lahirlah puteri pertama kami. Lega teramat sangat dah keluar seketul tu kan. Lepas tu proses nak keluarkan uri pula.


Entah macam mana, tiba-tiba misi kata uri susah nak keluar. Duduk jauh ke dalam katanya..Ayarkkk.. Dia tekan-tekan perut Ciksu, cuba tarik-tarik tapi takmo keluar. Nada suara tu macam gelabah je. Doc pun tengok jam berapa minit dah ambik masa.

Lepas tu doc pula cuba buat. Kuat juga dia tekan perut Ciksu, tapi uri still tak nak keluar. Dalam kepala otak Ciksu ni dah macam-macam fikir dah. Persoalan demi persoalan melintas dalam kepala.

Kalau uri lekat jadi apa? Kena operate ke? Takkan operate kot? Dah la sakit kat bawah, kang sakit ikut atas pulak.. Cuak giler rasanya.. Doc dengan misi pun dah buat muka cuak. Ciksu apa lagi. Huhu..

Dah lebih 20 minit masa tu, misi cuba lagi sekali. Sambil mulut misi terkumat kamit baca ayat apa tak tau, Ciksu pun duk baca juga doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu.

Laailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Beberapa minit lepas tu, akhirnya uri pun keluar. Ya Allah lega rasa.

Uri melekat ni bahaya. Tak pernah terfikir sebelum ni sebab jarang dengar. Lagipun ikut doktor, uri melekat ni jarang berlaku.

Selain tumpah darah, uri melekat boleh mengancam nyawa!

Ada beberapa punca yang menyebabkan uri boleh melekat dan kebanyakan ada kaitan dengan rahim seperti uri tu sendiri tertanam pada lapisan otot rahim.

Maklumat lanjut mengenai uri melekat ni boleh rujuk pada tulisan doktor-doktor ye :)

Apapun, pengalaman bersalin kali ni tetap jadi satu kenangan yang tak boleh lupa. huhu.. Sampai rasa takmau beranak lagi dah haha..

Ciksu doakan ibu-ibu yang bakal bersalin tu, semoga selamat dan dipermudahkan semuanya ye. Banyakkan zikir dan doa. InsyaAllah.