Enter Keyword

Dalam banyak-banyak organ dalam badan kita ni, organ apa yang paling banyak guna tenaga?

Ya, J.A.N.T.U.N.G!

Jantung kita berdenyut setiap saat untuk mengepam darah ke seluruh badan, menghantar oksigen dan nutrien kepada sel dari hujung rambut hingga hujung kaki, serta menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh seperti karbon dioksida dan bahan buangan yang lain.

Jika jantung berhenti, tercabutlah roh dari jasad meninggalkan diri kita yang kaku.


Sel dan tisu badan kita sangat perlukan bekalan  nutrisi dan oksigen yang berterusan supaya ia dapat berfungsi dengan baik dan efektif.

Oleh kerana jantung juga adalah sejenis 'otot', sudah tentu ia sendiri perlukan bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi.

Bagaimana fungsi jantung terjejas?

Sebarang 'blockage' pada arteri boleh menyebabkan serangan jantung, atau kerosakan kepada otot jantung. Serangan jantung  (heart attack) adalah berbeza dengan cardiac arrest.

Cardiac arrest adalah satu keadaan dimana jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan ini biasanya disebabkan oleh gangguan elektrikal pada ritma jantung.

Serangan jantung turut boleh menyebabkan cardiac arrest.

Jantung orang dewasa mengepam lebih kurang 5.7 liter darah ke seluruh tubuh, dan berdenyut antara 60-80 kali seminit.

Penyakit jantung koronari

Adalah penyakit jantung yang paling biasa di alami dan menyebabkan kematian kira-kira 370,000 orang setahun.

Ia disebabkan oleh pembentukan plak dalam arteri pesakit jantung, lalu menghalang pengaliran darah ke seluruh tubuh.

Antara mereka yang berisiko ialah:

  • pesakit darah tinggi
  • mempunyai tahap kolesterol LDL yang tinggi
  • merokok 
Serangan jantung sebenarnya boleh dicegah dari awal.

Kita wajib mengamalkan cara hidup yang lebih holistik:

1. Menjaga pemakanan

2. Banyakkan bergerak dan bersenam

3. Menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat

4. Mentaati perintah agama masing-masing

5. Berhenti merokok

6. Mula mengambil suplemen

Suplemen Shaklee Untuk Kuatkan Jantung

shaklee kuantan

Omega Guard 

Minyak ikan tulen yang terkenal dan bestseller di Shaklee ini lengkap dengan 7 spektrum asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA. 

Ia berfungsi memecahkan lemak trigliserida dalam salur darah, melancarkan peredaran darah, mengurangkan inflamasi dan radang pada otot jantung, sel serta salur darah.

Phytocol ST

Mengandungi sterol dan stanol tumbuhan membantu mengurangkan penyerapan kolesterol daripada makanan serta membantu menurunkan tahap kolesterol LDL dalam darah.

CoQ-Trol Plus

Adalah suplemen CoQ10 yang digabungkan dengan resveratrol dan tocopherol yang amat bagus untuk meningkatkan tenaga otot jantung untuk mengepam darah.

Ia antioksidan kuat yang menghalang kerosakan sel dan tisu otot jantung juga untuk seluruh tubuh badan.

Satu set ini berharga RM482.50 (penggunaan 1-2 bulan).

Set ini mesti di miliki dan di amalkan selalu oleh mereka yang sayangkan jantung yang sihat. 🏩🏩

Jika berminat untuk mendapatkan set suplemen ini, hubungi saya:

-Puan Suhaila-


ID: 868994

Bagi mereka yang mempunyai kad debit atau kredit, boleh buat belian sendiri secara online, klik:


* Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah atau merawat penyakit, ia adalah suplemen yang memperbaiki tahap kesihatan.

Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. 

Bagaimana nutrient ini membantu pesakit jantung?

“Salam doctor. Saya mudah mengalami keletihan dan mudah mengantuk. Rasa macam tiada bertenaga. Saya sudah buat pemeriksaan doctor, dan doctor mengesahkan tekanan darah saya normal, saya tidak mengalami diabetis dan tahap kolestrol juga normal. 

Pemeriksaan ECG juga normal. Cuma degupan jantung saya agak perlahan walaupun doctor kata ia normal. Nadi saya antara 60-70 beat/minit. 

Doktor mencadangkan agar saya mengambil suplemen CoQ10. Cuma dia tidak menerangkan bagaimana saya dapat manfaat dari pengambilan CoQ10. Mohon pencerahan. Terima kasih”

Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.

CoQ10 adalah nutrient yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan system kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam “mitochondria” (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel. 


Jadi CoQ10 sangat perlu sebagai antioksida dan juga nutrient yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan meningkatkan fungsi jantung dan meningkatkan kesihatan jantung.


CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.

Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

Antara fungsi dan manfaat CoQ10 Shaklee ini ialah:

1. Menghilangkan mengantuk, lesu, lemah badan dengan cepat

2. Meningkatkan kekuatan otot, sesuai untuk mereka yang rajin bersukan, bergym, beraktiviti lasak.

3. Mempercepatkan pemulihan luka dan kecederaan.

4. Menguatkan otot jantung.

5. Meningkatkan tenaga bagi orang yang mengambil ubat statin (ubat kolesterol).

6. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

7. Mencantikkan kulit.

8. Melindungi saraf dan bagus untuk otak.

Sebotol CoQ Trol Plus mengandungi 30 biji dengan harga RM148.75 (sebulan penggunaan).

Anda boleh dapatkan Coq Trol ini dengan menghubungi saya:

-Puan Suhaila-


ID: 868994

Bagi pemegang kad kredit atau debit, boleh buat belian sendiri secara online, klik:




Kenai tak apa ni? Gula-gula?

Nonono!

Ini namanya YOUTH® Radiance C+E yang weols tak sabarrrr sangat nak pakai nanti.

Tengok dari review pengguna, memang ramai yang kata Radiance c+e ni favourite diorang.

Sebab?

1. Ia mencerahkan kulit atau bahagian yang gelap contoh macam bekas jerawat, jeragat dan tona kulit gelap di mamah mentari.

2. Ia melembutkan kulit bagi smooth je macam kapas gebu cuci muka.

3. Ia mengurangkan penampakkan kedut dan garis halus di wajah yang baru-baru mengintai atau yang dah lama.

4. Memperbaiki tona kulit keseluruhan, bagi sama sekata sehati sejiwa, tidaklah bertompok-tompok di sana sini. Barulah berseri bagai bulan dipagar bintang.

Powered by 20% pure vitamin C dan vitamin E dan ekstrak buah raspbery!

Dia punya kapsul tu pun Shaklee sangat jaga taw, tak main la plastik2 je. Tapi ia dibuat daripada bahan berasaskan tumbuhan, biodegradable, dan formula tanpa pengawet (preservative-free formula).

Maklumlah nak simpan vitamin c dan e yang pure tu. Tahu kan vitamin C dan E adalah antioksidan, cepat rosak kalau tak simpan atau jaga elok2.

Alaa.. uols tahu la standard Shaklee kan?

Radiance C+E ni boleh di dapati dalam set YOUTH® Skincare Shaklee.


So, makesure #tabungYouth korang cepat penuh ok, bior jadi orang terawal yang dapat efek cun melecun dengan Youth Shaklee ni.

Tabung dah penuh cepat2 wasap 012-9645614 ❤.

-Puan Suhaila-

012-9645614

ID:868994




Teruja dan tak sabar nak memiliki set YOUTH® Shaklee ni!

Gila tak teruja. Hahaha

Kisahnya, kelmarin saya pergi health talk by nutritionist Shaklee.

Lepas tu, ada pulak demonstrasi cara pemakaian set Youth ni. Yang bestnya semua orang dapat rasa produk ni. Yeahh! Kami orang pertama yang pegang, rasa, bau, cium produk Youth ni tau!

Amazing sangat rasa.

Dekat belakang tangan ni asalnya ada pigmentasi taw. So malam tu saya tonyoh cleanser, toner, serum C+E, dan pelembap. Krim malam je tak pakai sebab tak sampai kat saya malam tu.

Tengok tangan kiri tu, yang saya pakai Youth. Terkejut boleh hilang spot hitam tu. Padahal tonyoh manja-manja je.

Ni dari kelmarin tak habis-habis lagi belek tangan sendiri, punya tak percaya. haha

Cepat kan kesan dia. Ini baru sekali pakai. Kalau hari-hari confirm hilang kedut pada tangan tu hihih.


So, hari ni, saya nak cerita sedikit mengenai set Youth Shaklee ni. Saya jamin, korang pun tak sabar nak beli nanti.

1. Di formulasikan dengan bahan aktif anti-penuaan, sudah tentu 100% bahan semulajadi daripada ekstrak botani.

2. Kajian di jalankan oleh saintis dan pakar kulit selama 8 tahun. Bayanglah 8 tahun dari nak cari bahan sampai ke ujian klinikal untuk membuktikan produk ni benar-benar selamat untuk di pasarkan. Bukan aci jual je ye.

3. Bebas daripada 2500 bahan kimia berbahya yang biasa terdapat pada kebanyakan produk skincare menjadikan ia Clinical Result Without Compromise. Nanti korang cuba bandingkan sendiri ye.

4. Bebas gluten maknanya sesuai untuk orang yang mungkin ada alahan dengan gluten. Youth sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

5. Di jamin 100% kulit akan nampak lebih muda dalam 7 hari. Diulangi, 7 hari. Bukan 7 bulan, apa lagi 7 tahun.

6. Ujian klinikal mendapati 2 daripada 3 orang mendapat kulit seperti 10 tahun lebih muda. Kalau umur 50, kulit macam umur 40.

Semua kajian ni oleh pakar kulit tau. Bukan sebarang je.

7. Cruelty-free, hypoallergenic, diuji oleh dermatologist.

8. Cuma empat langkah untuk hasil menakjubkan jika di pakai berterusan.

9. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak anggur muscadine (seperti dalam Vivix), alga hijau, stem sel epal, dan banyak lagi untuk dapatkan polifenol yang sangat berkesan.

10. Radiance C+E serum mengandungi antioksidan vitamin iaitu vitamin C dan E yang tulen dengan dos yang dipatentkan.


Jadi, korang yang nak transform wajah asal jadi muda remaja, nak hilang jeragat, nak kurangkan kedut, bolehlah dapatkan  set YOUTH® ni.

Set ini akan masuk ke pasaran Malaysia mulai bulan Mac nanti.

Nak booking sesiap, nak order, cepat-cepat hubungi saya ok!


012-9645614

ID:868994

Malam Sabtu yang lalu, saya berkesempatan mengikut kelas Health & Wellness Talk oleh pakar nutrisi Shaklee.

Kami belajar mengenai produk baru Shaklee iaitu namanya CoQ-Trol.

Kalau nak tahu, dulu Shaklee ada produk nama CoQ-Health. Lepas tu lamaaaaaa produk tu menghilangkan diri di pasaran.

Rupanya dia nak mai dengan wajah baru tapi lagi power berganda-ganda!


Manfaat Coenzyme Q10 (atau ringkasnya CoQ10)

Maybe ramai yang pernah dengar atau baca mengenai CoQ 10 ni kan? Dalam badan kita memang CoQ10 ni wujud secara semulajadi.

Tapi bila usia semakin meningkat, ditambah pula dengan ancaman toksin yang masuk ke dalam badan kita setiap hari, penghasilannya pun merosot. Umur 20-an pun badan kita dah susah nak hasilkan CoQ10 sendiri.

Nak pula orang yang kolesterol tinggi, kemudian dia makan ubat nama statin. Ubat ni mengurangkan penghasilan CoQ10 sehingga 40%!

CoQ10 ni ibarat spark plug dalam badan kita. Tugasnya adalah untuk hasilkan tenaga kepada sel.

Jom tengok, apa fungsi CoQ10 ni dalam badan kita.

1. Meningkatkan kekuatan otot. Jadi kita akan rasa lebih kuat dan cergas setiap hari.

Sebenarnya saya baru je telan sebiji CoQ-Trol yang saya dapat percuma malam tu sebab tadi rasa mengantuk. Serius, rasa macam kena caj ni.


2. Mempercepatkan pemulihan luka sebab kita dah bagi tenaga untuk sel tu me-repair dan tumbuh dengan cepat.

3. Menguatkan otot jantung, menyokong jantung yang sihat.

Jantung adalah organ dalam badan yang paling banyak perlukan tenaga sebab dia nak mengepam setiap saat. Jika tak cukup Coq10 ni, macam mana dia nak mengepam darah. Oleh itu, badan kita akan rasa cepat penat.

4. Meningkatkan semula tenaga bagi mereka yang ada mengambil ubat statin ni tadi.

5. Sangat bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita. CoQ10 akan bantu lawan tindakbalas oksidatif serta meningkatkan tenaga pada sperma dan ovum.

