Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Ad deen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ad deen. Papar semua catatan
Bersedekah adalah satu perkara yang amat dituntut dan digalakkan dalam Islam malah mana-mana agama pun.

Bersedekah adalah tanda kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada dan dalam masa yang sama kita menyerap sifat Al- Wahhab dengan menyebarkan pula rezeki yang kita terima kepada makhluk lain.

Lagi best, apabila kita bersedekah, kita bukan saja mencuci harta, malah dapat mencuci kolam jiwa kita juga. Sebab itu orang yang rajin bersedekah, dia akan rasa senang hati, bahagia dan berasa nak bersedekah terus menerus.

Bonusnya pula ialah, Allah gandakan lagi rezeki dan nikmatNya kepada kita dalam bentuk yang kadang kita sendiri tak terduga.

Apa pula pendapat Puan Lyna ni mengenai sedekah? Adakah dengan sedekah kita boleh jadi kaya?



Kadang-kadang kita rasa buntu kat mana lagi boleh kita bersedekah? Adakah perlu sedekah dengan wang ringgit sahaja? Kalau tak banyak duit macam mana pula?

Mungkin 30 idea ni boleh digunakan dan anda boleh tambah lagi ikut kreativiti masing-masing.

1. Senyum kepada setiap ahli keluarga dalam rumah kita. Ada orang memang payah nak senyum, Muka asyik kelat je. Macam mana nak pupuk kasih sayang kan? Rezeki pun makin menjauh.

2. Menulis kata-kata yang baik atau memberi nasihat. Gunakan mana-mana medium sosial yang ada baik facebook, whatsapp, twitter, instagram, blog, emel dan sebagainya.

3. Ringankan tulang membantu kerja-kerja di rumah.

4. Tolong sapu daun dan ranting di jalanan.

5. Tolong cuci tandas masjid

6. Memasak dan beri pada jiran

7. Sediakan selipar untuk dipakai di tandas surau atau masjid

6. Sedekahkan buku ke perpustakaan

7. Beri makan haiwan seperti kucing, burung, ikan

8. Sediakan kain telekung/ sejadah/ kain pelikat/ kain batik untuk dipakai di surau atau masjid

9. Bagi tips / makanan kepada tukang potong rumput, tukang cuci longkang, tukang cuci tandas, tukang isi minyak di pam minyak, tukang cuci di mall atau restoran, dan sebagainya.

10. Hidangkan makanan kepada rakan-rakan sepermainan anak kita

11. Memberi diskaun dalam urusan muamalah

12. Sedekah untuk ibu bapa atau belikan barang keperluan harian mereka

13. Memberi wang kepada mereka yang memerlukan


14. Mengajarkan ilmu yang kita tahu kepada orang lain

15. Mencium anak-anak

16. Mengusap anak yatim

17. Solat Dhuha

18. Berzikir termasuk tasbih, tahmid, tahlil dan takbir

19. Memasak dan menjemput tetamu makan

20. Memberi wang kepada anak-anak kecil

21. Membelikan barang keperluan di rumah sendiri

22. Sedekah Subuh dan Sedekah Dhuha (yang dilakukan dalam kedua-dua waktu berikut)

23. Memberi hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan

24. Memulakan memberi salam bila berjumpa orang lain

25. Berwajah manis dengan jiran tetangga

26. Menginfakkan harta yang ada kepada golongan fakir miskin dan anak yatim

27. Menyumbangkan kipas atau pendingin hawa di surau, masjid, sekolah, balairaya atau di mana-mana tempat yang memerlukan

28. Berdoa untuk ibu bapa, ahli keluarga, sahabat dan kenalan

29. Memberi pertolongan pada orang yang meminta tolong

30. Membina untuk pembinaan masjid, sekolah, rumah, perhentian bas dan sebagainya

Bersedekahlah dengan apa yang kita ada. Ikhlaskan hati dan Allah menilai setiap perbuatan sedekah kita.

Memberi di saat kita sendiri kesulitan adalah lebih baik. Yakinlah dengan janji Allah, dan insyaAllah Dia akan ganti double!

Jom berlumba-lumba berbuat kebajikan dan kreatiflah dalam bersedekah!

