Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini KKM ada mengumumkan penarikan balik 10 jenis ubat radang gastrik kerana didapati mengandungi racun NDMA melebihi had.

Masa baca berita ni, saya agak risau juga kerana kebetulan emak saya baru saja dapat bekalan ubat gastrik daripada hospital. Secara tiba-tiba emak saya sakit perut dan muntah-muntah.

Apabila adik bawa ke hospital, doktor kata ianya gastrik. Namun begitu saya tak pasti pula ubat jenis apa yang doktor bekalkan.

Emak saya memang tak suka makan ubat. Jadi dalam hati saya harap emak dah tak makan ubat2 berkenaan 😅.


Ok berbalik kepada topik kita tadi, pencemaran racun NDMA ni sangat berbahaya kerana ia mampu menyebabkan penyakit kanser.

Jika kalian adalah pesakit gastrik, pastikan ubat yang di beri oleh klinik/ hospital BUKAN daripada senarai yang berikut:

1) Zantac Syrup 150mg/10ml (MAL19910829ACRZ)

2) Zantac Tablet 150mg (Tidak dipasarkan di Malaysia) (MAL19871471ARZ)

3) Hyzan Tablet 150mg (MAL19984063AZ)

4) Vesyca Film Coated Tablet 150mg (MAL19991131AZ).

5) Apo-Ranitidine 300mg Tablet (MAL19988448AZ)

6) Apo-Ranitidine 150mg Tablet (MAL19986966AZ), 7) Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ),

8) Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)

9) Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ).

10) Zantac Injection 50mg/2ml dengan nombor pendaftaran MAL19950591ARZ

KP Kesihatan menasihatkan agar berbincang dengan doktor anda untuk menukarkan ubatan ranitidine kepada ubat lain.

**********

Radang gastrik boleh dipulihkan secara kaedah fitrah dan semulajadi.

Jagalah pemakanan, ambil nutrisi yang membantu menguatkan semula lapisan usus dan perbaiki semula sel-sel yang rosak.

Berminat nak cuba Set Gastrik Shaklee, hubungi saya,

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
Id: 868994

Assalamualaikum wbt.

Petang semalam, kami jalan-jalan di Pantai Balok. Air laut tengah surut sangat hingga sampai ke batu besar yang biasa kami tengok ada kat tengah laut.

Orang yang pernah datang sini dia tau la kot. Tengah main-main di gigi air tu, anak bagitau ada pakcik tengah kutip kupang.

Ya, pakcik tu tengah kutip kupang pada batu yang ada dekat-dekat situ.

Lepas tu terus kami tengok pada batu yang ada dekat depan mata kami tu. Eh iyelah. Banyaknya kupang!

Walaupun banyak yang kecil-kecil, masih baby2, tapi ada juga yang besar2.

Maka gigihlah encik suami dan anak saya mengutip kupang pada tepi batu tu sampai basah baju2.

Alhamdulillah dapatlah juga sebesen ni ha.


Boleh tahan banyak kan? Saya suka yang sedang2 gini. Tak suka yang besar sangat.

Ok jom kita terus kepada resepi.

Oh jap. Mungkin ada yang nak tau macam mana cara nak bersihkan kupang ni. Yelah dia melekat dekat batu dalam laut. Mesti ada batu2 karang, lumpur, sampah, pasir melekat dekat dia.

Ni cara saya la ye. Saya rendam dengan air garam. Buh dalam besen kecil, tuang garam kasar dalam 2 sudu besar ke. Lebih pun takpe.

Saya buat cara manual. Buang tali serabut2 tu lepas tu kikis batu2 yang ada pada cengkerang. Ambil masa sikit la. Saya buat satu-satu. Gigih tak.

Sambil-sambil tu korang boleh la berangan apa2 yang patut. Huhu. Campak dalam besen kedua yang turut diisi dengan air garam.

Dah siap semua. Biar dia terendam dalam besen tu selama 15 minit. Tengokla kekotoran akan keluar.

Saya buat sampai 3 kali rendam. Dah bersih semua, tapiskan.

Ok baru boleh tengok resepi. Jomm!

Resepi Kupang Tumis Cili 

Tumbuk lumat (kisar pun takpe):
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia
Cili api 5 biji atau ikut suka
Lengkuas sikit

Titik 3 batang serai
Daun limau purut

Sos tiram
Garam
Air sikit
Asam keping kalau tak dak jus limau nipis

Cara:
1.Tumis bahan tumbuk sampai wangi dan garing
2. Masuk sos tiram
3. Masukkan kupang
4. Masukkan semua bahan lain
5. Boleh masuk air lebih sikit jika nak ada kuah
6. Perasakan dengan garam dan gula

Gaul sampai masak.

Dah siap!



Ternyata kupang yang dikutip sendiri lebih sedap rasanya. Kihkih..

Selamat mencuba ye.

#KakSu

Resepi Kupang Tumis Cili Padi

by on November 04, 2019
Assalamualaikum wbt. Petang semalam, kami jalan-jalan di Pantai Balok. Air laut tengah surut sangat hingga sampai ke batu besar yang biasa...