Enter Keyword

Assalamualaikum wbt.

Akak nak share satu cerita. Sebenarnya akak baru beberapa hari sembuh daripada kena gegata.

Gegata nama melayu atau istilah mediknya urtikaria. Selain gegata ada juga yang menggelarnya sopak garam atau lapar garam.

Sejujurnya inilah pengalaman pertama akak kena gegata teruk macam ni.

Dulu-dulu masa kecik kalau kena pun sebab terkena ulat bulu. Terus naik gatal macam dalam gambar ni. Tapi takde la lama.


Gegata yang akak kena baru ni sampai 4 hari 4 malam kau! 😭😭 Memang tak boleh tido sebab dia punya merenyam Tuhan je yang tau. Macam nak garu pakai garfu.

Tak pasti berpunca daripada apa. Mungkin virus yang sama yang buat akak selsema. Akak baca dalam web KKM, selsema pun boleh buat gegata.

Nak kata salah makan takde pulak makan yang pelik2 sangat. Seafood pun macam biasa je.

Paling banyak kena gatal tu dekat kawasan lengan, dan dari peha ke kaki. Muka dan badan ada sikit-sikit.

Mulanya risau juga takut tak hilang berbulan2 jenuh akak. Akak baca kalau kurang dari 6 minggu di panggil gegata akut. Kalau lebih dari 6 minggu gegata kronik.

Alangkan 4 hari dah tak tahan lagi nak sampai 6 minggu. Tapi memang ada pun orang yang kena gegata ni sampai berbulan-bulan. Kesian kan.

Yang buat akak lagi pening tu, hero akak sorang pun kena juga tapi dia dua malam je. Dia memang ada elergik dan pernah jadi sebab masa tu dia terkena debunga dari rumput yang baru di potong masa dia umur dalam 3 tahun dulu. Rasanya ada akak cerita dalam blog ni.

Jadi apa yang kami buat untuk ringankan kegatalan tersebut?

1. Lumur dengan krim Herbal Blend. Alhamdulillah krim sejuk ni memang bantu kontrol kegatalan sangat.

2. Makan vitamin C. Kebetulan masa tu vitamin C dewasa akak punya dah habis. Akak pun bedal vitamin C chewable budak2 ni. Tapi tak puas la sbb sebiji cuma 100mg vit c aje.

3. Makan Omega Guard Shaklee. Omega ni fish oil, memang bersifat anti-radang. Kitorang makan jelah benda dah ada.

4. Minum air zam-zam.

5. Banyakkan minum air kosong

Gegata atau urtikaria ni berpunca dari banyak benda samaada dalaman atau faktor luaran.

Doktor pula kata, alahan semua ni berpunca daripada masalah 'angin' atau senang kata perut/usus beemasalah.

Setiap orang pula, trigger factor dia tak sama. So kalau betul2 nak tahu kena jumpa pakar kulit dan buat ujian.

Syukurlah gegata akak dah baik. Terbayang juga kalau jadi berterusan ni camanelah nak hidup dengan tenang.

Korang yang ada kena gegata dah lama sangat tu akak harap cepat sembuh dan jumpa penawar yang sesuai dan serasi.

Jika nak try Shaklee, boleh je contact akak. Akak akan cadangkan suplemen yang sesuai.

InsyaAllah. Semoga terus sihat!

Puan Subaila .
013-2369434

Pengalaman Kena Gegata

by on Julai 01, 2019
Assalamualaikum wbt. Akak nak share satu cerita. Sebenarnya akak baru beberapa hari sembuh daripada kena gegata. Gegata nama melayu atau...