Enter Keyword

Ibu hamil dan loya serta muntah memang tak dapat di pisahkan.

Sama jugalah dengan akak.

Akak mengandung 4 orang anak, cuma anak yang kedua je akak tak muntah. Loya sikit-sikit tu ada lah.

Punca utama kenapa kita selalu berasa loya dan muntah masa di awal-awal kehamilan ini ialah tak lain tak bukan sebab perubahan hormon.

Hormon hcG (hormon chorionic gonadotrophin) di hasilkan dengan banyak di awal mengandung dan ia akan bertindakbalas dengan badan kita.

Badan kita baru nak tolerate dengan perubahan tu.

pregnant shaklee

Akak dulu muntah dengan teruk waktu petang membawa ke malam. Muntah habis-habisan tau. Habis muntah perut pun lapo balik hahaha.

Masa akak mengandung anak ke 4, akak tak lalu nak makan dinner terutama lauk yang jenis tumis dan gulai ni. Kembang tekak. Tapi akak duk gila makan benjo.

Kebetulan jiran depan rumah buka gerai burger masa tu. Boleh kata dalam seminggu tu 3 atau 4 kali juga akak dinner dengan benjo.

Tapi ibu-ibu jangan risau. Ramai doktor berpendapat, morning sickness tu tandanya janin kita berkembang dengan baik.

Eh, ibu yang tak loya atau tak muntah janganlah rasa offended pula. Syukur alhamdulillah, ibu tak alami apa yang diorang alami.

Doktor juga berpendapat, morning sickness ni adalah cara semulajadi badan kita bertindakbalas untuk mengelakkan kita termakan benda-benda yang boleh merosakkan janin kita.

"Ada cara terbaik nak hilangkan rasa loya dan muntah ni? Tak boleh tahan la akak..."

Ya, pastilah ada caranya.

1. Elakkan punca-punca yang menyebabkan kita rasa loya nak muntah tu

Kalau tak boleh masak, jangan masak.

Tak boleh bau badan suami, duduklah jauh-jauh.

Tak boleh bau badan sendiri, sembur perfume banyak-banyak.

2. Jangan biarkan perut kosong berangin

Ini pun punca utama rasa loya dan mual tu. Masalahnya, asal makan je muntah. Habis camno?

Makanlah apa-apa makanan yang kita lalu nak makan. Kalau lalu makan buah je, makanlah buah. Kalau boleh makan biskut, alas perut dengan biskut.

Nak kurangkan angin, boleh cuba Peppermint Ginger ni.

perut berangin
Harganya cuma RM47.50 dan ia membantu buang angin dan kurangkan rasa loya dalam perut.

3. Pastikan minum banyak air

Bila kita kerap muntah, banyak air akan hilang daripada badan. Ganti balik dengan minum air kosong. Kalau tak dapat nak minum, cuba makan buah yang tinggi kandungan air macam buah tembikai.

4. Nak makan asam boleh ke?

Dulu akak tak tahu, akak makan je. Lama lepastu baru akak tahu asam atau jeruk ni sangat tak bagus untuk kita sebab ia mengandungi tinggi gula, garam, pengawet, pewarna dan perasa walapun ia di hasilkan dari buah atau telah dikeringkan.

Jadi, korang boleh gantikan asam dengan Chewable Vitamin C ni.

vitamin c shaklee

Rasa dia masam-masam dan of courselah jauh lebih sihat. Anak akak pun suka ni. Diorang buat macam gegula je.

Korang boleh kemam vitamin C ni bila-bila masa je.

Harga seperti tertera di situ, RM51.25 sahaja.

5. Ambil vitamin B Complex 

Vitamin B complex sangat penting dan wajib ibu hamil makan. Ia bantu tambah darah dan paling penting mencegah kerosakan saraf tunjang baby kita.

Dalam vitamin B Complex ada vitamin B6 yang dapat membantu kurangkan loya dan mual ibu-ibu.

The struggle is real. Akak faham sebab akak sendiri dah rasa.

Namun, kalau keadaan korang sangat teruk, asyik muntah berterusan sampai lembik badan, segera ke hospital ya.

Itu mungkin tanda ibu mengalami masalah yang lebih serius seperti dehidrasi atau mungkin juga hiperemesis gravidarum.

Semoga ibu-ibu semua menjalani tempoh mengandung yang tenang dan lancar. Enjoy your pregnancy Ok!

Jika nak dapatkan vitamin untuk kurangkan loya dan muntah tu, atau juga set prenatal Shaklee, hubungi akak:

Puan Suhaila

Whatsapp (klik)>> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Alhamdulillah, hujung minggu baru ni, akak berkesempatan buat keropok lekor sendiri.

Jiran sebelah bagi ikan selayang banyak sangat sampai nak makan pun dah tak lalu. Nak masak apa pun tak tau dah. Budak-budak dalam rumah ni bukannya makan pun.

Tiba-tiba tercetus dalam kepala akak ni ilham untuk buat keropok lekor.

Akak pun apa lagi, cepat-cepat search resepi dekat fb. Akak jumpa banyak juga resepi, cara buatnya lebih kurang je, cuma tolak tambah bahan yang kita tak mau guna.


Dengan excitednya akak bagitahu suami, dia pun semangat juga pi cari bahan. hihihi..

So, inilah akak share resepinya dengan korang.

Nanti musim ikan murah,  atau tiba-tiba ikan jatuh dari langit, bolehla korang buat keropok sendiri. Lebih terjamin kebersihan dan kesihatannya gitew.

Resepi Keropok Lekor Homemade

Bahan:

Ikan fresh (tak kisah nak guna ikan apa. Kembung boleh, selayang boleh)
Tepung ubi kayu
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Serbuk penaik sikit (taknak tak payah)

Cara buat, follow gambar di bawah ni:


1. Ambil isi ikan. Isinya saja tau, tulang semua buang. Akak nasihatkan korang pakai ikan yang tak banyak tulang, so takde lah jenuh sangat sampai sakit jari jemari kau mengutil tulang ikan tu.


2. Basuh bersih-bersih isi ikan tu, then masukkan dalam mesin pengisar (blender). Masukkan sedikit air sejuk peti. Akak tak tau sebab apa, akak follow je resepi ni. Korang jangan derhaka, nanti tak jadi baru hang taww.


3. Ok, ni tepung ubi dengan lada sulah yang akak guna. Kau jangan tanya kenapa akak pakai brand ni, kan akak cakap laki akak yang beli bahan tadi. Demi menghormati perasaan dia, pakai je lah.


4. Ini lah hasil kisaran isi ikan tadi. Kental aje. Kau jangan bayang berlebih-lebih pulak. Akak cepuk kang.

5. Ok, isi ikan yang dah dikisar ni masukkan dalam besen. Kemudian masukkan segala bahan yang lain tu. Tepung tu masuk sikit-sikit tau. Jangan pergi tuang semua.

Tepung tu agak-agak je mungkin dalam 2 cawan lebih. Semuanya depend kepada banyak mana ikan kau guna. Akak tak sukat pun, akak guna gerak hati dan gerak iman.

6. Sudah sebati dan sekata semua bahan, mulakanlah proses menggentel menjadikan bentuk panjang begini. Masa ni, adunan memang lembik dan melekat-lekat.

Tak mau bagi lekat, caranya gunakan tepung ubi tu.


7. Faham ke akak tulis ni. Alah, kalau buat kuih terap2 kan kita buh tepung tak bagi melekat, camtulah. Asal melekat je, sapu tepung ubi.

8. Gentelkan jadi memanjang macam dalam gambar akak ni. Besaq mana, panjang mana, ikut angpalah noks.


9. Sesambil kau menggentel, boleh dah rebus air dalam periuk sampai dia menggelegak, baru masukkan keropok yang dah siap di gentel tadi.

10. Tunggu keropok tu terapung, baru cedok dan toskan dalam penapis.


11. Beginilah rupanya keropok kita yang dah siap di rebus. Kalau nak makan, boleh makan je terus. Kalau nak goreng, potonglah kecik-kecik goreng macam biasa.

Senang kan?

Akak pun ingat susah buat keropok. Rupanya senang je. Susah sikit tang mengutil tulang ikan tu jelah.

Lepas ni korang dah boleh ambik order. Jual mahal pun tak pe sebab ikan mahal. Hukhuk..

Selamat Mencuba!


Masalah perut buncit adalah masalah yang paling kerap mengganggu tak kira lelaki atau wanita terutamanya jika dah berkahwin dan mempunyai anak.

Kenapa?

Saya dah tulis dalam entry yang lepas >> Bahaya Lemak Berlebihan Di Kawasan Perut.

Masalahnya, perut buncit ni susah sangat nak kempis.

Dah buat macam-macam cara, tapi tak kempis-kempis juga. Terfikir je nak pergi buat rawatan sedut lemak tetapi memikirkan kos dan side effect yang mungkin di tanggung, terus tak jadi.

set kurus shaklee

Hmmm...

Kalau begitu, mungkin anda ada melakukan kesilapan ini. Sebab itu susah sangat buncit perut nak hilang.

Jom tengok apakah kesilapan itu.

#1. Boleh kempis dalam masa yang singkat

Adalah mustahil lemak yang tersimpan sejak bertahun-tahun boleh hilang dalam masa yang sekejap saja. Letakkan target yang sesuai, contohnya, dalam masa sebulan, saya akan kurangkan 5 inci pada saiz pinggang saya.

Ya, target biar realistik. Yang penting kita buat dengan cara yang selamat.

#2. Kadar metabolisme rendah

Apabila umur makin meningkat, kadar metabolik menjadi perlahan. Namun begitu tidak bermakna ia akan kekal begitu. Untuk naikkan metabolisme, banyakkan bersenam dan amalkan gaya hidup aktif.

#3. Melakukan senaman yang salah

Ayyoo..bersenam sudah, rupanya salah! Senaman kardio seperti berlari, tidak akan membantu. Lakukan juga senaman yang meningkatkan keupayaan otot seperti 'weight training' atau 'strength training'.

Ini kerana, untuk membakar lemak, kita perlukan otot. Otot akan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.

Mulai hari ni, amalkan senaman di bawah ini.


Jika selepas 3 minggu tiada perubahan, fokus kepada senaman yang lebih berat lagi.

#4. Tak jaga makan

Elok dah kita makan buah dan sayur semua, tapi masalahnya dalam masa sama kita turut makan makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan makanan terproses.

Contoh makanan terproses ialah roti, biskut, kerepek, jajan, cip dan semua makanan segera. Semua makanan ini menggalakkan pengeluaran bahan inflamatori. Jadi memang sah perut kita takkan kempis.

#5. Tak pantang gula

Inilah satu sebab yang buat seseorang susah betul nak kempiskan perut. Kita selalu kalah dengan godaan daripada minuman dan makanan enak-enak.

Bila kita buat jus, biasanya kita buang ekstrak fiber, dan cuma dapatkan jusnya. Sedangkan gula itulah penyebab lemak di perut lebih menebal.

Mulai hari ini, berhenti ambil minuman manis, dan minumlah cuma air kosong. Perlahan-lahan cuba kurangkan pula mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.

Jika terasa nak makan benda manis, kunyahlah sebiji epal, sepotong tembikai atau buahan seperti blueberi atau strawberi.

Sekarang kita tahu apa punca yang menyebabkan perut kita susah sangat nak kempis.

Oh ye, perlu diingat, lemak yang ingin kita buang ini ialah lemak viseral (atau juga di panggil lemak intra-abdomen) sebab lemak ini yang berada di sekeliling organ-organ penting badan kita.

Jadi, dah tahu apa kita nak target kan?

Saya ulang semula:

  • biar lambat asal selamat
  • tingkatkan metabolisme
  • jaga pemakanan (ikut saranan suku-suku-separuh)
  • buat senaman yang betul (fokus untuk bina otot)
  • pantang gula
Semoga anda mencapai berat badan yang diidamkan, semoga dapat kembali shape zaman muda remaja dulu dan semoga kita terus sihat sampai tua.

InsyaAllah Mudah-mudahan.

Sekiranya berminat nak dapatkan suplemen Shaklee yang membantu boost metabolisme dan bantu kempiskan perut, hubungi saya:

Puan Suhaila
Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60132369434
ID: 868994

Cuba ambil pita pengukur dan ukur saiz pinggang anda iaitu ukur lilit sekeliling perut dengan ketinggian lebih kurang sama dengan pusat.

Jika ia melebihi 31.5 bagi perempuan atau 37.5 bagi lelaki, maka anda perlu berhati-hati.

Saiz pinggang yang besar, atau senang cakap 'perut buncit' agak berbahaya walaupun berat badan masih dalam kategori normal.


Ini kerana di situ ada lemak yang padat tersimpan sama ada di dalam atau diluar (mengelilingi) organ.

Apa punca hingga pinggang boleh membuncit sebegitu rupa?

Punca utama ialah makanan tinggi kalori di sertai dengan kurangnya senaman. Pendek kata, hidup kita ni tidak aktif secara fizikal, kita banyak duduk.

Sudah la begitu, hidup pula penuh dengan stress dan tekanan. Terutama bagi wanita. Hormon stress; kortisol akan mengarahkan badan kita untuk menyimpan lemak di sekitar abdomen.

Kenapa lemak berlebihan di kawasan perut ini bahaya?

Ok, mari saya ceritakan satu per satu.

1. Apabila kita makan makanan tinggi kalori, di tambah dengan tidak bersenam serta tekanan,  kesemua faktor ini akan memaksa badan kita menyimpan lemak di sekitar organ seperti hati, pankreas, jantung, dan organ dalaman yang lain.

2. Lemak yang tersimpan ini akan 'mengepam' asid lemak bebas serta bahan inflamatori (penyebab keradangan sel) ke dalam salur darah, iaitu 'highway' yang menghantar darah daripada bahagian bawah abdomen menuju ke organ hati, pankreas, dan organ lain.

3. Asid lemak bebas ini pula akan menyebabkan organ hati  menghasilkan lebih banyak kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan cuma sedikit kolesterol HDL (kolesterol baik), gula darah akan naik, kurang adiponectin (hormon yang mengawal selera dan gula darah).

Akhirnya, seseorang itu akan berisiko mendapat penyakit jantung dan diabetes.

4. Bahan inflamatori (bahan radang) yang dilepaskan pula akan menggalakkan pertumbuhan plak pada dinding arteri, menaikkan tekanan darah dan menjadikan darah lebih cepat membeku - punca serangan jantung.

Bahan ini juga menyebabkan sel kita rintang kepada insulin, yang lama-kelamaan turut menyumbang kepada penyakit kronik daripada Alzheimer hinggalah kepada kanser.

Lemak di kawasan lain seperti punggung, peha, lengan atau di bawah kulit tidaklah berbahaya seperti lemak di pinggang ini.

set kurus shaklee
Antara dua jantung


Lemak di kawasan abdomen ini berupaya menyebabkan penyakit yang kita takuti seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok, kanser kolon, dan masalah memori. 

Jadi, apa yang perlu di lakukan? 

Turunkanlah berat badan, hilangkan buncit di bahagian perut tu.

1. Makan banyak sumber tumbuhan seperti buah, sayur, bijirin gandum dan sumber lemak tak tepu.

2. Bersenam paling kurang 30 minit sehari.

3. Kurangkan stress, cari masa untuk rileks dan bertenang setiap hari.  (Solat 5 waktu dengan khusyuk + doa adalah sumber ketenangan abadi)

4. Mula ambil suplemen kerana ia sebenarnya sangat-sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan kita. Makesure pilih suplemen semulajadi. =)


Wallahua'lam.

Sales (jualan) dengan orang bisnes memang tak dapat dipisahkan.

Kalau takde sales, bisnes boleh jatuh atau lingkup.

Sales yang banyak adalah nadi sesuatu bisnes baik bisnes itu kecil-kecilan, atau juga bisnes gergasi.

Bagi peniaga online, ada ketikanya sales menurun, dan agak sendu. Bila keadaan berlarutan dengan sangat lama, memang boleh buat kita down dan akhirnya give up nak berbisnes lagi.


Gambar ihsan Google

Satu perkara yang perlu kita tahu, bila berbisnes, grafnya akan sentiasa turun naik. Ia tak akan terus naik atau terus turun, dan tidak juga mendatar.

Namun begitu apabila graf mula menurun, ramai yang tak mampu bertahan lagi.

Ok, so apa kita nak buat untuk mendapatkan sales yang lebat dan berbondong-bondong?

#1. Tukar strategi

Cuba buat apa yang selama ini kita tak pernah buat. Contohnya kita buat bisnes online, asyik promot secara online je, apa kata buat secara offline pula.

Print flyers banyak-banyak dan edarkan kepada sesiapa yang kita jumpa.

Begitu juga bila kita ada kedai fizikal, tapi tak ramai pelanggan, hebahkanlah bisnes kita di media sosial. Buat sesuatu bagi viral. Hah, pasti pelanggan dari serata ceruk akan datang cari kedai kita.

Contoh lain, kita tak pernah buat Facebook Live, apa kata beranikan diri buat facebook live dan tunjukkan diri anda yang sebenar.

#2. Follow up semula pelanggan lama

Kita dah ada database pelanggan. Kenapa tak gunakannya untuk dapatkan sales. Bila follow up tu, jangan jadi robot atau kaku sangat.

Sapa-sapa dulu, tanya khabar.

AWAS! Sesetengah orang tak suka seller terlalu ramah. So, pandai-pandailah kita jaga had ye. 

#3. Konsisten dengan apa yang kita dah buat sebelum ni

Kita takde sales, bukan sebab orang tak nak membeli, tapi kita yang dah berhenti buat marketing atas alasan 'penat' buat benda yang sama.

Hello, tu KFC, McD, Maggie dalam tv tak penat-penat pun buat iklan. Betul tak?

#4. Cari prospek yang baru

Kat mana nak cari? Pasaran online ni terlalu luas. Kita aje yang tepu kepala nak fikir.

Cuba dapatkan prospek baru melalui:

  • grup-grup facebook yang berlambak tu
  • instagram
  • twitter
  • blog
Belajarlah macam mana nak dapatkan prospek dari kesemua medium ni. Ramai guru-guru bisnes online yang boleh tunjukkan jalan kepada anda. Pergi cari diorang.

#5. Lazimi amalan menjemput rezeki

Biarlah orang nak kata kita tak ikhlas ke apa ke, buat je. Allah dah janji dalam Al-Quran, Dia akan beri rezeki bila kita bertaqwa.

Sometimes, inilah cara Allah nak panggil kita balik dekat pada DIA. Orang lain apa tahu?

Walaupun pada awalnya kita penat buat dan seolah-olah takde hasil, jangan risau, buat je. 

Antara amalan yang anda boleh lakukan (dengan istiqomah) ialah:
  • Solat awal waktu
  • Tahajjud
  • Solat Dhuha 4 rakaat (2 salam)
  • Istighfar 100-1000kali  (ikut kemampuan)
  • Selawat 100 kali
  • Subhanallahhi wabihamdih, subhanallahil adziim 100kali
  • Ya Wahhab 1000 kali
  • Baca Al-Quran setiap hari
  • Baca surah Yaasin setiap pagi
  • Baca Al-Fatihah 41 kali setiap pagi
  • Baca surah Al-Waqiah setiap malam
  • Baca surah Al-Mulk setiap malam
  • Bagi lelaki, lazimkan berjemaah di masjid setiap kali waktu solat
Wahhh, banyaknya nak kena buat.

Ya, memang banyak. Ikutkan banyak lagi. Anda tak perlu buat semua. Pilih-pilihlah yang mana rasa sesuai dengan keadaan dan masa kita, dan buat setiap hari sampai mati.


Tak dinafikan, kadang timbul rasa malas nak beramal. Lawan rasa malas itu dan kuatkan mujahadah.

Kita nak bisnes, nak kaya bukan setakat di dunia je. Ye tak? Kita nak sampai ke akhirat sana.

Kalau tak buat sekarang, bila lagi? Percayalah, berbisnes dengan Allah takkan rugi.

#6. Sentiasa senyum, happy, positif dan ceria

Rezeki susah nak masuk bila hati kita tak senang, asyik nak marah, rasa berdendam dan sebagainya.

Tukarlah semua perasaan tu kepada yang lebih baik. Maafkan sesiapa yang buat salah dengan kita.

#7. Sentiasa gembirakan orang yang kita sayang

Terutama pasangan, anak-anak, ibu dan ayah kita. Bisnes memang boleh buat kita stress, tapi janganlah sampai libatkan orang lain juga.

Kita marah anak-anak yang masih kecil sebab ganggu kita nak buat kerja (padahal bukan buat apa pun).  Hadapi dengan tenang insyaAllah semua masalah akan hilang.

Rasanya anda dah faham apa nak kena buat kan?

Saya doakan anda sentiasa di murahkan rezeki, dan dapat sales berbondong-bondong seperti yang diinginkan. Amiinn.

Wallahua'lam.



Ramai orang ingat Vitamin C ni hanya bagus di ambil kalau orang nak kulit yang cantik. Padahal sebenarnya vitamin C ni sangat banyak fungsinya kepada tubuh badan kita.


Percaya tak, badan kita tak buat vitamin C sendiri. Oleh itu kita memang kena ambil dari pemakanan.

Persoalannya, banyak mana vitamin C dalam makanan kita?

Ada yang kata, cukuplah dapat vitamin C daripada buah dan sayur saja.

Tapi, banyak mana nak makan?
Banyak mana vitamin C yang ada dalam buah atau sayur tu??

Vitamin C tinggi dalam buah yang baru di petik. Makin lama, vitamin C akan semakin kurang.


Kebanyakan kita beli buah di pasaraya. Buah tu pula mungkin dah seminggu, atau dah sebulan di petik.

Sebab tu, bila kita makan banyak buah dan sayur pun, kita masih mengalami masalah yang berkaitan dengan vitamin C!

So...

Kita cari pula suplemen vitamin C.

Ada banyak brand vitamin C di pasaran. Macam mana nak pilih?

Ehem.

Orang yang biasa makan vitamin C Shaklee, walaupun dia stop dan makan vitamin brand lain, lama-lama dia tetap akan kembali makan vitamin C Shaklee semula. 

Ok, ini saya nak bagi lima fakta kenapa Vitamin C Shaklee tetap jadi pilihan ramai.

#1. Ia selesa untuk perut

Vitamin C Shaklee dari ekstrak jagung, bukan oren. Sesetengah orang akan alah kepada asid dalam buahan sitrus terutama masa perut kosong.

Makan vitamin C Shaklee awal pagi masa perut kosong pun takde masalah.

#2. Teknologi Sustained Release

Sustained Release (pelepasan bertahan), ia melepaskan hanya 100mg vitamin C setiap jam.

Jadi, dalam masa 5 jam, badan kita akan serap semua vitamin C tu, dan ia tidaklah membazir!

#3. Ia ada 120mg bioflavanoid!

Bioflavanoid ni adalah komponen dalam tumbuhan yang fungsi dia menggalakkan lagi penyerapan dan keberkesanan vitamin C.

Beli vitamin C tanpa bioflavanoid...rugi.

#4. Sangat murah

Sebotol ada 180 biji. Sebotol berharga RM97.50. Jadi, sebiji vitamin C Shaklee cuma berharga RM0.54 sen sahaja.

Sudah la murah, tahan sehingga 6 bulan pulak tu!

#5. Selamat dan berkesan

Inilah sebab utama kenapa ramai orang makan vitamin C Shaklee. 

Kita makan vitamin untuk sihat, taknaklah tiba-tiba dapat penyakit lain pula.

Keberkesanannya tak perlu di ragui.

>> Jerawat hilang
>> Kulit lembut dan licin
>> Badan bertenaga
>> Resdung hilang
>> Luka cepat sembuh
>> Jeragat pudar
>> Lingkaran gelap bawah mata kurang
>> Tiada lagi hidung tersumbat waktu pagi
>> Jarang selsema dan demam
>> Sakit pun cepat baik
>> Gusi dah tak berdarah lagi

Dan banyak lagi kesan positif yang lain. 

Anda boleh je nak makan vitamin C brand apa pun, namun buatlah pilihan terbaik, yang bukan saja berbaloi dengan wang ringgit tapi berbaloi dengan kesihatan.

Supplement wisely ok!

Jika anda berminat nak dapatkan vitamin C Shaklee, boleh hubungi saya;

Puan Suhaila

Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60132369434

ID: 868994

atau beli sendiri guna kad kredit secara online:


Baca:


Zaman dah berubah. Masa berlalu pantas. Keluarga semakin besar, anak juga semakin bertambah.

Tapi income tahunan yang naik punya la sikit.

Musim gaji, orang lain siap boleh shopping sakan, kita pula baru seminggu gaji, duit dalam akaun dah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Belum lagi isteri minta baju baru, anak pula minta mainan. Dah kereta pula tiba-tiba rosak aircond. Tak repair tak boleh juga, nanti nak balik kampung dah berpeluh pula.


Nak balik kampung lagi ni, mak pula nak buat kenduri. Pening kepala fikir pasal duit, mana lagi nak cari.

Bukan seorang dua yang ada problem macam ni. Ramai sangat. Takkan orang nak cerita ye tak.

Sendiri tahu la tahap kewangan sendiri. Level sihat ke level nazak.

Kalau dah level nazak tu, silalah buat sesuatu. Takde orang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri.

Salah satu cara untuk dapat income sampingan ialah dengan berniaga. Shaklee salah satunya.

Kenapa kena buat bisnes Shaklee?

1. Bisnes boleh di lakukan secara offline ataupun online, ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

2. Tidak langsung mengganggu kerja hakiki anda. Waktu free boleh reply wasap customer dan buat order.

3. Tidak perlu modal besar. Cuma daftar keahlian sahaja sebanyak RM75.

4. Produk yang sudah dikenali ramai. Keberkesanan dan kebaikan Shaklee sentiasa menitir dari bibir ke bibir. Produk ada kajian saintifik, berkesan dan senang untuk dijual.

5. Dengan Shaklee, ada dua income:

  • untung runcit atas setiap barang yang kita jual
  • bonus bulanan berdasarkan jumlah point terkumpul pada bulan itu
Ini bermakna, setiap bulan kita akan menerima wang tunai berdasarkan prestasi jualan kita bulan itu. 

Ya, setiap bulan!

Bayangkan kita menerima RM2000 lagi dalam akaun kita pada 14 haribulan. Seronok ke seronok?

Bonus paling rendah layak di terima ialah RM24, bonus paling tinggi pula terpulang kepada kita. 

6. Hanya perlu tools yang minima iaitu henfon dan capaian internet.

Income dengan Shaklee memang lumayan, ia memang real! 

Iya, usahanya pun harus lumayan juga!

Ini bukan skim cepat kaya, bukan juga MLM haram jadah.

Siapa mengusahakan, dia dapatlah hasilnya. Man jadda wajada. 

Berminat untuk memulakan bisnes Shaklee secepat mungkin, hubungi saya:

Puan Suhaila

012-9645614

ID 868994

Shaklee Business Leader

Dulu, kulit saya kusam, gelap, tak bermaya, tak berseri sampai kadang-kadang tengok muka sendiri dalam cermin pun macam meluat.

Ye lah, muda lagi kot! Anak baru 2 orang. Umur pun belum 30 tapi kulit dah nampak tua macam berusia 30-an.

Jeragat pun mula menempel atas muka. Menyampah!


Saya rasa, ramai yang alami masalah macam ni kan. Macam tak nampak jalan macam-mana nak buat kulit muka berseri semula. At least sepadan dengan umur yang masih muda ni.

Nah, amalkan 7 perkara ni, insyaAllah kekusaman wajah akan hilang, dan kulit berseri mula muncul.

1. Banyakkan minum air kosong!

Cakap memang senang. Tulis lagilah senang. Tapi nak amalkan tu bercinta juga. So, start daripada hari ni, amalkan minum 8 gelas air sehari.

Pandai-pandailah bahagikan.

Cara lebih mudah, dapatkan bekas air yang boleh muat 1.5- 2liter air. Penuhkan bekas tu pada waktu pagi dan cuba habiskan sehingga malam.

Tengok dalam masa 2 minggu ada beza tak?

2. Bersenam

Bersenam setiap hari akan bantu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh, melepaskan hormon yang baik untuk badan dan membantu buang toksin melalui perpeluhan kulit.

Orang yang kerap bersenam, memang terbukti wajah dia lebih segar dan lebih ceria.

3. Tidur yang cukup

Tidur dan rehat yang cukup pun sangat penting untuk kulit. Bayangkan ibu-ibu yang sibuk dengan anak, malam tak cukup tidur, siang tak cukup rehat.

Setiap hari macam tu, badan jadi penat, muka jadi kelam dan tak bermaya.

Sesekali, dapatkan tidur yang betul-betul tidur untuk kembalikan kesegaran kulit.

4. Sentiasa senyum dan ketawa

Secara automatiknya memang akan nampak berseri. Cuba bayangkan wajah yang asyik tersenyum dengan wajah yang masam mencuka. Mana lebih cantik?

Wajah masam, orang nak pandang pun takut.

Sebenarnya bila kita kerap senyum dan ketawa, kita akan menggunakan lebih sedikit otot di kawasan muka. Bila selalu masam, otot muka jadi tegang. Lama-lama muka pun cepat berkedut.

5. Supplement your skin

Walau macam mana pun kita nafikan, vitamin sangat penting untuk kulit. Selain makan banyak buah dan sayur setiap hari untuk dapatkan vitamin, boleh juga amalkan suplemen tambahan.

Kulit sangat perlukan protein, vitamin C, vitamin E dan asid lemak seperti Omega 3 dan 6.

Amalkan setiap hari dan tengoklah kesannya pada kulit anda.

6. Jagalah pemakanan

Gula punca jerawat, bahkan punca penuaan kulit. Begitu juga dengan minyak atau lemak trans yang berlebihan.

Lebihkan makanan sihat, dan sebaiknya berhenti makan makanan yang jadi 'toksin' kepada kulit kita.

7. Jangan skip skincare routine anda

Beli skincare mahal-mahal tapi malas nak pakai hari-hari.

Setiap hari wajib gunakan pencuci, toner, serum, pelembap dengan SPF (untuk halang sinar matahari merosakkan kulit), serta krim malam.

Skincare ni berfungsi mencuci, menanggalkan sel kulit mati dan kekotoran serta menggalakkan pertumbuhan sel baru kulit.

Nak hilangkan kulit kusam perlu usaha. Sebab setiap hari kita terdedah kepada toksin yang tidak dapat tidak, tetap akan merosakkan kulit kita.

Penjagaan berterusan sangatlah penting. Kata nak nampak muda dari usia sebenar kan?

Dah buat semua ni, share dengan saya resultnya ok ;)

Wassalam.

skincare shaklee


Hujung tahun lepas, semasa cuti persekolahan, memang jadi kewajipan kita sebagai ibu ayah untuk 'meraikan' cuti dengan anak-anak.

Masa tu, anak buah ada datang so satu hari tu kami decide bawa budak-budak ni mandi kolam.

Kolam ni sebenarnya terletak dalam kawasan resort berhampiran rumah kami, tapi kolam ni dia memang buka untuk orang awam. Bayaran masuknya pun tak de la mahal sangat.

Kami memang dah banyak kali pun pergi bawa budak-budak mandi sini. Kadang-kadang bila ada keluarga abang datang bermalam, selain lepak dekat pantai, sinilah tempat menarik untuk dituju.

resort
gambar sekadar hiasan

Budak-budak dengan kolam memang tak dapat dipisahkan. Diorang memanglah seronok, tapi...

Anak mengadu sakit mulut

Lepas bawa anak-anak dan seorang sepupu diorang tu mandi kolam, keesokannya kami pulang ke kampung.

Tiba-tiba seorang anak mengadu sakit mulut. Bila cek dalam mulut ada ulser. Lepas tu berjangkit-jangkit pula kepada dua orang lagi anak.

Peliklah juga. Nak kata HFMD, ulser cuma ada dalam mulut je. Tangan dan kaki clear.

Memang teruk sangat. Biji ulser naik di beberapa tempat, air liur meleleh, sakit nak menelan. Lepas tu bau mulut diorang, masyaAllah! Memang busuk sampai melekat bau busuk tu dekat bantal.

Ingatkan sepupu diorang tu tak kena. Rupanya mak dia kata anak dia pun ada ulser dalam mulut.

Sah lah memang dari kolam hari tu.

Sebabnya diorang berempat je yang kena. Tak berjangkit langsung pun dekat sepupu-sepupu kecil yang lain.

Syukurlah lepas seminggu, ulser semakin baik. Mak ni macam dah fobia nak bagi anak mandi kolam.

Semalam saya terbaca perkongsian doktor di facebook tentang jangkitan di kolam mandi.

Saya kongsikan di sini.

BAHAYA BIARKAN ANAK MANDI KOLAM
Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.
Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui.
Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.
1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.
2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?
3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.
4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.
5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.
Mari #kongsi info ini kepada orang yang kita sayang. Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.


Anak-anak memang seronok kalau dapat mandi kolam. Jangankan bebudak, kita sendiri pun sama kan.

Sambil-sambil bersuka ria tu, ingat-ingatlah sama bahaya yang menanti. Bukan sedikit cerita-cerita tak sedap di dengar. Ramai rupanya ibu bapa alami masalah yang sama.

Lepas ni, kita pakat beli kolam plastik dan main depan rumah ajelah.

Tak pun mandi aje dalam besen dalam bilik air.

Ok, semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat semua.

Wassalam.

Hai, Assalamualaikum wbt.

Trending pula hal laksa sejak dua menjak ni. Laksa ni macam soya juga, penuh kontroversi.

Korang nak tau, akak ni kategori hantu laksa. Laksa veryday pun takpe. Kalau hari raya, mak buat laksa, akak la tukang perabih dari pagi bawak ke malam.

Kadang-kadang boleh membawa sampai ke esok.

Laksa Penang..sedapnya woihh

Cerita hal pantang ni, sebenarnya akak cuma tahu yang ibu berpantang tak boleh makan laksa selepas bersalin anak pertama. Masa tu baby pun dah besar.

Akak di Penang masa ni. Satu hari tu, suami balik kerja. Tiba-tiba dia tanya akak,

"Laksa kena pantang sampai setahun ke?"

Akak pun tercengang-cengang. Lepas tu tanya dia balik,

"Ha, kenapa?"

Suami cakap, ada rakan sekerja dia happy sebab dah cukup setahun berpantang, so hari tu dia dah boleh makan laksa.

Akak lagi la pelik.

Serius, first time dalam hidup akak baru tahu kena pantang makan laksa lepas bersalin. Sampai setahun pulak tu!

Akak fikir-fikir, oh mungkin style pantang orang utara je kot. Akak dekat Pahang tak pernah pulak dengar. Mak sedara akak yang bidan tradisional tu pun tak pernah sebut. Makcik tukang urut akak pun tak pernah sebut.

Bila berpantang anak kedua, ada satu hari tu mak buat laksa. Teringin punya pasal, akak nak makan. Akak tanya la mak, boleh ke makan laksa.

Mak diam je, melarang pun tidak. Mungkin mak pun pelik dengan soalan anak dia.

Oleh sebab masih teringat-ingat tentang kena pantang setahun tu, akak makan juga la sepiring kecil. Eh, OK je. Alhamdulillah. Tak de apa berlaku pun.

Berpantang anak ketiga dan keempat, akak tak takut-takut lagi. Akak makan je semua. Huhu.

So far, alhamdulillah.

Akak pernah kena bentan. Tapi bukan sebab laksa.

First sebab makan durian dalam pantang. Ngee

Lepas tu ada le beberapa kali sebab tersalah makan benda berangin atau sejuk macam pucuk paku, buah nangka, tapai ubi kayu (of course tak makan masa pantang sebab dah tahu benda ni berangin).

Jadi, kesimpulan yang boleh akak buat ialah:

1. Follow your own body. Kita je kenal badan kita. Ada orang boleh makan something, ada orang tak boleh. Kena faham badan setiap kita tak sama walau anatominya sama.

Contohnya ada orang elergik kepada certain antibiotik, ada orang tak.

Try and error. Kalau dah makan, tak boleh juga, stop je lah. Jangan pula halang orang lain nak makan.

2. Sentiasa bersederhana dan berpada-pada. Ye walaupun laksa tu faveret akak, semangkuk cukuplah sekali makan. Janganlah bedal bermangkuk-mangkuk sekali hadap.

3. Kalau perut jenis berangin, cuba alas dulu dengan nasi. Akak buat macam ni kalau nak makan pulut.

Kalau perut kosong dah membedal pulut, confirm akan sebu perut, senak, kembang urat, angin naik ke kepala dan akak akan MUNTAH!

Bukan pulut je, mee pun sama.

4. Laksa tak salah. Apa-apa makanan pun tak salah. Yang salah badan kita ni. Adalah something wrong somewhere.

Macam seorang pakar sains pemakanan tu cakap, microguts flora yang ada dalam usus kita ni berbeza-beza.

Akak pun pernah baca tentang ni oleh doktor pakar eczema. Sebab tu sesetengah orang yang makan certain foods akan naik alahan, gatal macam ekzema.

5. Lapangkan hati, raikan perbezaan. Kita pantang ketat-ketat, jangan marah kalau orang lain pantang manja-manja je. Dah, badan dia OK. Lagi pun kalau betul akan sakit, yang menanggung dia.

Jangan peningkan kepala dengan perkara yang kita tak boleh kawal ok =)

Well, ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan pandangan akak sendiri. Jangan kata akak 'paksa' korang makan laksa dalam berpantang pulak tau. Sekeh kang =D

Last but not least, banyakkan membaca, beli buku, tambah ilmu, berada dalam kelompok yang berbeza dengan kita, dengar pendapat orang lain dengan hati terbuka.

Selamat menikmati hidangan laksa anda petang ni.

Nah akak belanja gambar jenis-jenis laksa.

1. Laksa Johor

kredit: majalah Rasa

2. Laksa Sarawak
kredit: Aunty's Christina

3. Laksa Sarang 

kredit: jotaro footsteps

4. Laksa Kelantan (tempat kami panggil laksa kuah lemak)

kredit: Carousell

5. Laksa Pekan, Pahang

Heheh... beginilah orang Pekan menikmati laksa; guna garfu ori. Kredit : Catatan Berkat

Semalam kecoh kejap kat sini.

Ada budak sekolah perempuan tahun 4 kena tarik oleh orang lelaki tak dikenali.

Menjerit2 budak tu mujur ada orang nampak. Ada juga budak lelaki yang kena.

Pastu ada yang kena kejar.

Debor akak bila tau cerita ni.

Balik KAFA petang tu, mama tanya Ammar betul ke. Padahal mama baca dah dalam grup wasap.

Sungguh2 Ammar cerita. Rupanya dia pun pernah kena kejar sebelum ni.

Patut la ada sekali tu berpeluh2 dia sampai rumah dengan botol air terpelanting ke mana.

Ingatkan siapa yang kejar.

Dah tak selamat dah sekarang.

Hmm katanya lelaki tu naik 4 wD warna putih, budak ni cakap macam orang bangla. Ramai dalam tu. Wallahua'lam.

Gambar sekadar hiasan. 

Harap mak2 budak semalam tu buat report. Ada yang nangis sampai krem kaki punya trauma.

Mama pun pesan banyak2 kat Ammar, jumpa orang pelik2 jerit kuat2, sepak je kemaluan dia, gigit tangan dia.

Risau la wehhh...pak2 budak kawasan ni kena jadi polis dah.

Btw Ammar gi sekolah abah dia yg hantar dan ambik. Sesekali je naik basikal, sesekali jalan kaki masa balik.

Kita pun tak tahu bila si badigol tu nak buat kerja dia. Rasa macam tak boleh lepas balik sendiri dah 😓.

Penjenayah sentiasa cari peluang. Hati-hatilah.

Akak pesan je.
Ini adalah perkongsian daripada Dr. Hafiz Sulaiman, akak simpan sini untuk rujukan sendiri dan ibu ibu yang memerlukan.



RUAM BAYI SAYA NI SUSU, RUAM GATAL, RUAM PELUH, SALAH MAKAN ATAU EKZEMA?
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruam ni gatal-gatal sikit, merah-merah terutamanya bila kena sabun atau habuk..atau bila berpeluh.. Sikit-sikit je..dia hilang sendiri..Rupa-rupanya ekzema!
Ramai ada experience macam ni.. ingatkan macam ruam "biasa-biasa" je...baik sendiri..rupanya ekzema! Menyesal sebab ambil mudah dan tak serius awal-awal dulu.
Memang kita tak salahkan ibubapa..Selalunya yang jadi macam ni biasanya anak pertama..takde experience kan 
Saya bagi beberapa langkah boleh diambil jika kita keliru ruam anak ni ekzema atau ruam biasa-biasa jer...
.
1) PENGESAHAN
Kita bukan profesional yang dilatih mengenal penyakit..jadi langkah terbaik ialah sahkan diagnosis dengan berjumpa dengan doktor.
Jimat masa dan elak risiko main teka-teka atau tanya pendapat orang lain. "Expert" online tidak akan bertanggungjawab dengan "diagnosis" dan syor mereka online berbanding doktor kita di klinik.
.
2) PEMAKANAN.
Mungkin ruam tu bukanlah sebab pemakanan. Namun begitu, merah keradangan dan kegatalan boleh jadi lebih teruk dengan pemakanan yang menyebabkan radang jadi lebih teruk.
Kita perlu tahu makanan yang paling asas boleh sebabkan radang jadi lebih teruk.
# Gluten
# Susu dan hasil tenusu (kecuali susu ibu)
# Gula berlebihan
# Makanan proses
Tak salah pun pantang makanan ni sekejap..malah makanan di atas kebanyakannya bukan makanan sihat.
.
3) PERSEKITARAN
Apa-apa persekitaran yang tidak "fitrah" bagi kulit bayi mungkin menyebabkan peningkatan stres pada kulit.
# Habuk dan hama
# Sabun yang beralkali (pH kulit adalah asid), merengsa dan bahan toksik seperti paraben, methylisothiazolinone, SLS dll.
# Cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas.
# Terlalu bising atau sesak.
# Bahan kimia seperti minyak wangi, pelembap, minyak rambut.
# Air tercemar bahan kimia dan logam berat...atau tinggi chloramine. Jika radang seluruh badan, eloklah mandi air bertapis.
.
4) GAYA HIDUP
Gaya hidup bayi? Makan, main dan tidur lah.
# Bayi tak makan banyak..jangan paksa bayi menyusu dan makan banyak jika bayi taknak. Perut baby ni kecik.. tak perlu banyak-banyak
makan..cuma perlu makanan padat nutrisi seperti susu ibu. Jika di bawah 6 bulan, susu ibu memadai mengikut keperluan individu bayi.
# Bayi ni tidur lagi banyak daripada makan dan bermain. Biarlah baby tidur lama dan sediakan persekitaran tidur yang sesuai dengan bayi kita.
Secara amnya, persekitaran tidur kena gelap, sejuk dan senyap.
.
5) USAHA DAN TAWAKAL.
Doa itu penting amat. Doakan anak kita diberi kesihatan yang baik, dan berusaha bersungguh-sungguh supaya anak pulih sihat
seperti biasa. Membiarkan anak pulih sendiri adalah langkah tidak proaktif yang mungkin memudaratkan di kemudian hari.
Tawakkal dan usaha akan jadikan kita lega dan tidak risau, bukannya dengan "assurance" dan bukannya kata penyedap hati orang lain
bahawa anak kita takde apa-apa masalah.
.
Kesimpulannya, elakkan radang melarat..jangan teka-teka dan bertangguh dalam ikhtiar pulihkan masalah kulit anak yang baru timbul supaya radang tak melarat. Ekzema ni kes yang sangat sangat berleluasa di zaman moden ini yang sebenarnya jika kita jaga..insha Allah mungkin boleh dipulihkan peringkat awal.
.
Semoga tips ini bermanfaat dan menjadikan kita lebih berusaha dan redha dengan apa-apa ketentuan dariNya..
Insha Allah ada hikmah bagi setiap sesuatu yang terjadi.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada anak-anak kita saya doakan.
.
.
SHARE post ni sebab ramai sangat yang ambil mudah ruam-ruam biasa kononnya ruam peluh yang akhirnya jadi ekzema..Sangat ramai macam ni ikut pengalaman saya.
JOIN Group Ekzema dan Alahan - Protokol Redoxamin
Pelan spesifik step by step yang saintifik dan berkesan insha Allah.
.
.
Hafiz Sulaiman
- Coach Ekzema Utama
Showf
Assalamualaikum wbt.

Ibu mengandung akan alami banyak masalah kesihatan, salah satunya ialah kejang otot kaki atau cramp kaki terutama waktu tengah malam.

Syukurlah sepanjang akak mengandung, belum pernah lagi kena kejang kaki ni.

Ada kawan akak cerita, dia sampai menangis sebab tiap-tiap malam kaki dia akan kejang. Kesian kan.

Sebab apa kaki kita boleh kejang masa mengandung? Waktu lain tak pun!

ostematrix shaklee untuk kejang kaki

Sebab utama ialah:

1. Otot kaki kita kemungkinan 'penat' kerana membawa beban berat sepanjang hari

2. Perut yang membesar memberi tekanan pada salur darah, lalu memperlahankan aliran darah ke kaki

3. Kekurangan mineral seperti kalsium dan magnesium

Jadi, apa kita nak buat bila kejang kaki menyerang waktu malam? Dahla sakit pinggang susah nak tidur, baby pula asyik berguling dalam perut, dah tu kaki pulak asyik kejang.

