Enter Keyword

Rasa gembira, sedikit bangga dan kelakar!

Itulah yang dapat daku katakan bila terpandang pos Oh Bulan! ini melintas di Newsfeed Fbku.

Mana taknya, sekali pandang rasa macam kenal je ayat -ayat yang ada dalam poster tu. Bila baca sampai habis, memang SAH! Itu ayat aku!


Rasa kelakar sebab tak sangka blog picisan daku ni dapat perhatian page besar Oh Bulan!.

Korang boleh tengok pos tu di sini
====>  https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/posts/1210010392345699

Dan boleh baca lanjut dalam entry daku yang ini.

http://ilhamfamilysihat.blogspot.my/2015/08/checklist-14-tugas-dan-peranan-suami.html

Terima Kasih lagi sekali Oh Bulan! Ni yang buat daku lagi semangat nak tulis entry yang lebih berkualiti.

:D

~Puan Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Berasa pitam dan pening semasa mengandung bukanlah masalah luar biasa, bahkan kemungkinan ramai ibu mengandung pernah mengalaminya.

Perubahan hormon, fisiologi, tindakbalas biokimia dan metabolisme tubuh pun turut berubah. Begitu juga dengan sistem kardiovaskular iaitu jantung. Jadi, tak mustahil masalah ini boleh berlaku.

Apabila mengandung, denyutan jantung kita meningkat dan jantung akan mengepam darah dengan lebih banyak dalam seminit. Amaun darah dalam badan juga meningkat 30-50 peratus. Salur darah juga mengembang dengan itu tekanannya akan meningkat secara berkala. Sistem saraf dan kardiovaskular kita juga agak lambat untuk 'adjust' kepada persekitaran, maka aliran darah ke otak menjadi perlahan dan kita mula rasa macam nak pitam dan pening.


Penyebab pitam dan pening semasa mengandung

Ada banyak sebab yang boleh menjadikan seorang ibu mengandung mengalami masalah pitam, pening dan boleh pengsan.

1. Bangun terlalu cepat

Apabila kita dalam keadaan duduk, darah akan berkumpul pada bahagian kaki. Apabila kita bangun dengan cepat, darah tidak cukup sampai ke jantung daripada kaki. Oleh itu tekanan darah kita turun dengan cepat dan kita rasa nak jatuh.

Untuk mengelakkan masalah ini, bangunlah daripada duduk dengan perlahan-lahan. Jika ibu sedang baring, ambil masa beberapa minit untuk duduk terlebih dahulu, kemudian baru bangun perlahan-lahan.

2. Baring menelentang

Apabila memasuki trimester kedua dan ketiga, uterus kita akan semakin mengembang, dengan itu peredaran darah di bahagian kaki akan tertekan. Jika kita kerap baring secara menelentang, ini akan memburukkan keadaan. Jantung akan mengepam darah dengan perlahan, tekanan darah menurun, ibu akan merasa cemas, nak pitam dan rasa loya.

Elakkan masalah ini dengan baring secara mengiring.

3. Vasovagal syncope

Iaitu keadaan dimana ibu menjadi pitam dan pening akibat pergerakan usus yang terganggu, batuk dan kencing.

Ibu mengandung akan kerap mengalami vasovagal syncope ini dan mereka akan mengalami simptom seperti rasa panas, pucatm berpeluh, loya, mengantuk dan hiperventilasi.

Jika ini berlaku, cepat-cepat duduk atau baring untuk melegakan keadaan.

4. Tidak cukup makan dan minum

Apabila ibu tidak cukup makan, darah kita akan mengalami kekurangan glukosa (hipoglisemia), oleh itu kita akan rasa pening dan nak pengsan.

Ibu mengandung mesti kekalkan glukosa yang seimbang dengan makan secara kerap.

Kekurangan bendalir juga akan buat sakit kepala dan rasa nak pitam. Jadi minumlah air yang cukup sepanjang hari.

5. Anemia

Anemia boleh diketahui melalui bacaan hemoglobin (Hb) yang rendah iaitu 10 ke bawah. Seseorang yang mengidap anemia mempunyai sel darah merah yang kurang. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke bahagian otak dan organ yang lain termasuk kepada bayi.

Kekurangan darah merah akan menyebabkan ibu mengalami pening kepala dan nak pengsan.

Ambil pil vitamin yang penting seperti zat besi, B kompleks serta vitamin C untuk menggalakkan pembinaan sel darah merah yang baik.

6. Kepanasan

Berada dalam bilik yang panas akan menyebabkan salur darah mengembang dengan itu jantung mengepam darah lebih perlahan.

Elakkan berada di tempat panas, sempit, terlalu ramai orang.

7. Hiperventilasi

Bersenam amat bagus tetapi jangan berlebihan. Ia akan menyebabkan jantung mengepam terlalu laju, lalu mengalami hiperventilasi dan pengsan.

Jika ibu mengalami masalah pitam dan pening secara berterusan, disertai simptom yang lebih teruk seperti kabur pandangan, sakit kepala, sakit dada, hilang kawalan, sesak nafas dan pendarahan vagina, jangan teragak-agak untuk beritahu doktor dan dapatkan rawatan segera.

Sedikit kesilapan atau kelewatan akan memberi kesan kepada kandungan ibu.

Bagi ibu yang ingin mencuba Set Vitamin Mengandung Semulajadi Shaklee, boleh dapatkannya melalui saya dengan menghubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau order terus secara online dengan klik:


Saya doakan ibu-ibu sentiasa sihat sepanjang mengandung dan melahirkan nanti. Amiinn.
Assalamualaikum wbt.

Sudah menjadi lumrah dalam keluarga yang ramai adik-beradik akan riuh-rendah dengan pergaduhan. Terutama kalau anak masih kecil dan masing-masing sedang dalam fasa 'egocentric' yang meninggi.

Rumah tak pernah lekang dengan suara menjerit, berebut, bergaduh, mengadu dan sebagainya. Masing-masing nak menang dan tak mahu mengalah. Kalau tak kena gaya, silap-silap mak pun bertukar warna jadi lampu isyarat; kuning, merah, hijau!


Ada ibu bapa yang tak boleh dengar suara bising-bising macam ni. Cepat saja darah mendidih dan naik ke kepala. Tapi, sebagai orang yang dah mempunyai anak, kita haruslah ingat, bergaduh dan berebut adalah fitrah manusia apalagi anak-anak kecil. Kena belajar tahan telinga dan sabar menghadapi kerenah anak kecil ini.

Walaupun agak sukar pada awalnya, insyaAllah dengan sedikit tip dan teknik, kita akan dapat menangani isu anak bergaduh dengan cara yang paling baik dan tenang.

#1. Biarkan saja!

Kita menganggap bergaduh adalah satu kesalahan. Dengan itu cepat saja kita nak menghukum dan memarahi anak-anak kita. Buat-buat tidak melihat dan tidak mendengar mereka bergaduh. Cuma perhatikan dari jauh agar ia tidak berakhir dengan kekasaran.

Dengan bergaduh, anak-anak belajar menyelesaikan dan menangani konflik dalam diri mereka sendiri serta orang lain.

Ibu bapa tidak perlu masuk campur melainkan keadaan bertambah teruk atau anak sudah memanggil.

#2. Jangan melebihkan sesiapa

Ibu dan ayah selalu kata, "Abang kena mengalah, abang kan dah besar. Adik kecil lagi". Jika kita melebihkan salah seorang daripada mereka, anak yang seorang lagi akan jatuh self-esteem, berasa dia di rendahkan dan ibu ayah tidak adil terhadapnya.

Keadilan adalah untuk semua anak-anak kita sama rata.

Lebih baik jika ibu dan ayah mengatakan,

"Abang dan adik main sama-sama. Ibu suka tengok abang dan adik main sama-sama, gilir-gilir. Allah pun suka." (Beritahu teknik gilir-gilir : 5 minit abang, kemudian 5 minit lagi adik pula)

#3. Tidak memarahi dan meninggikan suara

Jika pergaduhan tidak terkawal lagi, alihkan perhatian anak-anak dari perkara yang mereka rebutkan.

Elakkan menjerit, memarahi dan menengking kerana ia akan menyebabkan anak berasa tertekan malah semakin ego (untuk berlawan dengan kita pula).

#4. Terus berikan jalan penyelesaian

Jika anak-anak berebutkan sesuatu, beritahu terus jalan penyelesaian dengan jelas. Contohnya jika anak berebut basikal.

"Abang main dulu sampai lima kali pusing, kemudian adik pula lima kali pusing"

Ulang teknik ini setiap kali anak-anak ingin bermain permainan yang sama. Lama-kelamaan anak akan belajar itulah cara yang betul dan adil untuk bermain dan anak-anak tanpa sedar akan belajar kemahiran berbincang dan menyelesaikan masalah.

#5. Bersabar dan bertenang

Walau apa keadaan sekalipun, ibu dan ayah hendaklah banyak bersabar dan sentiasa tenang. Anak-anak mencontohi sikap kita. Kalau kita jenis baran, sikit-sikit nak melenting, tak mustahil anak juga akan mengikut sikap dan perangai kita itu.

Walau dalam keadaan marah sekalipun, kuatkanlah hati untuk berlagak tenang dan cool terutama di hadapan anak-anak.

#6. Sentiasa puji anak

Contohnya apabila anak mula mengalah, mencari jalan penyelesaian dengan sendiri, puji serta merta dengan kuat di hadapan adik-beradiknya.

Contoh ayat, "Bagus abang pandai main dengan adik. Main macam ni yang ibu suka. Ibu sayang, Allah lagi sayang".

#7. Tunjukkan empati kepada perasaan anak-anak, tetapi setkan limitasi

Setiap anak berhak menyuarakan perasaannya kepada kita dan sebagai ibu bapa kita harus memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Contoh jika anak mengadu tentang adik-beradiknya yang lain, ibu boleh kata,

"Ya ibu faham perasaan adik. Adik boleh main dengan abang, tapi tak boleh pukul abang. Adik minta dengan abang bila abang dah siap main"

#8. Tidak menuduh atau menyalahkan

Walau ibu dan ayah tahu siapa yang memulakan pergaduhan, tahanlah diri daripada cuba menyiasat mencari kesalahan anak, memarahi, menuduh dan menyalahkan mereka.

Perbuatan ini hanya akan menjatuhkan maruah anak. Apa yang ibu dan ayah boleh lakukan ialah menerangkan saja peraturan yang betul dan ditujukan secara umum, bukan secara spesifik kepada anak yang melakukan kesalahan.

Tegur kesalahannya, bukan dirinya.

Membesar dan mendidik anak perlukan ilmu. Saya berpesan kepada diri sendiri kerana anak-anak ini amanah. Salah acuan, salahlah bentuknya.

Kita ibu bapa ialah jendela pertama bagi anak-anak untuk melihat dunia.

Dunia yang mana? Kita sendiri yang menentukannya.

Salam sayang!

Puan Suhaila Budin
012-9645614
butik.annajah@gmail.com
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua ibu sentiasa sihat di samping keluarga dan anak-anak tersayang. Ada ibu yang dah nak bersalin tak lama lagi tapi risau ketiadaan susu pada hari-hari pertama selepas kelahiran?

Mungkin ibu ada pengalaman lalu yang agak tak menyeronokkan. Atau mungkin ini kali pertama ibu akan melahirkan cahaya mata dan berazam nak susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya? Alhamdulillah..semoga segalanya dipermudahkan.

Hari-hari pertama selepas kelahiran memang agak stress dan sukar. Semua ibu macam ni. Jadi, adalah normal jika ibu berperasaan risau dan sedikit beremosi. Saya dulu pun sama, sangat kekok semasa melahirkan anak pertama. Tapi dengan bantuan jururawat di hospital, sedikit sebanyak membantu juga.


Lebih-lebih lagi bab menyusukan bayi dengan susu ibu. Saya tak pandai nak pegang, dan baby pun tak pandai nak melekap dengan betul. Sakit badan, rasa nak pitam, tertekan dan macam-macam lagi timbul. Bayi kerap juga menangis, bila dah susukan dia macam tak puas. Bila letak dia menangis lagi. Saya tahu masa ni susu saya tak keluar sangat. Tapi saya tetap susukan juga.

Bagi ibu-ibu yang nak bersalin tak lama lagi, jom ikuti beberapa tips panduan bagaimana nak atasi masalah ketiadaan susu lepas bersalin. InsyaAllah, bila kita ada sedikit ilmu berkaitan penyusuan lepas bersalin ini, semuanya akan jadi lebih mudah.

1. Skin to skin

Sebaik saja lepas bersalin, biasanya jururawat akan letak bayi atas dada untuk beberapa ketika. Seeloknya, lepas bayi dibersihkan dan diserahkan kepada ibu, teknik ini perlu diteruskan. Pegang bayi rapat dengan dada atau perut (tanpa lapik pakaian). Ini dapat menghantar 'isyarat' kepada bayi supaya menyusu lebih kerap.

Apabila bayi kerap disusukan (walau pada awal tekniknya salah), lama kelamaan bayi akan belajar cara menghisap dengan betul. Cara ini juga dapat memberi ketenangan kepada bayi dan penyusuan lebih mudah jika ibu dan bayi dalam keadaan tenang.

2. Susukan bayi dengan kerap

Boleh juga di katakan 'sepanjang masa'. Bayi yang kerap menyusu (lebih 8 kali dalam masa 24 jam) akan meransang pengeluaran susu ibu. Walaupun ibu rasa 'tiada susu' yang keluar ketika ini, just do it.

Bayi baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak, hanya cukup untuk saiz perutnya yang sebesar buah ceri sahaja. Jadi, apabila melihat tanda-tanda bayi ingin susu seperti menghisap jari, menghisap kain, merengek, walaupun dia baru saja lepas menyusu, susukan dia.

3. Lekapan (latching) yang baik


Bayi baru lahir tidak pandai menyusu dengan betul, dengan itu ia mesti belajar. Lekapan yang salah bukan saja menyebabkan susu tidak dikeluarkan, malah puting ibu turut berasa sakit.

Cara yang betul ialah keseluruhan puting dan aerola (kawasan hitam) masuk ke dalam mulut bayi. Jika bayi menghisap puting sahaja, memang sakit dan boleh menyebabkan luka.

Apabila bayi menghisap dengan betul, dia mampu mengeluarkan kolostrum dengan baik daripada payudara. Jika terasa sakit semasa menyusukan bayi, betulkan semula cara lekapan mulut bayi.

4. Biar bayi berjaga semasa menyusu

Bayi memang suka tidur di awal-awal kelahirannya lebih-lebih lagi apabila dipeluk ibu. Jika bayi tertidur semasa menyusu sedangkan baru beberapa hisapan, bayi tidak akan dapat mengeluarkan kolostrum, dan penghasilan susu tidak diransang dengan sebaiknya.

Bayi yang tidak menyusu dengan baik juga akan hilang berat badan, jadi cerewet dan asyik mengantuk. Sangat penting untuk bayi terus berjaga dan menyusu. Ibu boleh urut kakinya, bermain-main dengan pipinya, usap rambutnya, gosok belakang atau apa saja asalkan bayi terus bergerak dan tidak tidur.

5. Ibu makan makanan berkhasiat 

Walaupun ibu lepas bersalin, tidak bermakna boleh mengabaikan pemakanan berkhasiat. Makanan berkhasiat sangat penting untuk bagi ibu tenaga, mengawal tekanan dan emosi dengan itu dapat membantu badan menghasilkan susu dengan lancar.

Makan nasi untuk dapat karbohidrat, minum susu untuk dapatkan sumber protein dan kalsium, makan buah dan sayur-sayuran untuk dapat sumber vitamin dan mineral.

Percayalah, makanan yang baik dan betul memang dapat membantu pengeluaran susu badan dengan baik.

Jika ibu masih ada masalah seperti berat bayi turun banyak, bayi selalu cerewet dan banyak tidur, puting sakit, segeralah dapatkan nasihat dan bantuan dari mereka yang pakar dalam penyusuan.

Apa yang penting ialah ibu kekal positif dan terus berjuang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Jika ada kemahuan, insyaAllah dipermudahkan.

**********
Jika ibu ingin mendapatkan Set Berpantang yang selamat, boleh di ambil sebaik saja lepas bersalin, dan dalam masa sama dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu, bolehlah hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

atau ibu boleh dapatkan set tersebut dengan membuat belian secara online dengan klik;



"Tak lama lagi, dah nak bersalin. Barang-barang baby semua dah ready. Satu lagi je yang belum, set bersalin. Hmm banyak sangat set bersalin ni, tak tahu mana satu nak pilih. Kompius pulak. Nanti beli mahal-mahal, tak makan, peram je sampai expired. Eh bukan. Peram sampai mengandung lagi sekali. Lepas tu mulalah cik abang aku ni perli-perli. Ye la..mahal kot! Emm macam mana ye?"

Biasa tak macam ni? Bukan siapa-siapa, saya la tuh.

Apabila masuk trimester ketiga, sibuklah kita ibu-ibu ni cari dan survey set bersalin. Kalau boleh nak yang murah tapi lengkap. Dari mak sampai baby pun boleh guna. Jadi mulalah kita belek majalah tengok iklan set-set bersalin yang ada.

Tak cukup dengan tu, pergi pulak ajak suami tawaf mall cari set bersalin dan bandingkan harga. Akhirnya dapat la set bersalin yang tak la glamer sangat, tapi murah. Sesuai dengan bajet yang suami peruntukkan. Ye lah, kalau beli yang mahal-mahal nanti risau juga tak guna. Nanti jadi perhiasan almari je. Beli yang kurang mahal, takdela terasa sangat membazirnya kalau tak habis kan?


Dan...seperti di duga. Set Bersalin tu akhirnya jadi perhiasan almari kat dapur je. Lepas bersalin, anak pulak kena kuning. Doktor dan misi pun warning,

"Jangan makan jamu-jamu, herba, halia ke kunyit. Hati baby tak matang lagi nak proses benda-benda tu. Kalau kuning naik tinggi lagi, kena tahan ye".

Bab-bab masuk wad ni saya insaf sikit. Lagi-lagi tengah berpantang, sakit bersalin belum hilang, luka masih ngilu.. Eiii

Inilah yang berlaku semasa mengandungkan anak kedua. Sampai ke sudah set tu tak makan dan tak guna pun.

Mengandungkan anak ketiga, dan memang dah jadi pengedar Shaklee, saya nak try la Set Berpantang Shaklee pulak. Set berpantang lain saya tak beli pun. Tapi terlepas juga sebotol pil ikan haruan. Beli pil ikan haruan ni pun kena perli taw. Suami tanya 'makan ke nanti ni?'. Dengan konfidennya jawab 'ya'. Hihihi...

Sebelum balik dari hospital, misi ada bekalkan pil vitamin 3 sekawan tu (B kompleks, vitamin C dan asid folik). Tapi saya simpan yang tu, saya makan yang Shaklee. Kalau ada orang tanya, 'eh, kan sama je? vitamin jugak'. Jawapannya tak. Tak sama.

Jadi, apa yang saya makan semasa berpantang?

Saya ambil yang basic je (Vitalea, B complex, Vitamin C, Zinc Complex) dan tambah dengan Ostematrix dan Omega Guard.

Tak banyak sangat ke?

Eh, tak. Saya bukan telan gedebuk 6 jenis ni serentak. Ada yang saya ambil waktu pagi, ada yang petang, ada yang malam. Dan ada juga yang saya skip (atas faktor malas) huhu.

Lagipun fungsi setiap vitamin ni berbeza.

Vitalea - ia multivitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari terutama sewaktu kita berpantang ni kan. Saya mengaku je bila berpantang, saya hanya makan sekadar untuk kenyang dan tambah tenaga sikit. Zat? Mungkin nan hado.

Mana taknya, saya cuma makan nasi, ikan bilis, lada hitam, ikan masin atau ikan bakar, ayam bakar, sup ikan, sup sayur. Nampak macam sedap je, tapi banyak mana sangatlah yang kita makan sedangkan badan kita perlu zat jauh lebih banyak nak-nak masa sakit ni.

B complex- vitamin B bantu saya tambah darah, bagi tenaga, bantu kita kawal perasaan dan emosi, penting untuk baik pulih saraf. Saya ni ada tekanan darah rendah. Mudah rasa nak pitam. So kena ambil semua vitamin basic ni tanpa culas.

Vitamin C- vitamin feveret saya ni. Alhamdulillah ia bantu lancarkan darah dan luka pun cepat baik.

Zink- pun sama untuk baik pulih luka dengan cepat.

Ostematrix - ni satu lagi kegemaran saya. Saya ni memang ada masalah sembelit. Fobia nak membuang terutama masa berpantang. Dah la luka kat 'situ' kan. Masa berpantang anak pertama, berjam-jam saya dalam toilet sampai baby melalak-lalak kat luar. Mak saya pun terjerit-jerit panggil. Menangis! Dah nak buat macam mana, 'dia' tak mo keluar. Kalau ingat semula memang ngerii!

Alhamdulillah dengan Ostematrix ni semuanya lancar. Sembelit sikit tu normal la tapi tak la seteruk anak pertama dulu. Saya memang ada masalah pergerakan usus tak normal di tambah pula kurang minum air. Kalsium dan magnesium dalam ostematrix bantu saya atasi masalah tu. Syukur.

Omega Guard- masa berpantang badan kita ni fragile kan. Silap makan sikit jadi sejuk menggigil nak demam. Saya amalkan Omega ni supaya badan sentiasa panas. Lagi best bila makan Omega kemudian bertungku, darah nifas pun keluar dengan lancar.

Kalau tak saya kompius, dah berhenti ke belum nifas ni. Berkira-kira nak mandi wajib padahal baru seminggu bersalin. So bila buat teknik tu tadi, lega tengok darah nifas keluar semula. Maknanya takdelah dia tersangkut dalam tu kan.

Sampai sekarang pun, kalau agak-agak nak sejuk urat, nak demam (degil, benda tak boleh makan aku makan jugak, memang mendapat la) saya ambil Omega Guard, Alfalfa dan Ostematrix.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan Set Berpantang Shaklee dan saya juga amalkan amalan berpantang tradisional seperti bertungku, bertangas, berbarut, mandi air daun tu semua. Tapi saya percaya, dengan nutrisi dan zat yang badan kita sangat-sangat perlukan, alhamdulillah proses berpantang jadi mudah dan sangat seronok.

Dua minggu lepas bersalin dah boleh lasak sikit. Luka pun dah baik. Sampai ada orang tegur, saya nampak cergas je. Syukur Alhamdulillah.

Dan yang paaaaling seronok, Set Berpantang Shaklee ni boleh di makan sampai habis even kita dah lama habis pantang. Nak kongsi dengan encik suami pun boleh. Baby pun selamat dan turut dapat zat yang menyokong pembesarannya sampai jadi bombom macam ni...

AFF semasa berusia 3 bulan

Itulah serba sedikit pengalaman saya. Semoga membantu ibu-ibu untuk buat pilihan terbaik.

Jika nak order Set Berpantang ni, ibu boleh hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau order sendiri secara online (boleh pilih) dengan klik:


Saya doakan ibu-ibu selamat melahirkan, berpantang dan menyusukan si comel tersayang.

Salam sayang!

Assalamualaikum wbt.

Semalam 16 Disember 2015, seawal 7.30 pagi, keluarga kami dikejutkan dengan berita bahawa abang tiba-tiba jatuh pengsan dan dikejarkan ke unit kecemasan. Beberapa minit kemudian kami mendapat tahu abang telahpun meninggal dunia.

Dalam keadaan percaya tak percaya, sebab semalamnya kami masih bersembang macam biasa di grup whatsapp. Dapat je berita tu kami pun bergegas siap-siap ke rumahnya di Pekan.

Sampai je rumah, terus cari kakak ipar. Saya lihat mayat arwah abang sudah berada diruang tamu. Tak dapat menahan rasa hati, laju saja air mata ini turun. Melihat pula wajah anak-anak arwah yang seramai 3 orang, lebih pilu hati ini.


Dalam keluarga kini ada 9 orang anak yatim. Empat orang adik beradik sudah agak besar, arwah ayah mereka (abang ipar saya) meninggal akibat ashtma. Dua orang adik-beradik lagi arwah ayah mereka (juga abang ipar) meninggal akibat kemalangan jalan raya awal tahun lalu. Kini lagi tiga beradik menjadi anak yatim.

Mengikut cerita, arwah abang ini sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid dengan 3 orang anak lelakinya. Kemudian selesai solat, sempat pula menikmati sarapan pagi di kedai. Pulang kerumah, abang tolong kakak ipar jemur kain sementara kakak ipar bersiap untuk menghadiri peperiksaan di Kuantan.

Tiba-tiba arwah abang rebah semasa sedang menjemur kain, dan terus tidak sedarkan diri. Kakak ipar bawa beliau ke unit kecemasan pun doktor kata keadaannya 50-50. Dan tak lama lepas tu arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Kami masih lagi dalam keadaan terkejut. Sangat tak sangka. Arwah abang tak pernah mengadu sakit. Cuma ada kencing manis (tak pasti pula beliau terima rawatan atau tak). Semasa di unit kecemasan doktor kata ia serangan jantung.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan.

Ya, mati itu tak pernah bagi amaran. Sihat wal afiat macam mana pun, bila sampai masanya, malaikat Izrail datang menyentap nyawa tanpa belas kasihan.

Mati itu sesungguhnya peringatan dan penasihat kepada jiwa. Mati itu pasti. Mati itu benar.

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya"
-  Al-A'raaf:34

Ambillah pengajaran dari sebuah kematian.

1. Jangan menangguh terutama dalam urusan akhirat seperti solat, hutang, harta, zakat dan sebagainya.

2. Layanilah orang sekeliling kita dengan baik. Ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, saudara-mara, kawan-kawan malah sesiapa sahaja. Takut kita tak sempat meminta maaf daripada mereka andai salah seorang pergi dulu.

3. Jaga kesihatan. Ya, suplemen harga beribu sekalipun tetap tidak mampu menolak kematian. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk sihat agar dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik sementara masih hidup.

4. Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jalani rawatan.

5. Buatlah kebaikan dan amal soleh sebanyak-banyaknya. Yang mengikut kita hanya 3

  • sedekah jariah
  • ilmu yang di berikan lalu dimanfaatkan oleh orang lain
  • doa anak yang soleh
Kita tak tahu amalan yang mana yang menjadi penyelamat kita di sana nanti.

Buat abangku Khairul Anuar bin Budin, semoga tenang di sana. Semoga Allah mengampunimu, merahmatimu, mengasihanimu, dan memasukkanmu ke dalam golongan orang yang beriman dan soleh. Amiin.


Pemergian Yang Mengejutkan

by on Disember 17, 2015
Assalamualaikum wbt. Semalam 16 Disember 2015, seawal 7.30 pagi, keluarga kami dikejutkan dengan berita bahawa abang tiba-tiba jatuh pengs...
Assalamualaikum wbt.

Ramai antara kita tidak sedar jika badan mempunyai aras kolesterol yang tinggi. Ini kerana kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang petanda, melainkan kita ada membuat pemeriksaan aras kolesterol di hospital.

Kolesterol tinggi dalam darah adalah punca pelbagai penyakit serius seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, dan strok lalu membawa kepada kematian mengejut.


Badan kita hasilkan kolesterol, dan makanan yang kita makan juga mengandungi kolesterol. Badan kita perlukan kolesterol baik (HDL) yang bertindak membawa kolesterol jahat (LDL) kembali ke organ hati untuk di singkirkan.

Kolesterol jahat (LDL) inilah yang menjadi 'pesalah' jika berlebihan kerana ia boleh mendap dan berkumpul pada dinding salur darah, membentuk plak, menyempitkan salur darah lalu menghalang pengaliran darah.

Jika mendapan ini tidak di cegah atau di buang, ia boleh memecahkan salur darah dan membawa kepada serangan strok. Inilah yang berlaku jika kolesterol baik (HDL) berkurang sedangkan kolesterol jahat (LDL) terlalu berlebihan.

Bagi mencegah dan mengurangkan aras kolesterol jahat yang berlebihan, ikuti panduan di bawah:

#1. Kurangkan lemak tepu

Contohnya burger, steak, butter, keju, aiskrim.
Bertukarlah kepada ayam yang sudah dibuang kulit, ikan, minyak zaitun, dan yogurt rendah lemak.

#2. Kurangkan makanan 'hydrogenated'

Contohnya makanan ringan, chip, biskut. Ia menggunakan lemak trans yang bertindak memanjangkan hayat produk dengan meninggikan aras LDL dan lemak trigliserida serta menurunkan HDL dalam badan kita.

Kurangkan juga makan di restoran dan restoran makanan segera yang biasanya menggunakan lemak trans dalam kadar yang sangat tinggi.

#3. Berhenti merokok

Merokok menurunkan level kolesterol baik sehingga 20% dan dalam masa yang sama menaikkan kolesterol jahat sehingga 70%. Ia juga menyumbang kepada pengumpulan bahan kimia bertoksik menjadikan kolesterol LDL lebih berbahaya kepada arteri.

#4. Makan tinggi serat

Contohnya oatmel, barli, kekacang yang di makan setiap hari dapat menyingkirkan kolesterol dengan pantas. Makanan ini padat dengan serat yang di panggil beta-glucan. Ia bertindak macam span, memerangkap kolesterol dalam salur usus untuk di buang sebelum ia sempat meningkatkan aras kolesterol dalam salur darah.

#5. Makan banyak buah dan sayur

Ia juga kaya dengan serat larut yang dapat menghalang pembentukan plak kolesterol dalam salur darah.

#6. Bersenam dan bergerak

Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berenang, mengayuh basikal, atau berjalan-jalan di taman. Aktiviti ini dapat meningkatkan aras kolesterol baik HDL hingga 10%.

#7. Turunkan berat badan

Turunkan berat badan dapat menurunkan aras kolesterol hingga 12% dan menaikkan aras kolesterol baik hingga 18%.

Turunkan berat dengan cara sederhana, makan banyak sayur dan buah, lemak tak tepu seperti minyak ikan dan zaitun.

#8. Ambil makanan tambahan

Makanan tambahan membekalkan nutrisi yang cukup kepada tubuh. Contohnya lecithin daripada minyak kacang soya. Tubuh kita juga menghasilkan lecithin dan ia berfungsi mengemulsi (memecahkan) lemak, kolesterol dan trigliserida dalam salur darah kepada bentuk yang lebih kecil untuk disingkirkan oleh organ hati.

Kekurangan lecithin akan menyukarkan proses penyingkiran lemak dan kolesterol jahat untuk di buang.

Dengan pengambilan lecithin tambahan, tubuh dapat melakukan tugas ini dengan mudah dan pantas.

Menurunkan kolesterol tidak juga sukar dan tidak juga mudah. Ia perlukan disiplin dan kesabaran kerana ia melibatkan perubahan pemakanan dan gaya hidup yang sudah biasa kita amalkan setiap hari.

Tapi ia akan berbaloi.

Untuk kesan lebih mudah dan cepat, disyorkan juga mengambil Set Kolesterol Sihat ini untuk dimasukkan dalam rutin diet seharian.


Lecithin: Bertindak memecahkan molekul minyak dan lemak kepada bentuk yang lebih kecil

Alfalfa Complex: Sangat tinggi serat yang bertindak seperti span menyerap lemak dan kolesterol lalu membuang melalui proses detoksifikasi

Garlic Complex: Digunakan secara tradisional dalam melancarkan peredaran darah, dan menurunkan kolesterol jahat, juga memelihara kesihatan jantung

Jika berminat mendapatkan set ini, boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994





Collagen Powder Shaklee adalah suplemen kolagen yang mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) iaitu kolagen berkualiti tinggi yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen ini bermolekul sangat ringan iaitu 1000Dalton, yang mana dapat diserap dengan mudah oleh badan. Struktur ringan dan halus ini amat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Collagen Powder turut dilengkapi dengan tujuh bahan semulajadi yang berfungsi meningkatkan keberkesanannya pada tahap maksima:
  1. ekstrak Camellia japonica
  2. ekstrak Pfaffia
  3. kolagen sisik ikan merah
  4. ekstrak kerang kerangan
  5. Lactobacillus acidophillus
  6. Vitamin C
  7. Vitamin B
Collagen Powder ini mudah larut dan boleh dicampurkan dalam minuman kegemaran anda. Collagen Powder memang pilihan mereka yang utamakan kesihatan daripada bahan semulajadi, berkesan dan selamat.

Untuk membeli secara online: 



Pembelian 3 kotak Collagen Powder akan dapat keahlian percuma!

Hubungi 012-9645614 untuk bantuan.

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


Sebagai wanita, kita ni takut sangat nampak tua. Kalau belek muka kat cermin, mesti perati ada tak kesan kedut-kedut yang sangat ketara. Nak-nak kalau orang slim macam saya ni, memang lagi cepat nampak tua. Huhu..

Walaupun proses penuaan itu memang semulajadi, dan setiap orang nak tak nak kena laluinya, jadi ramailah orang yang mencari cara untuk melambatkannya.

Geng '82 tapi semua awet muda. LOL! Teka admin yang mana satu?

Percaya tak, proses penuaan boleh di lambatkan?

Percaya tak juga, cepat atau lambat seseorang itu menjadi tua bergantung juga kepada banyak faktor seperti faktor genetik, persekitaran dan cara hidup kita sendiri. Ada faktor yang kita tak boleh nak kawal, tapi ada juga yang boleh kita kawal contohnya gaya hidup atau lifestyle kita.

So kalau nak lambat nampak tua, kena cepat-cepat ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Walaupun penuaan ialah satu proses yang tidak dapat di elakkan, ada banyak rahsia yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan wajah dan penampilan yang sentiasa segar dan muda.

Enjoice!

#1. Ikut regimen penjagaan kulit yang betul

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, perlulah amalkan perkara yang betul. Apabila kulit dah sihat, tanda penuaan susah nak dilihat.

  • Bersihkan muka dengan pembersih yang lembut dua kali sehari (pagi dan malam). Cari pencuci yang bebas alkohol dan bahan kima berbahaya yang boleh meresap ke dalam kulit.
  • Guna pelembap berkualiti. Sapukan di bahagian muka, leher, tangan, kaki untuk kekalkan kelembapan kulit
  • Skrub wajah seminggu sekali untuk membuang kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan kulit baru
#2. Pilih produk penjagaan kulit yang baik

Ramai orang pilih produk yang salah. Kulit akhirnya jadi gatal, pedih, kering, dan kemerahan atau lagi teruk berlubang-lubang!
  • Tentukan jenis kulit berpandukan zon-T dan pilih produk yang sesuai dengan masalah kulit anda
  • Elakkan guna terlalu banyak produk dalam satu masa
  • Gunakan produk yang dapat meransang pengeluaran kolagen dan tinggi anti-oksidan
#3. Pakai sunblock

Jika banyak berada di luar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari, jangan abaikan penggunaan sunblock. Cahaya matahari sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit, kehilangan kolagen semulajadi dan kanser kulit.

#4. Tidur yang cukup

Tidur yang cukup berbeza antara setiap individu, tak semestinya 7-8 jam sehari. Jika biasa tidur 4-5 jam sehari, itu sudah ok.

Apabila kita tidur, hormon adrenaline dan kortisol akan menurun manakala hormon pertumbuhan akan meningkat. Pada masa ini, sel kita menjalani proses baik pulih dan pertumbuhan berlaku dengan lancar. Jika tidak mendapat tidur yang cukup, proses ini akan terganggu.

Tidur yang cukup juga baik untuk kesihatan jantung dan organ.

#5. Bergerak

Hiduplah dengan aktif, banyak bergerak atau melakukan senaman ringan. Ini akan meransang perjalanan darah yang sihat dan menggalakkan kulit yang cantik.

Senaman dan pergerakan dapat menguatkan stamina, kekuatan otot, keseimbangan, dan kepadatan tulang yang mula merosot akibat penuaan.

#6. Jauhi tekanan

Hidup dengan gembira, positif, baik sangka dan jadilah diri sendiri.

Kawal tekanan dengan melakukan perkara yang kita suka, cari kawan yang sekepala dan dekatkan diri dengan Pencipta.

#7. Makan dengan betul

Kulit yang sihat bermula dengan pemakanan yang betul. Untuk memperlahankan proses penuaan, ikut tips ini:
  • makan makanan yang kaya antioksidan kerana ia menggalakkan pertumbuhan sel baru, memusnahkan radikal bebas perosak sel, melindungi kolagen dan mengekalkan kulit yang anjal dan bebas kedut.
  • amalkan asid lemak semulajadi daripada ikan seperti Omega 3.Omega 3 membantu baik pulih tisu dan fungsi kulit berjalan dengan lancar.
  • Makan makanan yang kaya dengan protein, vitamin, kalsium, zink, dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan untuk ia berfungsi dengan baik.
#8. Cukupkan pengambilan air

Air mencukupi adalah asas kepada kulit yang muda, lembap dan muda. Air juga membantu tubuh kita mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.

Tidak semestinya air kosong. Minum juga jus buah-buahan, sayur-sayuran atau teh.

#9. Sentiasa senyum dan ketawa

Senyum adalah rahsia awet muda yang paling mudah kerana kita cuma menggunakan sedikit otot berbanding jika kita berwajah masam dan kelat. Lagi pun senyum mencetuskan emosi gembira dengan itu hormon serotonin di lepaskan. Hormon serotonin akan membuat kita rasa tenang dan mudah mengawal fikiran dan keadaan.

#10. Makanan tambahan

Makanan tambahan membantu melengkapkan nutrisi dari diet kita yang tak seimbang. Kekurangan nutrisi boleh buat seseorang cepat tua kerana sel-sel dalam badannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Nutrisi ialah apa yang badan perlukan untuk bertugas!

Inilah rahsia awet muda yang bukan lagi rahsia. Kalau dah tau, kenalah amalkan. Kalau tak sia-sia sajalah kan.

Sharing is caring!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994


Maaf, saya perlu kongsi mengenai hal ini, walaupun ia kelihatan menjijikkan bagi sesetengah orang. Hakikatnya ramai sangat orang yang mengalami masalah sembelit malah ada yang lebih teruk hingga berdarah dan ada juga yang buasir.

Tak payah kata kat orang lain, mungkin diri kita sendiri atau ada antara ahli keluarga kita yang ada masalah ni. Jangan simpan sembelit lama-lama, Akibatnya amat buruk nanti.


Bagi yang tak pasti apa itu sembelit, ia adalah keadaan dimana kita sukar nak membuang najis. Najis jadi keras menyebabkan kita terpaksa berada lama dalam tandas. Orang yang mudah sembelit ni berkemungkinan mengalami:

  • hilang selera makan
  • perut tak selesa
  • kembung
  • sakit kepala
  • pernafasan lemah
  • tekanan
  • asiditi
  • jerawat
  • ulser mulut
dan sebagainya.

Punca sembelit berbeza antara individu. Ada yang di sebabkan kurang pengambilan air kosong, kurang ambil serat, nutrisi yang tidak mencukupi, masalah semulajadi usus, tekanan hidup, pemakanan yang tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal, habit membuang yang tidak tetap, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.

Bagi golongan ibu-ibu, masalah sembelit yang dialami semasa mengandung, berpantang atau menyusu mungkin juga disebabkan perubahan hormon serta perubahan fisiologi tubuh badan.

Apa yang pasti, masalah sembelit yang menyerang orang dewasa selalunya disebabkan timbunan toksin dan lelemak dalam salur penghadaman dan usus serta kurangnya pengambilan air kosong setiap hari. Lama kelamaan, masalah ini menjadi semakin serius dan usus mula hilang kawalan mekanisme untuk membuang setiap hari.

5  Cara yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah sembelit 

#1. Minum air kosong 3 liter sehari


Jika tergolong dalam golongan orang yang ada masalah sembelit, jangan degil untuk minum air kosong 3 liter sehari. Air kosong membantu mengeluarkan toksin daripada tubuh dan melancarkan pergerakan usus. 

Usus yang lancar perlukan banyak air kerana apabila najis berada lama dalam usus, usus akan menyerap air daripada najis. Sebab itulah najis menjadi keras.

#2. Minum jus lemon semasa perut kosong


Lemon mempunyai bahan yang meransang pergerakan usus yang sihat. Caranya, perah setengah lemon dan masukkan ke dalam air suam. Boleh campurkan dengan sedikit garam bukit jika mahu.

Minum air ini pada awal pagi semasa perut kosong. Amalkan setiap hari.

#3. Madu


Amalkan dua sudu teh madu 3 kali setiap hari. Madu mempunyai kesan laksatif yang dapat membantu pembuangan tinja yang berkesan.

Boleh juga campurkan madu dengan campuran lemon dan air suam dan minum semasa perut kosong.

#4. Buah anggur

Anggur kaya dengan serat tak larut yang amat membantu penghadaman dan meransang pergerakan usus yang baik.

Makan satu mangkuk kecil buah anggur atau minum setengah gelas jus anggur setiap hari. Boleh juga di campurkan dengan susu dan minum setiap pagi.

#5. Sayur dan buah-buahan

Atau lebih tepat lagi, makanan yang kaya serat. Serat berfungsi 'mengikat' air dalam usus. oleh itu najis akan lebih lembut.

Contoh makanan tinggi serat ialah kekacang, kentang, lobak, beras perang, prun, gandum, biji bunga matahari, brokoli, kacang peas dan sebagainya.

Suplemen tinggi serat juga boleh di amalkan.

Apa yang penting jika mengalami masalah sembelit ialah, minum air dengan cukup, lakukan senaman ringan dan lebihkan makan sayur-sayuran.

Suplemen Untuk Kurangkan Sembelit

Ada beberapa suplemen yang amat membantu mereka yang ada masalah sembelit dan najis keras. Macam saya, saya suka mengamalkan Ostematrix 3-4 biji setiap malam sebelum tidur. Ostematrix membantu melancarkan pergerakan peristalsis usus. 

Ibu mertua saya pula sukakan set Lecithin dan Alfalfa. Ini kerana lecithin membantu melembutkan najis manakala alfalfa memudahkan beliau ke tandas setiap hari.

Ramai juga yang sukakan Herb-Lax ni kerana ia memang julap semulajadi yang meransang pembuangan najis serta merta. Herb-lax ini cuma perlu di makan 2-3 kali seminggu sahaja. Namun begitu, Herblax tidak begitu digalakkan kepada ibu menyusu kerana dikhuatiri bayi juga turut mendapat cirit-birit.


Keseluruhan Set Sembelit ini berharga RM220 dan penggunannya dari 1 bulan hingga 4 bulan.

Masalah sembelit, kalau tak di rawat dari awal, boleh menyebabkan buasir dan lebih teruk lagi kanser kolon. Nauzubillah.

Sebelum terlambat, eloklah kita cegah dengan cara semulajadi dan paling selamat.

Jika berminat mendapatkan  Set Sembelit ini atau mana-mana produk kegemaran anda,  boleh order sendiri secara online;

Klik ------>>

atau  terus saja hubungi saya untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan tempahan:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994

Segalanya tentang hormon!

Apabila kita mengandung, tubuh kita akan jadi bercelaru. Sebaik lepas bersalin, dan aras hormon berubah dengan mendadak, tubuh kita juga huru-hara. Nak-nak pula bila kita menyusukan bayi dengan susu ibu.

Sesetengah wanita, lepas bersalin, dia akan mengalami ketakseimbangan hormon (hormone imbalance). Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu, haid nya boleh datang seawal minggu ke 10 selepas bersalin (boleh jadi lebih awal dari itu).

Memang agak susah nak beritahu bila waktu yang tepat haid sepatutnya datang semula selepas bersalin. Ini kerana ia bergantung kepada aras hormon dalam badan wanita itu masing-masing.


Tapi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, memang sesuatu yang normal jika haid datang agak lewat selepas bersalin. Bagi saya sendiri, haid hanya datang kira-kira lebih kurang 7-8 bulan lepas saya bersalinkan baby Fawwaz.

Yang menjadi masalah di sini ialah apabila kitar haid itu tidak tetap setiap bulan. Kerana haid yang tak tetap ni, kita susah nak tentukan waktu subur. Bila dah macam ni, takut terbabas dan termengandung lagi sekali.

Inilah yang saya alami dulu. Dah la risau haid datang tak menentu. Tempohnya pula kemain lama.

Sebelum-sebelum ni haid saya memang tetap 28 hari. Sejak dari zaman remaja sampai dah beranak dua. Lepas anak ketiga ni haid dah mula bercelaru.

Mula-mula tak sampai pun 28 hari. Ok lagi lah. kemudian bulan depannya 35 hari. Lepas tu 40 hari. Risau la juga nanti baby Fawwaz terdapat adik baru. Huhu.

Bagaimana saya atasi masalah ini?

Saya tahu ini sebab hormon. Oleh itu saya mulakan pengambilan GLA Complex. Seeloknya GLA ni di ambil awal lagi. Tapi tu lah.. banyak sangat benda nak makan kan. Ada masalah baru cari GLA. :D

GLA Complex ni ialah asid lemak Omega 6. Ia di ekstrak daripada bunga borage yang tinggi kandungan GLA nya. Bukan tu saja, ia juga 3 kali lebih bioavaiabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada minyak GLA daripada tumbuhan lain.

Yang best lagi dalam 1 kapsul ni juga mengandungi minyak bunga matahari dan vitamin E yang berfungsi mengingkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

So saya ambil GLA Complex ni setiap hari. Ada juga lah skip sekali sekala. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, tepat hari ke 28 selepas itu, haid saya mula kembali seperti biasa.

Bagaimana GLA Complex berfungsi?

Asid lemak Omega 6 (atau ringkasnya GLA) ini akan membentuk hormon prostaglandin di mana hormon inilah yang akan mengawal selia hormon estrogen wanita. Jadi apa-apa masalah berkaitan hormon contohnya gejala PMS, sengugut, menopaus, mood swing, sakit pada payudara dan sebagainya akan dapat di atasi.

Dan, kalau nak tahu lagi, GLA Complex ni amat bagus untuk kecantikan kulit juga taw. Ia bukan saja dapat melembapkan kulit kering, malah dapat menghindar jeragat, dan menaikkan seri wajah.

Ye la.. hormon dah kembali sihat, insyaAllah semua tindakbalas dalam badan juga akan kembali sihat dan normal.

Jika ada ibu-ibu yang ingin mencuba GLA Complex untuk selesaikan masalah haid  tak teratur seperti saya, boleh hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Sihat jasmani, sihat rohani!
Danial sedang khusyuk menonton televisyen dan pada masa yang sama ibu sedang siapkan hidangan di meja makan. Beberapa ketika kemudian ibu memanggil Danial untuk makan bersama.

"Danial, jom makan"

Senyap.

"Danial, cepat makan, ibu dah siap ni"

Senyap.

"Danial! Tak dengar ke ibu panggil ni??" dengan nada suara yang sangat kuat. Maka terkocoh-kocoh Danial datang ke meja makan dengan hati yang penuh ketakutan.


Mengikut kajian, tidak ramai ibu bapa yang menggunakan bahasa lembut untuk mendisiplinkan anak. Kebanyakannya menggunakan jeritan, pekikan, diikuti sindiran dan ugutan.

Bahasa seperti ini banyak digunakan oleh ibu bapa kerana menganggap anak yang mendengar jeritan itu lebih berdisiplin dan mendengar arahan. Sedangkan hakikatnya mereka takut, dan menurut arahan dengan rasa terpaksa.

Menjerit, memekik, bahkan menengking bukan satu cara yang baik untuk mendisiplinkan anak. Banyak keburukan jika anak di layan seperti seorang askar ini sedangkan jiwa mereka masih lagi lembut, bersih dan suci malah dapat dibentuk dengan baik jika betul caranya.

Menjerit, selain membuat ibu bapa berasa tertekan, sakit dada, dan tekanan darah meningkat, anak-anak turut mendapat kesan psikologi yang tidak baik.

1. Anak berasa takut
2. Anak terpaksa buat pilihan 'lawan atau lari'
3. Mematikan pemikiran logik (logical thinking) anak di mana dia akan berhenti memproses maklumat

Ingat, anak akan meniru apa yang ibu bapa buat. Jika kita menjerit, anak belajar memekik dan menjerit. Jika kita memukul, anak juga belajar memukul, dan jika kita tenang, anak akan belajar untuk sentiasa bertenang.

Sudah tentu, adakala ibu bapa seakan hilang kesabaran dengan perangai anak-anak. Contohnya dengan anak yang tantrum akibat tidak dapat sesuatu yang dia inginkan, anak yang bergaduh dan berebut sesama adik beradik, anak yang bergaduh sewaktu kita sedang memandu dan sebagainya lagi.

Tarik nafas panjang, fikirkan jalan keluar yang rasional agar kita dapat menahan diri daripada menjerit dan memekik yang mana akan buat keadaan jadi lebih buruk. Berikut ada beberapa tips yang boleh ibu bapa lakukan.

Situasi 1: Anak tantrum/ mengamuk jika inginkan sesuatu

Jika kita layan kemahuan anak yang mengamuk pada kali pertama, dia fikir untuk mendapatkan sesuatu, dia mesti kena mengamuk dulu.

Jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan, maka dia mula menjerit, menangis dan berguling. Sudahnya ibu atau bapa sama ada akan tunduk pada kemahuannya atau menengking meminta dia diam.

Apa yang ibu perlu lakukan ialah, diam dan bertenang. Jangan memujuk atau memberi sebarang reaksi. Perhatikan saja. Apabila dia sudah mula bertenang, peluk dan berikan dia beberapa pilihan.

Situasi 2: Anak bergaduh sewaktu kita sedang memandu

Anak yang memekik dan bergaduh dalam kereta tentu buat kita rasa tak tenang, hilang fokus dan nak menjerit sama. Keadaan ini sudah tentulah bahaya dan berisiko tinggi penyebab kemalangan.

Caranya, berhentikan kereta di tepi jalan dan bagitahu anak yang kita tidak akan kemana-mana jika mereka terus berperangai seperti itu. Kemudian ibu atau bapa duduk diam, baca buku, atau 'bersembang' dengan rakan di media sosial hingga anak-anak duduk bertenang.

Jika keadaan sudah pulih, beritahu mereka ibu/ayah sudah boleh memandu dengan tenang dan selamat.

Sebagai orang yang lebih dewasa, ibu dan ayah harus berfikiran rasional dan tidak terikut-ikut rentak anak yang suka menjerit. Ada banyak jalan keluar jika kita sentiasa bertenang dalam setiap keadaan.

Fitrah anak-anak memang adakala perangai mereka sukar diduga. Itulah ujian buat kita sebagai ibu bapa. Kita boleh bertegas, tetapi tidak sampai memekik atau menengking.

Ingatlah bahawa rumah yang di penuhi dengan pekikan dan jeritan akan hilang rahmatnya. Bukankah Rasulullah S.A.W juga tidak pernah meninggikan suara kepada anak kecil, bahkan bagindalah yang paling lembut dan baik sekali kepada ahli keluarganya.

Salam sayang!

Disiplinkan Anak Tanpa Menjerit

by on November 24, 2015
Danial sedang khusyuk menonton televisyen dan pada masa yang sama ibu sedang siapkan hidangan di meja makan. Beberapa ketika kemudian ibu me...
Bagi 'ulat buku', macam ada satu ketagihan kalau tak dapat beli buku. Setuju tak?

Macam saya, bila dah sebulan tak beli buku, mula tak senang duduk, asyik teringat-ingat dan rasa menggigil nak pergi beli buku saat itu juga!

Tapi kalau susah nak keluar rumah macam mana? Dah la kedai buku tu jauh.

Kini ada cara lebih mudah, murah dan pantas untuk mendapatkan buku berkualiti kegemaran iaitu dengan membeli secara online.

Ada banyak kedai buku yang menawarkan pembelian secara online. Salah satunya kedai buku online kegemaran saya, Bookcafe.

Bookcafe memberi harga diskaun yang tak masuk akal untuk banyak buku terpilih termasuk buku agama, keibubapaan, kanak-kanak, motivasi dan remaja.

Anda boleh buat pilihan anda sendiri. Cukup mudah! Anda boleh telefon, emel atau klik saja pada buku pilihan anda.

Klik gambar dan jom beli belah buku secara online sekarang!!



Leader are reader!

******************
Assalamualaikum wbt.

Di zaman kenaikan harga barang yang semakin meningkat dari hari ke hari sedangkan pendapatan tidak banyak berubah, rata-rata kita dah tak senang duduk. Ramai juga yang mengeluh pendapatan seorang suami saja tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga yang semakin bertambah.

Bagi yang bekerja pula, tetap juga mengambil inisiatif menjalankan perniagaan secara part time. Ada yang berniaga di pasar malam, car booth sale, pasar tani, dan tak kurang juga yang menceburkan diri dalam bisnes online.

Buatlah apa saja asalkan halal, dan tidak menyalahi agama serta undang-undang.


Untuk memulakan perniagaan, bukanlah sukar sangat. Kita boleh mula dengan menggunakan kemahiran yang kita ada. Contohnya ambil tempahan menjahit, buat kek, hiasan hantaran pengantin, menjual nasi lemak sambal sedap resepi kita sendiri, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang kita harus tahu. Menurut salah seorang tokoh bisnes yang saya suka follow, Puan Ainon Mohd, untuk memulakan bisnes, perkara berikut mesti di pertimbangkan.

1. Modal

Tidak mengeluarkan modal melebihi RM2000. Walaupun kita mempunyai banyak duit.

2. Tidak membuat pinjaman bank

Kesilapan besar kebanyakan dari kita suka memulakan bisnes dengan membuat pinjaman bank (atau apa-apa pinjaman pun), sedangkan kedudukan bisnes kita pun belum pasti untung atau rugi.

3. Jualkan benda-benda biasa

Iaitu benda yang pasarannya besar, tidak putus orang membeli, tidak bermusim, tidak terkesan walau bagaimana iklim ekonomi melanda.

Jual benda yang kita tak perlu bercakap banyak kerana orang sudah tahu dan biasa membelinya.

Bagi yang tidak mempunyai kemahiran seperti memasak, menjahit, membuat kek atau roti, boleh mula dengan cara lebih mudah iaitu dengan menjual produk orang lain. Ini juga saranan Puan Ainon.

1. Pilih produk dari syarikat TERBAIK sahaja.

2. Pilih produk yang MUDAH dijual yang mana sudah ada permintaannya.

3. Pilih produk yang dibeli orang berkali-kali sepanjang tahun

4. Pilih produk yang menjual dirinya sendiri iaitu kita tak perlu bercakap banyak mengenainya.

5. Pilih produk keperluan, bukan produk kehendak.

Apapun, yang kita harus selalu ingat, bisnes tidak selalunya indah.

  • Sebanyak 93% bisnes ditutup dalam tempoh tiga tahun selepas beroperasi
  • Sebanyak 74% produk baru tersungkur dalam pasaran
  • Sebanyak 80% bisnes yang di buka menggunakan modal pinjaman gulung tikar.
Berdasarkan fakta dan statistik inilah, kita harus bijak memilih dan memulakan bisnes yang paling rendah risikonya.

Tips bisnes yang lain, bolehlah follow Facebook Puan Ainon Mohd. Oh, saya tidak mendapat apa-apa komisen dari entry ini. Saya cuma seronok menyampaikan kepada orang yang memerlukan. :D

P/S: jika berminat untuk buat bisnes online Shaklee yang menepati semua ciri-ciri di atas, hubungi saya!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Hai semua!

Ini ada berita baik buat orang-orang yang berada di kawasan sekitar Jengka, Jerantut dan Temerloh yang ingin mendapatkan produk Shaklee kegemaran anda tanpa kos penghantaran.

Jemput berkenalan dengan usahawan online yang juga pengedar sah produk semulajadi Shaklee, Puan Zam Zarina atau lebih mesra di panggil Puan Zam.

Puan Zam seorang surirumah sepenuh masa, mempunyai dua orang cahaya mata, berkebolehan menyolek wajah pengantin. Lagi satu beliau pandai masa gulai masam tempoyak, hidangan tradisi orang Pahang yang ohsem!


Puan Zam, hobinya suka membaca dan suka berimpian. Sebab tu beliau buat Shaklee..Heheh..InsyaAllah kita doakan semua impian beliau akan tercapai satu per satu tak lama lagi.

Kepakaran Puan Zam ialah membantu anda kurus dan slim kerana inilah set yang mula-mula sekali beliau amalkan. Kisah penuh mengenai penurunan berat badan Puan Zam ni boleh baca dalam entry ini.

