Enter Keyword


Usia 20-an adalah usia di mana tubuh kita dalam keadaan sangat subur sekali. Di tambah dengan pelbagai aktiviti, hormon yang sangat aktif, boleh menyebabkan penampilan luaran atau kulit wajah kelihatan kusam, gelap dan tak bermaya.

Orang kata, kalau nak kulit yang cantik semasa tua, penjagaannya mestilah dimulakan sejak awal lagi.

Masalahnya, bukan saja tak sempat, malah tak jumpa skincare yang benar-benar sesuai, apatah lagi selamat.

Sekarang umur 20-an pun dah ada yang problem dengan kedutan, eyebag, freckle dan jeragat. Jerawat tu jangan cakaplah. Dah sah akan ada punya.

Ni akak nak syorkan adik-adik cuba skincare baru muncul di Malaysia, tapi sebenarnya sebelum tu dah menjalani kajian selama lapan tahun sebelum dilancarkan.

Inilah dia Youth Skincare daripada Shaklee yang kian menjadi fenomena.

youth shaklee

Youth Skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk usia 20-an, dimana tanda-tanda penuaan belum jelas kelihatan, korang boleh ambil Starter Set.

Dalam Starter Set ada pencuci, toner, pelembap dengan SPF50 dan krim malam.

youth shaklee

Krim malam (advanced renewal night cream) tu korang boleh pilih sama ada nak jenis Light atau jenis Rich.

Ada beza kedua-duanya.

Rich tu untuk kulit yang sangat kering, yang tidur dalam aircond, atau senang cerita memang banyak duduk dalam aircond. Kandungan dia shea butter dan jojoba oil untuk menghidratkan kulit kita dari dalam.

Sementara yang Light tu pula untuk kulit biasa-biasa je, tiada jojoba oil dengan shea butter. Tapi pakai light pun dah best, apatah lagi yang rich.

Kalau korang tengok harga dekat situ, itu adalah harga retail. Tapi sebenarnya korang boleh dapat harga yang jauh lebih rendah dengan menjadi ahli Shaklee.

Lagi pulak sekarang ada promosi diskaun 10% daripada harga ahli. Lagiiiiilah murah. Cuma RM612 untuk satu set, termasuk juga korang akan dapat:

  • free membership (tak payah bayar RM65)
  • free postage (tak payah bayar RM10)
Promo ni sah hingga 30 Jun 2019 sahaja. So cepatttt!

Akak akan guide cara pakai yang betul jika membeli dengan akak.

Nak baca lebih lanjut mengenai Youth Skincare Shaklee ni, boleh ke pautan ni >> http://www.shaklee.com.my/youth/

Jika korang beli Youth Starter Set ni dan cari 6 orang kawan untuk beli Youth Starter Set juga, korang akan dapat 1 set produk Shaklee percuma!

Cashback pun korang dapat. Ini peluang bisnes yang sangat menguntungkan!

Jika berminat segera hubungi akak,

-Puan Suhaila-


ID:868994




Sudah jadi adat, sesiapa yang menceburkan diri dalam sesuatu bisnes, mestilah nak untung betul tak. Mana ada orang nak rugi.

Apa lagi kalau bisnes tu menjanjikan pulangan yang agak lumayan.

Namun begitu, lumrah apa saja perniagaan, pulangannya berkadar terus dengan usaha. Semakin giat usaha di lakukan untuk memajukan bisnes, semakin banyak juga hasilnya.

Bagi bisnes Shaklee sendiri, sesiapa saja layak mendapat keuntungan. Secara asasnya, pendapatan dengan Shaklee terbahagi kepada dua:

1. Untung runcit daripada setiap produk yang dijual

2. Bonus bulanan

Sejak mula saya menjalankan bisnes Shaklee iaitu pada tahun 2012 lagi, Alhamdulillah Shaklee tak pernah gagal membayar bonus saya setiap bulan.

Setiap pengedar, bahkan pengguna yang hanya makan sendiri dan tak buat bisnes pun, tetap layak menikmati bonus Shaklee!

Semakin banyak kita beli, semakin tinggi bonus kita.

So hari ni saya nak share cara bagaimana anda boleh dapatkan bonus 4 angka yang pertama dengan Shaklee seterusnya melayakkan anda naik ke pangkat pertama sebagai Supervisor.

Rajah 1:

Jumlah point yang diperlukan untuk naik ke pangkat Supervisor = 3000UV
Peratus kiraan = 21%

Formula kiraan 1: UV x 3x 21% = 3000x 3 x 21% = RM1890 bonus anda!

Formula kiraan 2: PV x 21% = lebih kurang RM1890

* Setiap barang ada nilai UV dan PV masing-masing. Kiraan adalah berdasarkan nilai ini.

Contoh:

Vivix 1 botol mempunyai nilai 112 UV, 380PV.

Untuk dapatkan 3000UV  bermakna kita perlu 27 botol Vivix bersamaan 3024UV = 10,260PV.

Jadi kiraannya, PV x 21% = 10, 260 x 21% = RM2154.60!

RM 2154.60 adalah bonus anda dan terus rank up ke pemimpin pertama, Supervisor!

Ini adalah contoh pengiraan. Sebenarnya kita tak payah susah-susah kira pun. Semua sistem akan kirakan untuk kita.

Untuk mendapatkan bonus pertama sebanyak 4 angka adalah tidak mustahil langsung!

Ini pula menunjukkan purata pendapatan pemimpin perniagaan Shaklee. Pendapatan sebenar tentulah berbeza mengikut performance seorang pemimpin itu.


Jelas di sini bahawa, lebih tinggi pangkat (lebih banyak kerja perlu dibuat), lebih lumayan juga pendapatannya. Bukan itu saja, Shaklee sediakan insentif yang banyak seperti bonus kereta, trip percuma dan insentif kewangan kepada pemimpin yang layak.

Saya nak highlightkan, sistem MLM Shaklee bukan sistem piramid seperti di tempat anda bekerja atau juga di syarikat multinasiaonal yang lain yang mana hanya seorang yang boleh duduk di kerusi paling atas.

Sesiapa saja yang perform lebih bagus berbanding upline atau pemimpin atasannya, dia boleh memintas dan berhak dapat lebih banyak faedah, pulangan, dan insentif daripada Shaklee.

Bisnes Shaklee untuk semua tak kira siapapun anda.

Ia boleh dilakukan secara fulltime atau part time mengikut kesesuaian masa anda sendiri. Lagipun ia tak perlukan modal wang yang besar.

Baca >> Cara daftar ahli Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan Shaklee, hubungi saya untuk saya ceritakan dengan lebih lanjut. Dengar dahulu kemudian anda buat keputusan.

-Puan Suhaila-


Shaklee Biz Coach

ID: 868994



Saya selalu dengar orang cakap,

'Kau pantang lah elok-elok. Sekarang memang tak rasa. Dah tua nanti kau tanggunglah sendiri'.

Lepas tu ada juga yang cakap,

'Alah dah tua memanglah banyak penyakit tak kira la pantang atau tak pantang'.

Saya tak menyangkal, malah saya bersetuju dengan kenyataan dia atas ni.

Bahkan...

Saya juga semakin elergik dengar orang cakap macam ni. hahaha..

Seolah-olahnya seperti kita ada pilihan untuk jadi sihat, kenapa kita pilih nak sakit? Pelik betul!

Dah tu, kenapa bila semakin bertambah anak, badan pula semakin sakit? Kenapa walaupun pantang ketat-ketat badan sakit juga? Kenapa bila usia bertambah je tahap kesihatan mula merosot?

Sedangkan anak kecil berderet lagi nak kena jaga ni...

Ini jawapan saya.

Semakin kita meningkat usia, nutrition gap semakin besar.
Itu yang kita rasa macam-macam penyakit mula datang.
Saya dah dengar ramai ibu-ibu mengadu, lepas anak dua tiga orang badan jadi teruk sangat.
Jangan kata orang lah, saya dulu pun masa pregnant anak kedua dah rasa teruk namatey. Habis semua sakit sampai serik dah nak mengandung.
Syukur jumpa Shakli lepas tu.
Badan kita memang tak cukup nutrisi. Tengok makanan kita pun dah tahu. Apa lagi bila pernah mengandung, beranak, menyusu lagi lah banyak zat-zat hilang kena sedut dengan anak.
Bila dah mula rasa sakit sana sini, tak sedap badan, tu tanda badan kita dah bagi signal.
Kita boleh je tipu orang lain kata badan kita masih sihat kuat tapi kita tak boleh tipu badan kita sendiri.

So jangan sesekali abaikan nutrisi tambahan bermula daripada kita mengandung anak pertama lagi.
Dr. Hamid Arshat pun pesan wanita kena mula ambil suplemen dari awal mengandung dan makan hingga akhir hayat.

Kenapa ada yang kata suplemen tak perlu?

Ironinya yang kata suplemen tak perlu tu tak pernah makan suplemen pun!

Bila dia sendiri rasa dan amalkan, saya pun yakin bahawa dia sendiri akan sangat menggalakkan semua orang makan suplemen.

Suplemen yang sangat bagus di amalkan oleh kita ibu-ibu yang jelita ini ialah:

  • Protein
  • Multivitamin
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Omega 3 
  • Suplemen antioksidan
Suplemen bukan ubat. Ia makanan tambahan yang diperlukan untuk penuhi semula nutrition gap itu tadi.

Barulah badan kembali segar, bertenaga, rasa sihat, gembira, ceria, kurang stress dan nampak muda.

Pilih suplemen yang terbukti selamat melalui kajian saintifik.


'Take a good supplement like shaklee' kata Pak Nil. Baru la awet muda!
.
Sekiranya ibu-ibu berminat nak dapatkan set vitamin yang sesuai, atau suami yang nak hadiahkan untuk isteri tersayang, boleh hubungi saya bila-bila masa.

Ciksu,
www.wasap.my/60129645614
6 years with Shaklee and counting💖

Ibu adalah pengurus kehidupan terbaik.

Dari kejutkan bangun pagi, memasak, susun jadual harian, appoinment dengan doktor, ingat jadual kelas tambahan anak, hantar dan ambil anak sekolah, jadi pakar motivasi, jadi jururawat, tenangkan anak-anak yang bergaduh, selesaikan konflik anak dan sibuk dengan kerja sendiri lagi di pejabat untuk membantu suami mencukupkan keperluan keluarga- seolah-olah semua kerja ibu yang buat.

Namun begitu, ada harga yang perlu di bayar.

Ada bukti mengatakan wanita pada waktu ini menghadapi tekanan yang lebih tinggi berbanding semasa dia bujang.

Dengan semua tanggungjawab yang terpikul di bahunya, dia menjadi sangat penat dan tertekan.

Tekanan ini menyumbang kepada masalah tidur, yang kemudian berjangkit menjadi tekanan emosi, isu di tempat kerja dan kenaikan berat badan.

Laporan daripada Persatuan Psikology Amerika (2006) mengatakan wanita lebih terjejas oleh tekanan berbanding lelaki lalu membentuk tabiat tidak sihat seperti pemilihan pemakanan yang teruk, merokok dan tidak ada aktiviti yang dilakukan untuk mengurangkan stress.
Ada kajian mengatakan stress di kalangan ibu-ibu ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal mereka berbanding dengan lelaki.

 Tindakbalas Stress

Tindak balas stress, yang selalu dirujuk kepada 'respon lawan-atau-lari' sebenarnya adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomik kita; dan juga adalah satu tindak balas yang rapid dan automatik terhadap ancaman fizikal atau mental.

Contohnya, apabila kita di kejar oleh perompak. Otak kita hasilkan tenaga, kelajuan dan fokus kepada kita sama ada untuk kita melawan atau kita lari laju laju.

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ancaman, satu bahagian kecil dalam otak (hipotalamus) menghidupkan 'alarm' dalam badan kita. Dengan kombinasi saraf dan signal hormon, 'alarm' ini akan meransang kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon stress iaitu adrenalin dan kortisol.

Adrenalin meningkatkan degupan jantung, menaikkan tekanan darah, dan menggerakkan nutrien tenaga (glukos, asid amino dan asid lemak) dari simpanan tubuh.

Kortisol (hormon utama stress) menaikkan kadar gula darah, menggalakkan pengambilan sugar di sel otak, serta meningkatkan keperluan asid amino untuk memperbaiki tisu tubuh.

Kortisol juga berfungsi menghentikan fungsi tubuh yang tidak perlu semasa stress akut seperti tindakbalas imun, proses penghadaman, sistem reproduktif dan proses pembesaran.

Tindak balas stress adalah normal dalam tubuh kita dan ia dikawal secara automatik. Apabila krisis berakhir, degupan jantung kembali normal, tekanan darah semakin stabil dan sistem lain berjalan seperti biasa.

Selain stress akut, tubuh kita turut di ancam oleh ancaman psikologi yang kronik contohnya seperti tekanan di tempat kerja dan rumah, konflik dengan keluarga atau rakan, perubahan besar dalam hidup seperti kematian dan perceraian, juga turut mencetuskan alarm yang sama.

Kesan stress kepada kesihatan fizikal

1. Fungsi penghadaman

Apabila stress, seseorang akan kerap mendapat cirit birit, sakit perut atau juga sembelit. Ini kerana semasa stress aliran darah ke bahagian penghadaman menurun, hormon tekanan mula memperlahankan pelepasan asid gastrik dan mengosongkan gastrik.

Hormon yang sama turut meningkatkan aktiviti di usus kecil. Stress mampu menyebabkan IBS (Irritable Bowel Syndrom) yang mana gejalanya termasuk sakit abdomen, kembung perut, sembelit atau cirit-birit.

2. Tindak balas Imun

Sistem imun kita ni sangat kompleks. Ia perlu seimbang antara sistem yang bertindakbalas terhadap ancaman fizikal, ancaman emosi, juga terhadap jangkitan yang merosakkan sel.

Apabila berhadapan dengan ancaman fizikal akut contohnya seperti luka, sistem imun bertindakbalas dengan cepat dengan menghasilkan bahan inflamasi di sekeliling luka.

Tetapi, apabila kita menghadapi ancaman stress kronik, sistem imun yang sama tidak berfaedah kepada kita. Bahkan ia juga turut menghadapi tekanan lalu menyebabkan kita lebih mudah mendapat jangkitan.

Satu keadaan di mana sistem imun menghadapi masalah, ia boleh menyebabkan penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang sel badan kita sendiri.

Contoh penyakit autoimun ialah SLE (lupus), RA (rheumatoid athtritis), multiple sclerosis, serta penyakit tiroid yang mana ia kerap menyerang wanita berbanding lelaki.

3. Kesan terhadap sistem saraf dan kardiovaskular

Pengaktifan hormon stress yang kronik boleh meningkatkan kadar degupan jantung, menaikkan tekanan darah serta lipid (lemak seperti kolesterol dan trigliserida) dalam darah. Kesemua ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Jika respon lawan-atau-lari tidak pernah 'tertutup', sisa atau by-products daripada kortisol akan menyumbang kepada keadaan kemurungan (depresi) dan rasa cemas (anxiety).

Stress kronik turut memberi kesan kepada memori otak.

4. Tidak cukup tidur

Tidur sangat penting kepada kesihatan seorang wanita. Apabila wanita mempunyai bayi kecil atau anak-anak yang sakit, tidurnya akan terganggu. Kronik stress dan rasa cemas atau anxiety kerap mengganggu apabila tidak cukup tidur.

5. Obesiti dan kenaikan berat badan

Stress kronik serta masalah tidur boleh beri kesan kepada kenaikan berat badan. Hormon kortisol memainkan perana dalam pengumpulan sel lemak pada kawasan abdomen.

Saiz yang besar terutama pada kawasan perut boleh menyebabkan kenaikan paras gula dan berisiko mendapat diabetes serta sakit jantung.

Masalah tidur boleh memberi kesan kepada hormon metabolik yang mengawal selera.

Kajian demi kajian telah menunjukkan masalah tidur berupaya menyebabkan:
  • peningkatan hormon ghrelin
  • penurunan hormon leptin
  • kenaikan selera makan
  • kenaikan berat badan
6 Cara Terbaik Menguruskan Stress

1. Kenal pasti punca stress

Sama ada isu perkahwinan, kewangan, kerjaya, kesihatan atau lain-lain. Apabila kita tahu punca yang menyebabkan kita stress, kita akan belajar menguruskannya dengan lebih baik.

2. Sediakan masa untuk ketenangan (me time)

Jika mampu, apa salahnya ambil cuti dan bercuti untuk tenangkan fikiran. Jika tidak, cukup dengan hanya 10 minit sehari.

Dalam masa 10 minit ini, duduk diam, bernafas dengan baik dan teratur dan cuba 'betulkan' semula fikiran kita.

Ambil buku dan pen serta catatkan semula kejayaan, kemenangan atau apa saja perkara yang buat kita gembira dan bersyukur walaupun ia hanyalah perkara kecil.

3. Pastikan ambil nutrisi yang cukup 

Nutrisi yang baik melalui pemilihan makanan yang tepat sangat penting untuk mengurangkan stress berlebihan.

Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah juga sangat menekankan pengambilan makanan yang bagus untuk otak dan mental kerana ia sangat berkait rapat.

Pastikan kita ambil cukup sumber protein, karbohidrat, vitamin, mineral, asid lemak  penting untuk tenaga, mental yang fokus, dan kestabilan emosi.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Kurang tidur bukan saja boleh sebabkan berat badan naik, dan rasa lesu, bahkan boleh menyebabkan sakit, demam bahkan kemalangan.

Cubalah untuk tidur pada masa yang tetap setiap hari. Elakkan minum kopi, atau makan hidangan yang berat sebelum tidur.

5. Cara hidup aktif

Active lifestyle dapat membantu mengurangkan stress dan memperbaiki masalah tidur. Ia juga akan bantu kita kawal selera makan, dan membakar kalori untuk mengekalkan berat badan sihat.

Senaman juga dapat menguatkan sistem kardiovaskular kita- menguatkan otot jantung, menurunkan tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan trigliserida serta mencegah risiko sakit jantung dan strok.

6. Ambil suplemen

Penuhkan kelompongan nutrisi dengan multivitamin/ multimineral yang seimbang. Amalkan vitamin B complex, vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium, vitamin D, Omega 3.

Juga boleh amalkan meminum teh yang kaya dengan antioksidan untuk tingkatkan fokus, dan fungsi mental.

Bukan senang nak jadi ibu, apatah lagi ibu tunggal.

Kita perlukan lebih kesabaran, kasih-sayang dan disiplin untuk menghadapi hari-hari yang mencabar, menghadapi kerenah anak-anak yang membesar dan tuntutan hidup.

Paling utama ialah kita menjaga dan menyayangi diri sendiri, barulah boleh menjaga dan menyayangi orang lain.


-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee


ID: 868994


Saya suka baca artikel dari website lifehack.org.
Ni saya share beberapa tips bagaimana nak kembangkan network atau jaringan bisnes kita.
Bila network kita besar, insyaAllah bisnes kita akan berkembang.

1. Be helpful
Kongsi kepakaran, idea, informasi yang kita ada dengan orang lain terutama orang dalam network sedia ada.
Bantu mereka untuk berjaya, untuk capai target, untuk mereka jadi lebih kuat.

2. Bina reputasi
Jadikan diri kita bernilai, orang tak rasa rugi kawan dengan kita.

3. Sentiasa ada
Kerap menonjolkan diri dan konsisten berkomunikasi dengan orang yang kita nak bina network tu.

4. Jumpa dengan lebih ramai orang
Terutama daripada niche yang berbeza dengan kita.
Hadiri event, perjumpaan, seminar, workshop, alumni, kenduri kendara atau boleh join grup2 online.
Jangan hanya menyorok di belakang komputer 😅.

5. Be intentional
Saya belajar dengan mentor saya, setiap hantaran dalam media sosial mesti ada tujuan.
Kongsikan content yang bernilai, berinteraksi dan bina rapport.
Sentiasa connect dengan mereka.

6. Hubungan jangka panjang
Connection open doors, but relationships close deals.
Ia memang akan ambil masa. Sabar je keep in touch.

7. Get rejected
Pepatah daripada Chris Dixon mengatakan,
'If you aren't getting rejected on daily basis, your goals aren't ambitious enough.'
Semakin banyak kena reject, semakin banyak kita belajar, semakin mahir kita menghadapinya.

