Penyakit Dimentia Dan Cara Meningkatkan Keupayaan Mental
Assalamualaikum wbt.
Penyakit dimentia ni jarang-jarang disebut orang, walhal ia adalah satu penyakit yang semakin banyak berlaku sekarang ni.
Dimentia adalah satu keadaan dimana berlaku kemerosotan dalam fungsi kognitif akibat kecederaan atau penyakit pada otak melebihi apa yang di jangka dalam proses penuaan biasa.
Secara mudahnya bolehlah kita takrifkan sebagai pelupa, hilang ingatan, atau nyanyuk. Teringat pula saya pada cerita drama Melayu masa saya kecil-kecil dulu mengenai orang tua yang hilang ingatan pada masa-masa tertentu ni.
Sekarang pun masih ada kes-kes warga emas hilang kerana tidak ingat jalan balik kerumah. Ini antara simptom biasa dimentia.
Sebenarnya simptom ni berbeza antara individu. Tapi bolehlah kita bahagikan kepada dua kategori iaitu perubahan kognitif dan perubahan psikologi.
Perubahan kognitif

- hilang ingatan
- susah nak berkomunikasi, hilang perkataan
- sukar melaksanakan tugas yang lebih kompleks
- sukar melakukan urusan perancangan atau mengendalikan sesuatu
- kesukaran dalam fungsi motor dan koordinasi
- mudah lupa atau lost
Perubahan psikologi
- perubahan personaliti
- hilang kewarasan
- tingkahlaku tak sesuai
- paranoia
- halusinasi
- mendengar suara
Dimentia melibatkan kerosakan sel saraf dalam otak yang boleh berlaku di kawasan tertentu dalam otak. Oleh itu individu yang terlibat mendapat kesan bergantung kepada kawasan mana yang terlibat itu.
Jadi punca seseorang itu mendapat dimentia adalah berdasarkan bahagian mana dalam otaknya yang mengalami kecederaan atau gangguan saraf.
Banyak juga sebab dan faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat dimentia. Antara mereka yang kemungkinan besar berisiko mendapat dimentia ialah:
- Peningkatan usia
- Sejarah keluarga
- Down syndrome
- Pengambilan alkohol
- Atherosclerosis (timbunan lemak dalam dinding arteri)
- Tekanan darah
- Kolesterol tinggi
- Tekanan
- Diabetes
- Tinggi aras estrogen
- Aras homocysteine dalam darah
- Obesiti
- Merokok
Dimentia mungkin susah nak pulih. Pesakit perlu jalani rawatan, makan ubat, terapi dan sebagainya.
Untuk mencegah dimentia pula, lakukan perubahan dalam cara hidup kita.
1. Banyakkan berbual dan berkomunikasi
2. Elakkan tekanan perasaan dan emosi berlebihan
3. Banyakkan bersenam dan berfikiran positif
4. Buat banyak latihan yang menguji ketahanan otak dan daya fikir
5. Kurangkan kafein, lemak, kolesterol, garam dan gula berlebihan
6. Berhenti merokok dan minum alkohol
7. Buat dan tulis perancangan setiap hari
8. Banyakkan membaca Al-Quran
9. Makan secara sihat makanan yang seimbang dan berkhasiat
10. Ambil dietary supplement
Suplemen Untuk Kuatkan Semula Ingatan dan Keupayaan Mental
Kajian dalam Journal Of NeuroScience menunjukkan pengambilan secara tetap antioksidan yang dinamakan resveratrol dapat meningkatkan keupayaan memori dan otak. Vivix tinggi kandungan resveratrol dan dapat membantu mencegah dan memperbaiki kerosakan sel dan melambatkan penuaan sel.
Suplemen Omega 3 adalah asid lemak politaktepu yang wajib di ambil kerana ia mengandungi DHA, yang dapat meningkatkan ingatan, mencegah Alzheimer, dan supaya sel-sel otak terus aktif berhubung.
Lecithin adalah komponen penting dalam otak yang berfungsi sebagai penghantar isyarat supaya sel-sel otak terus saling berhubung. Kekurangan lecithin boleh menyebabkan seseorang jadi pelupa, dan hilang ingatan.
Menjadi pelupa, hilang ingatan dan nyanyuk semestinya sesuatu perkara yang sangat sukar di terima. Orang sekeliling mesti memainkan peranan agar pesakit ini dapat menerima diri mereka sendiri dan tidak merasa diri mereka menyusahkan orang lain.
Dan, kalau nak tahu bukan warga emas je yang boleh jadi pelupa, orang muda pun sama. Nak-nak bila dah masuk umur 30an, metabolisme dah menurun, hormon juga dah tak seimbang. Kalau tak jaga dari sekarang, bila lagi kan?
Jika berminat untuk mendapatkan suplemen kesihatan mental ini, boleh hubungi saya;
Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994
atau buat belian sendiri secara online dengan klik;
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan berpanjangan untuk memudahkan kita beribadah hingga akhir hayat kita, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan