Enter Keyword

Haa ni dia entry sambungan daripada topik sudah Bisnes Online Tanpa Modal.

Kepada yang tertunggu-tunggu entry terbaru MS (giler bajet hebat sangat la kau), MS ucapkan tahniah dan terima kasih. Heeee...peace yaww!

Bisnes Online Modal Rendah

Seperti yang saya sebut dalam entry terdahulu, kalau korang nak berjinak-jinak dengan bisnes online tanpa sebarang ilmu, mulakan dulu dengan modal yang rendah. Pada saya, kalau modal permulaan mencecah RM500 pun dah sangat mahal. Tapi kalau RM500 dapat barang yang berkualiti, boleh jual takpe. Teruskanlah melabur. Tapi kalau kita sendiri tak pasti hala tuju bisnes kita, setakat nak try test market, saya nasihatkan, gunalah dengan apa yang ada di tangan dulu.


Kalau bisnes yang kita jangkakan untung tapi akhirnya rugi, dengan modal yang rendah, takde lah terasa sangat kerugiannya kan? Meniaga online, kalau takde ilmu, main redah, main tengok orang, main agak-agak jer..jadilah ia 'indah khabar dari rupa'. Ini pengalaman sendiri tau.

Modal yang paling penting untuk bisnes online ialah ILMU!! Ilmu apa yang patut kita tahu?? Sila salin dalam buku, ni kalau korang memang serius nak bisnes ONLINE.

1. Ilmu buka 'kedai'
Bisnes online, kedainya adalah facebook dan blog. Untung kalau korang ada friendlist facebook yang melebihi 2000 orang, atau pengikut blog sekurang-kurangnya 500 orang. Tu paling koman. Tapi kalau kurang dari itu pun, xde masalah, kawan boleh dicari kan? Yang utama, binalah kedai tu dulu. Kalau kedai pun takde macam mana nak jual.

2. Ilmu menjual
Tahu tak, menjual secara online ada ilmu khusus? Bukan boleh main lelong-lelong, murah3 ala mail 2 ringgit. Ilmu menjual korang akan dapat berperingkat-peringkat ikut pengalaman masing-masing. Bagusnya kalau ada mentor yang boleh guide korang.

3. Ilmu mengiklan
Macam mana nak buat poster, macam mana nak iklan, macam mana nak tarik lebih ramai peminat dan pembeli.

4. Ilmu strategi pemasaran
Apa2 bisnes pun kena ada strategi. Bagaimana nak capai target, bagaimana nak mengembangkan perniagaan supaya sampai ke golongan sasar, bagaimana nak tarik orang untuk terlibat dalam bisnes kita, dsb.

5. Ilmu dalaman/ spiritual
Yang ini paling penting. Ramai orang kecundang dalam bisnes sebab tak sabar, tak fokus, hangat-hangat tahi ayam, nak cepat untung tapi usaha malas, baru untung sikit dah sombong dan lupa diri, mudah dengki tengok orang lain berjaya, menindas orang lain, paling tenat lupa Tuhan. Nauzubillah. (Semoga kita kaya seperti Abdul Rahman bin Auf, bukan kaya seperti Qarun)

Contoh-contoh Bisnes Online Modal Rendah
1. Jual kek / cupcake
2. Jual biskut raya
3. Jual kerepek / keropok
4. Jual frozen foods
5. Jual baju/ tudung jahit sendiri (custom made)
6. Jual barang kraftangan (felt /gubahan pengantin)
7. Jual produk kesihatan
8. Jual insurans
9. Jual servis (design, promotion, adds,dsb)
10. Jual produk makanan 'segera masak' contoh tepung kek, tepung goreng pisang
11. Jual buku/majalah
12. Jual Shaklee

banyak lagi lah idea yang boleh korang fikirkan sendiri.. saya pun malas nak fikir dah..huahuahua..

Ok, sekarang ni saya nak cerita tentang Bisnes Online Modal Rendah Shaklee! Ada beberapa sebab korang boleh buat Bisnes Online Modal Rendah Shaklee.

1. Modal dia memang rendah pun!
RM65 atau RM650+. Mana satu korang nak? RM65 cuma dapat beg oppurtunity kit. RM650+ korang akan dapat:
  • oppurtunity kit
  • membership free (worth rm65)
  • produk pilihan (syarat 200uv ke atas)
Saya sendiri bermula dengan modal RM65 jer..

2. Tak perlu menyimpan stok
Saya memang takde stok banyak dirumah. Kalau dulu mula-mula join, memang takde stok langsung. Orang order, saya order pula dengan Shaklee. Shaklee poskan terus kepada customer.

Cuma sekarang ni ada buat stok sikit-sikit. Lecithin, alfalfa, ostematrix, GLA, Vitalea, Vitamin E dan barang-barang yang laris daripada saya. Saya simpan stok ni sebab ada member duduk dekat2, nak COD takkan nak pos dari Shaklee pulak kan.

3. Tak perlu pos barang
Ini macam saya terangkan kat atas tu, kita tak perlu susah-susah nak gi pos barang kalau tak suka keluar rumah. Semua dihujung jari.

Untuk permulaan ni, kalau korang nak pos sendiri kena fikir pulak nak bungkus, nak beli free gift, nak gi pos. Kalau tak de modal, tak payah. Serahkan semuanya kepada Shaklee

4. Tak perlu nak setup 'kedai' mahal-mahal
Nama pun bisnes online, kenalah ada kedai. Kedainya boleh jadi BLOG, FANPAGE atau facebook profile kita sendiri. Pakai modal tak? Tentulah tidak. Melainkan korang ada bajet lebih, nak upah orang buat blog cecantik atau nak buat FB Ads, itu memang kena modal. Modalnye kredit kad. Kalau tak de, tak payah.

Gunakan je medium mana yang kita rasa selesa.

5. Tak perlu bayar untuk dapat nasihat mentor
Ini yang paling best. Mentor kita adalah upline kita dan super upline kita. Diorang akan train kita sampai pandai (melainkan kita sendiri malas, tak dapek nak nolong dah ha). Tak perlu modal apapun sebab pihak Shaklee yang akan bayar diorang.

Kita cuma cedok, cedok, cedok ilmu, praktis dan duplicate apa yang mentor kita ajar. Tak payah nak kuar beratus nak gi kelas Dr. Azizan bagai. Kalau nak gi pun ape salahnya. heheh.

Okeylah setakat tu je dulu MS boleh kongsikan.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee yang ramai sangat orang duk buat sekarang ni, silalah emel MS ke butik.annajah@gmail.com atau hubungi melalui telefon 013-2369434 (Suhaila), WhatsApp: 012-9645614 atau ke personal fb/su.annajah.

MS memang teruja sangat nak kongsi peluang bisnes yang best ini dengan korang, dan MS cuma cari orang yang betul-betul MAHU mengubah hidup, keluar dari comfort zone dan hidup secara luar biasa!

BISNES ONLINE MODAL RENDAH

by on Oktober 29, 2013
Haa ni dia entry sambungan daripada topik sudah Bisnes Online Tanpa Modal. Kepada yang tertunggu-tunggu entry terbaru MS (giler bajet heba...
Nyaris-nyaris terlupa dah nak tulis ni..sebab masa dapat testimonial ni saya tengah bizi melayan tetamu. Dan bizi dilayan tetamu :P

Kira masih panas jugak la ni..testimoni terbaru saya dapat, hari Ahad lepas. Sebelum saya cerita panjang, ikuti 'perbualan' SMS antara saya dan beliau, kawan lama merangkap pengguna Shaklee atau lebih tepat lagi GLA dan ESP Shaklee ;)

Baby comel idaman semua ibu bapa

Hana: Akak 
Saya: Eh, siapa ni? (sebab beliau pakai no. lain)
Hana: Hanalah
Saya: Oh, Hana..no. lain ek.ngape hana?
Hana: Hehe..saya check pagi ni ada 2 line...tapi tak gi cek doktor lagi
Saya: Yeke, Alhamdulillah..Nanti gi cek jugak doktor eh..hana haritu beli GLA kan? Kena stop dah sekarang ni
Hana: Saya stop ikut akak cakap haritulah..tq akak.. Akak, ESP tu boleh makan kan?
Saya: Sama-sama..tahniah hana..Jaga makan jugak ye. Awal-awal ni jangan lasak sangat. Hihi.. ESP boleh..takde masalah..makan je cam bese
Hana: InsyaAllah

Alhamdulillah..alhamdulillah..segala puji hanya untuk Allah!

Untuk pengetahuan tuan2 puan2 sekalian.. Hana ni dah setahun berkahwin..Masa awal2 perkahwinan, beliau belum merancang untuk punya anak sebab masa tu tengah study. So sekarang baru teringin tapi beliau ada masalah kitar haid tak tetap. Lalu beliau berikhtiar dengan GLA Complex serta ESP.

Saya ada bagitahu dia, supaya kira waktu subur dengan betul, then makanlah GLA ikut step yang saya cadangkan. Sudah tertulis rezeki untuk dia barangkali, belum habis botol pertama beliau akhirnya disahkan hamil. Syukur Alhamdulillah..

Buat tuan2 puan2 yang merancang untuk punya cahaya mata tapi agak sukar untuk hamil, saya sarankan berikhtiarlah dengan Shaklee. Shaklee bukan ubat untuk hamil, tetapi vitamin-vitamin dan nutrisi yang Shaklee bekalkan adalah untuk menampung kekurangan dalam diet seharian kita yang kebanyakannya penuh dengan bahan kimia.

Jadi dengan nutrisi yang lengkap, segala tindak balas biokimia dalam tubuh berjalan dengan lancar dan diaktifkan semula.

Sebagai contoh GLA Complex Shaklee (yang sering disalahertikan sebagai pil hamil) sebenarnya adalah asid lemak Omega-6 yang badan kita PERLU tetapi badan tak boleh hasilkan. Maka kita perlu ambil Omega-6 dari sumber luar. Begitu juga vitamin-vitamin yang lain.

Ada sesetengahnya pula, walaupun ia dihasilkan oleh badan, namun dengan gaya hidup dan pemakanan kita, apa yang badan kita hasilkan tidak mencukupi untuk ia bertindak dengan berkesan.

Tiada masalah jika tuan2 puan2 berikhtiar dengan apa cara sekalipun (asalkan halal) tetapi keperluan ASAS tubuh mestilah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan asas tersebut ialah protein, vitamin, lemak, karbohidrat, garam dan mineral.

Sebab itu kami mencadangkan set lengkap kehamilan yang terdiri daripada protein (ESP), multivitamin dan multimineral (Vitalea), B complex, Vitamin C, Vitamin E, Zink, GLA Complex untuk seliaan hormon, serta nutrisi pilihan seperti Alfalfa Complex.

Set kesuburan Shaklee

Tetapi tak bermakna anda harus ambil kesemuanya sekali. Anda boleh pilih mengikut bajet dan kesesuaian. Sebelum dapatkan vitamin2 tersebut, dapatkan dulu konsultasi eksklusif daripada saya.

Nak baca tentang set kesuburan boleh KLIK SINI. Ok, sebelum membuat belian, pastikan dulu masalah anda, then hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Semoga impian anda untuk mendapat cahaya mata dimakbulkan Allah. Amiinn..

Meh2 hubungi saya;

Suhaila 013-2369434
WhatsApp:012-9645614
fb/ Su AnNajah

Eceh..mengada nye tajuk..

Huhu MS dalam mood 'kering idea' + malas + takde mood + buntu nak tulis blog..

Sebab tu dah berhari-hari tak update..Maaf pada yg lama tunggu entry dari MS yer..kahkahkah (poyo nyerrr Ya Allah)..macam la aku Fatin Liyana orang nak tunggu2.

Sebenarnya dah berderet2 draft MS tulis..semenye sekerat jer..tulis tak habis.. so semua draft tu tak ada penutup yang best. Nanti lah insyaAllah nak cari balik kekuatan untuk tulis blog dengan laju.

Lepas ni MS akan post 5 entry sehari. Korang wajib baca semua okeh.. mampu??

Oklah.. ni pun takde penutup jugak.

Gud nite..babai sayang..

P/s nak beli Collagen harga promosi meh SMS 013-2369434 (Su)

JUST TO SAY HI

by on Oktober 24, 2013
Eceh..mengada nye tajuk.. Huhu MS dalam mood 'kering idea' + malas + takde mood + buntu nak tulis blog.. Sebab tu dah berhari-ha...
Assalamualaikum..

Tetibe malam ni MS terasa nak berkongsi dengan semua pembaca blog MS yang cantik dan kacak ni, tips bisnes online tanpa modal atau modal rendah.

Maklumlah sebelum MS terjebak dengan Shaklee ni, MS pun terlibat dengan bisnes online tanpa modal jugak ;) MS tau sangat sekarang ni ramai betul orang buat bisnes sampingan untuk menampung perbelanjaan harian dan kos sara hidup yang semakin meningkat kan? Itu tindakan yang sangat bijak daripada korang...TAHNIAH!

Daripada kita kalut-kalut fikir masalah minyak naik, barang naik, kos naik, gaji je tak naik-naik, apa kata kita cari jalan keluar daripada semua masalah berikut. Sebenarnya masalah2 tu bukan masalah tapi CABARAN supaya otak kita ni, berfikir, berkembang dan kreatif sikit. Betul tak?

Kenapa bisnes tanpa modal atau modal rendah?
Bisnes tanpa modal atau modal rendah adalah bisnes yang paling selamat untuk anda yang baru berjinak-jinak nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan online. Bisnes tanpa modal atau modal rendah tidak mendatangkan risiko kerugian yang BESAR.

Ramai orang berniaga dengan membuat pinjaman, tetapi perniagaan semakin lingkup, hutang semakin bertimbun. Ini sangat SALAH. Mulakan dulu dengan apa yang ada di tangan. Kalau takde modal, bisneslah cara tiada modal, dan kalau modal cuma RM100, bisneslah cara modal RM100.

Bisnes Online Tanpa Modal
Ini kisah saya. Dulu, apabila tengok orang bisnes online macam mudah je, saya pun teringin nak cuba. Tapi saya tak tahu apa yang saya nak jual. Memandangkan dalam ramai2 friendlist saya di facebook, tiada sorang pun yang jual pakaian seperti blouse dan baju muslimah, maka saya memutuskan untuk menjual pakaian tersebut.

Mula-mula saya search di internet di mana nak beli pakaian muslimah secara borong. Ok, lepas jumpa apa yang dicari, saya terfikir pula dimana nak ambil modal? Saya bukan bekerja untuk kumpul modal. Maka saya membuat pinjaman dengan emak sebanyak RM1000. Saya borong baju muslimah beberapa helai dulu dalam anggaran RM600. Duit lebihnya saya terfikir untuk borong blouse dari kedai borong.

Akibat tiada ILMU dalam bisnes, baju muslimah cuma terjual 1-2 helai. Mujur juga blouse, cardigan, skirt, kemeja terjual agak banyak, tapi sebab tiada ilmu mengurus wang, wang bisnes terguna untuk menampung keperluan harian yang tak cukup. Kesian kan??

Kemudian semasa saya 'berjalan-jalan' di internet saya terjumpa website yang menawarkan untuk jadi agen dropship. Saya punya tak tahu apekebende dropship saya pun buka Kamus Oxford Fajar ni tapi bengang sebab dalam kamus takde pun istilah 'dropship'. Takkan kapal jatuh kot?? Hahahaha...vengong betul rasanya diriku di kala itu.

Tapi ikut terma dan syarat dalam website tu, rasanya boleh agak apakah itu agen dropship. Saya pun beranikan diri untuk mencuba. Mujur juga syaratnya tak perlu apa-apa modal untuk register jadi agen. Sedangkan ada beberapa website siap kenakan bayaran RM50 untuk jadi agen dropship. Aku dah la mula kedukut nak keluar modal2 ni.

Bisnes dropship
Untuk anda yang pun BLUR apa itu bisnes 'kapal jatuh', meh sini saya nak terangkan. Tak payah buka-buka kamus cari maksud dia yer ;P

Bisnes dropship ialah anda menjalankan bisnes TANPA MODAL dan TANPA STOK. Anda menjadi AGEN DROPSHIP(dropshippee) kepada Pemilik bisnes/Tuan Kedai (dropshipper). Anda dikehendaki mendownload dan mengupload gambar-gambar berkenaan contohnya baju ke, produk makanan ke, ape2 la dan promosikan di FB atau blog.

Apabila anda mendapat tempahan daripada pelanggan, anda forwardkan tempahan berikut kepada dropshipper. Pelanggan buat bayaran kepada anda, anda transfer bayaran kepada dropshipper, dropshipper bungkus dan pos kepada pelanggan. Anda mendapat komisen daripada setiap helai (contoh kalau baju) tempahan tersebut.

Alhamdulillah, saya dulu mendapat dropshipper yang sangat best! Kadang-kadang dia mengadakan pertandingan untk agen dan beri hadiah kalau ada agen yang dapat jualan tertinggi. Jangan tak tahu MS pernah dapat voucher RM50 untuk beli baju muslimah. Dah la komisen dapat, hadiah pun dapat.

Sekarang MS dah tak jadi agen dropship (sebenarnya masih berminat), kerana dropshipper sibuk dengan urusan bisnes tadikanya..huhuhu. Tapi MS pulak yang jadi dropshipper dengan jual produk Shaklee. ;) MS pulak dapat bantu orang sekarang ni, alhamdulillah.

Bisnes Online Modal Rendah

TO BE CONTINUE.... Jangan lepaskan update blog MS..Jom jadi follower atau subscribe entry2 menarik dari blog MS yer..

Ada apa-apa nak tanya, boleh emel kepada MS butik.annajah@gmail.com.

Ok, jom tidur..esok kita sambung cerita. Gud nite sayang-sayang semua. <3 <3

BISNES ONLINE TANPA MODAL

by on Oktober 16, 2013
Assalamualaikum.. Tetibe malam ni MS terasa nak berkongsi dengan semua pembaca blog MS yang cantik dan kacak ni, tips bisnes online tanpa ...
Perghhhh!!!

Entry ini sempena kemasukan bonus bulan September ke dalam akaun Maybank hari ini! Ngeh3...
Alhamdulillah..insyaAllah saya kini stabil dengan income 4 angka. Syukur Ya Allah..

Sape sangka bisnes saja-saja, duduk-duduk rumah boleh dapat income 3,4,5,6 malah 7 angka! Income 5,6,7 angka tu bakal menyusul tak lama lagi..sabar Mama Su..sabarrrr...

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran inilah, saya akhirnya dapat jugak merasa income 4 angka dari bisnes MLM! Kalo ikutkan dugaan, halangan, ketaksabaran, mungkin dah lama saya quit. Tapi sayang sangat kalau saya quit beberapa bulan dulu kan??

aku bakal jutawan!!!

Sebab tu makin menderu-deru orang join Shaklee dan nak buat bisnes dengan Shaklee! Memang rugilah sape yang pakat tengok je orang-orang lain mengorak langkah, kita masih terkial-kial, tak yakin, was-was, ragu-ragu, takut-takut, sebab katanya ini bisnes MLM. Sebab ini bisnes MLMlah korang kene join!

Semua orang nak jadi 'bisnesman', 'ahli perniagaan' dan semua orang ada mentaliti 'pinjam bank', 'modal ribu-ribu' untuk stat bisnes. Sampai ada bergolok gadai semata-mata nak jalankan bisnes yang tak tahu hujung pangkal.

Betul, perniagaan itu sunnah Rasulullah S.A.W. Rasulullah pun ada cakap 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Tapi ramai yang tak tahu bahawa 9/10 perniagaan lingkup pada 3 tahun pertama lagi!!

Macam-mana tak lingkup, semangat berkobar-kobar, tak fikir panjang kita pergi pinjam bank, Tekun, Along, Angah dan sebagainya. Lepastu ILMU bisnes langsung takde. Lepas tu nak kena bayar itu ini, sewa itu ini. Lepas tu strategi bisnes takde. Lepas tu nak pasarkan produk tak reti. Lama-lama kita jadi fed-up terus gulung tikar.

Tidak, saya bukan nak mematikan semangat korang. Tidak sama sekali. Sekurang-kurangnya dapatkan ilmu dulu. Salah satunya dengan menceburkan diri dalam bisnes online. Dah tentu-tentunya Shaklee.

Kenapa kena menimba ilmu dengan bisnes Shaklee?? Meh sini saya nak senaraikan.

1. Produk
Nak bisnes, mestilah produk yang paling penting. Melainkan kita nak bisnes 'perkhidmatan'. Contohnya perkhidmatan menaip surat-surat atau menulis tender tak payahlah nak sediakan produk.

Produk Shaklee bukan calang-calang. Bukan produk cap ayam, semalam bancuh-bancuh hari ni jual. No no no! Produk Shaklee adalah hasil kajian para saintis bertahun2, produk semulajadi, bebas bahan kimia berbahaya walau secoet, selamat, terbukti secara klinikal oleh pakar, diterbitkan dalam Jurnal Saintifik, dan Jurnal Saintifik tu pula menjadi rujukan para saintis!

Produk Shaklee memang best!! Kalau tak, takkan berjuta-juta rakyat Malaysia pilih Shaklee. Takkan sales syarikat Shaklee boleh capai hampir RM25 juta pada September lepas!

2. Mentor
Bayangkan, kita nak buka kedai bakeri. Apa yang perlu ada? Tentulah skill membuat kek kan? Ok lah..katakan skill kita dah mantop, tapi macam mana kita nak mulakan perniagaan? Apa ilmu yang patut ada? Yang kita tau cuma buat kek. Tapi macam mana nak branding, macam mana nak buka kedai, macam mana nak uruskan kedai, macam mana nak pasarkan kek, macam mana nak ambil bahan mentah dan sebagainya lagi, pening tak nak fikir?

Dengan Shaklee, mentor dah tersedia. Kalau korang register dengan saya, sayalah mentor. Upline saya, super upline saya, dan great2 upline juga! Percayalah, apa yang mentor dalam Shaklee ajar boleh diaplikasikan untuk sebarang jenis bisnes pun!

Saya ada sorang downline yang jual kek. Online. Tapi lepas join Shaklee, kelihatan bisnes keknya juga turut berkembang. Skill dia dah ada, tinggal lagi nak dapatkan panduan je daripada mentor. Mudahkan?

Perlu diingat, mentor yang hebat sangat penting dalam bisnes! Dalam Shaklee, Alhamdulillah saya berada di bawah naungan mentor-mentor yang sangat hebat!. Dalam susur galur saya ke atas, ada 1 bakal Master, 2 Master Coordinator dan 1 Presidential Master.

3. Strategi
Bila dah ada mentor yang hebat, strategi juga insyaAllah akan hebat juga. Bagaimana strategi bisnes yang hebat?? Tentulah dengan network yang hebat. Apa itu network yang hebat?? InsyaAllah saya akan jawab kalau korang sign up dengan saya... aci tak?? ;)

Strategi ini rahsia bisnes yang diperturunkan dari great upline kami. Tak boleh reveal disini, kena jadi ahli dulu. Ampunkan Mama yerrrr.... ;)))))

4. Sistem
Agaknye kenapa produk Shaklee yang hebat guna sistem Multi Level Marketing (MLM)? Kenapa Shaklee tak letak dikedai-kedai ke, farmasi ke? Kenapa? kenapa? Ramai orang tak faham konsep sebenar MLM. Tapi ramai pulak orang yang memanipulasikan sistem untuk cepat kaya! Lagi ramai orang yang tak tahu apa-apa then main tuduh  je semua MLM pun sama. Sebab dia dah terkena dengan MLM yang 'haram jadah' itu.  Maaf bahasa agak kasar. MLM haram jadah tu khusus untuk MLM kaki penipu 'tu'.

Ok, meh nak citer.. dalam kedaan biasa, produk yang dihasilkan dari luar negara, contohnya henset cap 'Cokia' (bukan nama sebenar), sebelum dipasarkan di Malaysia, ia akan melalui beberapa orang tengah iaitu pengimport, pemborong, peruncit dan pengedar. Harga asal henset cap COKIA (bukan nama sebenar) dari kilang katalah RM500. Sampai kepada pengedar agak-agak berapa harganya?? Mau RM2-3K.

Sedangkan sistem MLM memasarkan produk terus dari pengilang kepada pengguna dengan melalui pengedar sahaja! Jadi pengedar mendapat upah atas kerja-kerjanye menjual produk. Kenapa MLM? Sebab lebih mudah si A nak bagitau si B daripada si A kena bagitahu BCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.. haa tak pasal main ABC plak malam ni. Jadi kerja si B bagitahu maklumat ke pada C. C bagitahu maklumat kepada D dan gitulah seterusnya.

Cakap pasal sistem patuh syariah, YA sistem pemasaran Shaklee sememangnya patuh Syariah. Tiada unsur penganiyaan terhadap pengedar atau pengguna. Macam mana nak tahu sama ada sistem tu patuh Syariah ke tak? Boleh la ke laman web ustaz zaharuddin.net kemudian cari Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara MLM Menurut Syariah oleh Jakim, download dan baca. Saya dah teliti, dan memang Alhamdulillah terbukti syarikat dan sistem Shaklee patuh syariah.

Yang tak patuh syariah ialah apabila ada pihak berasa teraniaya, contohnya terpaksa membuat pinjaman bank, dipaksa menjual produk yang entah apa-apa, ditipu dengan harta benda dunia, kualiti produk tak sepadan harga, dipaksa mencari orang, cari kaki, cari kepala dan sebagainya yang korang seme sedia maklum kan??

5. Berjemaah
Bukan solat je kena berjemaah untuk dapat pahala lebih, nak kaya pun kena berjemaah baru la best!! Satu lagi ciri MLM yang hebat ialah peluang yang adil terhadap semua pengedar. Siapa-siapa pun boleh naik jadi leader malah siap boleh tinggalkan upline dia dibelakang nun! MLM lain ado???

Dalam Shaklee, untuk seseorang tu berjaya, dia harus menjayakan downline-downlinenya juga. Nampak macam kerja keras disini kan? Maksud saya, untuk seseorang itu naik rank, dia WAJIB memimpin organisasi dia supaya sama-sama naik. Contoh dari title Supervisor (SV) ke Senior Supervisor (SR.SV), SV tersebut mestilah menarik downline untuk naik ke SV supaya dia boleh jadi SR.SV. Apabila SV yang baru dah break dari uplinenya, maka SV baru boleh tinggalkan upline dia tadi dan terus naik rank lagi dan lagi. Kalo fenin baca meh register, senang saya nak cerita.hihihi..

mari kita kaya berama-ramai

So, nampak tak kenapa SEMAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA JADI JUTAWAN SHAKLEE??

Sebab kitorang naik together-gether, berjaya bersama-sama, sedih bersama, ketawa bersama..gitewww.. sebab tu lah semakin ramai orang register jadi ahli Shaklee dan buat bisnes Shaklee.

Kalau nak tahu..bulan September sahaja ada 4 orang Master Coordinator lahir menjadikan semua 24 orang Master Coordinator di bawah empayar Presedential Master kami. Kalo 24 orang Master, bygkan la pulak yang bawah-bawah tu...pangkat Supervisor je entah berapa ribu orang. FYI income Supervisor kalo dia dapat menten memang 4 angka. InsyaAllah..

Saya bimbang juga...kot kot la sebab terlalu ramai orang sign up as distributor setiap bulan, nanti syarikat Shaklee tetapkan pendaftaran perlu RM100 ke RM200 ke RM500 pulak kerrr kan??? Sape tau?? So sementara tengah murah ni baiklah register sekarang RM65 jer + pos RM10.

Atau nak dapat free membership beli lah dengan 200uv ke atas..bonus pun dapat!!

Panjang lebar saya mengexplain ni..jadi nak tau lebih lanjut hubungi MS okeh!! Jom ramai- ramai jadi Jutawan Shaklee, kita bayar zakat, bantu lebih ramai orang sakit, susah dan memerlukan seperti sahabat-sahabat Nabi.. InsyaAllah..jom! jom!


Suhaila 013-2369434
Sudah menjadi lumrah bagi ibu-ibu mengandung, akan sakit pinggang dan sakit belakang terutama apabila kandungan kian membesar.

Macam MS sendiri, mengandungkan Aqil, anak kedua, seawal bulan ke-2 MS dah sakit pinggang yang amat sangat. Paling sakit masa baring. Nak je pergi kiropraktik tapi takkan pulak kan.. Suruh suami tolong picitkan pun tak jalan.


Kenapa ibu hamil boleh sakit pinggang?
Ikut pembacaan MS, sakit pinggang ni berlaku disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi.

Selain itu postur tubuh kita semakin tidak stabil, kedudukan ligamen punggung telah 'lari' disebabkan kita nak menampung berat perut yang kian membesar. Pusat graviti kita pun dah berubah serta hormon pun mengendurkan ligamen pada pelvis kita.

Berat bayi dalam kandungan yang semakin membesar juga boleh menekan salur darah dan saraf pada pelvis dan belakang badan.

Adakah sakit pinggang ni bahaya?
Selalunya ia tidak berbahaya. Sakit pinggang akan berkurangan secara perlahan selepas ibu melahirkan bayi :)

Bolehkah sakit pinggang ini dikurangkan?
Kemungkinan boleh. Ibu-ibu boleh cuba cara-cara berikut:

1. Latih postur yang betul
  • berdiri lurus dan tegak
  • angkat dada
  • lurus dan legakan bahu
  • duduk dengan rileks, sandarkan belakang badan dengan bantal lembut
2. Pakai kasut tumit rendah, bukan flat dan sebolehnya pakai kasut yang menyokong tapak kaki

3. Angkat beban (walaupun kecil) dengan kaki, bukan dengan cara membongkokkan badan

4. Tidur mengiring, jangan menelentang.
Makanya 8-9 bulan MS tak boleh nak meregangkan badan..huhuhu.. memang tidur mengiring setiap masa. Kalau nak tidur menelentang, boleh cuba letak bantal di bawah pinggang.

5. Ambil suplemen pelega saraf seperti vitamin B kompleks dan pil kalsium.


Kisah Kawan Saya

Ada seorang kawan, namanya Baiti, semasa di penghujung kehamilan  (anak ke-3)dia ada datang ke rumah mengambil ESP dan Ostematrix. (masa tu MS baru2 pindah Kuantan). Kemudian, tak sempat MS tanya tentang perubahan-perubahan yang dia rasa semasa hamil, dia sendiri yang buka cerita..

Katanya, best makan Ostematrix ni. Dia dah tak sakit pinggang. Kalau tak makan, memang pinggang rasa sakit. Jadi dia ambil paling kurang 2 biji sehari. Sekarang ni, walaupun babynya dah masuk usia 4 bulan, beliau masih lagi makan Ostematrix, malah berkongsi-kongsi pula dengan mak dan neneknya. Haa best kan?

Baru ni dia datang lagi, beli 3 botol Ostematrix. Katanya nak bagi dekat mak dan nenek. Dia cerita dulu mak dia ada sakit-sakit sendi kesan dari demam Cikgunya. Sekarang sakit sendi dah kurang tapi masih rasa kebas-kebas tangan. Lagipun mak dia ada kencing manis. Bila mak dia cuba ostematrix beberapa kali, rasa kebas-kebas tu dah semakin kurang. Alhamdulillah, alhamdulillah. Happy sangat dapat feedback positif macam ni. :)))

Pengalaman Sendiri

Lepas mengandung anak kedua, MS rasa serik nak mengandung lagi tau. Trauma sangat rasa. Serius dalam banyak-banyak mengandung, mengandung anak kedualah rasa pinggang macam nak tercabut.

Nak bongkok tak boleh, nak angkat kaki tak boleh, nak pakai seluar tu, kena duduk dulu kat katil, bentang seluar, baru masuk kaki. Haa punya teruk. Kalau bangun pagi tu lagi laaa..sampai berseret kaki. Huhuhu..

Mengandung anak ketiga, dah tahan sikit, sebab dah makan Ostematrix. Mengandung seterusnya lepas tu, bila kandungan dah sarat barulah sakit. Normallah tu kan.

Alhamdulillah, memang puas hati sangat dengan Ostematrix. Memang wajib ambil masa mengandung ni. Dah berapa kali mengandung, beranak, menyusu, kalau kita tak cukup kalsium, rasakanlah penangannya. Tak payah tunggu tua. Sekarang pun dah boleh rasa.

Sebab?? Anak kita dapat sumber kalsium dari kita. Dia serap dari tulang, dari otot, dari gigi. Kalau kita tak ambil kalsium tambahan, jadi badan kita makin kekurangan kalsium. Sedangkan fungsi kalsium dalam badan ni sangatlah banyak sekali. 

Apa itu Ostematrix??


Ostematrix adalah pil kalsium Shaklee yang membekalkan 1000mg kalsium, 400mg magnesium serta 400IU vitamin D yang mana semua komponen ini sangat penting untuk penyerapan maksimum kalsium serta membolehkan kalsium bertindak lebih baik.

Tahu tak, kekurangan kalsium boleh membawa masalah kekejangan otot kerana kalsium penting untuk membantu pengecutan otot dan kelancaran saraf serta membantu mengekalkan tekanan darah normal?

Jadi, apabila keperluan kalsium mencukupi (lebih-lebih lagi pada ibu mengandung) komplikasi akibat kekurangan kalsium dapat dikurangkan.

Walaupun anda mengambil susu, suplemen Ostematrix sangat membantu penyerapan kalsium daripada susu yang anda minum dengan lebih sempurna kerana Ostematrix mengandungi vitamin D. Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap secara optima ke dalam darah.

Sebotol Ostematrix berharga RM61 je. Ada 120 biji. Sehari boleh makan 4 biji dan boleh up dos kalau sakit.

Jadi ibu-ibu, jom dapatkan Ostematrix dalam Set Mengandung Shaklee ni.. tak cuba tak tahu, memang best!! Jom beri yang terbaik untuk baby kita sejak mereka dalam kandungan lagi!!

Hubungi:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994

Salam mama dan bakal mama!

Tahniah dan syabas kerana anda ibu yang prihatin dan penyayang ;) Syabas juga kerana sampai ke blog MS ni untuk cari info tentang ibu hamil.

Ok, kali ni MS nak cerita tentang vitamin B kompleks untuk ibu hamil. Setiap kali hamil, mesti doktor akan bekalkan B complex dalam gugusan vitamin untuk ibu hamil kan? Rasa-rasanya apa fungsi vitamin B untuk ibu mengandung ye??


Kalau tak makan B complex tak boleh ke?

Mengandung adalah satu peringkat dimana wanita akan mengalami komplikasi kesihatan fizikal. Oleh kerana bayi dalam kandungan perlukan nutrisi, mineral, vitamin dan kalsium daripada tubuh ibu, jadi ibu akan mengalami kesan kekurangan nutrisi tersebut. Sebab tu doktor akan bekalkan vitamin-vitamin supaya ibu dapat tampung kekurangan itu tadi.

Vitamin B complex contohnya berfungsi dalam banyak tindak balas biokimia tubuh serta memberi perlindungan kepada wanita daripada risiko komplikasi.

Komplikasi yang sering di alami oleh ibu hamil

1. Anemia
2. Water retention (kaki bengkak)
3. Rendah paras homosistein
4. Tekanan mental
5. Dermatitis
6. Tekanan darah tinggi
7. Aras gula meningkat
8. Morning sickness
9. Sakit pinggang
10. Kepanasan

Macam MS sendiri, semasa mengandung (pengalaman 2 kali) MS akan:
-morning sickness (anak ke dua takde morning sickness)
-gatal-gatal (mungkin perubahan hormon)
-hb low
-sakit pinggang (even kandungan baru 2 bulan)
-kepanasan (anak kedua kurang sikit)

Berdasarkan Kongress Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), kajian menunjukkan pengambilan vitamin B6 bukan sahaja selamat, malah sangat berkesan untuk mengurangkan kesan 'morning sickness' seperti loya, mual dan muntah.

Haa ni kalau ibu-ibu ada problem macam ni, silalah makan vitamin B complex Shaklee. Eh! :D

Asid Folik tu sama ke dengan B complex??

Asid folik adalah vitamin B juga. Vitamin B complex mengandungi 8 jenis vitamin B (B1,B2,B3,B5,B6,B7,B9,B12). Asid folik adalah vitamin B9. Jadi, kalau beli vitamin B complex, pastikan ia ada 8 jenis vitamin B macam yang Shaklee punya ni...

Asid folik sangat penting sebab fungsi utama dia untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna. Kekurangan asid folik akan sebabkan kecacatan bayi termasuk otak. Bahasa omputihnya tube neural defect.

Kesan kekurangan B complex

Satu kajian yang dikeluarkan pada 2007 menunjukkan, wanita yang mengalami kekurangan vitamin B (khususnya B6) susah untuk hamil, dan jika boleh hamil pun mereka akan mudah keguguran. (Wallahua'lam)
*kajian ke atas 300 wanita china selama setahun*

Bakal ibu yang yang ada masalah genetik, kekurangan vitamin B12 semasa awal kehamilan, akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat masalah jantung kongenital. *Kajian Jurnal Genetic and Metabolisme*

Tengok betapa pentingnya kita makan makanan yang ada vitamin B complex seperti sayur-sayuran, namun selalunya ia tak mencukupi (tidak menepati ODA- Optimum Daily Allowance) nak-nak ibu hamil pulak yang berkongsi vitamin dengan baby kan?

Sebab itu disarankan makan vitamin tambahan B complex.

Ada banyak lagi fungsi vitamin B complex, untuk kecantikan pun ye jugak.

Jadi nak pilih yang mana?? Vitamin Klinik ke Vitamin Shaklee?? Vitamin klinik tu ok, tapi vitamin Shaklee much better sebab ia semulajadi! ;)

Kebaikan vitamin  B complex Shaklee tak perlu diragui lagi, sekarang ramai ibu-ibu hamil bijak memilih untuk yang tersayang bakal lahir tu..

B complex untuk ibu mengandung

Pengambilan B complex seeloknya di mulakan sejak sebelum hamil lagi, iaitu semasa anda dan suami merancang untuk memiliki cahaya mata. Bukan B complex jer seboleh2nya vitamin-vitamin penting ni memang perlu ada dalam diet kita seharian. Tengok LINK INI.

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B, dan asid folik sebanyak 200mcg. Ia tiada perasa, pemanis, pewarna dan pengawet, juga bebas gluten.

Wahai ibu-ibu jelita sekalian, dapatkan B complex daripada MS, hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb page/ SayaMahuSihat


B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

by on Oktober 03, 2013
Salam mama dan bakal mama! Tahniah dan syabas kerana anda ibu yang prihatin dan penyayang ;) Syabas juga kerana sampai ke blog MS ni untuk...
Rata-rata orang mesti tertanya-tanya dalam hati, apa beza kolagen yang Shaklee jual dengan kolagen yang banyak-banyak orang jual tu? Macam sama jewww...

Eh, tak sama tau!

PERBEZAAN NO.1

MS dah cek kebanyakan kolagen (macam semua jer) yang dijual di pasaran, yang bukan brand Shaklee, satu pun takde guna kolagen dari sisik ikan merah macam Shaklee. TIADA!

Shaklee la satu-satunya yang guna kolagen dari sisik ikan merah ni. Sebab itu ia best dan sangat berbeza!

Nak tahu kenapa Shaklee guna kolagen ikan merah?? Bukan ikan talapia, bukan kolagen lembu, bukan kolagen ayam, bukan kolagen vavi??? Nak tau?? Sini baca.

1. Kolagen dari sisik ikan merah paling tahan lasak.
Maklumla ia hidup di lautan laut dalam dengan kedalaman 5000m. Giler tak lasak! Tekanan tinggi, bukan calang-calang ikan yang boleh hidup dalam-dalam macam tu.

2. Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup bebas dalam lautan dalam yang paling dalam.

3. Sisik ikan ni sangat elastik

4. Ia mempunyai kepaduan sel yang tinggi

5. Kolagennya mempunyai kapasiti tinggi dalam mengekalkan kelembapan

6. Jisim molekul kolagen sangat rendah iaitu 1000dalton.

7. Kerana struktur 'triple helix' asid aminonya sama dengan manusia!

Kolagen yang ada di pasaran? Kemungkinan ia guna kolagen sisik ikan talapia atau kolagen haiwan2 ruminan. FYI kolagen daripada lembu, ayam, kambing, vavi mempunyai jisim molekul yang sangat besar 400,000dalton!

(Lagipun haiwan2 begini sangat mudah tercemar, tak bersih, mungkin ada jangkitan penyakit. Sebab itu ia lebih murah.)

Lebih besar jisim molekul, lebih susah dicerna, lebih susah diserap oleh tubuh badan kita!

Kolagen tumbuhan tu pulak macam mana?? Dalam tumbuhan mana ada kolagen!! Baca link ini.



PERBEZAAN NO.2

Kolagen Shaklee bukan hanya ada kolagen, tapi juga 7 ramuan semulajadi penting yang berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan kolagen.

1. Ekstrak kulit kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, dan Kolagen ikan untuk meningkatkan keanjalan kulit.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica dan Ekstrak Pfafia untuk meningkatkan kelembapan

3. Vitamin C, Vitamin B2 dan B6 sebagai sumber antioksidan dan meningkatkan pengeluaran kolagen.

4. Asid hialuronik untuk mengekalkan kelembapan, meningkatkan kolagen pada sendi. Asid hialuronik sebenarnya adalah komponen utama dalam bendalir sinovial sendi kita.

Apabila kesemua ramuan ni bergabung, maka terhasillah Collagen Powder  yang sangat terkenal dan diminati ramai itu.



PERBEZAAN NO.3

Kolagen Shaklee berkesan dengan bukti klinikal yang kukuh, oleh pakar.


MS bukan nak claim sendiri2, memandai2 jer tapi berdasarkan bukti yang tepat, jurnal saintifik. Tengok jelah Testimoni Collagen Powder ni... Tak sungguh orang tak kata kan? ;)

Oleh itu, jom ramai-ramai dapatkan Collagen Powder Shaklee. Kalau nak jadi orang yang unik, berbeza kenalah guna benda yang 'berbeza'.hihihihi...

Barulah dapat hasil yang berbeza seperti ini..


Nak baca lebih lanjut tentang Kolagen Shaklee?? KLIK SINI.

Dah puas hati sekarang kan?? Tak tertanya-tanya lagi kan?? Dah boleh order, hubungi MS:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/Su AnNajah
page/SayaMahuSihat

Salam semua!!

Walaupun bulan ni promo Collagen Powder, MS nak share satu testimoni panas tentang Carotomax Shaklee  dulu.

Testimoni ni tak lain tak bukan dari abang ipar MS sendiri..

Abang ipar ni ada masalah dengan mata beliau di mana ada ketumbuhan yang muncul menyebabkan pandangan dia kabur.

Pernah menjalani MRI serta pembedahan sebanyak dua kali tapi ketumbuhan tu tetap naik jugak. Doktor kata, kalau tak buang akan sebabkan kanser malah mungkin buta. Ngeri kan??

Macam-macam ikhtiar termasuk makan ubat hospital yang rege ratus2, yang rege puluh2, air akar kayu pun pernah, tapi ketumbuhan tu tetap tumbuh juga.

Masa raya puasa bulan 8 haritu MS berikan dia Carotomax.
Carotomax Shaklee

Follow up kemudian dia kata tak rasa apa-apa2.

Tiba-tiba harini dapat SMS dia bagitau semalam dia gi cek doktor, doktor kata ketumbuhan tu dah mengecil!!

Terkejut MS.. Syukur syukur syukur Alhamdulillah..

Kuasa Allah kan?? Yang penting kita ikhtiar. Ikut mana pun takpe asalkan caranya HALAL kemudian kita bertawakkal.

InsyaAllah boleh baik. Allah dah janji setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Abang ipar mintak lagi Carotomax botol ke-2. :)))

MS doakan beliau segera sembuh, dapat jalankan aktiviti dan beribadah dengan lebih baik, insyaAllah.

Haa sape yang masih keliru tentang Carotomax, ni MS nak cerita. Carotomax ni sumber dia berasaskan sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh2an pulak organik, bebas bahan kimia, bebas GMO semuanya. Takde racun2 segala.

Carotomax adalah antioksidan yang tinggi, ia boleh menghambat radikal bebas penyebab kanser.

Ia sangat sesuai untuk mata sebab kaya dengan beta karotena, fitokimia, yang penting untuk kesihatan sel, kulit, mata, pertumbuhan malah sistem peranakan lelaki dan wanita!

Baca testimoni Carotomax sini yer.

Mari,sape2 lagi nak tingkatkan kesihatan mata boleh cuba Carotomax Shaklee.. Memang berbaloi!!

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ Su AnNajah
page/ SayaMahuSihat