8. Mendengar
Orang suka kalau kita bagi perhatian pada apa yang dia cakap.
Asah kemahiran mendengar. Jadi nanti kita akan belajar mengenai sifat-sifat manusia.

9. Bertanya
Banyakkan bertanya, jangan assume. Dengan bertanya kita akan terus dapat jawapan apa yang kita nak.

10. Follow up!
Pastikan anda melakukan proses 'follow up' dengan kerap tetapi tidak sampai orang yang kita follow up tu rasa annoying atau menyampah.

Jadi diri sendiri, jangan jadi robot.

11. Last but not least, bina network yang hebat terlebih dahulu dengan kabel Maha Besar. Lebih kuat network yang ini lebih mudah kita nak handle yang lain-lain tu.

#notabisnes
#ciksukongsi

Ia anugerah alam!

Saya pasti kalian pernah baca atau dengar mengenai produk Vivix daripada Shaklee.

Malah saya sendiri adalah salah seorang daripada beribu-ribu pengguna dan peminat tegar Vivix Shaklee sejak pertama kali saya meminumnya.

Apa itu Vivix?

Vivix ialah minuman kesihatan yang mengandungi campuran empat tumbuhan premium yang terdiri daripada ekstrak anggur muscadine, Polygonum cuspidatum, elderberi eropah dan lobak unggu. 

Apa istimewanya Vivix Shaklee ini?

Shaklee menggunakan anggur muscadine (Vitis rotundifolia), salah satu buah-buahan semulajadi yang paling sukar ditemui dan paling berkuasa. 

Anggur ini mengandungi 20 set kromosom, tidak seperti anggur lain yang hanya mempunyai 19 set kromosom, menjadikan ia buah yang sangat kaya dengan fitonutrien dan rangkaian lengkap polifenol yang tidak ditemui dalam tumbuhan lain. 

Selain itu, anggur ini juga mengandungi kepekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain (daripada tiga tumbuhan lagi), menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat. 

Shaklee memanfaatkan keberkesanan anggur ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan yang telah dipatenkan untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Jadi, apakah kebaikan mengambil Vivix sebagai minuman tambahan?

Kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis Shaklee telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel:

1. Kerosakan DNA

Setiap hari, sel tubuh kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, lalu menghasilkan satu 'typo' atau kesalahan yang akan mengganggu fungsi dan hayat sel.

Ramuan Vivix berupaya melindungi dan memperbaiki sellular DNA.


vivix shaklee


2. Pengawalan genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan pada jangka hayat sel. Sel cepat rosak dan mati.

Ramua Vivix dapat mengaktifkan  satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan sel.


vivix shaklee


3. Tenaga sel yang menurun

Mitokondria (penjana tenaga dalam sel) menghasilkan tenaga dalam setiap sel badan kita. Apabila kuantiti serta kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel juga turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


vivix shaklee


4. Penimbunan protein AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) - terutamanya daripada karbohidrat ringkas, boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular dan akan turut mengganggu keutuhan dan hayat sel.

Ramuan Vivix berkuasa 10x ganda lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) berupaya melambatkan pembentukan protein AGE.


vivix shaklee


Secara ringkasnya, gabungan ramuan-ramuan premium dalam Vivix Shaklee mempunyai sifat dan ciri-ciri seperti:

  • anti-bakteria
  • anti-virus
  • anti-karsinogen (anti-kanser)
  • anti-oksidan
  • anti-penuaan
  • anti-radang (anti-inflamasi)
  • anti-mikrob
Tidak hairanlah Vivix kini semakin menjadi fenomena dan dikenali ramai.

Ia bukan saja selamat bahkan benar-benar berkesan! 

Setiap rumah wajib ada sebotol Vivix dan amalkanlah satu sudu sehari. 

Sebotol Vivix berharga RM475. Anda boleh jimat 20% sekiranya membeli 2 botol dan layak mendapat keahlian secara percuma!


vivix murah

Sekiranya berminat untuk dapatkan Vivix, boleh hubungi saya:

Puan Suhaila
012-9645614
ID Shaklee: 868994
Klik Whatsapp link>> www.wasap.my/60129645614