Enter Keyword

"Muda-muda pun dah beruban?"

Ada banyak sebab uban mula kelihatan walaupun usia masih muda remaja. 
Salah satunya sebab keturunan, kekurangan vitamin B Complex, ada masalah dengan tiroid atau kelenjar pituitari, kurang ketumpatan tulang atau juga penuaan pramatang.
Uban boleh terjadi sebab perubahan hormon, merokok, terdedah pada pencemaran, stress, penggunaan produk rambut yang tak sesuai, serta sesetengah penyakit.
Uban terjadi sebab sel yang mengeluarkan pigment kaler hitam tu berhenti berfungsi.
Orang Asia secara puratanya mula mengalami masalah uban pada lewat 30-an. Haa cer gi tengok cermin, ada dah ke belum kaler-kaler putih di kepala?



Macam mana nak tutup uban?

Selalunya orang gunakan pewarna rambut. Tapi, terlalu kerap mewarna rambut adalah bahaya dan tak selamat sebab bahan kimia yang ada boleh meresap ke dalam kulit kepala dan menyebabkan penyakit.

Oleh itu, kita guna cara yang lebih semulajadi. Bahan-bahan pun organik dan mudah di dapati di rumah kita.

1. Daun kari



Kebanyakan rumah ada pokok kari kan? Petik sikit beberapa tangkai daun kari, dan masakkan daun tersebut dengan minyak kelapa. Tapis minyaknya, dan gunalah minyak tersebut dengan menyapu pada kulit kepala selama 45 minit.

Basuh rambut. Lakukan cara ini seminggu sekali.

Daun kari membantu meningkatkan pigmentasi pada rambut.

2. Daun inai



Daun inai memang terkenal sebagai tonik rambut serta pewarna semulajadi yang selamat.

Caranya, tumbuk daun inai sampai jadi pes. Kemudian campur dengan dengan serbuk kopi dan sedikit yogurt plain. Sapulah pada kulit kepala. Dah kering, syampu macam biasa.

Buat cara ni setiap 2 minggu.

3. Minyak kelapa dan jus lemon



Minyak kelapa amat bagus sebab ia melembapkan rambut, meransang pertumbuhan rambut, serta melawan jangkitan pada kulit kepala.

Caranya, campurkan tiga sudu jus lemon dalam minyak kelapa, cukup untuk rambut anda. Sapu dan urut kulit kepala perlahan-lahan. Biarkan 30 minit dan bilaslah seperti biasa.

4. Jus bawang besar



Jus bawang dipercayai dapat menebalkan rambut dan melambatkan pertumbuhan uban. Kajian menunjukkan, uban berlaku sebab ada timbunan hidrogen peroksida pada kulit kepala kita. Jadi, bawang dapat menggalakkan pengeluaran antikoksidan catalase yang mampu mengembalikan kekuatan folikel rambut.

Caranya, ambil jus bawang, sapukan saja pada kulit kepala. Kena tahan la sikit dengan bau busuk atau pedih mata. Urut kepala, biarkan selama 30 minit.

Ulang proses ni setiap hari selama beberapa minggu.

5. Biji sawi



Kalau ikut amalan tradisional orang Cina, mereka gunakan biji sawi untuk hitamkan rambut.

Caranya, makan je sesudu biji sawi hitam setiap pagi selama at least tiga bulan. Atau boleh juga sapukan minyak biji sawi pada kepala.

Biji sawi mengandungi protein, zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, dan copper yang menggalakkan penghasilan melanin.

Nak cara lagi mudah??

Telan Vivix.

Dulu encik suami saya ada banyak jugak uban taw (alamak pecah rahsia). Sayalah yang jadi tukang cabut uban dia. Takde upah pulak tu. huhu

Tapi dah lama tak buat kerja gitu. Dah tak nampak pulak ubannya. Mungkinkah sebab beliau pemakan suplemen? Terutama Vivix?

Vivix ni memang sangat membantu mencegah penuaan pramatang termasuklah kejadian uban ni tadi.

Bahan utama Vivix adalah resveratrol, iaitu sejenis antioksidan berkuasa yang bertindak hingga ke peringkat DNA. Vivix repair semula sel-sel kita yang rosak, yang sakit, yang mati dan gantikan nya dengan sel yang lebih sihat.

Sebab tu kebanyakan yang makan Vivix, bukan je jadi makin sihat, penyakit hilang, malah makin muda.

Macam testimoni di bawah ni. Makan Vivix je kot.

Image may contain: 1 person

Betul, uban ni memang masalah yang susah nak di hilangkan. Sebab ia bermula dari dalam. Sebab tu kena makan suplemen macam Vivix.

Vivix berkesan dengan cepat. Nanti tak lama lagi mesti ramai yang tegur,

"eh, mana pergi uban awak?"

Seronok kan?? Hihi

Jom dapatkan suplemen awet muda Vivix hari ini! Cepat-cepat hubungi:


Klik whatsapp: www.wasap.my/60232369434

Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Hmm bila cerita bab ibu menyusu vs suplemen ni, macam-macam pendapat yang timbul. Ada yang kata ibu menyusu tak perlu makan apa-apa suplemen pun (walaupun sedar susu tak banyak) sebab katanya tu semua mindset belaka.

Katanya bila kita asyik 'zikir' susu takde, susu takde maka memang takde lah susu.

Ada yang betul-betul anti-suplemen sampaikan dengar orang sebut suplemen pun terus dia tutup mata tutup telinga tak mau dengar. Dia tak nak ambil tahu pun apa itu suplemen, apa fungsi suplemen dan sebagainya. Bagi dia, menyusu anak tu fitrah, semua orang boleh keluarkan susu. Jadi tak perlu nak makan-makan suplemen bagai ni.

Fungsi suplemen bukanlah sekadar membanyakkan susu ye.


Sama ada kita sihat atau sakit, kita muda atau tua, kita hamil atau tak hamil, kita berpantang atau tak berpantang, kita menyusu atau tak menyusu, semua kena makan suplemen. In fact, ibu hamil, berpantang dan menyusu lebih perlukan suplemen.

Fungsi umum suplemen?

Suplemen adalah makanan tambahan yang berfungsi untuk menambah nilai dalam nutrisi dan hidangan yang kita makan hari-hari.

Sedar atau tidak, apa yang kita makan setiap hari sangat rendah nilai nutrisinya (bahkan entah-entah tiada langsung!) Tengok sajalah apa yang kita makan hari-hari.

Buah penuh dengan racun dan baja kimia, begitu juga dengan sayur (tu pun kalau makan). Sumber protein daripada daging yang kita masak sampai rentung, keras kejung. Gula, garam, lemak, minyak memang jadi peneman kita hari-hari. Processed food? Tak payah cerita. Fast food, junk food? Favourite barangkali.

Suplemen satu keperluan wajib dah zaman sekarang. Kalau benar kita cukup nutrisi, maka kuranglah orang yang masuk hospital. Hakikatnya semakin bertambah adalah.

Mengaku saja yang kita memang tak amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap masa!

Fungsi sebenar suplemen kepada ibu menyusu (bagi kes ibu yang susunya melimpah macam air terjun lepas hujan lebat)

1. Sumber tenaga tambahan. Ramai ibu menyusu yang mengadu letih penat sampai tak bermaya di hujung hari. Dah la penat bekerja, malam kena layan anak pulak. Bagi susu dan sebagainya.

2. Mengurangkan stress. Bila stress, susu akan drop, merajuk tak nak keluar. Tu belum lagi bila anak mengalami growth spurt. Asyik nak mengempeng, memerap je dengan mak sampai nak buat apa pun tak boleh. Stress wei!

3. Mengurangkan sakit-sakit badan semasa menyusu. Ni kalau ibu kurang kalsium.

4. Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi. Maklumlah, bila mak sakit, contohnya selsema ke, mudah berjangkit pada anak. Bila anak selsema, lemas hidung, batuk, sesak nafas, kita juga yang risau.

5. Baby ni, dia tak makan benda lain. Dia minum susu ibu je. Dan insyaAllah nutrien dalam susu ibu tu memang sangat sesuai dan mencukupi untuk dia. Tapi kita si ibu ni, dah la makan entah apa-apa, lepas tu, vitamin dan mineral yang tak berapa nak ada tu pergi pulak ke susu ibu, untuk disedekahkan kepada anak. Sebab tu ramaiii sangat ibu-ibu ada masalah kesihatan.

6. Bila ibu sendiri cukup nutrisi, barulah dapat menyusukan baby dengan tenang, takde tekanan, susu pun mengalir lancar, badan ibu kuat dan sihat, jadi kurus, cantik dan sebagainya. Bila ibu cukup nutrisi, baby pun cukup zat untuk memantopkan lagi perkembangan dan pembesarannya.

Eh, kita tak paksa pun ibu makan suplemen. Terpulanglah pada diri masing-masing. Ada ibu memang sangat-sangat perlukan suplemen untuk membantu dirinya supaya dapat menyusukan bayi dengan tenang dan aman sentosa.

Macam saya sendiri, Alhamdulillah saya dapat menyusukan dua anak saya hingga dua tahun lebih DENGAN bantuan suplemen. Saya tau badan saya memang amat perlukannya.

Bagi ibu-ibu yang ada masalah penyusuan, atau nak cari suplemen semulajadi yang sesuai dengan keperluan badan, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya bantu.


012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994



Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bila tau bulan Januari ni ada promosi Vivix, memang rasa nak melompat ke siling!

Kitorang memang tunggu sangat promosi Vivix ni sebab nilah masanya boleh borong dengan harga murah giler-giler!

Lagi pulak, setiap bulan orang akan tanya, bila promosi Vivix, bila promosi vivix? Haa nah! Sekarang dah promosi. Silakan beli dengan gembira. =D


Kenapa ramai sangat yang tunggu promosi Vivix nih?

1. Vivix ni berkesan sampai ke DNA!

Vivix bantu 'repair' sel-sel kita yang rosak, yang terdedah kepada ancaman penyakit sebab stress, pencemaran, bahan kimia yang kita makan, obesiti, aishh macam-macam lagi la kan. Ini telah dibuktikan secara saintifik.

Lagi pulak, yang makan Vivix ni kebanyakannya memang dah ada penyakit kronik-kronik, tapi boleh kembali sihat lepas  konsisten amalkan Vivix. Itu yang sakit. Yang sihat lagilah bertambah sihat.

2. Dijamin BERKESAN!

Melalui kajian klinikal tu dah tentu. Dengan pertolongan Allah la sudah semestinya. Lagipun Vivix takde dijual di tempat lain.

Vivix ni dah dipatenkan, jadi takde siapa boleh curi/ tiru. Eksklusif di Shaklee je.

3. Rasa RUGI tak amalkan Vivix

Bila dah rasa kesan, kebanyakan orang akan rasa takut dan sayang nak tinggal Vivix. Ye, Vivix ni bukan ubat taw... Ia suplemen yang mesti diambil berterusan.

Orang yang dah pernah rasa macam-macam penyakit, terpaksa keluar duit puluh ribu ratus ribu untuk bayar bil hospital, sekali bila cuba Vivix, mesti bersyukur yang amat sangat. Vivix murah tapi kesan dia MasyaAllah.


Tu yang ramaiii sangat tunggu promosi Vivix dan tak teragak-agak pun nak beli 2-3 set seorang! (1 set 7 botol). Boleh buat stok, simpan lama dalam peti ais sampai next promotion pulak =D

Promosi BELI 6 PERCUMA 1

Apa anda bakal dapat dengan membeli 1 set ini?

✔ Penjimatan hingga RM900+
✔ Keahlian percuma secara automatik
✔ Cashback BONUS hingga RM175+
✔ Penghantaran percuma terus ke pintu rumah

Memang banyak manfaat yang anda bakal dapat dengan membeli set ini. Beli 5 set je terus naik rank Supervisor dan menikmati bonus ribuan ringgit!

Haa tak boleh tulis banyak ni. Jika berminat nak tahu lanjut, segera hubungi (whatsapp) Ciksu ok.
Ciksu akan terangkan lebih detail macam mana nak beli dan menikmati pulangan semula yang berbaloi ツ

Kena cepatlah sebelum promosi tamat. Nanti melepassss


012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni ada seseorang menghubungi saya dan memberitahu kencing manis tinggi, sampai dah efek ke mata beliau. Tidak lama kemudian beliau terpaksa juga di tahan di wad sebab mata dah sangat teruk.

Mata rabun dan semakin kabur memang salah satu komplikasi yang terpaksa di hadapi oleh pesakit diabetes. Bila efek mata, ia di panggil 'diabetec retinopathy'.

Arwah ayah saya dulu pun ada kencing manis. Tapi syukurlah ia tak beri kesan pada matanya. Arwah ayah masih boleh membaca akhbar tanpa cermin mata serta memandu malam walaupun usia dah nak masuk 70-an. Arwah ayah meninggal akibat komplikasi lain pula iaitu kerosakan organ dalaman iaitu jantung dan buah pinggang. Saya mohon pembaca sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah yang saya sayangi.


Kalau ikut statistik tahun 1996, dianggarkan ada lebih kurang 63,000 individu buta, dan 53,000 orang lagi mengalami rabun teruk. Saya percaya angka ini semakin meningkat saban tahun kerana bukan saja jumlah pesakit kencing manis meningkat, tapi ramai di kalangan orang-orang muda pun dah kena rabun yang teruk akibat terdedah terlalu lama kepada gajet.

Tapi, hari ni bukan nak cerita pasal gajet. Saya nak cerita pasal penyakit kencing manis yang beri efek pada mata.

Gula tinggi penyebab mata rabun

Pada awalnya, saluran darah pada mata menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik-titik pendarahan. Ia juga menyebabkan retina mudah bengkak dan penglihatan jadi kabur.

Pada peringkat teruk, kekurangan oksigen pada bahagian retina menyebabkan retina menjadi 'ischemic'. Ini menyebabkan saluran darah baru yang kurang matang tumbuh di atas retina. Salur darah ini mudah pecah dan senang berdarah, lalu menyebabkan pendarahan belakang mata dan mata pun jadi rabun.

Rabun juga boleh terjadi disebabkan kebocoran lemak di tengah retina mata.

Jika diabetes retinopati ini berlaku, kemungkinan besar pesakit kencing manis tu akan mengalami kerosakan buah pinggang yang di panggil nefropati diabetes.

Apa perlu dilakukan?

Sukar menjadi pesakit kencing manis ni sebab banyak perkara perlu di jaga dan diberi perhatian un tuk mengelak risiko komplikasi lebih teruk. Pesakit kencing manis harus ingat bahawa:

1. Risiko menjadi buta ada 25 kali ganda daripada orang sihat

2. Walaupun masih boleh melihat dengan jelas, tidak bermakna tiada kerosakan pada retina mata

3. Kerosakan retina mungkin bererti kerosakan buah pinggang yang boleh dikesan awal dan masih boleh diselamatkan

Mahu atau tidak, pesakit kencing manis WAJIB menjaga kandungan gula dalam darah agar sentiasa terkawal. Jaga pemakanan, kurangkan makan gula putih, tepung putih, makanan berlemak, berminyak dan mengandungi aditif, serta banyakkan minum air kosong dan bergerak aktif.

Cara Merawat Rabun Pada Pesakit Kencing Manis

1. Pengambilan ubat yang betul

2. Kawal berat badan

3. Berhenti merokok dan minum alkohol

4. Rawatan laser oleh hospital

5. Pembedahan vitrektomi

Ikutlah nasihat dan panduan daripada doktor semasa menjalani rawatan.

Mahukah saya tunjukkan cara yang lebih mudah selain rawatan hospital?

Caranya ialah dengan mengambil suplemen!


Bagaimana set ini membantu?

Vivix:

Suplemen anti-penuaan dan anti-oksidan yang bertindak memperbaiki kerosakan sel dan salur darah, membantu mengawal gula darah, mencegah salur darah daripada pecah dan mengembalikan semula penglihatan normal.

Omega Guard:

Membantu mengawal gula darah dan menstabilkan hormon insulin, melancarkan peredaran darah, mengurangkan mendapan lemak dan kolesterol pada mata dan organ, membantu mata kembali sihat dan terang.

Carotomax:

Vitamin anti-oksidan yang khusus untuk mencegah kerosakan mata serta menghalang pembentukan sel abnormal pada mata.

Saya faham bagaimana perasannya apabila mata mula kabur dan semakin teruk dari hari ke hari. Jika boleh kita elakkan pembedahan atau apa-apa rawatan yang berbahaya  serta berisiko terutama di bahagian kepala.

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Perlu diingat, suplemen ini bukan pengganti ubat. Anda masih perlu menjalani rawatan hospital mengikut jadual yang dah ditetapkan. Pengambilan suplemen adalah untuk menambah nilai kepada kesihatan kita yang kian merosot itu.

Sekiranya berminat mendapatkan set ini, harganya RM685 sahaja. Anda boleh dapat harga lebih rendah sekiranya mendaftar menjadi ahli dengan saya.

Saya doakan masalah mata dan diabetes anda segera sembuh seperti sediakala.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi saya bila-bila masa. :)



Shaklee Malaysia
ID:868994