Enter Keyword

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Katarak Mata

Assalamualaikum..hai semua!

Semoga sihat-sihat hendaknya hari ni.. Kalau ada yang tak sihat, banyakkan rehat dan minum air kosong ye. Oh jangan lupa makan vitamin juga ;)

Ok, hari ni MS nak cerita tentang katarak mata. Ibu kepada jiran sebelah rumah MS ni ada masalah katarak mata rupanya.. Tak lama lagi akan melalui pembedahan. Semoga ibu beliau yang kami kenali sebagai Acik Sam sihat dan dapat menjalani pembedahan dengan jayanya.

Apa itu katarak ye?

Katarak ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput, dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Pendek kata pandangan orang yang ada katarak ni akan blur gitu.. Kalau tidak di rawat, ia boleh menyebabkan buta! Takut tak??

Punca bagaimana katarak boleh berlaku:

1. Penuaan
2. Kecederaan
3. Perubahan metabolik
4. Penyakit diabetes
5. Penggunaan steroid
6. terdedah kepada kadar radiasi tinggi contoh bekerja di bawah matahari terik dalam jangka panjang
7. pendedahan berpanjangan kepada tv atau gajet elektronik

dan sebagainya.

Boleh dikatakan, katarak ni ialah penyakit semulajadi yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.

Maksudnya ibu kita, ayah kita, saudara mara kita malah kita sendiri pun tak terkecuali kalau kita tak jaga kesihatan mata dari awal lagi.

Menurut Ketua Pakar Bedah Oftalmik Pusat Pakar Mata Vista Laser Eye Centre, Dr. Aloysius Low, apabila seseorang mencecah usia 45 tahun, sesetengah individu akan mengalami masalah penglihatan seperti hilang kejelasan dan perbandingan warna (contoh tak dapat membezakan antara hijau dan biru) sama ada warna itu meluntur atau berubah. Ala.. macam tv kita kat rumah yang rosak tu, kadang warna merah terlebih, warna lain bertukar warna. Gitu la..

Antara simptom-simptom orang yang ada katarak ni ialah:

1. sukar buat kerja kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan menukar cermin mata

2. silau kepada sinar lampu atau sinar matahari

3. penglihatan malam terjejas

4. tidak selesa menonton tv

Penyakit ini tidak mengira jantina sama ada lelaki mahupun wanita.

Jika rasa-rasa penglihatan semakin hari semakin rabun, cepat-cepatlah berjumpa dengan pakar mata untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan. Sebelum ia terus merosakkan penglihatan dan menjadi buta. Nauzubillah. So, jangan tunggu lama-lama tau!

Ada ke vitamin Shaklee yang khusus untuk mata??

Dah tentulah ada..


*kalau gambar ini blur pada pandangan anda, maknanya anda memang kena ambil Carotomax! hihihi..

Carotomax Shaklee ni sumber dia 100% daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi, epal, pot marigold, biji anggur, tomato,  rumpai laut, minyak sawit brokoli, fava de fanta, ubi kentang, cantaloupe dan lobak.

Ia kaya dengan berbagai fitokimia daripada buah dan sayur tu tadi contohnya seperti beta karotena, alfa kerotena, lycopene, astaxanthin, lutein dan zeaxanthin. Kesemua ni memang berfungsi untuk kesihatan mata.

Contoh:
Alfa karotena- untuk mata sihat, rabum malam, penglihatan yang merosot

Astaxanthin - melindungi daripada kerosakan oksidasi bahagian mata (anti-penuaan mata)

Lutein- menyekat katarak dan glaukoma

Zeaxanthin - melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya

Sebotol Carotomax ada 30 biji kapsul yang berharga RM74. Nampak je kecik comel, tapi ia kecil, ia gagah!

Jika anda membeli dengan saya, jaminan konsultasi istimewa eksklusif untuk anda!

Ambil telefon, dan segera hubungi:

iR Suhaila (ID Shaklee 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah

*produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos atau mencegah sebarang penyakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan