Enter Keyword

Assalamualaikum, salam lebaran hari ke-12.

Adakah anda kehilangan sedikit berat badan semasa bulan Ramadhan yang lalu? Kehilangan berat adalah salah satu daripada kesan apabila berpuasa. Tetapi, seperti kebanyakan daripada kita tahu bahawa ini tidak berkekalan terutamanya apabila melalui 7 hari pertama dalam bulan Syawal. Dengan pelbagai juadah tradisional Melayu dihidangkan semasa meraikan Syawal seperti rendang, ketupat, lemang, satay.. bagaimana untuk menolaknya? ;)

Selepas sebulan berpuasa, metabolisme tubuh kita akan menurun. Ini bermakna metabolisme tubuh tidak lagi setinggi semasa di awal Ramadhan. Metabolisme tubuh yang rendah boleh menyebabkan tubuh menyimpan lemak lebih daripada membakarnya; dan ini akan membawa kepada penambahan berat badan khususnya selepas Ramadhan apabila tabiat makan biasa kembali di amalkan.

Hidangan enak, minuman soda berkarbonat mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Apabila kita mengambil secara berlebihan, ia akan membawa kepada kenaikan paras kolesterol, kenaikan kadar gula dalam darah dan seterusnya membebankan fungsi hati kita untuk membawanya keluar melalui proses detoksifikasi.

Makanan berlemak dan berminyak juga akan menyebabkan pundi hempedu terpaksa bekerja keras untuk membebaskan hempedu yang menghadamkan lemak. Apabila proses penghadaman/pencernaan tidak berjalan dengan lancar, akan membawa pula kepada masalah kesihatan seperti kembung perut, senak perut, ketakselesaan usus, sakit perut, cirit birit dan sembelit.

Jangan risau, walaupun semasa anda meraikan hari raya, ada beberapa cara untuk anda kekal sihat tanpa menghalang anda daripada menikmati keenakan juadah hari raya. Ada beberapa nutrient penting yang sangat membantu anda untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh.

Vivix: mengandungi resveratrol iaitu polifenol tumbuhan yang sangat berkuasa. Kajian klinikal menunjukkan resveratrol boleh meningkatkan kadar metabolisme dan membantu membuang toksin dari tubuh.

Alfalfa Complex: tumbuhan alfalfa adalah pusat penyimpanan nutrient yang kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan mineral surih. Oleh sebab itu ia membekalkan faedah pengalkalian untuk tubuh yang terlalu berasid (hyperacidity). Ia juga meneutralkan toksin dalam tubuh dan membekalkan cukup protein tanpa lemak tepu produk berasaskan haiwan.


DTX Complex: mengandungi campuran unik pelbagai ekstrak herba yang mengandungi antioksidan yang tinggi yg membantu melindungi sel hati dan meransang sintesis protein untuk memperbaiki hati dan regenerasi.   Herba seperti Artichoke,  kunyit dan dandelion membantu mengekalkan aliran hempedu normal dan menyokong fungsi hempedu untuk perkumuhan toksin daripada tubuh.



Herb-lax: mengandungi ekstrak daun senna yang sering digunakan secara tradisional sejak beratus tahun dahulu sebagai julap semulajadi. Ia berkesan untuk melegakan sembelit dan mempertingkatkan pergerakan peristalsis dalam usus.



Pertanyaan/maklumat lanjut/konsultasi/ order-
SMS: 013-2369434 (Su)
Emel: butik.annajah@gmail.com
FB: facebook.com/su.annajah


Assalamualaikum, salam bahagia..

 Entri ini adalah sambungan daripada tajuk Set kecantikan Shaklee pengalaman sendiri. Boleh klik tajuk untuk baca.

5 Ogos 2012/ 16 Ramadhan 1433H. Hari ni genap 11 hari saya makan ESP, 20 hari alfalfa, lebih sebulan Set D (B com, Vit C, Vit E).
Gambar lama. Bersama putera sulung Ammar masa ni umur baru 1thn 3bulan. Atas feri Pulau Pinang. (Bleh nmpk kan jururawat kat muka tu?? Hahaha)

Senang cite saya listkan satu persatu apa perubahan yg saya alami.
1. B com membuatkan mood saya lebih baik, ceria dan positif. Juga buat saya bertenaga di awal2 puasa sebelum saya amek ESP.

2. Vit C dan Vit E buat kulit saya rasa lembut dan licin. Jerawat malu2 nak naik, kalo naik pun cepat surut. paling best suami tegur kulit saya rasa lembut dan licin. hehe

3. Alfalfa saya mkn mula2 utk tingkatkan pengeluaran susu seminggu sebelum puasa sbb sy risau susu mcm dah kering. Sy direct feeding baby umur 1 thn. Tp alfalfa SAHAJA tanpa sokongan ESP dan Ostematrix mmg tak mendatangkan hasil. (pada saya la). TAPI alfalfa ni buang toksin dalam tubuh juga. Saya perasan jerawat keluar dengan byk tp saya tak risau sebab ia proses detoksifikasi.Healing crisis masih lagi berlaku teutama di kawasan rogga hidung dan mulut. Sy memang ada resdung. Kalo kena kipas pg2 sy mmg bersin. Tp sekrg asal mkn alfalfa lelangit sy mesti gatal2. Tapi rasanya mcm dah kurang bersin kalo kena kipas.

4. ESP sy mula makan seminggu selepas mkn alfalfa. Healing crisis yg saya alami, sy rasa mengantuk thp x mau bangun dr tidur(hahaha) pastu rasa penat sgt. Padahal sahur mkn ESP ngn nasi jugak. Selama 3 hari saya rasa ngantuk2 gitu. Beberapa hari kemudian, saya mula nmpk perubahan. Alhamdulillah susu utk baby terhasil dengan baik dan cukup utk baby. Yg bestnye kesan parut di beberapa bahagian (sebab selalu duk telek bhgian tu) dah semakin pudar. iaitu di bahagian atas btg hidung dan perut.

Kesan stretchmark di perut + kesan hitam gatal2 akibat menggaru semasa berbarut(mak bidan letak herba ape entah mmg gatal yg amat pastu garu sepuas hati huhu) dalam pantang semakin pudar. Suami saya pun tegur juga. Seronok sgt!!

Untuk tenaga di bulan puasa ni pulak, sy ni mmg asal masuk pukul 12 ke atas tubuh rasa menggeletar dan penat. Tp petang2 sikit baru dia ok semula.. tak la terus melepek mcm kain buruk je. haha.. Alhamdulillah tiba waktu memasak tu sy lebih cergas, tak menggigil lg dah.

Setakat ni je yg boleh sy kongsikan. Saya ingatkan kpd anda kesan ke atas setiap individu itu memang berbeza bergantung pada tahap ketoksikan dan radikal bebas dalam tubuh memasing. Healing crisis juga berbeza atas individu. Anda mungkin akan mengalami krisis yg teruk atau mungkin juga tidak langsung.

So sesiapa yg nak glowing2 semasa Aidilfitri, masih sempat lagi ni..hehe..belian dari blog ni for sure akan dapat konsultasi istimewa daripada saya ;))

SMS: 013-2369434 Su
Emel: butik.annajah@gmail.com
Fb: www.facebook.com/su.annajah
Assalamualaikum, salam sejahtera

Imun. Keimunan. Imunisasi. Ramai orang tak kisah pun tentang keimunan tubuhnya. Sesetengah dari kita tak terfikir pun bahawa tubuh kita ni ada sistem imun. Saya sendiri pun kalau tak terlibat dengan Shaklee, juga hampir2 lupa dengan istilah keimunan.

Kalau nak menerangkan tentang istilah imun tu sendiri dah cukup panjang. Masa belajar dulu lecturer saya Puan Edah (saya ingat sebab dia paling happening dan anak dia nama Erra Fazira) ambil masa satu semester untuk ajar kitorang tentang Immunologi. Cukuplah saya terangkan bahawa sistem imun kita ini apabila tiba masanya akan terjejas akibat dari faktor dalaman dan luaran khususnya di persekitaran kita.

Virus dan sel darah merah

Dewasa ini,  berbagai2 penyakit berjangkit yg kita dengar. Tahun 2004 dengan SARS (selesema burung), kemudian H1N1, seterusnya penyakit akibat perubahan iklim dan cuaca seperti jerebu, pencemaran serta faktor dalaman tubuh seperti alahan sering mengundang penyakit paling ringan seperti selesema dan demam.

Apabila seseorang itu sering mengalami demam, selesema dan batuk lebih2 lagi apabila terdedah dengan persekitaran kurang sihat, ini menunjukkan bahawa sistem imun mereka lemah. Kanak-kanak juga antara yang paling terjejas akibat perubahan persekitaran seperti cuaca di tambah pula dengan memakan makanan kurang berkhasiat yg tidak memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Seringkali saya mendengar rungutan2 teman2 bahawa mereka selalu diserang selesema, batuk dan demam. Saya sendiri pun akan selesema sekali dalam tiga bulan. Alhamdulillah, sy tidak pula demam sekerap itu. Saya memang jarang2 demam namun kerap selesema lebih2 lagi apabila terdedah dengan habuk dan cuaca sejuk.

Betul, simptom2 seperti diatas semuanya berkait dengan keimunan tubuh kita terhadap patogen yg membawa penyakit. Memang susah untuk mengekalkan sistem imun yg sihat pada zaman ini apatah lagi dengan gaya hidup kita yang makan ikut nafsu, kurang bersenam, kurang tidur, tekanan semasa bekerja dan sebagainya. Ini sebenarnya melemahkan sistem pertahanan tubuh dan mendedahkan kita kepada masalah kesihatan.

Kuman dan bakteria ada di mana-mana. Walau sekuat manapun pencuci/pembersih yg kita gunakan untuk menghilangkan kuman, (di rumah) penyakit akan tetap mengintai kita jika kita berada di luar rumah. Sebab itu perlunya kita menguatkan keimunan tubuh kita sendiri. Kita sentiasa terdedah kepada beribu2 jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, virus diudara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, hama pd selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain2.

Apabila banyak mikrob menyerang kita pada satu2 masa, terutama sekali terutama apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, eczema dan lain2. Sel2 yg teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yg seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain2.

Sejarah Inteferon - penemuan terhebat dalam bidang Immunologi
Inteferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan  semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yg berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon). Formula yg digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula Eksklusif Shaklee dan di Paten oleh Shaklee  dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. HANYA melalui Shaklee.

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia, herpes , HIV dan lain2. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.


Manfaat Utama Nutriferon Shaklee
1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Ianya adalah satu2nya interferon semulajadi didunia, yg mampu meransang dan mempertingkatkan sistem imun untuk membunuh dan menyerang T-cells, B-cells dan makrofag

2. Melawan kanser dan tumor
mengandungi polisakarida yg meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel2 kanser dan tumor. ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pd waktu kawalan kemoterapi

3. Melindungi dari virus influenza
Ia mengimbangi kepada respons alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan drpd virus, mikrob termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza

4. Meringankan stress dan kelesuan

5. Melambatkan penuaan

6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit2 hepatitis B dan C
Dengan cara meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain2.

7. Mempertingkatkan menopaus
Hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan jadi lebih baik.

8. Mempertingkatkan PMS
Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom2 akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Dapankan Nutriferon semulajadi anda hari ini, tingkatkan keimunan tubuh anda dan keluarga terhadap virus penyakit yang semakin hari semakin advanced dari kita sendiri..

emel ke butik.annajah@gmail.com atau sms 013-2369434-Su untuk pembelian dan konsultasi istimewa.