Enter Keyword

Riuh rendah media sosial apabila keluar isu merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah. Yang Ustaz, dengan pandangan ustaznya, yang kaunselor dengan pandangan kaunselornya, yang rakyat marhaen pulak mula keluar #throwback kisah kena rotan masa kecil dulu.

Yang pasti tiada sorang pun bersetuju dengan cadangan tak masuk akal ni! (tak tahulah kalau MS terlepas pandang)

Setiap orang pasti ada nostalgia dengan rotan. MS dulu walaupun kurang nakal, pernah je kena rotan. Bukan dengan mak dan ayah, tapi dengan cikgu disiplin. Mungkin banyak kali kena, tapi yang paling melekat kuat kes yang satu ni. Sampai sekarang MS tak puas hati kena rotan dengan cikgu disiplin tu. haha. Sebab MS tak buat apa pun! duduk diam pun kena rotan. grrrr..

Kisahnya gini, masa tu semua cikgu ada mesyuarat kot. Apa lagi merdeka la sekalian alam kan. Kelas MS memang bising, campur dengan kelas sebelah kiri kanan memang havoc giler. Tapi oleh sebab MS ni budak yang berdisiplin, MS cuma duduk diam dan tengok ajelah perangai rakan-rakan sekelas.

Tetibe suasana sunyi sepi. Rupa-rupanya cikgu disiplin masuk sambil pegang rotan. Dia arahkan semua sekali berdiri atas kerusi dan tanpa usul periksa semua kena rotan dekat tangan. Sungguh tak adil kan? haha.. MS menyumpah dalam hati je la masa tu. Hmm..

Berbalik pada isu merotan tadi ni, MS secara jujurnya memang amat tak setuju sekali dengan cadangan mengarut seperti ini. Apa motifnya menganggap merotan itu satu kesalahan jenayah? Atau ada agenda tersembunyi untuk menidakkan hukum sebat dalam hudud secara perlahan dan terancang? Ok, ini teori konspirasi. (Dah macam sharifah sofia pulak aku ni)

Adakah motif utamanya untuk mengelakkan penderaan? Banyak sangat ke kes penderaan dalam Malaysia ni? Dan...banyak sangat ke kes penderaan melibatkan rotan? Kot nak dera, tak payah ada rotan. Boleh guna puntung rokok, seterika, tali pinggang, ikat, atau penderaan psikologi , tak bagi makan, kurung, rogol, membuli, mengejek, menghina, merendah-rendah pun termasuk dalam kategori 'mendera'.

Tak tahu kenapa, rasanya bukan MS je, tapi hampir semua ibu bapa emosional sikit dalam isu ini. Kita rotan tanda sayang. Kita pegang rotan cuma untuk menggertak sedikit anak kita terutama yang jenis payah dengar kata. Panggil 3 kali tak menyahut, angkat rotan baru kecut. Macam kata Saiful Nang belum ada lagi anak yang mati sebab kena bantai dengan mak ayah. Sebagai ibu bapa, kita pun tahu had kita, kan.

Peribahasa tok nenek kita, sayang anak tangan-tangankan. Biar anak menangis waktu kecil, jangan kita menangis bila anak dewasa.

Sudah pasti, didikan merotan atau sebarang bentuk kekerasan terhadap anak mestilah selepas atau seiring dengan kaedah mendidik yang lemah lembut kita gunakan. Pendidikan terbaik adalah melalui tarbiah yang jelas dan istiqomah. Hukuman merotan juga perlu ilmu. Beritahu juga sebab dan akibat kesalahan mereka dan kenapa kita merotan anak kita. Didikan mesti berterusan serta lebihkan kasih sayang. Jika tidak, merotan pun tiada guna, dan kesan rotan pun tidak menyakitkan lagi.

Bila merotan anak jadi satu jenayah, jangan pelik kalau nanti banyak jenayah. Jangan pelik kalau anak tu mencuri merompak sebab kita tak rotan tangan dia masa kecil dulu. Cukup-cukuplah gejala sosial, anak derhaka, anak buang ibu bapa, anak buang anak dan banyak lagi yang MS nak muntah menyebutnya.

Dalam mendidik, bukan saja kaedah lembut, kaedah kekerasan dan ketegasan pun amat perlu. Allah nak didik hambanya pun Dia datangkan ujian yang buat kita sakit, sedih, kecewa....semua didikan Allah ni bertujuan untuk kita kembali kepada-Nya, selepas terlalu lama didikan 'lembut' tak berkesan dalam diri kita. Nauzubillahi min zalik.

Wallahua'lam.


Bila Merotan Anak Jadi Jenayah

by on Januari 27, 2015
Riuh rendah media sosial apabila keluar isu merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah. Yang Ustaz, dengan pandangan ustaznya, yang kaunselor...
Alhamdulillah..

Seronok rasanya dapat bantu orang jadi lebih sihat, nak-nak pulak berhenti merokok. Syukur Alhamdulillah.. semua pun dengan izin Allah kan.

Testimoni yang saya nak kongsi ni adalah pengalaman benar dari customer saya sendiri.

Kisahnya bermula minggu lepas, ada seorang hantar mesej melalui WhatsApp bertanya pasal Vivix untuk berhenti merokok. Rupanya ada seorang adik manis nak belikan Vivix untuk tunang dia..

Kebetulan Vivix memang tengah offer bulan ni, so dia ambillah sebotol dulu. Saya pun minta suami hantarkan Vivix kepada tunang dia yang kerja di Kuantan ni.

Setelah tiga hari, saya follow up balik adik manis tu tanya bagaimana keadaan tunang dia lepas makan Vivix?

Jadi, inilah jawapannya...


Ini baru lepas tiga hari berVivix. Belum sampai seminggu pun. Saya sangat yakin dan pasti beliau akan bebas sepenuhnya daripada rokok tak lama lagi.

Agaknya, pasti anda tertanya-tanya macam mana Vivix boleh buat sampai jadi macam ni?

1. Vivix membantu mengurangkan kesan ketagihan kepada nikotin

Mereka akan rasa malas nak merokok ataupun ada yang berhenti serta-merta.

2. Kandungan antioksidan yang sangat tinggi

Merokok menyebabkan pembebasan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser. Antioksidan membantu melawan radikal bebas tersebut

3. Vivix membantu membaik pulih sel dan organ yang rosak akibat timbunan bahan kimia dan toksin berbahaya daripada rokok

4. Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria yang menjana tenaga tahap sel.

Dengan itu, sel-sel perokok yang mati dan lemah kembali diaktifkan.

Kepada anda yang ada nawaitu nak berhenti merokok, terfikir-fikir macam mana cara paling cepat nak berhenti merokok dalam masa yang sama dapat mengembalikan semula kesihatan sel-sel yang dah lama merosak tu, saya sangat cadangkan anda mengambil Vivix.

Percayalah, ini pelaburan yang sangat berbaloi untuk kesihatan anda! Tak rugi langsung!

Beli 2 botol Vivix dan dapatkan keahlian percuma dah rebat tunai dikreditkan ke dalam akaun anda! Hubungi saya segera:

~ Suhaila Budin~
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994


Mungkin kita dah biasa dengar nasihat,

"Wei, berhentilah merokok. Rokok bahaya untuk kesihatan". Kerapkali nasihat seperti ini dibiar pergi seperti angin lalu.

Sehinggalah pada suatu hari,

"Saya sarankan encik berhenti merokok kalau ingin isteri encik hamil." Itupun setelah bertahun-tahun kita mencuba, namun masih tak dikurniakan rezeki anak.

Sikit lagi kita nak salahkan Tuhan 'Allah masih belum bagi aku rezeki'. Padahal dah berbuih-buih orang nasihatkan kita berhenti merokok, berhenti merokok kalau nak anak.


Kaitan Rokok Dan Ketidaksuburan

Percaya tak orang yang merokok ambil masa lebih lama untuk dapat anak berbanding mereka yang tidak merokok dan orang yang merokok ada lebih banyak masalah kesuburan. Ini fakta.

Percaya lagi tak, perokok sekunder (perokok pasif) juga ada masalah yang sama seperti perokok aktif. Wah malangnya!

Tiba-tiba saya terjumpa artikel ini..

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rokok-seludup-ancam-kesuburan-1.359463

Katanya, rokok seludup jenama John ada kandungan kimia berbahaya termasuk dadah yang lebih tinggi dan mampu mengancam kesuburan.  Sila klik link tu untuk baca lanjut.

Sperma Yang Malang...

Merokok akan menyebabkan sel sperma rosak dan tidak mampu untuk mensenyawakan sel telur, dan kalau di senyawakan pun, akan menyebabkan embrio susah nak suvive.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Mohamad Eid Hammadeh, PhD, seorang pakar O&G dari Universiti Saarland, Germany menunjukkan sperma perokok membawa sangat sedikit  protein yang dinamakan protamine 2 yang mana ini akan menyebabkan kerosakan pada DNA.

Aphabet DNA pada sperma perokok hilang 1 atau 2 dan ini menyebabkan ia tidak boleh dipasangkan. Apabila sel rosak ini di cucuk kedalam sel telur, ia tidak mampu mensenyawakan sel telur. Dan jika boleh pun, kerapkali keguguran akan berlaku.

Bukankah itu sudah cukup menakutkan wahai lelaki??

Kenapa Sperma Boleh Rosak?

Sperma yang rosak akibat rokok ini sebenarnya hilang kemampuan untuk melawan molekul oksidatif pemusnah iaitu radikal bebas di dalam bendalir semen. Bukan itu saja, merokok pula menyebabkan kepekatan radikal bebas semakin bertambah dalam bendalir semen itu.

Kajian juga mendapati, tubuh seorang perokok menyimpan radikal bebas yang lebih tinggi berbanding bukan perokok.

Dr. Hammadeh menyarankan supaya berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro kerana sel sperma memerlukan tempoh masa untuk membesar.

Dan beliau juga menyarankan pengambilan suplemen antioksidan seperti Vitamin C dan E untuk meningkatkan semula kesuburan seterusnya melawan dan mengurangkan radikal bebas perosak di dalam badan.

*Jurnal Human Reproduction, Sept. 7 oleh Dr. Hammadeh.

Dr. Murizah seorang pakar O&G

Persoalannya, Bagaimana Nak Berhenti Merokok Dengan Cepat?

Ini bukan ubat ajaib berhenti merokok.

Tapi ramai yang berhenti merokok disebabkan minuman ini.

Bagaimana Vivix Bantu Berhenti Merokok?

Seperti yang saya sebutkan diatas, Dr. Hammadeh menyarankan agar mengambil suplemen antioksidan untuk meningkatkan kesuburan.

Vivix adalah satu minuman botani yang tinggi antioksidan, seperti vitamin A,B,C dan resveratrol yang kepekatan antioksidannya 10 kali lebih kuat.

Apabila tinggi antioksidan, ia mampu menurunkan kadar kepekatan radikal bebas yang tinggi dalam sel seorang perokok, serta memperbaikinya.

Ramuan Vivix ini dapat membantu:-

1. Vivix membantu mengurangkan kesan ketagihan kepada nikotin

Mereka akan rasa malas nak merokok ataupun ada yang berhenti serta-merta.

2. Kandungan antioksidan yang sangat tinggi

Merokok menyebabkan pembebasan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser. Antioksidan membantu melawan radikal bebas tersebut

3. Vivix membantu membaik pulih sel dan organ yang rosak akibat timbunan bahan kimia dan toksin berbahaya daripada rokok

4. Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria yang menjana tenaga tahap sel.

Sel-sel perokok yang mati dan lemah kembali di aktifkan

5. Vivix dengan ramuan berkuasa, 10kali lebih kuat dari resveratrol akan melambat penbentukan protein AGE. (penimbunan protein AGE merosakkan keutuhan sel, memendekkan jangka hayat sel dan mempercepatkan penuaan.)


6. Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA yang musnah akibat radikal bebas yang tinggi pada perokok. Vivix akan membantu mengimbangkan semula protein protamein 1 dan protamien 2 dalam sel sperma dan dengan itu sel sperma lebih sihat serta lebih berkualiti.

Saya amat percaya, mereka yang makan Vivix akan rasa lebih baik dan sihat, rasa cergas rasa macam 'baru dilahirkan'.

Kalau sudah terlalu lama anda merokok, dan masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, buanglah keegoan anda! Kalau nak degil, degil pada tempat yang betul.

Pandang wajah isteri yang telah lama mengharap kehadiran si comel dalam hidup anda berdua. Isteri yang telah anda berkongsi kasih dan sayang, juga berkongsi efek merokok anda juga.

Saya tak janji bulan bintang, tapi apa salahnya anda berusaha lebih sedikit, berkorban untuk kebahagiaan rumahtangga anda berdua.

Lelaki dalam video ini mula merokok sejak berusia 14 tahun. Dia terlalu bosan merokok tapi sukar nak berhenti. Dia mencuba macam-macam cara tapi gagal sehinggalah...



Anda boleh amalkan petua berhenti merokok cara 'slow and steady', atau buat cara cepat seperti lelaki di atas. Anda suami isteri juga digalakkan mengambil suplemen dan vitamin untuk kesuburan jika ingin hamil.

Ingin berkongsi cerita atau dapatkan khidmat nasihat percuma? Atau beli Vivix dan set kesuburan? Konsultasi istimewa untuk anda, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID Shaklee: 868994

Kanser ialah suatu penyakit 'mahal' dan orang sering mengaitkannya dengan orang kaya. Ini kerana kos rawatan kanser biasanya ada yang mencecah ratus ribu ringgit. Namun, hakikat sebenarnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja.

Seringkali, kanser dikesan hanya apabila ia sudah mencapai peringkat bahaya. Ini kerana sel kanser merebak secara senyap tanpa mendatangkan apa-apa kesan luaran yang boleh dirasai. Kerana itulah juga ia dikenali sebagai pembunuh senyap (silent killer).

rawatan radioterapi

Siapa Boleh Dapat Kanser?

Punca sebenar kepada kanser masih menjadi tanda tanya. Tetapi saintis dan pakar perubatan telah mengenal pasti golongan-golongan yang berisiko tinggi terkena kanser. Antara faktor risiko yang boleh di ketahui ialah:

  • merokok
  • diet tinggi lemak
  • lebihan berat badan
  • diet rendah serat
  • ketagihan alkohol
  • tidak mendapat amaun vitamin dan mineral yang sepatutnya
  • pendedahan kepada alam sekitar yang tercemar
  • pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari
  • terlalu banyak variasi dari pelbagai sumber
  • sejarah keluarga
  • tekanan yang terlampau
3 Cara Rawatan Kanser

Tiga kaedah rawatan kanser yang biasa dilakukan ialah pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Pembedahan hanya dilakukan ke atas sel kanser benign yang dikesan pada peringkat awal.

Kemoterapi
Kemoterapi ialah ubat antikanser yang diberi untuk memusnahkan sel kanser. Sehingga kini, ada lebih daripada 100 ubat kemoterapi, sama ada digunakan secara bersendirian atau secara kombinasi (kemoterapi gabungan). Peratusan kejayaan menggunakan kaedah ini lebih tinggi dan berkesan kerana ia berjaya membunuh lebih banyak sel kanser.

Radioterapi
Radioterapi ialah rawatan radiasi yang menggunakan sinar X bertenaga tinggi untuk merawat kanser. Radioterapi akan memusnahkan sel kanser di kawasan yang dipancarkan sinar X itu sahaja, namun sel lain di kawasan berhampirannya akan turut terjejas. Untuk mengelakkan kerosakan pada sel yang sihat itu, ia juga perlu dirawat dengan cara yang betul.

Kesan Sampingan Rawatan Kanser

1. Keguguran rambut
2. Kulit terbakar
3. Hilang selera makan
4. Berat badan turun mendadak
5. Bibir kering dan mudah pecah
6. Loya dan muntah-muntah
7. Luka yang lambat kering
8. Hilang kesuburan bagi wanita
9. Menopaus lebih awal
10. Berlaku perubahan pada sel darah
11. Pesakit mungkin sensitif kepada cahaya matahari
12. Masalah kulit (kulit sakit atau pucat)

Pesakit kanser tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan ini kerana para doktor telah menyediakan rawatan yang selamat dan sesuai. Sebaiknya anda terus sahaja menghubungi doktor jika merasakan kesan-kesan yang keterlaluan selepas menjalani sesi kemoterapi atau radioterapi.

Hadapilah dengan tenang, sentiasa dapatkan sokongan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga, teman rapat dan pegawai perubatan anda.

Hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat dan pembelian produk semulajadi Shaklee yang membantu dalam mengurangkan kesan tidak selesa akibat rawatan kemoterapi. Perlu diingat, produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, merawat, mengubat atau mendiagnosis penyakit anda tetapi hanya sebagai pemakanan tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda.

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
ID Shaklee: 868994

Rujukan:

http://www.malaysiaoncology.org/article.php?aid=518


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ini saya dah tulis artikel tentang makanan yang perlu dijauhi atau dihadkan pengambilannya oleh pesakit kanser.

Apabila semua perlu di jauhi, ada pula yang risau, "habis nak makan apa?". Jangan bimbang, masih banyak lagi makanan berkhasiat sedap-sedap yang boleh kita makan setiap hari malah membantu kita jadi lebih sihat, bertenaga, juga dapat membantu dalam pencegahan / pemulihan penyakit kanser.


Ambil pen dan kertas, salin!

1. Ayam yang sudah dibuang kulitnya.

2. Makan banyak sayuran cruciferous seperti brokoli, bunga kobis, bok choy, lobak turnip, kubis (yang tidak disembur racun kimia). Makan mentah atau kukus sekejap untuk mengekalkan nutrien.

3. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan lautan sejuk seperti salmon, tuna, mackerel, halibut, dan cod kerana ia mengandungi Omega -3, iaitu agen melawan kanser.

4. Makan banyak serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan, kacang dan gandum penuh

5. Makan secara kerap produk berasaskan soya seperti tofu, miso, tempe

6. Beli dan makan makanan organik kerana ia bebas racun kimia

7.  Masukkan dalam menu anda pelbagai jenis cendawan Jepun seperti maitake dan shiitake

8. Makan dalam kuantiti yang banyak sayur dan buahan segar, gandum, bijian, kekacang, legum. Elakkan mengambil karbohidrat terproses. Makan makanan yang lebih hampir sifatnya kepada 'semulajadi' kerana ia mengandungi phytochemical yang bertindak sebagai antioksida contohnya seperti carotenoids, flavonoid yang melawan kerosakan sel dan merencat pertumbuhan kanser.

9. Ambil banyak sayuran dalam family allium seperti bawang putih, bawang merah, bawang perai (leek).

10.  Minum banyak air kosong (8 gelas) yang bersih. Seeloknya air yang telah di tapis atau di suling seperti air minuman osmosis berbalik (reverse osmosis).

11. Makan sedikit tetapi kerap; hanya untuk membantu menstabilkan aras gula darah dan meminimakan pengeluaran insulin secara tergesa2.

12. Kurangkan minuman manis terutama di gerai atau kedai kerana ia biasanya mengandungi amaun gula berlebihan.

13. Makan snek dalam keadaan sederhana.

14. Jika makan di luar, pilih makanan yang dimasak secara kukus, sup, atau tumis-reneh (braised).


Gaya Hidup Dan Kanser

Kanser bukan semata-mata berkenaan makanan sahaja. Cara hidup kita sebenarnya sangat memainkan peranan dalam membantu tubuh kita melawan kanser.

Di bawah ini adalah panduan gaya hidup yang MESTI kita ubah dan amalkan untuk mengurangkan atau mencegah risiko kanser.

1. Jadi orang yang 'happy go lucky'! Hapuskan tekanan, depresi, rasa cemas, down, give up, rasa gagal, kecewa dan sebagainya kerana ia sangat melemahkan sistem imun!

Belajarlah untuk rileks dan bertenang dan belajar teknik pengurusan stress seperti meditasi dan pernafasan yang betul. Prof. Muhaya selalu pesan, orang tenang selalu menang.

2. Kurangkan pendedahan terhadap karsinogen (agen penyebab kanser) contohnya seperti asap kilang, asap kenderaan, cecair pencuci, kosmetik yang melimpah dengan bahan kimia, fluorida dalam air paip dan ubat gigi, arang (cold tar), plastik yang mengandungi vinyl klorida, polisterin, pestisid dan macam-macam lagi.

3. Jangan panaskan makanan di dalam plastik dan minimakan pendedahan makanan berair kepada plastik

4. Minimakan pendedahan terhadap sinar X kerana radiasi menyebabkan kanser

5. Berhenti minum alkohol. Alkohol ada kaitan dengan kanser dibahagian kerongkong, mulut, larynx, pharynx, esofagus, pundi kencing, payudara dan hati

6. Berhenti merokok kerana rokok mengandungi lebih daripada 40 bahan karsinogen

7. Untuk kekalkan berat badan, aktif secara fizikal. Tetapkan 30 minit sehari untuk melakukan apa-apa aktiviti fizikal. Senaman berterusan dapat :

  • merendahkan aras estrogen dalam wanita kerana kadar estrogen yang tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara
  • memberi oksigen kepada tisu kerana sel kanser tidak boleh bertahan dalam persekitaran yang beroksigen
  • menstabilkan aras gula darah dengan itu mengurangkan bekalan 'fuel' kepada sel kanser
  • mempercepatkan pembuangan toksin/ sisa dengan itu menurunkan risiko mendapat kanser kolon dan kanser rektum
  • memperbaiki tekanan
  • membuang produk sampingan yang berbahaya seperti estrogen dan asid urik.
  • membakar tisu lemak
8. Lepaskan segala emosi negatif yang mencengkam. Belajar untuk memaafkan dan melupakan

9. Menyusukan bayi. Kajian menunjukkan penyusuan dapat menurunkan risiko kanser payudara, dan kanser ovari pada wanita pra-menopaus.

10. Kurangkan pendedahan kepada matahari kerana ia boleh menyebabkan risiko kanser kulit

11. Gunakan peralatan memasak yang stainless steel

12. Elakkan bahan kimia penyembur rambut, alat pembersih/pencuci, lilin, cat dan pestisid

13. Elakkan mengambil ubat-ubatan kecuali setelah dipreskripsi oleh doktor

Penyakit kanser boleh dicegah dan boleh dirawat. Beratus-ratus kajian yang sahih di serata dunia membuktikan kuasa mengubah cara pemakanan dan mengambil makanan yang sesuai dapat mencegah dan memulihkan kanser.

Kekal positif, jangan putus asa, terus berikhtiar dengan cara yang betul dan terbukti berkesan serta selamat. Mudah-mudahan, dengan ikhtiar kita yang tak putus-putus itu, akhirnya Allah memberi kesembuhan kepada kita. InsyaAllah..


Untuk mendapatkan suplemen yang sesuai ,dan  mengetahui kelebihannya, hubungi saya dengan khidmat nasihat percuma:

Suhaila Budin
012-9645614
ID Shaklee: 868994

Assalamualaikum w.b.t

Petang semalam saja, dua berita pasal kanser dari orang yang berlainan saya dengar. Kedua-duanya mengidap Hodgkin Lymphoma iaitu sejenis kanser yang berlaku disebabkan sel dalam sistem limfatik tumbuh secara tidak normal. Kanser jenis ini ada kaitan dengan keupayaan tubuh menghalang jangkitan penyakit.

Sebenarnya, penyakit seperti kanser bukanlah lagi penyakit asing di Malaysia. Ia bukan penyakit orang kaya, bahkan mampu menyerang sesiapa jua.

Kanser tak mengenal mangsa

Penyakit kanser sukar untuk dirawat, namun tidak mustahil boleh sembuh bahkan ramai yang telah bebas daripada kanser dengan menjalani rawatan yang sesuai, menjaga pemakanan, dan mengubah cara hidup 100%. Institut Kanser Nasional menganggarkan sekurang-kurangnya 80% daripada kes kanser ada kena mengena dengan cara hidup kita setiap hari.

Ramai pakar percaya bahawa 50% atau lebih kes kanser di Amerika sebenarnya disumbangkan oleh apa yang BOLEH dan TIDAK BOLEH di makan!

Percayalah, apa yang kita minum, apa yang kita sedut, apa yang kita makan, apa yang kita gunakan setiap hari mempunyai impak yang sangat besar sama ada kita bakal atau tidak terkena kanser.

Oleh kerana sukarnya merawat kanser, ramai pakar percaya bahawa adalah lebih mudah dengan mencegah atau mengelakkannya daripada terjadi. Pengambilan nutrisi mencukupi dan betul contohnya vitamin C, E, A dan beta karotena, mineral seperti kalsium, zink dan selenium didapati memberi kesan terhadap 'peluang' kita mendapat kanser.

Sesetengah makanan mempunyai kaitan dengan penyebab terjadinya kanser. Ia tidak menyebabkan kanser secara 'direct', tetapi apabila beberapa jenis kanser dikesan, makanan-makanan dibawah sering menjadi menu santapan mangsa kanser.

Di sini beberapa item yang perlu di elakkan atau di hadkan pengambilannya:

1. Elakkan atau hadkan pengambilan daging merah secara maksimum kepada 80gram sehari.

2. Buang kulit ayam. Jika mampu makan ayam yang tidak diberi suntikan antibiotik atau hormon pertumbuhan.

3. Elakkan atau kurangkan makan organ dalaman seperti hati, peparu, otak dan sebagainya.

4. Produk tenusu yang tinggi lemak

5. Makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu daripada unsur haiwan berkaitan dengan kanser payudara dan kanser ovari

6. Kaedah memasak seperti memanggang, goreng, barbeque, dan menyalai daging atau ikan perlu di kurangkan

7. Jangan makan makanan yang diminyakkan. Bakar atau panggang menggunakan oven lebih selamat.

8. Makanan yang mengandungi perasa, pewarna, pengawet seperti ikan masin, cencaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan yang telah diawet, makanan terproses dan makanan dalam tin.


9. Kurangkan pengambilan garam, kicap dan MSG. Hati-hati dengan 'hidden salt' dalam makanan. Sebaiknya gunakan rempah atau herba sebagai perasa makanan.

10. Pemanis tiruan seperti saccharin dan cyclamates

11. Makanan yang tercemar dengan fungus/kulat perlu di buang

12. Berhenti makan GULA! Gula ialah 'fuel' kepada kanser. Kanser ialah pemakan gula (sugar feeder). Mengurangkan pengambilan gula boleh memperlahankan pertumbuhan sel kanser.



13. Minyak masak, marjerin, dan komersial produk yang berminyak yang mana mengandungi asid lemak trans perlulah di kurangkan.

Mencegah sememangnya lebih baik daripada merawat. Pun begitu setiap usaha kita untuk sembuh daripada penyakit kanser perlulah juga diutamakan. Penyakit kanser memang boleh sembuh.

Jangan sedih dan putus asa. Teruskan hidup dengan berfikiran positif, makan makanan berkhasiat yang dimasak sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi, sentiasa senyum, dapatkan kawan-kawan yang positif, ubah cara hidup, makan suplemen semulajadi yang membantu menghalang pertumbuhan sel kanser dan sentiasa berdoa supaya diberi kesembuhan oleh Allah.

Ingat, Allah turunkan penyakit berserta penawarnya sekali.

Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen semulajadi:

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
ID Shaklee: 868994


Assalamualaikum wbt.

Menjadi pesakit kencing manis untuk 'sementara' cukup membuatkan saya INSAF. Terngiang-ngiang lagi suara cemas jururawat dalam telefon sewaktu menyampaikan berita itu.

"Awak kena datang klinik esok. Kencing manis awak tinggi sangat ni, 9.1" Saya terpinga-pinga. Kencing manis? 9.1? Saya betul-betul takde idea mengenai apa yang berlaku.


Saya sedang mengandungkan anak ke-3 dan tiba-tiba di khabarkan ada kencing manis? Sedangkan dua kehamilan yang sebelum ni, semua clear!

Malam tu juga saya cari info, baca dan bertanya kawan-kawan. Mereka pun terkejut dengar bacaan kencing manis saya yang begitu tinggi. Saya juga mula terbayang saya akan 'menikmati' puluhan pil seperti arwah ayah saya; sepanjang hidup. Tidak!!

Syukurlah...kencing manis berlalu pergi selepas kelahiran. Saya faham peristiwa itu adalah amaran supaya saya sentiasa menjaga kesihatan.

Kencing Manis Tak Boleh Sembuh?

Mengikut bidang perubatan, penyakit kencing manis tidak akan boleh sembuh. Tidak ada penawar. Hiduplah bergantung dengan pil-pil sepanjang masa, selagi hayat dikandung badan.

Kejam bunyinya kan?

Tapi saya TAK PERCAYA!

Kenapa?

Sebab saya berpegang dengan hadith ini:

Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

"Sesungguhnya habbatus sauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam. Aku bertanya, apakah Al-Sam itu?. Rasulullah S.A.W menjawab, "Al-Sam itu ialah mati"
-Riwayat Bukhari

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,

"Pada habbatus sauda terdapat ubat bagi segala jenis penyakit, kecuali Al-Sam yakni maut"
-Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi

Ini bermakna, apa jua penyakit boleh disembuhkan, kecuali mati!

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Allah S.W.T menurunkan penyakit, tetapi DIA juga sebenarnya telah menyediakan penawarnya. Tinggal lagi bagaimana dan apa usaha yang kita lakukan untuk sembuh daripada penyakit itu.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi S.A.W bersabda,

"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubatnya,"
-Sahih Bukhari No.5354

Dari Jabbir bin Abdillah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda,

"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakitnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah"
-Sahih Muslim No.2204

Rawatan Kencing Manis Secara Semulajadi

Saya percaya, dengan kembali kepada alam semulajadi, apa jua masalah dapat diubati. Dengan menjaga pemakanan yang betul, mengamalkan cara hidup yang sihat dan diredhai, sembuh daripada kencing manis bukannya mustahil.

Malah banyak lagi penyakit yang teruk boleh sembuh selepas lari daripada ubat-ubatan moden kepada penawar semulajadi.

Apa perasaan kita bila ayah kita atau ibu kita di khabarkan oleh doktor, terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup? Apa tindakan kita jika doktor kata kaki ayah kita dah buruk, berlaku jangkitan dan terpaksa dibuang?

Komplikasi kencing manis terlalu banyak. Antaranya:

1. Kerosakan sel dan organ termasuk jantung dan buah pinggang

2. Mata rosak dan rabun

3. Tekanan darah jadi tinggi

4. Lebihan insulin dalam darah boleh menyebabkan kanser dan penyakit mental; Alzheimer

Seperti arwah ayah saya, saat akhir sebelum pemergiannya, barulah kami tahu beliau mengalami terlalu banyak penyakit akibat kencing manis yang di deritainya selama bertahun-tahun, walaupun beliau pemakan ubat yang tegar!

Belum terlambat untuk hidup sihat, aktif dan bebas diabetes TANPA UBAT.

Vivix, Melindungi Kerosakan Akibat Kencing Manis!


Vivix BUKAN UBAT. Ia suplemen semulajadi yang 100% berasaskan tumbuhan.

Ekstrak empat tumbuhan utama, Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Lobak Unggu dan Elderberi Eropah yang kaya polifenol menjadikan Vivix satu-satunya minuman botani yang bertindak hingga ke peringkat paling halus dalam tubuh, DNA.

Kebaikan Vivix

1. Melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan aras gula dalam darah yang tinggi

2. Mengurangkan risiko kerosakan mata (buta) akibat saraf yang rosak disebabkan diabetic retinopathy

3. Membantu menurunkan aras gula dalam darah TANPA menjejaskan aras insulin.

4. Membantu 'menyelamatkan' sel beta dalam pankreas yang menghasilkan insulin daripada rosak akibat tekanan oksidatif

5. Membantu membekalkan tenaga dengan mengatifkan mitokondria (sel penjana tenaga).

6. Membantu mengawal tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi pesakit kencing manis

7. Memperbaiki sel rosak dan cedera akibat kencing manis

8. Memperbaiki luka, mencegah jangkitan kuman, dan mencegah pemotongan anggota.

9. Membantu mengawal darah tinggi, menurunkan risiko strok serta serangan jantung.

10. Memulihkan sel di bahagian otak dan kepala serta menurunkan risiko kejadian nyanyuk atau penyakit mental.

11. Mengembalikan semula kemudaan dan keremajaan sel.

TESTIMONI, KLIK ----> Luka Sembuh, Testimoni Vivix, Bacaan Gula Turun

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!

Semakin lama anda tunggu, semakin lama anda bergantung kepada ubat, semakin rosak badan, semakin rosak buah pinggang, semakin BANYAK KOS MERAWAT yang anda kena tanggung!

Kos merawat penyakit semakin lama semakin mahal, sedangkan penyakit agak sukar untuk sembuh.

Buatlah pilihan yang berbaloi dengan masa dan wang kita. Berikan semula senyuman manis orang-orang yang kita sayang.

Sembuhkan diabetes dengan Vivix, kerana ia terbukti melalui kajian klinikal oleh saintis peringkat dunia.

Beli 2 botol Vivix dan nikmatilah privilege yang Shaklee tawarkan khas untuk anda!

Hubungi:

Puan Suhaila 
WhatsApp: 012-9645614
ID: 868994