Enter Keyword

Masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, saya jumpa ramainya orang batuk.

Saya sendiri dah lama ni tak kena batuk. Seram juga jadinya. Last year dah kena batuk teruk sampai rasa nak tanggal rusuk dibuatnya.


Batuk antara penyakit biasa namun agak payah nak hilang. Selalu ambil masa yang lama. Kalau tak berminggu-minggu, pasti makan bulan.

Dah lama-lama mulalah rasa nak marah je. Ubat berbotol-botol tapi semua tak jalan. Dah la doktor kata ubat batuk ni tak bagus sangat jika di ambil berterusan.

Hmmm mengapa tidak kita cuba petua yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang mudah di dapati.

Di bawah ni saya kongsikan lima petua yang dikatakan paling mujarab dan berkesan untuk mengurang dan menghilangkan batuk.

1. Madu + jus limau


Ambil satu sudu madu lebah (pastikan yang original ye bukan yang dah ditambah gula).

Perahkan setengah biji limau nipis. Boleh juga apa2 jenis limau atau lemon janji keluarga dia lah.

Sebelum telan baca Al-Fatihah 1 kali, selawat 3 kali. Doakan kesembuhan.

Amalkan pagi dan malam.

2. Air suam + lemon

Ambil segelas air suam, perahkan sedikit jus lemon di dalamnya.

Lemon ada vitamin C yang bantu melawan kuman.

Amalkan bila2 masa.

3. Makan nenas


Buah nenas juga sangat kaya dengan kandungan vitamin C.

Amalkan makan 4-5 hidangan sehari.

Boleh juga di kisar untuk dijadikan jus tetapi jangan di campur dengan gula.

4. Sup + bawang putih


Buat sup sayur, sup ayam atau sup tulang, lebihkan bawang putih di dalamnya.

Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi.

Jika mampu kunyah bawang putih mentah2 atau yang di bakar pun apa salahnya. 😁

5. Air suam + halia + peppermint


Rebus hirisan halia dalam semangkuk air dalam periuk.

Minum air tersebut yang di campurkan juga dengan beberapa helai daun pudina.

Amalkan 2 kali sehari pagi dan malam.

Halia dan pudia memberi rasa sejuk dan nyaman pada saluran pernafasan.

Ehh chup! Keberkesanan petua ni bergantung pada badan masing2 la ye. Jika ada sensitif atau alahan terhadap mana-mana bahan tu tak payah la buat. 😊

Bagi sesiapa yang batuk, tingkatkan pengambilan air kerana ia membantu mengurangkan keradangan.

Elakkan minuman sejuk (ais) dan habuk.

Jika batuk berlarutan diikuti sesak nafas atau batuk berdarah, jangan teragak2 untuk dapatkan rawatan di klinik / hospital.

Berminat nak cuba vitamin untuk kuatkan imun dan kurangkan keradangan, hubungi saya!

-Puan Suhaila- 



Makanan mengandungi tinggi sodium atau garam sering menjadi punca salur darah jadi sempit lalu menyebabkan tekanan darah mudah naik tinggi.

Darah tinggi selalunya tidak ada gejala. Kita hanya boleh tahu dengan membuat pemeriksaan tekanan darah di klinik atau hospital.


Tekanan darah yang selalu tinggi dan tidak terkawal adalah sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan serangan strok atau angin ahmar secara mengejut.

Pesakit berisiko lumpuh dan mendapat kecacatan kekal.

Ada banyak cara kita boleh elakkan serangan darah tinggi dan mengawal tekanan darah.

Selain mengurangkan pengambilan makanan bergaram seperti makanan terproses, makanan segera, makanan berlemak, kita juga perlu mengambil makanan yang betul.

Di bawah ini adalah makanan dalam kategori superfood yang boleh di amalkan setiap hari untuk mengawal tekanan darah tinggi.

1. Roti bijirin penuh (wholemeal)

Selain itu boleh juga gunakan tepung bijirin penuh untuk buat roti, lempeng, cucur dan sebagainya.

Makanan bijirin penuh kaya serat yang boleh menyerap lebihan lemak dalam salur darah.

2. Oat

Juga kaya dengan serat dan ia juga rendah lemak serta kurang sodium. Pilih oat organik dan jenis 'rolled oat'.

3. Sayur-sayuran

Jika sebelum ni tak suka sayur, anda kena mula jatuh cinta pada sayur terutama sayuran hijau kerana ia kaya potttasium yang boleh menyingkirkan lebihan sodium dalam darah.

Antara sayur yang bagus ialah:

🌱 bayam
🌱 salad romaine lettuce
🌱 kale
🌱 bendi
🌱 tomato
🌱 kacang panjang
🌱 terung
🌱 bunga kobis

4. Kekacang

Juga tinggi kandungan serat dan bagus untuk mengawal tekanan darah jika di amalkan.

Contoh kekacang yang bagus ialah:

🌰 pistachio
🌰 kacang soya
🌰 walnut
🌰 kacang pis
Dsb.

5. Buah-buahan

Selain di makan begitu saja, boleh juga amalkan minum jus segar tanpa gula.

Ambil buah-buahan dan sayuran sebanyak 4-5 hidangan sehari.

Buah yang bagus contohnya buah delima 🍊.

6. Buahan beri

Contohnya blueberi, strawberi atau apa saja dalam keluarga beri kerana ia kaya komponen semulajadi yang dinamakan flavonoid.

7. Pisang

Pisang elok diamalkan kerana ia tinggi kandungan pottasium. Boleh makan begitu saja atau letakkan di dalam yogurt, roti, lempeng dsb.

8. Bawang putih

Tidak asing lagi digunakan dalam merawat penyakit.

Bawang putih dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran oksida nitrik dalam badan, dengan itu membantu salur darah menjadi besar.

Boleh dimakan begitu saja atau masukkan dalam masakan.

9. Minyak zaitun

Termasuk dalam kategori minyak tak tepu, ia juga dapat melicinkan salur darah dan mengurangkan darah tinggi.

10. Ikan salmon, mackerel dan ikan berOmega 3

Kajian mendapati penduduk yang mengamalkan ikan beromega 3 ini kurang risiko mendapat serangan jantung.

Asid lemak perlu ini tidak dihasilkan oleh badan dan kita mesti dapatkannya daripada pemakanan.

Kekurangan Omega 3 menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti salur darah tersumbat, serangan jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

Amalkan hidangan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Cara lebih mudah dan pantas untuk mendapatkan khasiat dan manfaat Omega 3 adalah dengan mengambil suplemen.


Omega Guard adalah minyak ikan tulen yang telah melalui penyulingan sebanyak tiga kali untuk membuang logam berat yang biasa terdapat dalam ikan.

Sebotol 90 biji cuma berharga RM136.25 sahaja.

Kawal darah tinggi, cegah sebelum terlambat.

Sekiranya berminat untuk dapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya:

- Puan Suhaila -
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Berminat untuk jadi ahli, klik: 

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai menguruskan order customer tadi, saya buka whatsapp.

Tiba-tiba dapat satu mesej dalam grup. Rupanya wasap salah seorang pengguna Vivix bagi feedback selepas minum Vivix.

Ibu kepada pengguna ni ada penyakit kencing manis. Jari kakinya pun sudah di potong.

Namun begitu, sebaik keluar daripada hospital selepas pembedahan, kakinya bukan jadi semakin baik tapi nampak semakin teruk.

Terus anaknya beli 2 botol Vivix Shaklee yang ada promo. Alhamdulillah, tak sampai sebulan pun, anaknya mesej semula bagitau perkembangan ibunya.

Syukur... Seronok betul dapat feedback macam ni.

Testimoni vivix kencing manis

Sesungguhnya memang masih ada sinar harapan untuk pesakit diabetes.

Vivix adalah suplemen antioksidan yang mana kajian secara saintifik telah membuktikan bahawa ia mampu :

✔ Melindungi dan memelihara sel
✔ Memberi tenaga kepada sel badan
✔ Meningkatkan prestasi sel
✔ Menguatkan sistem imun dan pertahanan sel melawan jangkitan

Testimini vivix shaklee kencing manis

Hadiahkan Vivix untuk diri sendiri atau insan tersayang.

Hubungi :

-Puan Suhaila- 
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee pada harga ahli, klik:


Assalamualaikum wbt.

Hari ni rasanya dah hampir sebulan dunia kalut dengan penularan virus nCoV atau coronavirus ni.

Semua orang rasanya agak risau jika virus ni merebak ke negara kita. Unfortunately, setakat hari ini, dah ada 5 kes dilaporkan.


Walaupun kita rasa mustahil untuk kena jangkitan (sebab kita hanya duduk dirumah, tak jumpa sesiapa, tak pergi mana-mana misalnya), tapi jangan lupa anak-anak, mak ayah, adik beradik yang lain berisiko terkena jangkitan virus (sekalipun bukan corona, mungkin influenza; Nauzubillah).

Peluang untuk kita ter-contact secara tak sengaja dengan mereka juga adalah tinggi.

Pun begitu, tidaklah salah kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

✔ Keep hidrated
✔ Jauhkan diri dari tempat crowded terutama jika ada anak kecil
✔ Banyakkan makan makanan berkhasiat terutama yg kaya vitamin
✔ Elakkan makan makanan yang tidak di masak sempurna terutama jenis daging
✔ Sentiasa basuh tangan atau lagi bagus gunakan hand sanitizer
✔ Amalan batuk dan selsema yang baik (pakai mask dsb)

Virus corona ni perlukan host cell untuk hidup. Sistem pertahanan badan yang kuat insyaAllah akan mampu melawan dan jika terjangkit sekalipun, badan akan cepat recover.

Produk suplemen Shaklee sangat penting untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan kita secara semulajadi.

Vitamin kuatkan imun

Ini adalah antara pilihan produk Shaklee yang sangat penting di ambil untuk menguatkan sistem imun badan kita.

Setiap produk ada fungsi dan manfaat tersendiri dalam membantu melawan jangkitan.

Vita-Lea -
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan ke semua vitamin dan mineral yang perlu untuk badan.

Ia bantu pembinaan sel sistem imun yang sihat termasuk membina sel darah merah dan putih.

Vitamin C -
Berfungsi sebagai antioksida yang mencegah kemerosotan sel akibat oksidasi. Ia juga menguatkan sistem imun.



Omega Guard -
Asid lemak Omega 3 yang bertindak sebagai anti-radang dan berupaya meminimakan simptom.

Nutriferon -
Ekstrak tumbuhan dengan kajian selama lebih 40 tahun yang berfungsi menggalakkan pengeluaran interferon semulajadi badan.



Vivix -
Minuman botani daripada ekstrak 4 tumbuhan premium yang berupaya melawan kerosakan sel dari tahap DNA.

Paling pantas menguatkan dalam imun dan melawan jangkitan kuman atau bakteria.


Garlic Complex -
Ekstrak bawang putih yang terkenal sebagai antibiotik dan antimikrob semulajadi. Telah digunakan bertahun2 oleh masyarakat purba Cina sebagai bahan penawar sehingga ke hari ini.

Semua daripada kita hendaklah berjaga-jaga setiap masa. Awasi dan sentiasa beri ingatan kepada ahli keluarga agar mengutamakan kebersihan dan jauhi sesiapa yang ada gejala seperti batuk, selsema, demam dan sebagainya.

Jika berminat mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya Puan Suhaila www.wasap.my/60132369434

Anda juga boleh dapatkan produk Shaklee dengan harga lebih rendah dengan mendaftar menjadi ahli yang sah.

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat.

Seorang kenalan saya telah di diagnos mempunyai penyakit kanser rahim. Dia juga telah menjalani pembedahan membuang cyst pada rahim dan rawatan radioterapi.

Vivix untuk kanser

Katanya masa mula2 kena dulu period dia datang sikit. Dia ingatkan nak menopaus. Dia juga takde rasa sakit apa-apa.

Apabila ke hospital doktor menjumpai ketumbuhan dalam rahimnya.

Sekarang dia masih lagi menjalani rawatan hospital dan mengambil suplemen Shaklee iaitu Vivix.

Sebagai pesakit kanser, sudah tentu kita amat berhati2 dalam pemilihan makanan. Apa lagi suplemen.

Kerana makanan (dan suplemen) berbeza memberi effect yang berbeza kepada seseorang pesakit.

Namun begitu, setiap pesakit tidak harus meninggalkan pemakanan yang berkhasiat yang kaya nutrien untuk bantu proses pemulihan.

Antara nutrien yang sangat penting sudah tentulah vitamin, mineral, protein serta antioksidan.

Bagaimana suplemen boleh bantu pesakit kanser? 

1. Memberi tenaga kepada sel kerana rawatan kanser turut boleh melemahkan sel2 yang sihat

2. Memberi zat nutrien mencukupi kerana biasanya pesakit akan kurang selera makan, mulut rasa pahit dan payau effect daripada ubat kemoterapi.

3. Menggalakkan pertumbuhan sel yang lebih sihat

4. Melindungi sel yang sihat daripada turut terjejas oleh sel kanser yang mudah merebak.

5. Mengaktifkan sistem pertahanan dan bantu pesakit menguatkan sistem imun mereka yang lemah.

Suplemen bukan ubat kanser. Suplemen bantu badan kita mendapat nutrien yang badan perlu, yang kita tak mampu dapat daripada pemakanan harian yang biasa.

Ada pesakit yang hanya bergantung harap kepada suplemen semata-mata. Ini salah.

Rawatan seperti pembedahan, kemoterapi dan radioterapi bertujuan untuk membunuh sel2 kanser dan menghalangnya daripada merebak dan merosakkan organ badan yang lain.

Berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu jika ingin mengambil sebarang suplemen.

Pastikan juga suplemen itu benar-benar semulajadi dan selamat (dengan kajian klinikal) untuk di ambil dalam jangka panjang.

Jika berminat mendapatkan suplemen Shaklee, boleh hubumgi saya, insyaAllah saya akan berikan konsultasi yang terbaik.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994