Oleh sebab dah rasa kesannya, dah berjaya turun berat badan hampir 10kg dalam masa 5 bulan, kulit pun dan halus, mulus, licin, lembut, kulit tumit dah tak kasar, kini tiba masa dia bantu orang lain pula. Kalau nak tahu Puan Zam ni memang peminat tegar ESP Shaklee! Sedap sangat katanya sebab ESP ni ada rasa soya yang original. Lagi pun ESP buat dia rasa bertenaga, tak lapar, terutama puasa kan. Lagi satu kulit muka beliau dah kelihatan cerah dan licin berbanding dulu.

Jika nak mendapatkan produk Shaklee kegemaran berserta konsultasi tiptop daripada Puan Zam yang banyak pengalaman ni, atau juga berminat menjadi ahli sama ada untuk makan sendiri atau buat bisnes, bolehlah hubungi beliau segera melalui:

WhatsApp: 012-3540262
Facebook: Zam Zarina


Orang kata, kalau ada garis-garis halus tepi mata, itu tanda kita banyak pengalaman. Kalau garis halus tepi bibir itu tanda kita banyak ketawa. Jika di leher pula itu tanda kita semakin berusia!

Sebenarnya, apabila usia makin menginjak dewasa, kesan kedutan atau garis halus ini akan mula kelihatan dan akan jadi sangat jelas melewati usia lewat 40an. Ia adalah suatu proses semulajadi dan memang normal.

Kulit menjadi kedut akibat kehilangan kolagen dan elastin dalam tisu penghubung. Sel kulit menjadi lemah dan rapuh disebabkan perubahan pada fibroblas yang menghasilkan kolagen dan elastin.


Kedutan pramatang (atau penuaan pramatang) pula di sebabkan banyak faktor contohnya persekitaran yang tercemar di tambah dengan gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan tidak berkhasiat, serta tekanan. Ini di burukkan lagi jika kita seorang perokok dan mempunyai berat badan berlebihan (umur biologi lebih tua dari usia sebenar), serta kehilangan vitamin antioksidan penting seperti vitamin C dan E.

Cara Semulajadi Hilangkan Kedutan

Selain mengamalkan petua semulajadi contohnya mengurut dan menggosok muka menggunakan minyak zaitun, saya nak perkenalkan dengan satu krim yang semulajadi ni. Namanya Enfuselle Eye Treatment.


Eye Treatment ini bukan saja boleh di sapu di sekitar kawasan mata, malah juga boleh di sapu pada bahagian tepi bibir, leher atau mana-mana kawasan yang ketara kedutnya. Yang best dan menarik mengenai Eye Treatment ini ialah ia berasaskan tumbuhan, tidak mengandungi bahan kimia bertoksik yang bahaya untuk kulit dan ia di buktikan selamat oleh pakar kulit.

Amacam, best kan??

Untuk kesan yang lebih mantop, saya syorkan juga pengambilan Vitamin C semulajadi ini.

Vitamin C amat penting kepada tubuh kerana ia diperlukan untuk meransang pengeluaran kolagen, memberi keanjalan kepada kulit dan menjadikannya lebih muda, lembut dan licin.

Jadi, memang paduan yang cukup istimewa dan mantap dalam menyelesaikan masalah kulit kedut.

Dapatkan salah satu atau kedua-dua produk ini dengan membeli secara online,

Klik >>>>
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ec6e0db858f38bce30583a52fe092619

Atau, hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Perempuan kalau masuk je usia 40an ke 50an dia dah mula risau dengan kulit muka. Mana taknya, masa nilah bermulanya masalah 'penuaan' wajah. Yang paling ketara ialah jeragat.

Jeragat ni ialah tompok-tompok hitam yang biasa muncul pada bahagian bawah mata atau tepi pipi. Ia mengganggu tona dan warna sebenar kulit kita dan meninggalkan kesan seperti gelap dan terbakar.

Punca utama jeragat ialah disebabkan pengeluaran melanin berlebihan pada sel kulit akibat pendedahan yang lama di bawah cahaya matahari. Namun begitu, jeragat juga boleh berlaku disebabkan perubahan hormon, tekanan berlebihan, toksin berlebihan, masalah tiroid dan juga penggunaan pil perancang.


Ada banyak cara semulajadi nak hilangkan jeragat. Nak yang mudah, susah, atau murah atau cepat, semua terpulang pada kita kan. Ini ada beberapa cara saya nak kongsi bagaimana nak hilangkan jeragat.

Bahan-bahannya semulajadi, tetapi yang penting, amalkanlah dengan konsisten dan berterusan. :)

1. Jus lemon

Perahkan sebiji lemon dan dapatkan jusnya. Sapukan jus tersebut pada muka dan biarkan kering sendiri (20 minit). Bilas muka dengan air suam. Buatlah cara ini dua kali sehari selama tiga minggu.

2. Cuka epal

Campurkan 1 sudu cuka epal (apple cider vinegar) dengan 1 sudu air. Sapukan campuran ini pada kawasan jeragat. Biarkan kering. Bilas dengan air suam dan tepuk wajah perlahan-lahan. Buat cara ini sekali sehari.

3. Kunyit

Kunyit kaya dengan antioksidan yang boleh menghambat jeragat.

Caranya, ambil 5 sudu serbuk kunyit dan 10 sudu susu penuh (whole milk). Gaul, jadikan pes. Campur sedikit dengan tepung supaya ia lebih pekat. Sapukan pes ini pada kawasan berjeragat. Biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan tuala bersih.

Ulang cara ini setiap hari hingga dapat hasil yang memuaskan.

4. Gel lidah buaya (aloe vera)

Aloevera mengandungi bahan yang boleh mengurangkan hiperpugmentasi dan mengembalikan warna asal kulit. Ia juga dapat membuang sel kulit mati dan menggalakkan sel kulit baru.

Caranya, potong daun lidah buaya dan ambil gelnya. Sapukan pada muka dan urut perlahan selama dua minit. Biarkan kering selama 20 minit dan bilaslah dengan air suam. Ulang cara ini dua kali sehari selama beberapa minggu.

5. Betik

Papain dalam betik ialah enzim yang bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi yang boleh menghilangkan sel kulit mati.

Caranya, ambil isi betik yang masak dan hancurkan hingga mendapat tekstur pes. Tambahkan 2 sudu madu dalam setengah cawan isi betik tadi. Sapu pada kawasan terjejas. Biarkan kering hingga 20 minit dan bilas dengan air suam.

Selain mengamalkan petua semulajadi, jeragat boleh di atasi dengan mengambil vitamin dan suplemen. Antara vitamin yang sangat membantu dan berkesan dalam mengurang serta menghilangkan jeragat ialah vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E serta kolagen.

Ini antara mereka yang seronok mengamalkan vitamin C.



Kakak ipar saya beri ibunya makan Vitamin C. Ibunya kata jeragat pun dah makin kurang.

Alhamdulillah... Saya seronok dengar berita macam ni.

Di bawah ini pula testimoni pengamal Collagen Powder Shaklee.
Siapa tak happy kulit yang sebelum ni ada tompok-tompok hitam, hijau kini dah jadi cantik, bersih, lembap dan gebu.

Jika ada masalah jeragat, jangan tunggu lama-lama. Nanti jadi semakin teruk. Habis merebak satu muka. Orang lain pandang pun kita naik segan. Betul tak? Jangan risau,  kini dah ada cara nak hilangkan jeragat dengan cepat dan mudah.


Ini memang kombinasi terbaik untuk kulit cantik, flawless dan bebas jeragat. Kolagen tu akan buat kulit jadi anjal dan mengembalikan semula struktur kulit. Manakala vitamin C bertindak menyamaratakan tona kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari.

Dengan set ni, kulit akan bersih berseri bagai bulan di pagar bintang gitu... Orang tengok pun rasa nak cubit je sebab kulit pipi dah toing toing macam spring anjal.

Harga Collagen Powder Shaklee ni sekotak RM298. Tapi sekarang ada offer baik punya nih. Beli 6 kotak percuma 1 kotak, semuanya pada harga ahli, siap dapat percuma keahlian lagi. Cepat hubungi Ciksu sebelum promosi tamat!

                                                                         Hubungi:

ID: 868994