Salam sayang, anda kaya, bahagia dan berjaya!

Mama Su
012-9645614

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat di anjurkan oleh baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W).

Ramai yang tahu kelebihan Solat Dhuha. Pun begitu masih ramai yang liat betul nak buat. Banyak alasan betul melintas dalam kepala bila hati berbisik suruh Dhuha. Kerja banyak, sibuk melayan mesej WhatsApp, sibuk baca status Facebook, dan sebagainya.

Ada orang berpesan, kalau dalam hati terlintas nak solat Dhuha, terus bangun ambil wudhu dan terus solat. Walaupun ada bisikan-bisikan halus yang cakap, "eh kejap lagilah...lama lagi waktu Dhuha ni". Sebab kalau kita layan bisikan-bisikan tu, jawabnya memang sampai ke sudah tak buat.


Antara tips yang boleh dilakukan supaya diri itu tidak lagi liat dan malas untuk solat sunat Dhuha:

1. Set alarm.

Contohnya kita set nak solat Dhuha jam 10 pagi. Bunyi je alarm pukul 10 tu terus bangun ambil wudhu' tak kiralah kita sedang buat apa pun. Asal bukan dalam kereta sudah la.

2. Tulis dalam jadual harian (to do list)

Ini kalau kita ni jenis pelupa. Jadi selitkan acara solat Dhuha dalam senarai tugasan kita tu tadi.

3. Minta pasangan / kawan ingatkan

Semua orang ada grup WhatsApp atau Telegram, atau We Chat kan. Jadikan kebiasaan anda dan kawan-kawan untuk ingatkan sesama sendiri 'Dhuha timing'. Kan best, tengah-tengah bersembang ada kawan bagitahu "Dhuha timing, jom!" Sejuk hati dapat kawan macam gitu :)

4. Ingat Solat Dhuha sebagai satu sedekah

Kita tahu Allah bagi kita banyak sangat nikmat. Tak terhitung. Kita juga tahu, Allah akan beri pahala untuk orang yang suka bersedekah. Jika kita tak mampu nak sedekah dengan harta benda, sedekahkanlah diri kita sendiri ni untuk buat solat Dhuha. Ingat solat Dhuha ni sebagai sedekah, sebagai rasa syukur atas nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung itu.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud,

"Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah: tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Solat ni, bukan untuk Allah tapi untuk diri kita sendiri. Allah tak berkehendak pun pada kita, tapi kita yang memerlukan DIA.

5. Paksa rela buat hingga akhirnya terbiasa

Sekali sekala buat memang kadang-kala rasa malas dan liat. Cuba konsisten dan istiqomah, paksa diri untuk buat berturut-turut selama 21 atau 40 hari. Kerana menurut pakar motivasi seperti Dr. Fadhilah Kamsah, tabiat baru akan terbentuk jika kita biasakan diri buat selama 40 hari (ada kata 21 hari).

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Kita ni manusia memang suka ganjaran kan? Baru kita nak buat. Allah tahu tu. Maka Rasulullah bagitahu kita apa faedahnya kalau kita buat solat Dhuha. Saya ringkaskan kelebihan solat ni yang pernah diriwayatkan oleh para perawi.

Solat Dhuha dapat:

1. Allah jamin akan cukupkan keperluan-keperluan kita setiap hari

2. Menarik rezeki

3. Menolak kepapaan

4. Di ampuni dosa walau dosanya sebanyak buih di lautan

5. 12 Rakaat solat Dhuha Allah akan menyediakan baginya sebuah mahligai daripada emas

Cara Solat Sunat Dhuha

Waktu solatnya ialah daripada matahari naik sepenggalah hinggalah berakhir pada waktu sebelum matahari tergelincir, tetapi disunatkan melakukannya apabila matahari naik tinggi dan panas terik.

Jadi kalau kita di Malaysia ni buatlah pada bila-bila masa di antara jam 8 pagi hingga 30 minit sebelum waktu Zohor.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dilakukan dalam 4 rakaat, 6 rakaat, 8 rakaat, atau 12 rakaat.

Sebenarnya, memang seronok jika dapat melakukan solat sunat Dhuha. Itu tanda kita tak lupa kepada pemberi rezeki walau dalam keadaan kita sibuk bekerja sekalipun.

