Enter Keyword

7 Cara Kurangkan Gastrik Dan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Menjadi seorang wanita yang sedang hamil, akan melalui banyak ujian terutama dari segi kesihatan.

Kalau tak mengandung tu elok je, segar sihat walafiat. Tahu aje mengandung terus macam-macam penyakit keluar. Pelik kan? Itulah ujian untuk kaum wanita. Sesungguhnya memang bukan senang nak keluarkan seorang manusia.

Salah satu 'penyakit' yang sinonim dengan ibu mengandung ialah pedih ulu hati dan gastrik.


Macam saya sendiri, saya memang tidak ada gastrik. Tapi masa mengandung, masalah pedih ulu hati kerap menyerang saya. Masa mengandung kita ni memang suka makan. Pelawalah apa pun, tolak batu, kayu, besi, kaca, plastik je. Yang lain semua telan. Buruk lantok bebenor!

Kenapa Pedih Ulu Hati Dan Gastrik Lebih Kerap Menyerang Semasa Hamil?

Info ini saya petik daripada blog Dr. Zubaidi.

Kedaan loya, mual, muntah, pedih ulu hati malah sakit di bahagian perut boleh berlaku dengan mudah apabila asid dalam perut tiba-tiba naik ke atas saluran pemakanan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati (heartburn). Kadang-kala ia dikenali sebagai asid reflux dan di burukkan lagi apabila seseorang wanita itu memang ada mengalami peptic ulcer disease (atau lebih dikenali sebagai gastrik) sejak sebelum hamil lagi.

Dalam keadaan biasa, otot LES (Lower Esophageal Sphincter) berfungsi menghalang makanan yang di proses di dalam perut naik semula ke esofagus.


Semasa mengandung, pengaruh hormon kehamilan menyebabkan otot LES itu menjadi lembut lalu menyebabkan 'kebocoran' ketika makanan di proses di dalam perut. Dengan itu makanan yang di proses di dalam perut mudah naik semula ke esofagus lalu menyebabkan ketakselesaan dan pedih ulu hati.

Tambahan lagi, keadaan saiz perut yang semakin membesar akan menolak dan mengecilkan ruang perut menyebabkan proses penghadaman tidak berlaku dengan baik.

Apabila gastrik atau pedih ulu hati menyerang, kita mulalah rasa tak selesa. Baring salah duduk salah, telan air dah bergelas-gelas tapi pedih tetap tak kurang juga.

Ada beberapa cara yang ibu boleh cuba lakukan untuk mengurangkan atau mencegah kejadian gastrik dan pedih ulu hati semasa mengandung.

1. Elakkan mengambil makanan yang salah

Sesetengah makanan dan minuman boleh menjadi pencetus kepada masalah gastrik dan pedih ulu hati. Awasi makanan berasid seperti buahan sitrus, makanan pedas dan berempah, makanan berlemak dan berminyak, kafein, coklat.

2. Makan sedikit tapi kerap

Jangan penuhkan ruang perut sepenuh-penuhnya dengan makanan. Ini akan menyebabkan makanan mudah naik semula ke esofagus. Makan sedikit-sedikit dan biarkan perut mengambil masa untuk proses makanan dengan sempurna. Makan juga dengan perlahan dan jangan gopoh untuk menghabiskan makanan.

3. Minum banyak air kosong

Air kosong membantu penghadaman. Cara yang betul ialah minum di antara waktu makan bukan semasa makan.

4. Jangan baring atau tidur selepas makan

Lakukan apa saja aktiviti selain berbaring!. Lepas makan memang syok kalau dapat tidur. Tapi ini bahaya sebab boleh sebabkan reflux asid di mana makanan akan kembali semula ke esofagus dengan mudah.

Begitu juga jangan makan kalau ibu nak masuk tidur. Ibu memang suka makan malam-malam kan.

5. Tinggikan kepala

Jika pedih ulu hati mudah menyerang waktu malam, tidurlah dengan keadaan kepala di tinggikan sedikit daripada bahagian dada.

6. Ambil Peppermint Ginger

Halia dan pudina memang terkenal dapat membantu meredakan masalah angin, gastrik dan pedih ulu hati. Sama ada jadikan amalan meminum air rebusan halia, dan boleh di campurkan dengan daun pudina.

7. Tidak biarkan perut kosong terlalu lama

Kerana apabila ibu mula memenuhkan perut dengan makanan, perut seolah-olah terkejut dan asid reflux lebih mudah berlaku. Membiarkan perut kosong terlalu lama juga boleh menyebabkan masalah angin.

Jika ibu seorang yang sibuk, mungkin boleh sediakan minuman yang 'tahan lama' di dalam perut seperti minuman serat tinggi ESP sebelum memulakan kerja.

Jika ibu sememangnya ada masalah gastrik kronik, dapatkan bantuan segera. Jadikan saat-saat kehamilan ini waktu yang menenangkan, dan tidak stress melayan macam-macam penyakit.

Saya doakan apa jua masalah kesihatan yang ibu alami sepanjang kehamilan ini, dapat di atasi dengan segera. Hubungi saya jika inginkan bantuan:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

1 ulasan:

  1. kami dari Wong Medical Centre adalah satu pusat rawatan yang sangat unik dan istemewa kerana kami boleh merawat pelbagai jenis dengan menggabungkan tradisi dan moden untuk rawatan . kami mempunyai ubat yang baik untuk pedih ulu hati/gastricini . untuk maklumat lanjut sila hubungi
    +60124520077
    Email : wongmedicalcentreipoh@gmail.com
    website : newhopemedic.com

    BalasPadam