Enter Keyword

3 Hujah Kenapa Perlu Makan Suplemen

Selalu sangat baca orang kata,

"Aku tak percaya suplemen ni. Kau jaga je makan elok-elok, makan organik-organik, garam organik, gula organik, mesti sihat punya."

"Aku dah bersenam sokmo, siap masuk larian bagai lagi. Makan pun aku jaga. Aku tak merokok. Buat apa aku nak makan suplemen?"

Dan macam-macam lagilah.


Ciksu dulu pun gitu gak. Tak ambil port langsung pasal suplemen-suplemen bagai ni. Tapi, bila dah start mengandung beranak, haa masa tu baru kau tau...Ye lah, bila mengandung misi kan bagi suplemen a.k.a vitamin yang 4 sekawan tu. Tu pun bukan faham sangat tujuan apa. Misi suruh makan kita makan je lah!

Itu kalau mengandung, habis yang tak mengandung ni?

Persoalannya sekarang, perlu ke makan suplemen???

Fakta #1

-> Harga ikan kembong yg fresh ~RM11/kg. Habis frozen pun ~RM8/kg
-> Harga daging lembu fresh ~RM28/kg. Habis import pun ~RM16/kg
-> Harga daging kambing lagi lah mahal ~RM33/kg. Tu pun import, belum yang local punya
(Sumber website FAMA: http://bit.ly/20JuiZC)

Dalam banyak-banyak daging, ayam daging lah sumber protein paling murah; ~RM6.80/kg. Sebab tu kebanyakan daripada kita makan lagi banyak daging ayam daripada daging-daging lain.

Tapi tahu tak apa masalah ayam daging zaman sekarang ni?

Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita dok makan ni disuntik hormon supaya cepat besar & berat pun lebih besar daripada dulu. Kerana, penternak nak ayam-ayam yang diorang jual ni lebih cepat besar supaya lebih banyak & lebih cepat untung. Kalau tak suntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes penternakan diorang tak balik modal.

Jaga lah makan macam mana pun, kita pasti akan makan daging-daging ayam ni jugak.

Dan sebab majoriti kita makan banyak daging ayam, bayangkan berapa banyak bahan kimia yang dah masuk badan kita SELAMA INI…???


Fakta #2

Dulu-dulu nak tuai padi 2 kali setahun je boleh. Sekarang, 4kali! Teknologi jadi makin maju sampai kita boleh percepatkan & gandakan tuaian. Namun, tahu tak apa kesan sampingan disebaliknya?

Masa padi hanya boleh dituai 2kali je setahun dulu, tanah-tanah sawah tu cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. Jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan takat boleh buat kita kenyang je, tapi juga boleh bagi cukup nutrisi.

Tapi bila dah sampai 4kali setahun, tanah tak cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2kali ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan tu makin kurang.

Petani kena buat macam ni sebab diorang pun nak untung jugak. Ye lah, dok kampung pun nak jugak pakai kereta, nak jugak jalan-jalan luar negara, etc.

Begitu jugalah pada apa-apa jenis tanaman pun; sayur sawi, sayur kangkung, buah tembikai, buah durian, etc. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang.

Nah, ini belum masuk buah-buah yang harganya murah-murah tu banyak guna macam-macam pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya, buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak sedap sangat. durian pulak direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak asyik dan sebagainya….


Fakta #3

Majoriti orang Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas & pasti kekal malas nak bersenam 7-hari akan datang. Paling-paling pun nak sedapkan hati “lipat baju bergunung-gunung tu kira bersenam lah tu” atau “hari-hari sapu/mop lantai peluh jugak tau”.

Ya peluh, tapi berapa sen je lah kalori yang terbakar kalau takat seterika baju sekolah anak-anak tu? Dan bandingkan lah pulak dengan berapa pinggan nasik lauk ayam yang kita dah telan hari tu? Belum masuk air manis, teh tarik madu special, kari kepala ikan terlajak laris, sup kambing super-power atau menu extra kalori macam roti canai bagai tau.

Segelintir yang rajin bersenam pulak suka buat kat outdoor, fresh air katanya. Tambahan pula, nak bersenam kat Gymnasium mahal, dekat RM200 gak sebulan. Lepas minyak pergi-balik kerja jugak tu.

Namun, tahu tak ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni? Asap kilang, asap jerebu & asap kereta. Lagi-lagi lah majoriti kita duduk dekat kawasan pekan/bandar sebab nak dekat dengan tempat kerja.

Tak payah susah-susah sangat fikir. Isteri yang asyik terdedah dengan asap rokok suami pun boleh kena kanser (ini mmg dah ada kes, bukan takat teori je). Apatah lagi kita rakyat marhaen yang pasti terdedah dengan asap kereta setiap hari? Dan memang kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca macam-macam penyakit pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian.


Vitamin / Suplemen bukan lagi pilihan, tapi KEPERLUAN utama zaman sekarang ni!

Kesimpulannya,

1. Kalau kita cukup bersenam sekalipun perlukan vitamin sebagai pendinding (tingkatkan imunisasi badan) lawan macam-macam penyakit. Shaklee ada nutriferon untuk ini.


2. Dah cukup makanan seimbang pun perlukan vitamin untuk detox macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Shaklee ada DTX & Set Detox juga.


3.  Hari-hari makan sayur/salad/buah pun perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman. Shaklee ada semua vitamin yang ada dalam buah tu.

Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita semua, keluarga kita & orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin.

Tambahan pula, kita dah tak hidup zaman atok/nenek kita yang suci murni tu. Kita sedang hidup di zaman pengilang, petani & penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyok. 


Lebih parah, situasi ni akan jadi makin teruk sebab semua pun tak sanggup nak:

-> belanja lebih nak tapis asap kereta sampai bersih,
-> biar ayam-ayam tu membesar secara normal, biar kecik pun
-> kurangkan hasil tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih

Tak sanggup, tak sanggup, tak sanggup!

Jadi, kita lah yang kena sihatkan diri sendiri dengan tak tinggal makan vitamin-vitamin ni.

Tapi ingat jugak, bukan lah maksudnya kalau makan vitamin ni tak mati-mati. Dah makan vitamin pun kita takkan boleh lawan kuasa Allah/Tuhan. Cuma vitamin ni lah 'insuran' yang kita ada supaya risiko nak kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah.

Daripada diserang sakit jantung esok lusa kalau skip atau tak makan vitamin, kepada kot nak kena stoke pun lagi 10-20 tahun lagi kalau makan vitamin; ok sangat dah tu. Sempatlah kita nak tunaikan tanggungjawab jaga anak-anak, mak/ayah, adik-beradik & paling penting TAUBAT secukupnya sebelum pergi meninggalkan dunia yg fana ini untuk selama-lamanya….


So nak beli vitamin?? Hubungi je Ciksu ye ;)

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan