Enter Keyword

Sekarang ni banyak sangat suplemen dan makanan kesihatan muncul di pasaran bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Ada brand tempatan, ada brand luar negara.

Tengok ajelah iklan-iklan di tv. Belum lagi iklan-iklan di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Apabila terlalu banyak lambakan produk ni, pengguna ada terlalu banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana. End up, ada yang tersalah pilih, lalu termakan produk berbahaya yang merosakkan diri sendiri.

Perlu diketahui, bukan semua produk yang di jual tu selamat walaupun mereka claim ada kelulusan KKM dan bagi testimoni gempak-gempak. Rata-ratanya cuma gimik marketing malah ada yang sanggup curi testimoni produk lain pun.



Suplemen memang satu keperluan zaman sekarang ni. Baca hujahnya di link ini. 3 Hujah Kenapa Perlu Makan Suplemen.

Mungkin atas sebab inilah sambutan pengguna terhadap makanan kesihatan begitu menggalakkan sehingga ia menjadi satu bisnes yang membawa untung besar kepada 'founder'nya hingga ada yang tak ambil berat pun tentang jaminan keselamatan produk mereka. Lepas KKM cukup.

Sebab tu ada terlalu banyak produk yang di tarik semula daripada pasaran.

Di sini saya beri beberapa sebab kenapa saya pilih dan amalkan suplemen Shaklee sudah hampir masuk lima tahun. Mesti ada yang kata sebab saya jual kan?

Sebab lebih penting ialah saya nak bantu anda buat pilihan lebih tepat. Terpulanglah pada anda untuk memilih yang mana akhirnya.

7 Sebab Kenapa Brand Shaklee, Bukan Brand Lain

1. Produk Shaklee di bangunkan oleh saintis terhebat

Produk Shaklee bukan seperti produk kilang OEM yang main bancuh-bancuh dan bubuh je bahan apa kita nak dalam tu.

Antara saintis yang menjadi tunggak kekuatan produk Shaklee ialah:

- Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pengasas Shaklee itu sendiri.

- Dr. Yasuhiko Kojima Penerima PhD in Medical Science dari Universiti Tokyo, merupakan saintis pertama di dunia yang discover Interferon. 

- Dr. Elizabeth Blackburn - PhD daripada University Cambridge, pemenang Anugerah Nobel Dalam Perubatan pada 2009 yang mengkaji mengenai telomere.

- Dr. Gladys Block - Professor Emeritus di University Berkeley California yang mengkaji keberkesanan vitamin ke atas manusia dan penemuannya dalam Landmark Study; penyelidikan berimpak tinggi dalam dunia nutrisi.

- Dr. Bruce Daggy - Senior VP untuk R&D Chief Science Office di Shaklee

Jika kita percaya kepada saintis yang buat ubat, kita harus percaya juga kepada yang buat suplemen Shaklee. 

Shaklee mempunyai lebih 100 kertas saintifik, 90 daripadanya di terbitkan dalam terbitan penilaian sejawat. 

Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang di taja oleh Shaklee. 

2. Falsafah syarikat yang jelas serta produk terbaik

Di jamin berkesan, di jamin selamat dan di jamin semulajadi hingga menarik saintis terhebat seperti di atas. Orang hebat dan pakar tidak bekerja untuk duit, tetapi hanya ingin usahanya memberi impak kepada dunia dan manusia. Semakin hebat sesuatu syarikat itu mampu lakukan, semakin hebat pula kualiti talent yang bakal mereka tarik. 

Shaklee melaburkan lebih 300 juta dollar dalam ujian klinikal, pembangunan dan penyelidikan; melalui lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. Shaklee jauh melangkaui piawaian industri!

3. Di buktikan dengan sains

Setiap produk Shaklee melalui pelbagai R&D di setiap peringkat dari penanaman tumbuhan hingga kajian keberkesanan sesuatu produk/ vitamin. Bukan asal boleh jual je.

Shaklee jamin produk mereka 100% semulajadi, tiada pengawet, tiada bahan kimia, etc. Sesuai dengan falsafahnya yang “harmony with nature”. Malah, Shaklee menghabiskan ratusan juta USD untuk uji berkali-kali bagi memastikan setiap produk yang dikeluarkan bebas racun, kekal pure/potent & komposisinya tetap stabil semasa sampai kepada pengguna.

4. Ada kajian klinikal oleh pihak ketiga 

Syarikat vitamin sebenarnya tak perlu pun buat ujian klinikal, tidak seperti ubat. Tapi Shaklee tetap buat juga kajian klinikal ke atas setiap produknya. 

Kajian klinikal Shaklee juga di lakukan ke atas manusia, bukan haiwan, bukan tikus.

Dan mereka yang terlibat dengan kajian klinikal tersebut ialah saintis atau penyelidik daripada universiti.




5. Landmark Study oleh pihak ketiga

Jika pandai baca jurnal, boleh ke http://www.landmarkstudy.com

Dipendekkan cerita, Landmark Study ni mengkaji “betul ke multi-vitamin ni ada kesan untuk jangka masa panjang?”. Kajian ini membandingkan orang yang tak makan apa-apa vitamin, orang yang macam vitamin brand popular lain & orang yang makan vitamin Shaklee. Dalam kajian ini, orang yang makan vitamin Shaklee sudah menggunakannya sekurang-kurangnya 20 tahun. Ya, 20 tahun! Malah, banyak yang dah gunakannya selama 30-40 tahun!

Ini yang menarik perhatian Dr Bruce Daggy sampai berhenti kerja di GlaxoSmithKline hanya untuk berkhidmat di Shaklee.

Kalau nak tahu, ini kajian paling bersejarah dalam dunia nutrisi. Sampai sekarang pun, ia masih satu-satunya kajian seumpamanya pernah dilakukan. Melibatkan jumlah peserta yang ramai & untuk tempoh penggunaaan yang sangat lama (sampai 40 tahun tu!). Tambahan pula, kajian ini diterbitkan dalam jurnal antara impact factor tertinggi dalam bidang nutrisi.


6. Pilihan angkasawan

Kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee telah menarik perhatian pihak agensi kerajaan seperti NASA.

Kita semua tahu betapa cerewetnya NASA dalam memilih apa-apa bahan, produk atau servis dalam misi mereka. Dalam pada cerewet sebegitu pun, NASA tetap pilih Shaklee untuk membangunkan formula khas untuk bekalan nutrisi angkasawan mereka sampai hari ini. Astro-Ade namanya. Formula khas ini NASA gunakan untuk setiap misi angkasa mereka.

Bukan itu saja, Scott Kelly yang merupakan manusia paling lama pernah menetap di ISS; setahun lamanya, juga konsisten menggunakan produk Shaklee sepanjang berada di sana. Dan vitamin yang mereka gunakan tu (selain Astro Ade) adalah formula vitamin yang sama dengan produk Shaklee di bumi. Kalau lah angkasawan dengan macam-macam ancaman; seperti keadaan tinggi UV, pun terbukti sihat Shaklee, apetah lagi kita yang di bumi kan?


7. Pilihan atlit antarabangsa

Shaklee menjadi pilihan atlit sukan Olimpik, bukan setakat SUKMA atau Sukan Komanwel je. Atlit-atlit ini 'powered by Shaklee' menunjukkan mereka memang benar-benar menggunakan produk Shaklee untuk perform, bukan hanya di bayar untuk bergambar je.

Ada banyak lagi sebab lain kenapa kami semua memilih Shaklee, tapi tak larat nak taip dah. 

Saya dan keluarga saya telah mengamalkan Shaklee hampir lima tahun (semasa entry ini di tulis), sedangkan ramai lagi yang telah mengambil Shaklee melebihi 40 tahun dan ternyata mereka lebih sihat, cergas dan muda!

Ini keputusan ujian darah suami saya yang memang mengamalkan suplemen Shaklee lebih 4 tahun. Baca kisah lanjutnya di SINI. 

Shaklee jamin produknya 100% selamat, berkesan dan semulajadi. 

Jika anda takut nak makan suplemen brand lain,sebab takut rosak buah pinggang dan sebagainya, pilih saja Shaklee!

Nak jadi sebahagian daripada komuniti Shaklee, hubungi saya:



012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994

Info: Shaklee Booklet
iReach.my