Jadi, mereka yang makan CoQ10 akan mempunyai:

  • jumlah sperma sihat yang bertambah
  • pergerakan sperma lebih lancar dan laju
  • kualiti ovum juga meningkat
Jika anda ingin cahaya mata, cuba ambil suplemen CoQ10 ni.

6. Bagus untuk kecantikan kulit sebab CoQ10 juga berada di permukaan luar kulit. CoQ10 akan melindungi kulit kita dari sinar UV berbahaya.

Selain itu, ia juga membekal tenaga untuk sel-sel kulit rosak memperbaiki diri mereka sendiri, menjadikan kulit lebih berseri dan lebih muda.

Kulit pun akan lebih anjal, kurang berkedut, tekstur kulit juga meningkat.

7. Melindungi saraf dan bagus untuk otak.

Ia bertindak sebagai antioksida, mengurangkan pembentukan plak amiloid (punca penyakit Alzheimer) dalam otak kita. 

CoQ10 bagus untuk fungsi otak yang sihat, menguatkan memori, kita lebih fokus.

Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati (yang mana banyak pakai tenaga tu). Ia menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga untuk digunakan sepanjang hari. 

Berapa banyak CoQ10 yang kita perlukan setiap hari?

Kajian menunjukkan, kita perlu sehingga 100mg CoQ10 setiap hari untuk fungsi optimum. 

Untuk dapat 100mg Coenzyme Q10 tu kita perlu makan:


Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ10 saja tak cukup? Kenapa perlu tambah trol tu? 

Ya, Shaklee menambah bahan yang sangat power juga untuk penghasilan tenaga iaitu resveratrol dan tocopherol.

Jangan takut dengan bunyinya yang pelik begitu kerana ia semestinya 100% berasaskan semulajadi. 

Resveratrol adalah sejenis polifenol, manakala polifenol bersifat antioksidan yang membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria (tapak jana tenaga dalam sel); manakala CoQ10 pula diperlukan sebagai pengecaj, memperbaharui tenaga supaya badan lebih aktif dan efektif.


CoQ Trol Plus adalah gabungan Coenzyme Q10, resveratrol dan tocopherol!

Keistimewaan Shaklee:

1. CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.

2. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. 


Amacam? Best kan?

Hilang mengantuk saya lepas telan sebiji CoQ Trol ni tadi.

Sebotol Coq-Trol ini berharga RM157.68 (30 biji, sebulan penggunaan).

Sangat disyorkan untuk sesiapa yang sering penat, atlet, nak tingkatkan stamina dan tenaga, ahli sukan, dan mereka yang ingin mengekalkan kesihatan organ dan keseluruhan badan.

Hubungi saya untuk dapatkan CoQ-Trol anda!


012-9645614

ID:868994


Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni kerap pula kita dengar ibu lepas bersalin meninggal dunia akibat darah beku.

Ramai tertanya-tanya, baru sekarang ke ada penyakit macam ni? Zaman dulu takde pun.

Mungkin ada, tapi kita yang tak tahu dan tak pernah dengar. Lagipun dulu mana ada facebook.

Untung kita sekarang lebih mudah akses kepada ilmu pengetahuan terutama bakal-bakal ibu.

Punca darah beku lepas bersalin

Masa kita mengandung, darah kita lebih pekat daripada biasa akibat perubahan hormon yang  meransang badan kita menghasilkan lebih protein dalam darah. Ini pun untuk mengelakkan berlaku tumpah darah semasa bersalin.

Di tambah pula dengan pembesaran bayi dalam kandungan, salur darah kita akan jadi semakin sempit menyebabkan darah tidak lancar.

Itu yang masa mengandung kita akan rasa banyak simptom seperti selalu kebas atau kejang, pening kepala, hemoglobin (Hb) rendah, rasa nak pitam, sukar bernafas, cepat penat dan sebagainya.

Satu keadaan yang ketara ialah apabila kaki makin membengkak dan rasa susah nak berjalan. Ini berlaku sebab darah beku berkumpul pada kaki. Jika tak dirawat, salur darah ini boleh pecah pada bila-bila masa.

Selain itu, darah beku ini boleh bergerak mengikut aliran darah, lalu menyumbat peparu dan jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian. Inilah yang dikenali sebagai embolisme peparu.



Tip elakkan darah beku lepas bersalin

1. Banyakkan bergerak atau menggerakkan kaki

Selepas saya bersalin pada bulan April tahun lepas, doktor selalu pesan, banyak gerakkan kaki walaupun masa kita tengah baring. Goyang-goyangkan kaki supaya darah sentiasa bergerak dan tidak berkumpul di kaki.

Misi pun akan 'paksa' kita bangun pergi tandas untuk kencing berak kan. Ini pun tujuannya supaya darah sentiasa bergerak.

2. Minum air dengan banyak

Ramai ibu lepas bersalin takut benor nak minum air banyak. Bahaya sangat kalau kurang air ni taw. Jangan percaya bidaah faraj longgarlah, leceklah dan sebagainya sebab takde kena mengena pun.

Minum air untuk lancarkan peredaran darah serta lancarkan pengeluaran susu ibu juga.

3. Tidak berpantang keterlaluan

Lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan. Bila terlalu berpantang, makan ikan kering dengan lada hitam je, luka lambat sembuh, badan kurang nutrisi untuk baik pulih.

Dah tiga minggu pun masih lesu dan pucat lesi lagi.

4. Suntikan heparin

Suntikan cair darah akan diberi oleh doktor kepada mereka-mereka yang memerlukan. Rujuk doktor atau nurse untuk tahu lebih lanjut mengenai suntikan ini.

5. Stokin khas

Ibu boleh mendapatkan stokin penghalang tromboembolik (TED) yang berfungsi mencegah darah beku pada kaki.

6. Makan makanan berkhasiat semasa berpantang

Adalah sangat penting wanita mengamalkan pemakanan sihat sepanjang berpantang. Untuk yang bersalin secara pembedahan, dinasihatkan mengambil makanan yang kaya protein dan vitamin termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum banyak air bagi menggantikan cecair tubuh yang hilang melalui peluh dan penyusuan.- Dr. Habibah Abdul Ghani, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi

Sedih dan tragis apabila ibu lepas bersalin meninggal dunia akibat masalah yang boleh dielak dan dicegah (kematian itu sudah ajal, tapi sebelum ajal kenalah usaha).

Kepada semua bakal ibu, saya doakan semoga sentiasa dipermudahkan urusan sehingga berpantang dan selamat semuanya insyaAllah.

Jika berminat nak dapatkan set berpantang Shaklee, boleh hubungi saya. 😁


012-9645614

ID: 868994

"Ayang tolong yang, abang nak jatuh!"
Saya yang baru selesai solat Subuh masa tu terkejut.
Suami saya macam terhuyung hayang berpegang pada dinding. Lepas tu cepat-cepat dia duduk. Lama lepas tu, baru dia OK. 
Pagi tu juga saya suruh dia ke klinik swasta untuk cek kalau-kalau ada darah tinggi ke. Masa tu memang ada tinggi sikit. Doktor suruh datang semula keesokannya, tapi dia tak pergi pun sebab kerja.

Lusa tu baru ke klinik kerajaan dan buat pemeriksaan darah semua. Alhamdulillah semua ok. Doktor cuma bagi ubat buang angin.

Tapi masa tu saya dah syak yang dia mengalami vertigo (macam doktor pula kau).

kredit foto: www.epainassist.com

Kenapa saya rasa suami saya mengalami vertigo? Ini sebab-sebabnya.

1. Dia selalu mengadu pening kepala. Memang sangat kerap. Tengah drive pun pening.
2. Dia selalu loya dan muntah-muntah. Mengalahkan morning sickness orang mengandung pulaknya.
3. Dia selalu tak dengar bila kita cakap. hahaha. Maksudnya pendengaran dia ada masalah. Dia sendiri mengaku, telinga dia tak dengar.

Jadinya, paling teruk, pagi itulah yang dia rasa nak tumbang tu. 

Vertigo boleh berlaku disebabkan beberapa keadaan, tetapi yang paling kerap menyerang ialah jenis benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).

Vertigo berlaku apabila kita menggerakkan kepala kekiri, kekanan, mendongak atau memandang ke bawah, atau juga semasa kita nak bangun dari duduk atau baring. Ia selalu berpunca dari masalah saraf dan struktur mekanisme keseimbangan di dalam telinga yang menangkap pergerakan dan perubahan dalam kedudukan kepala.

Simptom vertigo seperti yang saya bagitahu tadi tu.

Di bawah ini pula pengalaman salah seorang rakan saya yang mengalami vertigo. Ini status facebook beliau.

Apa sebenarnya yang saya alami yang dikatakan Vertigo baru-baru ini ialah:
1. Di dalam kepala saya berlaku pusingan 360 drhjh.
2. Perut saya rasa memual yang teramat sangat sehingga saya muntah.
3. Telinga kiri saya terasa seperti penuh atau padat.
4. Saya tidak boleh berdiri kerana rasa melayang ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan.
5. Badan terasa seperti digoyang dan digoncang-goncang.
6. Apabila mengiring, peralihan dari kanan ke kiri menjadi bengang dan visual mata seolah melantun-lantun.
7. Ketika pejam mata, otak terasa seperti bergerak dengan sendiri.
8. Apabila saya cuba berjalan, pergerakan saya bergerak selari ke kanan dan ke kanan lagi dan saya terpaksa merangkak.
9. Ketika menoleh, dan ingin berbalik pandang ke hadapan visual mata saya menjadi bergegar dan ambil beberapa saat untuk focus tepat.
Tindakan saya setelah merasai sedemikian:
1. Saya merangkak ambil wudhu dan solat terlebih dahulu.(sebab berlaku waktu bangun subuh)
2. Baring dan pejam mata sambil layan rasa pusing tu dan tunggu anak-anak siap berpakaian.
3. Minum air masak.
4. Baring semula sambil pejam mata dan tinggikan aras kaki dengan alas sofa.
5. Pejam mata.
6. Naik kereta ke hospital.(suami pandu)
7. Muntah di hospital dan warded sementara.
8. Makan ubat dan rehat dan rehat dan rehat dan rehat.
Apa yang berlaku kini?:
1. Saya semakin pulih.
2. Saya makan je ubat tu.(bila perlu)
3. Saya bertindak secara tidak mendadak atau tergesa-gesa. Risau goyang kepala.
4. Alhamdulillah semakin positif.
5. Saya berdoa dan berharap tidak berlaku serangan veritgo lagi.
6. Mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang. (walaupun saya bantai pizza 6potong semalam)
Jadi, kepada sahabat yang mungkin pernah mengalami simptom berikut dan tidak pasti apa sebenarnya, jangan malu dan segan bertemu atau merujuk kepada yang berkenaan. InsyaaAllah ini lah skrip saya jika saya perlu berdepan dengan pakar suatu hari nanti. (harapnya tidak berulang lagi ke atas diri saya).

Post ini bukan untuk meraih rasa simpati sahabat semua. Ini sekadar perkongsian yang mungkin boleh membantu sebagai persediaan. Bagi sesetengah pihak, mungkin menganggap ini tidak serius, namun kerja tetap tergendala jika berlaku serangan ini. Memandu tak boleh, nak makan jadi muntah, dan focus tidak jelas. Apa-apa pun, sayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Vertigo ni keadaan yang serius juga taw. Bayangkan kita bukan berada dirumah, tiba-tiba kita rasa nak rebah. Tak ke panik orang sekeliling, dengan kita-kita sekali panik. 

Dalam kes suami saya tu tadi, selain ubat angin yang doktor bagi tu, suami saya makan suplemen Omega Guard dan Vivix Shaklee (di samping suplemen lain yang memang dimakan hari-hari).

Syukur juga, sejak kejadian pertama tu, dah takde lagi episod pening-pening nak tumbang. Harapnya tidak akan berlaku lagilah. 

Mungkin ada yang bertanya, apa kaitannya makan Omega dan Vivix tu untuk vertigo?

Omega Guard adalah minyak ikan  Omega-3 paling tulen yang ada di pasaran. Fungsinya sebagai anti-inflamasi, melancarkan peredaran darah, mengurangkan pening dan pusing, meningkatkan paras serotonin (hormon gembira), membantu penglihatan yang baik, meningkatkan sensitiviti dan fungsi otak, memperbaiki fungsi kognitif. 

Sementara Vivix pula ialah minuman antioksidan yang berkuasa juga bertindak sebagai anti-inflamasi, melancarkan peredaran darah, memperbaiki kerosakan sel dan sistem badan, menguatkan sistem imun, serta memperbaiki saraf. 

Tapi perlu diingat, suplemen tak sama fungsinya dengan ubat. Anda perlu berjumpa dengan doktor dahulu untuk dapatkan rawatan yang betul.

Suplemen membantu sel badan kita untuk memulihkan dirinya sendiri melalui nutrisi yang baik. 

Omega Guard berharga RM136 sebotol (90 biji), dan Vivix berharga RM475 sebotol.

Penyakit vertigo yang tidak di rawat boleh mendatangkan bahaya dan mengganggu kerja-kerja seharian serta turut menyebabkan punca terjadinya penyakit lain yang lebih berbahaya.

Jika terlalu kerap sangat mengalami masalah pening-pening kepala, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Jangan bertangguh lagi.

Jika nak ikhtiar dengan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya. 



ID: 868994

*Produk ini tidak bertujuan merawat atau mencegah penyakit. Ia adalah suplemen yang memperbaiki tahap kesihatan.
Ramai antara kita mungkin pernah mengalami keadaan kepala yang tiba-tiba rasa pening, berpusing, rasa nak jatuh pada masa-masa tertentu.

Ada yang mengalaminya seawal pagi ketika bangun dari tidur. Ada juga yang dalam sehari kerap berlaku keadaan itu. 

Apabila berlaku seperti ini, cepat-cepat bertemu dengan doktor ya.

Suami saya sendiri pun pernah mengalami keadaan macam ni. Berdebar dibuatnya. Ingatkan dah kenapa.

Bila ke klinik dan buat pemeriksaan doktor, semuanya ok, doktor kata maybe angin je. Lalu beliau cuma dapat ubat angin. Lepas tu pun masih lagi mengalami episod pening-pening cuma dah teruk seperti mula-mula.


Antara simptom yang boleh dilihat ialah:

  • kita terasa badan kita sedang berpusing-pusing (sebenarnya tak pun)
  • rasa nak pitam
  • tak boleh berdiri, hilang keseimbangan
  • rasa terapung-apung, kepala berat
Selalunya berlaku apabila kita bangun tiba-tiba. Ada juga yang diikuti rasa loya dan nak muntah. Bila ada keadaan macam ni, cuba bertenang, baring dan rehatkan diri sebentar. Jika nak bangun, bangun step by step.

Jika keadaan semakin teruk dan berlarutan, segera berjumpa doktor. 

Punca kepala pening dan berpusing

Ada banyak punca yang menyebabkan kita terasa pening dan berpusing-pusing secara tiba-tiba. 

1. Vertigo (masalah bahagian dalam telinga)

Keseimbangan badan kita memerlukan komponen seperti mata, deria saraf, dan telinga. 

Vertigo berlaku apabila otak kita menerima signal dari telinga yang tak konsisten dengan mata dan saraf. Senang cerita, otak kita keliru.

Vertigo pula boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:
  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
  • Jangkitan dalam telinga
  • Penyakit Meniere's
  • Migrain
2. Peredaran darah

Kita rasa pening, nak pitam jika jantung kita mengepam tidak cukup darah ke otak. Puncanya pula mungkin disebabkan:
  • tekanan darah rendah
  • peredaran darah yang lemah disebabkan sakit jantung, salur darah pecah dan sebagainya
3. Masalah berkaitan saraf

Contohnya mengidap Parkinson atau multiple sclerosis.

4. Kesan sampingan daripada ubat

5. Anxiety disorder

6. Rendah zat besi (anemia)

Juga di tandai dengan lemah, lesu dan pucat.

7. Rendah gula darah (hipoglisemia)

Selalu berlaku kepada pengidap kencing manis. Diikuti dengan rasa menggigil, berpeluh dan cemas.

8. Kepanasan serta dehidrasi

Selalu berlaku apabila kita aktif dalam cuaca panas atau kesan daripada ubat.

Keadaan pening dan berpusing-pusing ni boleh berlaku kepada sesiapa saja bila-bila masa tak semestinya waktu pagi sahaja, terutama mereka yang berumur, obesiti, serta pernah mengalami simptom yang disebutkan diatas tu tadi.

Oleh itu, jika rasa susah nak kawal dah, kerap sangat berlaku, cepat-cepatlah jumpa doktor ye, jangan tangguh lagi. 

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai vertigo yang suami saya alami. Stay tune!


www.wasap.my/60132369434