Enter Keyword

Bila Ujian Kehamilan Positif...

Assalamualaikum semua pembaca blog yang disayangi...

Tiba-tiba up topik kehamilan ni, apakah tandanya?? Jeng jeng jeng... Tandanya MS dah lama benor tak tulis tentang kehamilan.

Ini sebagai panduan ibu baru atau ibu beranak lima untuk menghadapi hari-hari yang bakal menyeronokkan sepanjang fasa kehamilan.


Bila nak buat ujian kehamilan?

Ujian kehamilan boleh dibuat sendiri atau ke klinik apabila haid tidak hadir pada bulan itu iaitu seawal seminggu selepas tarikh jangkaan haid kita. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan alat yang di namakan "Pregnancy Test Kit". Alat ini boleh dibeli difarmasi berhampiran.

Selain ujian kehamilan, bolehkah kita tahu tanda-tanda bahawa kita sedang hamil?

Boleh. Selalunya wanita hamil akan mengalami tanda-tanda berikut:

  • haid tidak hadir
  • rasa loya, mual dan adakalanya muntah
  • sakit kepala
  • batuk
  • perubahan hormon yang menyebabkan kegatalan dibahagian tertentu tubuh
  • payudara rasa berat, dan penuh
  • tompokan darah (yang menandakan proses penempelan pada uterus berlaku)
  • lelehan vagina berwarna putih pekat (menandakan penebalan dinding vagina)
  • letih yang terlampau
  • alah pada sesetengah rasa makanan 
  • alah pada sesetengah bau
Tetapi, tidak semua wanita akan mengalami tanda -tanda tersebut. Ada yang hanya mengalami beberapa tanda malah ada yang langsung tidak merasa apa-apa. Jadi, apabila ibu mengesyaki kehamilan telah berlaku, segeralah melakukan ujian air kencing untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

Apabila ujian kehamilan positif, apakah yang perlu dilakukan?

1. Segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkannya. Ibu akan diminta berjumpa jururawat setiap bulan untuk memeriksa dan memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa baik.

2. Mulailah menjaga pemakanan
Tiga bulan pertama adalah tempoh berjaga-jaga dimana pada masa ini keguguran mudah berlaku. Amalkan pemakanan yang sihat. Orang tua-tua kata JANGAN makan makanan yang TAJAM seperti nenas, rebung dan sebagainya. Elakkan juga makan makanan yang tinggi bahan additif.

3. Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok, senaman ringan, tidak melakukan aktiviti yang terlalu lasak.

4. Menjaga adab dan kelakuan
Sentiasa berfikir positif, senyum dan melakukan kebaikan agar segala perkara baik tersebut memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak kita kelak. 

5. Amalan rohani
Sentiasalah mengamalkan bacaan Al-Quran, berzikir dan berdoa supaya kita dikurniakan anak yang sihat, cantik, comel, hensem, berakhlak, soleh dan solehah.

Untuk ibu-ibu yang baru disahkan hamil, MS doakan agar ibu semua sihat dan selamat sehingga ke saat melahirkan nanti!

Ceria-ceria selalu agar anak pun comel dan ceria!

*Set Ibu Hamil Shaklee sangat bagus diamalkan sepanjang kehamilan ini. Hubungi MS untuk membuat pesanan:

Puan Suhaila
012-9645614

1 ulasan: