Enter Keyword

Cara Kurangkan Gastrik Semasa Berpuasa

Ketika entry ini di tulis, insyaAllah lagi dua hari umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. (Allah, sampaikan kami ke bulan Ramadhan).

Sebut pasal puasa, tak lari daripada gastrik terutama kepada orang yang memang ada masalah berkaitan. Mungkin ada yang risau macam mana nak puasa, takut kalau-kalau penyakit gastrik menyerang nanti.


Jangan jadikan sakit gastrik sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Penyelesaiannya sentiasa ada.

Sebelum tu jom kita ambil tahu dulu, apa sebenarnya penyakit gastrik ni? Ada kaitan tak dengan puasa? Hmm..

Gastrik atau dari istilah perubatannya gastritis, ialah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut. Ia di tandai dengan simptom seperti:

- sakit dan senak di bahagian perut
- pedih ulu hati
- sakit di bahagian abdomen
- pedih dan berangin
- kembung perut
- sendawa dan berasa loya
- hilang selera makan dan turun berat badan

Secara semulajadinya, sel perut akan menghasilkan asid hidroklorik yang berpH 1-2 untuk proses pencernaan makanan. Asid kuat ini boleh menghakis sel perut dan mukosa yang berfungsi sebagai pelindung terhadap serangan asid tadi.

Seseorang yang mengadu sakit perut apabila lapar sebenarnya mengandungi asid hidrokolrik yang berlebihan di dalam perut dan jika seseorang itu sakit perut selepas makan, maka dia sebenarnya mengalami ulser perut akibat lapisan mukosa yang lemah.

Sebenarnya ramai menganggap berpuasa boleh mengakibatkan terjadinya gastrik. Padahal semasa berpuasalah sel-sel perut malah seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut juga menurun.

Yang di katakan sakit perut atau gastrik semasa berpuasa itu sebenarnya ialah tabiat pemakanan yang salah semasa berbuka!

Cara Kurangkan Gastrik Ketika Berpuasa

Ikutilah tips ini. InsyaAllah anda tidak akan diserang gastrik lagi.

1. Mulai berbuka dengan kurma, sedikit manisan, kuih atau buah-buahan dan segelas air.

2. Tunaikan solat Maghrib

3. Baru mengambil makanan berat. Tetapi elakkan mengambil makanan terlalu pedas, berempah dan berlemak kerana ini akan jejaskan sistem penghadaman

4. Makan secara sederhana, jangan berlebihan apatah lagi membazir

5. Cukupkan pengambilan air kosong sebanyak 2-3 liter sejak berbuka hingga sahur

6. Bersahurlah dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin oat, kurma, buah-buahan, roti, nasi dengan lauk yang minima, susu serta susu soya.

Karbohidrat kompleks mempunyai serat yang tinggi, lambat dicerna dan dengan itu lambat berasa lapar. Makanan berindeks glisemik rendah seperti soya melepaskan glukosa perlahan-lahan dalam darah dengan itu kita lambat berasa lapar dan penat.


Selalunya gastrik bukanlah disebabkan perut lapar dan tidak makan dalam tempoh lama, tetapi mengambil makanan yang salah, tidak teratur dan seimbang.

******
 Pembelian ESP Shaklee untuk membantu mengatasi masalah gastrik, boleh hubungi saya;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


1 ulasan: