5 Simptom Jantung Bermasalah Semasa Hamil Yang Wajib Anda Tahu
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang ibu lepas bersalin yang meninggal sendirian dirumah, hanya ditemani 2 orang bayi kecilnya sahaja.
Pemeriksaan mendapati ibu tersebut mengalami masalah jantung dan paru-paru berair. Barulah kita tahu, penyakit kegagalan jantung selepas bersalin ini semakin meningkat. Saya percaya ramai antara kita yang pernah mendapat suntikan cair darah lepas bersalin kan?
Ia satu prosedur yang wajib diikuti untuk ibu berisiko bagi mengelakkan kejadian tragis seperti ini berlaku.
Masa mengandung, memang ada perubahan dalam sistem kardiovaskular kita. Ye la, placenta perlukan darah, bayi kita pun perlukan darah beroksigen untuk menyokong pertumbuhannya.
Namun begitu, dalam beberapa keadaan, jantung ibu akan jadi lemah dan salur darah akan membesar. Ini di namakan Peripartum cardiomyopathy. Paling teruk selalunya ia berlaku apabila ibu dah masuk bulan terakhir mengandung dan boleh berlarutan hingga lima bulan lepas bayi di lahirkan.
Cardiomyopathy ialah keadaan penyakit jantung dimana jantung kita tak dapat mengepam dengan baik. Oleh itu, ia akan beri kesan kepada organ lain seperti peparu, hati dan sistem badan yang lain. Ia boleh berlaku pada bila-bila tempoh subur wanita, tapi paling banyak apabila seseorang berusia 30 tahun ke atas.
Saya dulu, lepas bersalin, nyaris juga nak kena suntikan cair darah ni tapi pada masa tu usia belum cukup 35 so doktor kata tak perlu.
Bagi ibu yang sedang hamil, kena lebih banyak berwaspada dengan tahap kesihatan dan perubahan diri masing-masing. Jika mengesyaki ada sesuatu yang tak kena, segera beritahu doktor anda.
Ini ada beberapa simptom yang ibu mesti perhatikan semasa hamil.
1. Rasa lesu, tak bertenaga dan lemah
2. Degupan jantung yang laju atau berdebar (palpitations)
3. Kerap kencing waktu malam
4. Nafas pendek atau tercungap-cungap seakan 'tak lepas' apabila beraktiviti atau sedang berbaring
5. Bengkak pada buku lali dan sakit pada bahagian sendi
Simptom ini mungkin kelihatan biasa, namun boleh jadi luarbiasa. Oleh itu, jangan terlalu ambil mudah. Ingat, jantung boleh berhenti berfungsi bila-bila masa.
Semasa hamil, darah lebih mudah membeku. Keadaan ini berterusan hingga beberapa minggu lepas bersalin. Apabila darah membeku, ia akan menghalang salur arteri dalam peparu. Keadaan ini pula di panggil Pulmonary embolism. Ini punca kematian mendadak ibu lepas bersalin.
Jika doktor menyarankan agar kita mendapatkan suntikan cair darah lepas bersalin, maka ikut saja saranan doktor.
Ibu lepas bersalin kena banyak menggerakkan badan terutama kaki (untuk elakkan darah beku), banyak minum air kosong (tidak melebihi 2 liter sehari), makan makanan berkhasiat, dan tidak berpantang secara keterlaluan.
Sementara jantung masih sihat, jagalah kesihatannya selalu.
Dan bagi ibu yang sedang 'berperang' dengan segala kepayahan sewaktu mengandung ini, semoga anda dikurniakan bergunung pahala asbab sabar dengan ujian perlu di lalui. Tak lama lagi, si comel permata hati yang sekian lama di tunggu akan berada dalam pelukan ibu insya-Allah.

Jika ibu berminat mendapatkan Set Prenatal Shaklee, hubungi saya,
*Produk ini tidak betujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat sebarang penyakit.
-Puan Suhaila-
012-9645614
Tiada ulasan:
Catat Ulasan