Enter Keyword

Hai semua..

Hmm ibu-ibu yang baru yang pertama kali berpengalaman menyusukan bayi berkemungkinan pernah mengalami bengkak susu dan susu tersumbat. Rasa sakit pada payudara apabila terasa seperti ada benjolan atau ketulan di sekitar aerola, terutama jika ditekan-tekan, kan?

Berkemungkinan juga susu tidak keluar atau hanya keluar sedikit walaupun bayi kerap menyusu atau ibu kerap mengepam.

Bagi ibu-ibu baru, situasi ini mungkin agak mencemaskan. Ibu cepat panik dan menganggap situasi ini tidak ada penyelesaian. Sabar ibu..Meh Mama Su nak cerita.



Keadaan bengkak susu ni boleh terjadi disebabkan:

1. Susu terhasil terlalu cepat sedangkan, pengeluaran pula lambat. Jadi susu akan berkumpul di dalam duktus susu dan apabila berlebihan, ia menjadi bengkak dan menyakitkan

2. Bayi tidak pandai menghisap, susu tidak dikeluarkan sepenuhnya.

3. Penggunaan pam yang salah

4. Bercerai susu dengan bayi

5. Duktus yang tertekan atau cedera contohnya semasa tidur atau akibat penggunaan coli yang salah.

Boleh ke masalah bengkak susu ini di atasi?

Sudah tentu boleh.. Ibu-ibu boleh guna cara di bawah untuk mengurangkan keadaan sakit itu.

1. Menyusu lebih kerap. Lagi kerap susu dikeluarkan, lagi cepat payudara akan kosong.

2. Mengurut perlahan payudara dari luar hingga ke puting.

3. Tuam dengan air suam / kain panas bahagian yang terlibat

4. Tukar posisi supaya semua bahgian duktus terlibat secara aktif

5. Banyakkan rehat dan makan makanan berkhasiat juga.

*kredit

Seorang pelanggan Mama Su ada menghadapi susu tersumbat. Katanya susu keluar sikit dan bahagian yang bengkak dan benjol itu terasa sakit apabila ditekan. Selain tips di atas, MS galakkan dia mengambil Lecithin.

Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak kerana bengkak susu terjadi akibat daripada gumpalan antara lemak dan susu.

Alhamdulillah, hasil follow up beberapa hari kemudian, masalah susu tersumbat yang beliau alami semakin berkurangan. Lecithin telah berjaya memecahkan gumpalan lemak-susu kepada ketulan kecil yang tidak lagi menyakitkan.

Ibu-ibu yang ada masalah sama, jangan simpan dalam hati.. Dapatkan bantuan dengan Mama Su ye.

Lecithin tidak memberi kesan buruk malah sangat selamat untuk ibu dan bayi. Ia membantu perkembangan otak bayi, dan membantu ibu berpantang untuk turun berat badan dengan cepat! Haa.. memang marvellous!!

Harga sebotol Lecithin cuma RM52.50 (120 biji). Dapatkan konsultasi eksklusif istimewa hanya untuk ibu-ibu jelita sekalian.

iR Su (ID 868994)
Call/SMS : 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah


Assalamualaikum..hai semua!

Semoga sihat-sihat hendaknya hari ni.. Kalau ada yang tak sihat, banyakkan rehat dan minum air kosong ye. Oh jangan lupa makan vitamin juga ;)

Ok, hari ni MS nak cerita tentang katarak mata. Ibu kepada jiran sebelah rumah MS ni ada masalah katarak mata rupanya.. Tak lama lagi akan melalui pembedahan. Semoga ibu beliau yang kami kenali sebagai Acik Sam sihat dan dapat menjalani pembedahan dengan jayanya.

Apa itu katarak ye?

Katarak ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput, dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Pendek kata pandangan orang yang ada katarak ni akan blur gitu.. Kalau tidak di rawat, ia boleh menyebabkan buta! Takut tak??

Punca bagaimana katarak boleh berlaku:

1. Penuaan
2. Kecederaan
3. Perubahan metabolik
4. Penyakit diabetes
5. Penggunaan steroid
6. terdedah kepada kadar radiasi tinggi contoh bekerja di bawah matahari terik dalam jangka panjang
7. pendedahan berpanjangan kepada tv atau gajet elektronik

dan sebagainya.

Boleh dikatakan, katarak ni ialah penyakit semulajadi yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.

Maksudnya ibu kita, ayah kita, saudara mara kita malah kita sendiri pun tak terkecuali kalau kita tak jaga kesihatan mata dari awal lagi.

Menurut Ketua Pakar Bedah Oftalmik Pusat Pakar Mata Vista Laser Eye Centre, Dr. Aloysius Low, apabila seseorang mencecah usia 45 tahun, sesetengah individu akan mengalami masalah penglihatan seperti hilang kejelasan dan perbandingan warna (contoh tak dapat membezakan antara hijau dan biru) sama ada warna itu meluntur atau berubah. Ala.. macam tv kita kat rumah yang rosak tu, kadang warna merah terlebih, warna lain bertukar warna. Gitu la..

Antara simptom-simptom orang yang ada katarak ni ialah:

1. sukar buat kerja kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan menukar cermin mata

2. silau kepada sinar lampu atau sinar matahari

3. penglihatan malam terjejas

4. tidak selesa menonton tv

Penyakit ini tidak mengira jantina sama ada lelaki mahupun wanita.

Jika rasa-rasa penglihatan semakin hari semakin rabun, cepat-cepatlah berjumpa dengan pakar mata untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan. Sebelum ia terus merosakkan penglihatan dan menjadi buta. Nauzubillah. So, jangan tunggu lama-lama tau!

Ada ke vitamin Shaklee yang khusus untuk mata??

Dah tentulah ada..


*kalau gambar ini blur pada pandangan anda, maknanya anda memang kena ambil Carotomax! hihihi..

Carotomax Shaklee ni sumber dia 100% daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi, epal, pot marigold, biji anggur, tomato,  rumpai laut, minyak sawit brokoli, fava de fanta, ubi kentang, cantaloupe dan lobak.

Ia kaya dengan berbagai fitokimia daripada buah dan sayur tu tadi contohnya seperti beta karotena, alfa kerotena, lycopene, astaxanthin, lutein dan zeaxanthin. Kesemua ni memang berfungsi untuk kesihatan mata.

Contoh:
Alfa karotena- untuk mata sihat, rabum malam, penglihatan yang merosot

Astaxanthin - melindungi daripada kerosakan oksidasi bahagian mata (anti-penuaan mata)

Lutein- menyekat katarak dan glaukoma

Zeaxanthin - melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya

Sebotol Carotomax ada 30 biji kapsul yang berharga RM74. Nampak je kecik comel, tapi ia kecil, ia gagah!

Jika anda membeli dengan saya, jaminan konsultasi istimewa eksklusif untuk anda!

Ambil telefon, dan segera hubungi:

iR Suhaila (ID Shaklee 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah

*produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos atau mencegah sebarang penyakit

Hai semua pembaca blog Mama Su yang budiman.

Tiba-tiba petang ni MS rasa nak share pengalaman MS menjadi pengedar Shaklee sepenuh masa HANYA DARI RUMAH!

Sebenarnya ramai yang macam "serius??" sambil melopong mulut tak percaya. Ada juga yang "tipulah! ni mesti ko duk rumah kerja mengelentong orang suruh masuk ahli bawah kau!" dan macam-macam lagilah ayat -ayat kreatif diorang.

Bila difikir-fikir, MS sendiri sebenarnya macam tak percaya boleh buat income 4 angka dari rumah. Dulu rasa mustahil. Tapi bila sendiri yang dapat, baru MS percaya! Dan MS percaya juga kalau orang tu boleh dapat hampir sejuta pun. Dan memang dah ada! MS kenal sangat orang tu.



Bisnes Shaklee tak susah pun. Even tak perlu modal, pinjam loan, tak perlu duduk berejam depan pc. Asal ada smartphone, line internet pun bisnes boleh jalan.

Inilah bisnes yang paling mudah atau dalam ertikata lain bisnes yang automated dan scalable! MS tambah 1 lagi, fleksibel!

Automated: maknanya bisnes ni bergerak dengan sendirinya.. Nak-nak bila guna medium online ni kan. Ibaratnya kedai kita ni sentiasa buka 24 jam! Walaupun kita tidur, bercuti, balik kampung atau ke mana-mana sekalipun. Orang tetap boleh datang melawat ke kedai kita dan membuat pesanan.

Scalable: maksudnya bisnes ini tidak memerlukan kita berada di sesuatu tempat, menunggu pelanggan datang untuk menerangkan tentang produk kita satu per satu. Apa yang menarik, bisnes Shaklee melalui medium online hanya memerlukan kita membuat penerangan (dalam kes ini menulis entry blog) cuma sekali, tetapi penerangan itu boleh sampai kepada beribu orang dalam satu masa. Menarik kan??

Fleksibel: saya boleh menguruskan bisnes ini mengikut masa saya sendiri! Tak perlu terikat dengan waktu pejabat, apatah lagi tersangkut dalam jem! Tapi tidaklah bermakna kita boleh tidurrrr sepanjang hari! Oh tidak! Apa-apa bisnes pun memerlukan komitmen yang tinggi!

Sejujurnya sejak berkecimpung dengan bisnes ini, saya pernah tidak menonton tv langsung selama seminggu!

Masa saya banyak dihabiskan dengan membaca (buku / internet), menjawab pesanan pelanggan dan memberi 'makan' anak-anak Shaklee saya dalam grup khas kami.

Yang lagi menarik ialah, saya tidak perlu kemana-mana meninggalkan si kecil kesayangan saya dua orang itu. Masa saya bersama mereka ialah 24jam. Tapi duit tetap masyukkk..!!



Kami ada banyak grup bimbingan. Tak cukup facebook, grup wasap pun ada. Kalau nak cerita memang panjang berjela entry ni. Belum masuk aktiviti merapatkan silaturrahim dan memperkasa diri secara santai dan ilmiah yang di anjurkan upline hebat kami.

Bisnes ni sangat seronok dan mudah! Kelmarin saja baru ada seorang kakak (rakan facebook) yang mendaftar dengan saya tapi hari ni dah nak COD barang kepada kastemer beliau. Ada kemungkinan beliau bakal menikmati bonus pertama pada pertengah Mei depan! Wahh!

Jangan tak percaya kalau saya katakan ada seorang suri rumah berusia yang hanya menjual kuih dari rumah kini mampu memegang income 5 angka, baru menunaikan umrah dengan suami dan baru memiliki kereta Toyota Innova baru dengan duit hasil menjadi pengedar Shaklee!

InsyaAllah, saya juga sedang menuju ke income 5 angka dan 6 angka bersama anak-anak Shaklee saya.

Nak join kami?? Hubungi Mama Su:

iR Suhaila (ID Shaklee 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Assalamualaikum, salam sejahtera.

Keguguran. Mendengarnya je pun dah buat kecut perut kan. Terutama bagi mereka yang pernah mengalaminya. Nak-nak lagi kalau seseorang tu belum diberikan rezeki cahaya mata. Saya sendiri pernah mengalami keguguran di usia kandungan lebih kurang 12 minggu pada tahun 2012 dulu.

Kisahnya saya pernah tulis dalam entry Keguguran ini.

Semasa peristiwa itu berlaku, memang saya sedang menyusukan bayi. Dan sekarang baru saya tahu, pengeluaran hormon prolaktin (yang melimpah semasa tempoh penyusuan susu ibu) juga boleh mengakibatkan proses ovulasi ditindas.

Ada banyak sebab keguguran boleh berlaku. Antaranya:-
  1. anatomi -serviks lemah, salahbentuk uterus, fibroid besar, parut
  2. genetik -contohnya telur dan sperma yang tidak sempurna
  3. darah beku - boleh menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien kepada fetus
  4. aras homosistein yang tinggi
  5. kegagalan immunologi
  6. ketakseimbangan hormon
  7. cara hidup tak sihat- makanan tak seimbang, kurang nutrisi, merokok dsb
  8. persekitaran - bekerja dalam persekitaran tercemar dan tidak sihat

Tips dan Petua Untuk Mengelakkan Keguguran

1. Cuci toksin
Apabila tubuh kita bersih daripada toksin, kita akan 'mencuci' hormon yang berlebihan, menggalakan pembersihan sendiri uterus daripada bahan-bahan yang tidak perlu, meningkatkan peredaran darah dalam uterine dan memperbaiki tone.

2. Amalkan pemakanan seimbang
Bukan ibu hamil saja, malah sebelum kehamilan bermula lagi kita dah kena amalkan pemakanan yang bagus. Kajian menunjukkan pemakanan yang seimbang sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum persenyawaan akan mengurangkan risiko keguguran, alahan dan masalah berkaitan.

Apa yang kita makan sangat memberi kesan kepada:

  • kesihatan ovum
  • keseimbangan hormon
  • membina plasenta yang sihat
  • menurunkan risiko keguguran
  • membina simpanan nutrien untuk bayi
  • membina sistem peranakan yang sihat
3. Bina asas yang sihat
Langkah paling penting untuk kehamilan yang sihat ialah dengan mengambil vitamin, mineral dan asid lemak yang paling asas. Antara asas yang utama itu ialah:
  • multivitamin
  • vitamin B kompleks
  • omega-3
  • omega-6
  • asid folik
  • vitamin E
4. Tidur yang cukup, kurangkan stress



 Semua produk ini sesuai untuk di ambil oleh kedua-dua suami dan isteri. Tapi sebelum membeli, pastikan korang dapat konsultasi yang betul sama ada sesuai ke tidak dengan satu-satu produk tu. Sebab ramai yang datang PM saya kata tak dapat konsultasi yang betul sebab terbeli dengan orang yang salah.

Jaminan konsultasi berterusan hanya untuk mereka yang membeli dengan saya saja ye.

Kalau dah berkenan, cepat-cepat hubungi:

iR Suhaila (ID Shaklee 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Assalamualaikum, tak tahu macam mana nak mula ni.

Dua minggu yang lalu, MS 'terpaksa' melalui ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Ala yang minum air gula tu. Misi kata kalau mak atau ayah ada kencing manis, kita wajib ambil ujian ni tiga kali sepanjang mengandung ni. MS telan air liur je dengar..dah tau pun sebab mengandung yang dulu-dulu pun sama la kekdahnya.

Lepastu, nak dijadikan cerita, minggu lepas, misi KKIA pun call MS. Dia kata result MGTT Mama Su tinggi!! MS speechless! Dia kata bacaan gula 9.1. MasyaAllah..tinggi tu! MS macam tak percaya, mulalah rasa ada kesilapan dimana-mana. Mengandung sebelum2 ni tak pernah pun macam tu. Yang MS tau, MS ni memang gula rendah, kalau lambat makan menggigil.

Lepas dapat tau tu, MS jadi tak senang duduk pula. Nak-nak lepas ber'discussion' dengan geng Shaklee yang sekehamilan ni. Diorang kata, kalau kencing manis, kemungkinan nanti bayi akan lahir besar. Adoii..memang kecut perut dibuatnya. Lagi leceh kalau Doktor refer ke pakar-pakar diet la, diabetes la, gynea la.. Dulu masa Hb low pun kena jumpa dietician. Malasnyeee!!

Oleh sebab perasaan nak tau tu kuat, MS pun google la berkenaan kencing manis semasa mengandung ni..

Inilah yang MS nak share dengan korang, mana tau ada masalah sama kan. hukhuk.. :(

1. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi, yang pertama kali dihidapi semasa kehamilan. Sebanyak 2%-14% ibu hamil mengalami penyakit ini semasa hamil.

2. Diabetes berlaku apabila tidak boleh menghasilkan hormon insulin yang secukupnya. Insulin berfungsi mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk menghasilkan tenaga, juga berfungsi menyimpan gula yang tidak digunakan.

3. Semasa hamil, badan kita akan hasilkan lebih insulin untuk penuhi keperluan bayi. Jika badan kita tak boleh nak hasilkan insulin tambahan ini, maka gula akan berlebihan di dalam darah dan ini yang dinamakan diabetes gestasi.

4. Diabetes gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom, tapi kita mungkin akan mengalami perkara berikut:

  • keletihan
  • dahaga terlampau
  • banyak buang air kecil
  • penglihatan kabur
5. Kesan kencing manis pada kehamilan?

Masalah utama terjadi apabila terlalu banyak gula dalam darah merentasi placenta ke bayi, bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang terlalu besar boleh menyukarkan proses kelahiran malah boleh menyebabkan pembedahan caesarean dilakukan.


Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan, akan mempunyai banyak masalah kesihatan selepas dilahirkan contohnya hipoglisemia dan jaundis. Bayi yang dilahirkan juga cenderung mendapat obesiti dan diabetes jenis 2 dikemudian hari.


Haa inilah sebenarnya risiko kalau ibu mengandung ada kencing manis..takut tak?? Nanti MS citer lebih lanjut tentang diabetes gestasi. Tunggu MS pergi check-up dulu esok dan buat ujian BSP (entah ye ke tidak namanya) untuk tahu sama ada memang MS ni ada kencing manis ke tak.. Harapnya kesilapan teknikal sajelah. Amiinn..

Masa mengandung ni lah selera mencanak-canak kan. Kang kalo dah kena pantang telan air liur je la..huhu..
Terpaksa kawal diet pulak.

Hmm bagi ibu-ibu yang memang disahkan ada diabetes gestasi ni, boleh dapatkan set ibu mengandung Shaklee. Nanti MS ajarkan cara pengambilannya ye ;)

Hubungi:

iR Suhaila
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Assalamualaikum,

Kepada anda yang tercari-cari pengedar Shaklee kawasan Kuantan dan sewaktu dengannya untuk mendapatkan produk semulajadi Shaklee, boleh hubungi saya melalui maklumat berikut:

Nama : Suhaila
ID Shaklee: 868994
Call/ SMS: 013-2369434 
WhatsApp: 012-9645614
facebook : Su AnNajah
Fb page: Saya Mahu Sihat

Penghantaran: seluruh Kuantan

Pengeposan: Seluruh Malaysia

Pengedar Shaklee Kuantan

by on April 19, 2014
Assalamualaikum, Kepada anda yang tercari-cari pengedar Shaklee kawasan Kuantan dan sewaktu dengannya untuk mendapatkan produk semulajadi ...
Coach JE kau kata???

Hai semua!

Disclaimer:
**Artikel ini di tulis memang dengan niat untuk memenangi Wrislet Jenama Coach. Sekian.

1. Kisah Coach dan Aku

Pertama kali aku dengar perkataan Coach tak silap aku beberapa tahun yang dulu. Perkataan itu keluar daripada mulut seorang jiranku yang agak muda. Seriously aku memang tak tahu menatang apakah Coach itu  tapi memandangkan kami ramai-ramai sembang pasal handbag maka aku agak-agak je Coach ni mesti sejenis beg tangan. hihi. Kesian betul. Tetapi untuk tidak menampakkan yang aku ni kuno sangat, aku buat-buat macam tau je la.. Aku memang pandai berlakon. So what? Ko ada??

Selepas daripada peristiwa itu barulah aku dapat melihat beg Coach buat pertama kalinya apabila aku ternampak seorang wanita memakai masa aku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk pemeriksaan bulanan kehamilanku. Lama siut..tahun 2011 tu. Tapi aku rasa beg tu macam tak ori je..kehkeh (so what? aku ada??) Memang takde pun!

Aku tidaklah berazam untuk memiliki beg jenama Coach sebab aku rasa (eh aku tengok) wanita yang pakai tu design dia macam ala-ala makcik je. Not my taste. Dan sebenarnya aku memang takde impian pun nak beli beg tangan berjenama-jenama ni. Beg-beg yang aku ada semua aku beli masa aku memang betul-betul nak pakai beg dan tak kisah berapa harga asalkan sedap mata aku memandang. Walaupun begitu beg itu mesti berharga lebih daripada RM20.. (kira cukup mahal la kalo dapat beg harga RM40 tu.kuikuikui)

TETAPI..oleh kerana ada yang mengoffer diri untuk memberi hadiah beg Wrislet Coach, maka aku pun menyahut cabaran itu dengan bersemangat sekali sampai aku termeng'google' Coach wrislet di website Coach Malaysia. Sekali lagi, ko ada??

Maka, ini yang aku jumpa..








Melihat saja gambar wrislet yang cun melecun ini, amatlah rugi kalau aku tidak menyahut cabaran mudah tersebut. Manalah tahu, ada rezeki aku pulak pergi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak bawak beg Coach. Ahaks. (Dan dengan tiba-tiba aku memasang impian untuk mendapatkan satu set beg Coach Original dalam tahun 2014 ini) Doakan saya. ;)

2. Kisah Jom Hebat Mega dan Amin Idris

Kisah penuh pernah ku tuliskan dalam entry terdahulu. Baca SINI. Seperti sudah sinonim pula rasanya Jom Hebat Mega dengan Amin Idris. Ibaratnya dimana ada Jom Hebat, disitu ada Amin Idris. Dimana ada Amin Idris, disitu ada Jom Hebat. (harapnya Tuan Amin Idris tak saman aku kerana memetik nama beliau sesuka hati ni)

Tahukah korang program  Jom Hebat Mega ini sudah menjadi satu jenama? Atau lebih tepat lagi jenama kepada grup hebat naungan Mentor kami yang super hebat. Tak lain tak bukan mereka yang nak bagi aku beg Coach ni tadi la..hihi.

Selepas Jom Hebat Mega 2014 di Institut Sosial Malaysia, KL; Jom Hebat bergerak pula ke Pantai Timur iaitu di Kota Bharu, Kelantan dengan penceramah jemputannya Tuan Amin Idris juga.

Selepas ini Jom Hebat akan bergerak pula ke selatan tanah air iaitu ke Johor. Seperti biasa Tuan Amin Idris pun akan turut bersama sekali lagi..InsyaAllah. Jadi siapa-siapa Johorian yang nak bertemu dengan saudara Amin Idris ni, sempat lagi nak mendaftarkan diri menjadi ahli untuk menyertai grup hebat kami.


3. Kisah Shaklee dan Aku

Aku dan Shaklee pun dah sinonim juga sebenarnya. Kawan-kawan aku mengenali aku sebagai 'tokey Shaklee'. Aku gembira dan bangga dengan gelaran itu walaupun aku tak pasti diorang ni sekadar memberi gelaran atau memang betul-betul menyokong aku dalam 'karier' ini. Tapi, ada aku kesah??

Ya, Shaklee sudah menjadi karier aku sejak tahun 2012 lagi. Sejak kali pertama aku mendaftarkan diri secara tak sengaja. Sejujurnya memang aku sangat rasa bertuah a.k.a feeling blessed Allah temukan aku dengan 'kerjaya' ini. Aku sangat yakin ini perancangan DIA yang terbaik untuk aku.

Banyak sangat yang aku dah belajar. Banyak nilai dalam diri aku yang dah bertambah. Banyak keladak-keladak dalam kepala aku yang dah kena cuci. Dulu aku tak fikir pasal orang lain pun. Aku cuma fikir pasal diri-sendiri dan anak-anak aku. Tapi Shaklee berjaya mengubah aku. Hidup ini bukan untuk diri kita sendiri, hidup ini tentang memberi. Tentang bagaimana kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, tapi destinasinya akhirat nanti. Kita hidup tapi dalam masa yang sama kita kena fikir bagaimana hidup kita 'disana' nanti.

Apa yang kita buat di atas dunia inilah bekalan kita di sana nanti. Kalau kita cuma fikirkan diri sendiri, agaknya banyak mana yang kita bawa? Teringat pesanan Master Lyna kesayanganku, katanya hidup ini bukan untuk orang manja-manja. Dunia ini bukan rumah kebajikan. Kita yang kena mengusahakan sesuatu untuk kita bawa pulang kesana nanti. Hidup ini memang satu perjuangan, kan?

Aku akan berjuang sehingga Allah yang memberhentikan aku disini. Di atas muka bumi ini. InsyaAllah..


*****
Sekian coretan ku petang ini, undilah aku,

iR Suhaila
Call/SMS : 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
Hai..Salam sejahtera.

Sebelum ni MS ada tulis entry berkenaan kalsium dan batu karang. Apa penyebab batu karang, dan simptom2 kalau mengidap penyakit batu karang. Baca SINI.

So hari ni, kita sambung topik perbincangan kita (ewah..cam lecturer pulak) mengenai langkah pencegahan, dan pemakanan yang baik di ambil sebelum terkena penyakit batu karang, semasa dan selepas pembedahan.

Ok, seperti yang ditulis dalam entry yang lalu, antara punca terjadinya batu karang yang paling utama ialah melalui pemakanan kita. Kalau kita banyak makan bahan kimia, ubat-ubatan, benda berasid, makan garam dan gula berlebihan serta kurang minum air, risiko mengidap batu karang akan meningkat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Macam kata orang kampung Mama Su, prevention is better than cure.

Langkah pencegahan yang boleh di ambil sebelum terkena penyakit batu karang ialah:

1. Cukupkan keperluan air (6-8 gelas sehari)
Apa-apa penyakit pun, ini lah petua paling penting. Even nak awet muda pun. Sebab tubuh kita terdiri daripada 70% kandungan air, sebab tu air sangat penting untuk mencegah sebarang penyakit.

Kalau kurang air, kalsium, oksalat yang ada dalam badan kita (melalui pemakanan) itu tadi akan menjadi pekat lalu membentuk gumpalan batu kristal yang akan menyekat saluran air kencing dalam buah pinggang kita. Jadi banyakkan minum air untuk mencairkan urin tersebut.

2. Jauhi minuman cola
Apabila meminum cola, fruktose dalam minuman tersebut akan meningkatkan rembesan kalsium, oksalat dan asid urik, yang mana akan menyumbang kepada pembentukan batu karang.

3. Tingkatkan pengambilan kalsium
Kalsium sebenarnya membantu merendahkan rembesan oksalat dengan mengikat kepada oksalat tersebut semasa di usus lagi sebelum ia sampai ke buah pinggang.

4. Kurangkan pengambilan oksalat
Jika batu karang anda mengandungi komponen oksalat, yang akan menyebabkan urin terlalu berasid- maka ambillah dalam kuantiti sederhana. Sumber makanan tinggi oksalat ialah seperti bayam, rhubarb, beri, kekacang malah coklat!

5. Kurangkan makan daging
Daging haiwan mengandungi tinggi protein dan oksalat yang membantu pembentukan batu karang

*Langkah pencegahan ini teraplikasi untuk pengidap batu karang juga selepas mereka menjalani pembedahan

kredit:
prevention.com
ehow.com

Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Batu Karang

Pengambilan suplemen yang betul amat membantu untuk pencegahan dan pemulihan pesakit batu karang. Jom tengok apa yang sesuai untuk mereka!


Suplemen kalsium yang lengkap dengan 6 mineral penting termasuk vitamin D, magnesium, boron, kuprum, mangan dan zink. Vitamin D dan magnesium membantu penyerapan kalsium secara optima ke dalam darah. Magnesium bertindak menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang juga batu hempedu. Manakala kalsium pula bertindak mengimbangi ikatan kalsium-oksalat, kalsium-fosfat lalu menurunkan lebihan oksalat dalam darah.
Harga : RM61


Alfalfa adalah tumbuhan herba yang mempunyai sifat kealkalian yang tinggi. Ia bertindak menurunkan keasidan tubuh, dan mengurangkan pembentukan batu karang akibat lebihan asid urik dalam pesakit gout. Selain itu alfalfa bertindak mengurangkan jangkitan dan inflamai pada organ terlibat.
Harga: Alfalfa S (330biji) RM53.75
Alfalfa L (700 biji) RM97.50

Vitamin B kompleks yang paling lengkap di pasaran dengan 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan B12, asid folik dan biotin. Vitamin B komplex bertindak sebagai penenang, melegakan tekanan,  dan merendahkan paras sistein yang sering berlebihan pada pesakit batu karang. Selain itu ia membantu melegakan simptom-simptom penyakit batu karang.
Harga: RM53.75

Jadi, andai ada ahli keluarga anda atau anda sendiri yang ada mengalami sakit batu karang, terasa simptom2nya sedang berlaku, segera dapatkan rawatan doktor dan juga amalkan pemakanan sihat setiap masa.

Untuk dapatkan produk Shaklee, hubungi:

iR Suhaila
SMS: 0132369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
COD: Kuantan
Hai.. Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat petang.

Haa panjang sket ucapan selamat hari ni sebab mood happy bunus dah masuk. Syukur Alhamdulillah. Best tau buat bisnes Shaklee ni, tiap-tiap bulan SURPRISE!!!

Pendapatan kita tak tetap. Ada masa turun, ada masa naik. Biasalah bisnes kan. Tapi kalau dia naik tu..hmm rasa nak melompat tinggi-tinggi sampai cucur atap. Haha.

Ok, ni entry bukan pasal bonus, tapi pasal penyakit batu karang yang semakin hari semakin kerap kedengaran.

Sebelum masuk ke topik sebenar, moh kita baca dulu mengenai batu karang.

Batu karang ialah batu yang terdapat di dalam ginjal (buah pinggang) atau salur kencing, yang mana terbentuk disebabkan oleh timbunan kristal halus daripada beberapa bahan kimia dan mineral. Bahan yang biasa dijumpai dalam batu karang ialah kalsium oksalat, kalsium fosfat, dan yang jarang dikenali ialah asid urik, sistein dan magnesium fosfat ammonia.


Ia biasanya diklasifikasikan oleh kedudukannya dan juga bahan yang terkandung di dalamnya. Sebanyak 80% pengidap batu karang adalah golongan lelaki.

Saiz batu karang ini, ada yang halus sebesar pasir, dan ada juga sebesar bola golf. Kebiasaannya batu tumbuh di dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam salur kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Masalah mula timbul apabila batu menjadi terlalu besar lalu mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan jika tidak dirawat akan merosakkan buah pinggang.


Simptom -simptom penyakit batu karang antaranya:
  • sakit semasa kencing
  • kencing berdarah
  • loya dan muntah
  • air kencing berbau busuk
  • sakit pinggang 
  • demam
Bagi mengelakkan terjadinya batu karang, kita di galakkan minum banyak air kosong (6-8 gelas / 3 liter sehari) untuk membersihkan buah pinggang. Selain itu, doktor akan mengubah suai jadual pemakanan untuk mengurangkan bahan kimia yang boleh memburukkan lagi keadaan. Jika keadaan terlalu serius, pesakit akan dibedah untuk mengeluarkan batu karang tersebut.

Punca terjadinya batu karang

1. Dehidrasi atau kurang bendalir

2. Lebihan batu yang terbentuk dalam air kencing. Kebiasaannya kombinasi kalsium oksalat dan kalsium fosfat

3. Penyakit seperti gout, hipercalciuria (lebihan kalsium dalam urin), diabetes, tekanan darah tinggi.

4. Ubatan

5. Faktor pemakanan - terlalu banyak mengambil protein haiwan, garam berlebihan, gula berlebihan, vitamin D berlebihan melalui suplemen, makanan tinggi oksalat yang berlebihan contohnya seperti bayam

6. Kurang kalsium- boleh mengubah keseimbangan kalsium-oksalat, lalu membawa kepada peningkatan rembesan oksalat yang cenderung membentuk batu oksalat

*credit
*credit


Persoalannya sekarang, adakah kalsium Ostematrix Shaklee boleh menyebabkan batu karang???

Almaklum sekarang Ostematrix Shaklee sememangnya femes sekali. Saya sendiri peminat tegar kalsium Ostematrix.



Ok, seperti yang kita dah baca di atas tu tadi, batu karang terbentuk apabila ada lebihan oksalat dan fosfat dalam darah, dimana keseimbangan kalsium dengan dua bahan itu tadi TIDAK stabil.

Oksalat sememangnya wujud dalam manusia, tumbuhan dan haiwan manakala fosfat pula di dapati dalam tumbuhan dan daging. Oksalat dan fosfat tidaklah berbahaya namun apabila kalsium dalam darah berkurangan, oksalat dan fosfat akan jadi berlebihan dan boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Sebab itu, pengambilan kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan kalsium-oksalat dan kalsium-fosfat.

Bagaimana pula dengan Ostematrix?

Ostematrix Shaklee menggunakan bahan mineral yang semulajadi. Ostematrix Shaklee menggunakan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malat. Jadi pengambilan Ostematrix langsung tidak mengganggu keseimbangan kalsium-oksalat dan fosfat itu tadi malah membantu mengimbanginya.


Selain daripada itu, Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan 6 lagi mineral penting iaitu vitamin D, magnesium, zink, copper, mangan dan boron.

Setiap mineral itu tadi mempunyai peranannya masing-masing terutama untuk penyerapan optimum kalsium.

Tanpa mineral penting ini, kalsium yang kita makan tidak dapat diserap sempurna dan inilah sebenarnya yang menyebabkan penyakit batu karang!!

Tips penting kalau nak beli suplemen kalsium, mesti ada Vitamin D dan magnesium sekurang-kurangnya. INGAT!!

Kalau susah hati beli aje Ostematrix Shaklee.

Tahu tak anda Ostematrix Shaklee sangat sesuai untuk pesakit batu karang??

Tunggu entry seterusnya ya..stay tune! (^_^)v

ini pun batu karang jugak..tapi cantik dan tak menyakitkan

Untuk pertanyaan lanjut, pembelian dan konsultasi istimewa 24 jam, hubungi::

iR Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
emel butik.annajah@gmail.com
fb/su.annajah