Akhirnya ibu boleh stress sebab tidur asyik terganggu.

Ok, apa yang ibu harus buat ialah:

1. Buat regangan ringan sebelum tidur. Ini untuk galakkan pengaliran darah yang lancar. Cukup dengan menggerakkan atau menggoyangkan kaki, lakukan urutan ringan dan banyakkan berjalan.

2. Minum air cukup supaya badan kita kekal terhidrat dan cegah kejang.

3. Aktifkan diri, banyakkan pergerakan. Jika nak bersenam, dapatkan nasihat mereka yang pakar.

4. Pakai kasut yang selesa dan tidak menyakitkan otot kaki atau betis.

5. Makan suplemen kalsium dan magnesium secara konsisten. Banyak kajian menunjukkan pengambilan suplemen dapat membantu mengurangkan masalah kejang kaki semasa hamil.

Suplemen kalsium sangat penting semasa mengandung. Jom dengar, kenapa kalsium sangat penting dan apa jadi jika ibu hamil kekurangan kalsium.


Selain makanan berkhasiat, minum air yang cukup, banyak bersenam, makan vitamin jangan di abaikan.

Kita ibu-ibu memang sangat perlukan zat yang cukup. Kalau tak cukup, ia akan beri kesan bukan saja kepada diri kita, tapi juga kepada bayi.

Bukan saja semasa hamil, kesan kekurangan nutrisi akan mula dirasai lepas tu nanti. Haa jagalah!

Buat ibu yang nak dapatkan suplemen kalsium magnesium Ostematrix macam yang akak makan ni, boleh hubungi akak segera ye.

Klik link ini >> www.wasap.my/60129645614 (Suhaila).

ostematrix untuk kejang kaki

Psss: Bulan September ni ada promo, beli 3 botol dapat diskaun 5%, cuma RM174 sahaja! Cukup untuk 3 bulan makan. Boleh juga kongsi dengan suami tersayang untuk tulang, otot, saraf yang lebih kuat.

Assalamualaikum wbt. Selamat datang bulan September!

Akak rasa seronok sangat hari ni sebab pagi tadi dapat tau Shaklee buat promosi istimewa untuk kaum ibu-ibu. Akak heart sangat dengan vitamin ni sebab akak pun salah seorang yang guna Shaklee masa mengandung, berpantang dan sepanjang jalan penyusuan akak.

Kiranya, vitamin Shaklee memang tak asinglah dalam jatuh bangun akak membesarkan anak-anak. Cewah!

Mana taknya, tiga orang anak akak adalah baby shaklee, dua daripadanya 100% dikuasakan oleh vitamin Shaklee. Gittchuu...macam ahli sukan pulak main kuasa kuasa ni.

Baiklah, tanpa membuang banyak masa, akak nak memperkenalkan set vitamin ibu mengandung atau Shaklee bagi nama  Set Prenatal Shaklee.

ibu mengandung

Beg kaler hijau tu free bulan ni je. Bulan lain kena bayor.

Ok, apakah kelebihan jika kita makan vitamin Shaklee ni? Bukan sama je ke dengan vitamin2 lain terutama vitamin yang nurse bagi dekat KKIA tu?

Betul, fungsinya sama je.

Kelebihan Shaklee ialah ia vitamin semulajadi (natural), ia mampu di serap dan digunakan sepenuhnya oleh badan dan juga ia betul-betul berkesan.

Secara amnya, kesemua vitamin ini sangat penting dan ia cukup lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung iaitu protein, vitamin, lemak, karbohidrat, dan garam mineral.

Di sini, akak kasi senarai fungsi dan kelebihan vitamin-vitamin ni semua.

1. Ia bantu tambah darah dan kurangkan gejala anemia. Darah penting untuk angkut oksigen sampai kepada bayi dalam rahim. Jika kekurangan oksigen, bukan ibu je, baby pun akan ada masalah nanti.

2. Bantu kawal tekanan darah dan gula. Kita tahu masa mengandung, banyak hormon kacau bilau. Perubahan hormon akan buat tekanan darah boleh naik begitu juga dengan aras gula sebab hormon insulin kena kacau.

Jika tekanan darah naik tinggi, ada pula kencing manis (GDM) ini sangat bahaya kepada ibu. Tu yang doktor takut sangat kalau kita ada dua problem ni masa hamil.

3. Bantu topup nutrisi ibu yang kekurangan. Maklumlah, nak besarkan bayi dalam perut, dia ambil zat daripada kita. Kalau ibu sendiri tak cukup zat, kasihanlah baby. Ibu pula akan sakit-sakit badan terutama lepas-lepas bersalin nanti.

4. Bantu pertumbuhan bayi dengan sihat. Semua zat dalam set mengandung ni baby guna untuk bina sel kulit, otot, mata, otak, jantung, tulang, rambut, serta organ-organ yang lain. Kita tak nak baby kita ada masalah akibat kita tak bagi dia cukup zat.

5. Bantu hasilkan susu ibu berkualiti. Bila kita makan benda yang elok, susu ibu yang terhasil akan mengandungi banyak khasiat. Kalau kita makan benda tak berkhasiat, mii segera contohnya, baby juga akan dapat benda tu. Jadi mana satu kita nak bagi kat baby kita?

6. Bantu kurangkan gejala mengandung seperti sakit otot, kejang, tekanan emosi, sakit belakang, sembelit, susah tidur, water retention dan macam-macam lagi masalah kesihatan ibu mengandung.

Sembilan bulan tu nak hadap. Lama kan? Akak paling trauma sekali dengan sembelit dan sakit belakang tu.

7. Bantu kehamilan serta proses berpantang yang bertenaga, emosi yang tenang dan gembira, dan bagus kalau berlanjutan sampai lepas bersalin. Siapa nak berpantang dengan penuh tekanan? Takde kan? Itu pentingnya vitamin yang cukup masa mengandung.

Akak rasa, cukuplah 7 point ni dulu.

Jika berminat nak dapatkan vitamin ibu mengandung atau set prenatal Shaklee ni, jangan segan silu hubungi akak.

Oh ye, set ni keseluruhan cuma berharga RM608.75. Nak jimat banyak, jom join ahli dengan akak. Yuran keahlian RM65 sahaja.

Nak order boleh hubungi saya bila2 masa.


Nutrisi berkhasiat, ibu sihat, bayi bulat!

Puan Suhaila
www.wasap.my/0132369434
ID: 868994