Apapun, semoga ibadat kita yang dilakukan secara ikhlas, diterima Allah, dan ditulis kebaikan daripadanya, insyaAllah.

Wallahu a'lam.


5 Tips Tak Liat Solat Dhuha

by on Februari 06, 2015
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang sangat di anjurkan oleh baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W). Ramai yang tahu kelebihan Solat Dh...

Assalamualaikum w.b.t

Semasa Aidilfitri yang lalu, saya dan geng sekolah berkumpul dan kami beraya dari rumah ke rumah. Sampai waktu Zohor, kami segera ke surau yang kebetulan berdekatan dengan rumah salah sorang kawan kami.

Selesai mengambil wuduk, terus saja saya ke ruang solat wanita. Agak terkejut saya kerana tidak ada sehelai telekung pun disitu dan saya pula tidaklah membawa telekung sendiri.

Jarang benar surau atau masjid di tempat kita tidak menyediakan keperluan solat terutama untuk wanita. Alhamdulillah mujur saja ketika itu saya memakai baju lengan panjang, skirt labuh yang tebal juga stokin. Alhamdulillah saya boleh bersolat seperti biasa. 

Di belakang saya ada seorang makcik yang sebelum itu keluar semula daripada surau untuk mengambil stokin juga.

Bersolat tanpa telekung masih agak janggal daripada pandangan orang sekeliling kita. Begitu juga dengan saya pada mulanya kerana kita tak biasa. Mungkin sama halnya dengan bersolat di jalanan atau bukan tempat yang dikhususkan untuk solat seperti surau dan masjid.

Tapi saya sering melihat foto kawan-kawan yang berada di luar negara bersolat tanpa telekung malah mereka bersolat dimana-mana saja tempat yang bersih. Yang penting kewajipan solat itu mesti diutamakan dan bagi wanita pakaian yang sah di bawa solat perlu dititik beratkan.

Ye lah, kalau berada diluar negara khususnya bukan negara Islam, siapa pula nak provide kemudahan seperti itu.

Sebenarnya Islam cukup mudah. Solat juga mudah. Cuma sesetengah kita rasa 'tak boleh solat' kalau tanpa telekung. Disinilah pentingnya kita memakai pakaian yang menutup aurat dan solat ready setiap masa jika tidak berada di rumah.

Pengalaman ini sebenarnya tarbiah yang berguna juga untuk saya. Sentiasa pastikan diri menutup aurat sesempurna mungkin apabila hendak keluar rumah. Kita boleh solat bila-bila masa (sebaik masuk waktu) dan di mana-mana.

Dan sebenarnya inilah pengalaman pertama saya solat tanpa telekung. Mungkin pelajaran pertama sebelum Allah izinkan saya ke luar negara kelak (101 impian). Siapa tahu kan? Allah selalu menyediakan kita sebelum di ujinya kita dan sebelum kita sendiri tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita kelak.

Wallahua'lam.

Salam sayang.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni kita out of topik la sikit ye.. Asyik cerita pasal bisnes je, jom keluar dari tempurung jap. Hari tu MS ada tulis pasal tajuk Grup Mak Tak Marah Anak dalam Facebook kan? (kalau ada yang baca la) haha. Grup yang sangat best terutama untuk mak-mak yang garang macam MS ni..

Panduan dan tips dalam tu, bila diingat-ingat insyaAllah boleh bagi cool down sikit time tengah naik angin dengan anak. Kesian anak kan?

Ok antara satu tips yang best yang di kongsi oleh rakan grup ialah amalan makan berjemaah atau lebih tepat lagi makan dalam talam. Amalan sunnah yang semakin di lupakan kan? Tapi rasanya anak-anak yang belajar sekolah agama masih praktikkan amalan ni kot. Ataupun dekat masjid-masjid. MS tak pasti sebab jarang nampak amalan ni dihidupkan dalam masyarakat.

Makan dalam talam mampu pupuk sifat kasih sayang antara adik-beradik -kredit foto Ummi Zubari
Buat ibu atau bapa yang ada masalah anak selalu bergaduh, bertengkar, bermasam muka, bercakaran, ber'smack-down' cuba praktikkan amalan makan dalam talam ni. MS pun teringin nak ajar anak-anak makan macam ni, tapi kenalah beli talamnya dulu. Hii..

Apa agaknya hikmah makan bersama-sama dalam talam ni ye?

1. Memupuk sifat kasih-sayang antara adik beradik

2. Adik-beradik belajar berkongsi. Selalu kan anak-anak ni suka berebut mainan. Dengan cara ni mungkin boleh latih mereka untuk berkongsi apa saja yang mereka ada

3. Mengeratkan ukhuwah antara mereka sebab bila makan sama-sama ni, mereka saling bercerita dan saling mendengar antara satu sama lain

4. Saling tolong-menolong dalam menghabiskan makanan

5. Mereka belajar untuk menghargai orang lain dan tak mementingkan diri sendiri. Iaitu dengan wujudnya sifat kebersamaan antara mereka.

6. Mengelakkan pembaziran.

7. Tidak makan terlalu banyak. Perasan tak bila makan ramai-ramai macam ni, kita akan cepat kenyang. Jadi sesuailah dengan saranan nabi suruh kita makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi mak-mak tak perlu nak hidangkan makanan terlalu banyak.

Amalan makan berjemaah ni juga boleh dipraktikkan oleh seluruh ahli keluarga termasuk suami isteri. Suami suap isteri, isteri suap suami, kan manis gitu. Anak-anak pun boleh suap mak dan ayah sekali kan?

Jom beli talam dan praktikkan amalan makan berjemaah bermula dari keluarga kita dulu.


"Sebab saya tengok orang boikot, saya pun boikot la..."

Deng! Ketuk kepala sendiri 5 kali.

Ketuk #1

Kesian..mudahnya terpedaya. Inilah akibat tiada ilmu. Firman Allah S.W.T,

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan" Surah Al-Hujurat: ayat 6.

Allah telah ajarkan kita, apa saja berita yang sampai ke telinga kita, selidik dahulu untuk mengetahui kebenarannya. Kerana ditakuti apa yang kita dengar/baca itu suatu fitnah. Amat malang kalau kita sendiri menyebarkannya sedangkan kita sendiri pun tidak pasti duduk sebenar perkara tersebut.

Jangan hanya disebabkan si penyampai seorang alim, ustaz, doktor, profesor atau apa sahaja pangkat di depan namanya, maka kita anggap semuanya benar. Ingat, yang terpelihara daripada dosa dan kesalahan itu cuma Rasulullah S.A.W sebab baginda dibimbing wahyu.

Masalahnya sangat ramai, malah amat-amat ramai yang tidak mengikut panduan Allah ini. Saya memerhatikan sejak sekian lama, apa sahaja berita 'panas' dalam media sosial, Facebook terutamanya, cepat sahaja disebarkan. Beberapa hari kemudian, barulah keluar cerita yang sebenar.

Apa faedahnya kita menjadi penyebar berita palsu? Ingin menambah saham pahala atau dosa?

Ketuk #2

Malas mencari kebenaran. Ini penyakit kronik yang melanda umat manusia akhir zaman ini. Semua berita di terima bulat-bulat. Lain halnya dengan orang berilmu dan beriman. Cuba tengok siapa yang menyebar berita-berita palsu terutamanya untuk meraih publisti dan glamer?

Amat kesal apabila ramai terlibat dengan penyebaran ini termasuk juga blogger. Oh, saya lupa. Blogger juga manusia. Yang sukakan pujian dan perhatian, tanpa pedulikan kebenaran.

Cuba pandang pula orang2 berilmu, dan bijak pandai..jarang sekali mereka melibatkan diri dalam penyebaran maklumat tidak berasas seperti ini. Anda boleh 'follow' Facebook mereka seperti Prof. Muhaya, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Abu Anas Madani, Dr. Mohd Asri (Dr. MAZA) dan ramai lagi pendakwah terkemuka.

Di mana nak cari kebenaran? Banyak membaca dan bertanya kepada ahlinya. Jika tidak puas dengan jawapan si pertama, tanya lagi kepada orang kedua sehingga kita sendiri puas hati dengan jawapan mereka.

"Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara)" Surah An-Nahl : ayat 43

Ketuk #3

Cepat menjatuhkan hukum. Apa lagi jika ia bersangkutan dengan sesuatu perkara terutama berkenaan agama. Ini halal, itu haram, ini dosa, itu pahala. Tebal sangatkah ilmu di dada kita?

Hukum halal haram jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Rujuklah dulu mereka yang benar-benar pakar dan ilmuwan dalam bab agama, yang telah berguru dengan ramai guru dan ulama. Bukan hanya merujuk Profesor Google atau Doktor Facebook sahaja.

Setiap perkara ada penjelasannya. Bukan sahaja yang tersurat malah yang tersirat yang kadang-kadang tidak tercapai oleh akal kita yang terbatas ini.

Seperti Surah An-Nahl di atas, ia mengajar kita agar beradab dalam menjatuhkan hukuman dan keputusan. Jangan terburu-buru atau mudah menjatuhkan hukuman dan keputusan tanpa terlebih dahulu bertanya kepada orang-orang yang arif. Ini kerana setiap orang ada keahliannya, maka hormatilah keahliannya dengan saksama.

Ketuk #4

Menyimpan kebenaran.

Ibarat lalat dan langau, yang busuk-busuk cepat sahaja dihidu. Sudah hinggap, membawa pula kotoran dan hinggap pada objek lain.

Tetapi apabila datang kebenaran dan penjelasan, ia dibiar sepi tanpa ada yang berminat untuk menyebarkannya. Lagi teruk apabila kita buat-buat tak tahu, dan buat-buat tak nampak padahal sebelumnya konon kitalah jaguh dalam menyampaikan kebenaran.

Semoga kita tidak tertimpa laknat Allah atas habuan dunia yang sedikit.

Ketuk #5

Malas menuntut ilmu.

Sama halnya dengan mencari kebenaran. Tetapi dengan ilmu yang dimiliki, kita akan dapat menapis maklumat yang sampai kepada kita sejak awal lagi. Sumber ilmu itu ada di mana-mana. Lebih baik dapatkan ia daripada buku yang bermanfaat atau berguru secara terus.

Memang ada perbezaan antara orang berilmu dan orang kurang berilmu dalam menerima sesuatu maklumat/berita. Orang berilmu dan beriman akan lebih tenang, tidak terburu-buru, mencari penjelasan dengan cara paling berhemah dan beradab, tidak menyebabkan kekacauan, tidak menyebabkan orang-orang lain terasa di zalimi.

Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yang amat mendalam maksudnya ini:

Ilmu bukan terletak pada jumlah guru, tersohornya guru, kitab yang dihabiskan, matan yang dihafaz, riwayat yang di ungkap, sijil yang dimiliki, semua itu hanya PINTU sahaja, namun ilmu SEBENAR adalah berapa banyak:-

  • yang DIAMALKAN sendiri
  • yang DIGUNAKAN untuk memandu ummah kepada kasih sayang dan redha Allah
  • yang DIGUNAKAN untuk memandu keluarga, rakan, saudara-mara dan masyarakat kepada cintakan kebaikan dan menghindari permusuhan
  • yang mampu MENGURANGKAN tohmahan dan prasangka buruk kepada sesama yang lain
  • yang ilmunya bukan hanya digunakan dalam bab ibadah khusus tetapi hal kenegaraan, politik, kehidupan seharian, dan kerjaya harian
  • yang MENINGGIKAN AKHLAK dan bukan menyombongkan
Bermula hari ini, mari kita rajinkan diri menuntut ilmu, mendengar ceramah, berguru, membaca bahan bacaan bermanfaat, dan mengamalkan ilmu yang kita ada itu dalam kehidupan seharian.

"Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" Surah Al-Mujadilah: ayat 11.



* Segala isu berkenaan Shaklee dan penjelasannya, anda boleh rujuk link berikut:


**Saya bertanggungjawab atas penulisan saya. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.



Kenapa Boikot Shaklee??

by on Ogos 21, 2014
"Sebab saya tengok orang boikot, saya pun boikot la..." Deng! Ketuk kepala sendiri 5 kali. Ketuk #1 Kesian..mudahnya terpeda...