Uri Nyaris Melekat - Pengalaman Bersalin Tak Boleh Lupa
Alhamdulillah...
Syukur, dengan izin Allah, Ciksu selamat melahirkan bayi perempuan pertama (selepas tiga orang bayi lelaki) pada 5 April 2017 yang lalu.
Nak ikutkan, sepatutnya kena induce tepat tarikh due sebab Ciksu ada GDM masa hamil. Mujur saja, hari yang sepatutnya doktor masukkan ubat induce tu, tanda bersalin dah keluar.
Pagi 4 April tu dah turun darah dan ada sikit sakit contraction. Selamat, kalau tak kena induce. Orang kata sakit. Wallahua'lam.
Makanya dari pagi tu sakit sekejap datang sekejap hilang. Lepas buang air boleh pulak sakit tu hilang. Ciksu ni kalau boleh nak beranak cepat je. Sebab dah dua hari tinggal anak kat rumah.
Menjelang petang tu, dah boleh rasa sakit makin kuat. Ciksu bertahan je tak pergi kencing.
Dah malam, masa tu tengok jam nak pukul 11, dalam masa setengah jam, 3-4 kali contraction, terus bagitau misi. Doktor cek dah 6cm, apa lagi, cepat je diorang tolak masuk dewan bersalin.
Alhamdulillah, tepat 1.44 pagi, lahirlah puteri pertama kami. Lega teramat sangat dah keluar seketul tu kan. Lepas tu proses nak keluarkan uri pula.
Entah macam mana, tiba-tiba misi kata uri susah nak keluar. Duduk jauh ke dalam katanya..Ayarkkk.. Dia tekan-tekan perut Ciksu, cuba tarik-tarik tapi takmo keluar. Nada suara tu macam gelabah je. Doc pun tengok jam berapa minit dah ambik masa.
Lepas tu doc pula cuba buat. Kuat juga dia tekan perut Ciksu, tapi uri still tak nak keluar. Dalam kepala otak Ciksu ni dah macam-macam fikir dah. Persoalan demi persoalan melintas dalam kepala.
Kalau uri lekat jadi apa? Kena operate ke? Takkan operate kot? Dah la sakit kat bawah, kang sakit ikut atas pulak.. Cuak giler rasanya.. Doc dengan misi pun dah buat muka cuak. Ciksu apa lagi. Huhu..
Dah lebih 20 minit masa tu, misi cuba lagi sekali. Sambil mulut misi terkumat kamit baca ayat apa tak tau, Ciksu pun duk baca juga doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu.
Laailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
Beberapa minit lepas tu, akhirnya uri pun keluar. Ya Allah lega rasa.
Uri melekat ni bahaya. Tak pernah terfikir sebelum ni sebab jarang dengar. Lagipun ikut doktor, uri melekat ni jarang berlaku.
Selain tumpah darah, uri melekat boleh mengancam nyawa!
Ada beberapa punca yang menyebabkan uri boleh melekat dan kebanyakan ada kaitan dengan rahim seperti uri tu sendiri tertanam pada lapisan otot rahim.
Maklumat lanjut mengenai uri melekat ni boleh rujuk pada tulisan doktor-doktor ye :)
Apapun, pengalaman bersalin kali ni tetap jadi satu kenangan yang tak boleh lupa. huhu.. Sampai rasa takmau beranak lagi dah haha..
Ciksu doakan ibu-ibu yang bakal bersalin tu, semoga selamat dan dipermudahkan semuanya ye. Banyakkan zikir dan doa. InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan