Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Tips dan Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips dan Panduan. Papar semua catatan
"Pening kepala mama tengok korang ni, asyik menyepah je. Itu jelah korang tau! Mama penat tau!"

"Hari-hari jalan jem. Bosan wei! Korang ni naiklah motor, biar aku sorang naik kereta!"

"Sikit-sikit assignment. Apa dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Dah la WhatsApp customer tak sempat nak balas lagi nih. Fed-up betul!"

''Abang dengan kakak boleh diam tak? Kan papa tengah drive nih. Jangan bisinglah!"

"Bosanlah.. Dah macam-macam aku try. Tapi semua bisnes tak jadi. Kena mandi bunga agaknya aku ni.."

"Aku pun kena mandi bunga kot. Boyfriend asyik mintak putus je. Bila aku boleh kahwin macam ni. Target aku lepas grad ni terus nak kahwin.. "


Dan banyak lagi keluhan, rungutan, kemarahan yang terhambur dari mulut kita.

Sememangnya kita ni payah nak bersyukur. Patutlah kepala makin kusut, muka makin kedut, rezeki susah masuk, hidup berkecamuk.

Sedar-sedar rupanya kita dah tua dalam keluhan. Rupanya banyak masa dalam hidup kita terbazir hanya dengan merungut tak habis-habis.

Dan rupa-rupanya sel dalam otak dan pada muka pun banyak rosak sebab terpaksa melayan muka yg masam, kedut, mencuka, kelat macam kucing sembelit.


Kan kacak dan jelita kalau kita dapat senyum sentiasa walau dalam keadaan apa pun. Happy go lucky sampai orang lain ingat kita ni alien yang takde perasaan negatif langsung.

Bersyukur Rahsia Awet Muda Paling Senang

Percaya tak, hanya dengan menukar persepsi kita melihat sesuatu, kita dapat mengubah emosi kita, seterusnya dapat mengubah diri kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan bahagia?

Ini kerana dengan rasa bersyukur. kita dapat mengusir jauh semua tekanan yang kita sedang hadapi.

Tips SWITCH!

Ini yang sering saya buat kalau saya di'serang' dengan fikiran negatif melampau-lampau.

Kadang-kadang kita ni bukan tak mau jadi positif, tapi sebenarnya kita telah di hasut oleh suara-suara hati kecil kita sendiri. Dan lebih tepat lagi kita sering mendengar bisikan halus iblis di dalam hati kita. Haa nauzubillah...

Caranya ialah, apabila datang bisikan negatif cepat-cepat switch kepada ayat yang positif iaitu yang bertentangan dengan apa yang kita fikir/ rasa mula-mula tadi.

Contoh ayat negatif 1:

"Sikit-sikit assignment. Apa dia ingat aku ni tak de kerja lain ke? Dah la WhatsApp customer tak sempat nak balas lagi nih. Fed-up betul!"

SWITCH!:

"Alhamdulillah aku ada banyak kerja nak di buat. Ini bermakna orang masih yakin dengan aku dan Allah tahu aku mampu selesaikan perkara ni satu per satu. Aku insan hebat dan ada banyak potensi. jadi aku akan lakukan yang terbaik!"

Contoh ayat negatif 2:

"Pening kepala mama tengok korang ni, asyik menyepah je. Itu jelah korang tau! Mama penat tau!"

SWITCH!:

"Alhamdulillah, syukur Allah anugerahkan aku anak-anak yang aktif, sihat, lincah, bijak, kreatif, imaginatif. Aku tahu derang sedang belajar membentuk diri sendiri. Menyepahlah nak, nanti mama kemas. Buatlah apa kamu suka asal kamu bahagia. Mama tahu mama masih punya kamu dirumah ini, kamu masih ada di depan mata mama.."

Lain perasaannya kan?

Sebab tu orang yang selalu bersyukur adalah orang yang kelihatan muda. Bibir selalu menguntum senyum, hati selalu bersangka baik.

Dalam video ni ada tiga cara bagaimana kita nak mengoptimumkan perasaan syukur kita tu setiap hari supaya kita lebih gembira dan bertukar menjadi insan yang happy go lucky!



Best kan??

Nak panjang umur, sihat, awet muda, tenang, murah rezeki dan bahagia, banyak-banyakkanlah bersyukur walaupun dengan sekecil-kecil nikmat.

Salam sayang, anda kaya, bahagia dan berjaya!

012-9645614
Semua pasangan yang berkahwin mesti ada keinginan untuk mempunyai cahaya mata. Sama ada cepat atau lambat, itu semua terserah kepada Yang Maha Esa. Tugas kita manusia ialah melakukan semua usaha yang termampu dan berdoa kepada Allah supaya hajat kita dimakbulkan.

Tahap kesuburan berkait rapat juga dengan pemakanan yang kita ambil. Diet yang betul membantu penghasilan hormon dan memperbaiki tahap kesihatan lelaki dan wanita, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.

Diet yang betul juga membantu tubuh badan bersedia untuk hamil dan mengelakkan berlakunya risiko keguguran.


So, jom tengok apakah superfoods yang patut di amalkan untuk membantu meningkatkan kesuburan.

1. Beras perang
Sumber karbohidrat kompleks yang membantu memperbaiki kesuburan wanita dengan menggalakkan ovulasi yang tetap.

Beras perang juga mengandungi asid folik yang membantu dalam peredaran darah dan mengelakkan kecacatan bayi akibat tiub neural defect.

2. Susu penuh (whole milk)
Whole milk mengandungi jumlah tertentu kalsium yang penting untuk kesihatan reproduktif dan tulang.

Lemak daripada susu tersebut diperlukan semasa mengandung. Selain itu, anda boleh ambil full-fat aiskrim, yogurt dan keju. Ambil segelas susu setiap hari untuk dapat bekalan kalsium yang mencukupi.

3. Minyak zaitun
Lemak politaktepu membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan mengurangkan inflamasi dimana kedua-duanya membantu kesuburan.

Kajian menunjukkan pengambilan yang tinggi lemak politaktepu meningkatkan peluang untuk hamil.

4. Brokoli
Kajian menunjukkan makanan yang kaya vitamin C adalah sangat diperlukan bagi mereka yang merancang untuk hamil. Brokoli kaya dengan vitamin C dengan itu menggalakkan kesuburan.

Pada lelaki, vitamin C memperbaiki kualiti sperma dan melindungi sperma daripada kerosakan DNA. Pada wanita pula, ia mengurangkan risiko keguguran dan masalah berkaitan kromosom.

Brokoli juga kaya vitamin B, zink, kalsium, zat besi yang kesemuanya amat penting untuk wanita yang merancang hamil pada usia 30-an.

5. Tiram
Tiram sangat kaya dengan sumber zink yang sangat penting untuk hamil. Pada lelaki, zink membantu meningkatkan aras testosteron dan jumlah semen (air mani). Kekurangan zink boleh mengganggu kitar menstrual yang normal pada wanita, dan memperlahankan penghasilan sperma yang berkualiti pada lelaki.

Kajian juga menunjukkan paras zink yang rendah pada wanita meningkatkan risiko keguguran pada awal kehamilan.

6. Telur
Telur mengandungi vitamin D, yang berperanan dalam menggalakkan kesuburan. Kajian menunjukkan wanita tidak subur menderita kekurangan vitamin D. Telur juga kaya dengan antioksidan dan karotenoids yang menggalakkan kesuburan pada wanita.

Vitamin B12, Omega-3 dan asid folik dalam telur akan meminimakan risiko kecacatan bayi.

7. Salmon
Salmon ialah penggalak kesuburan terbaik. Ini kerana ia mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi dimana Omega-3 membantu menghasilkan hormon reproduktif, meningkatkan pengaliran darah ke organ reproduktif dan juga meminimakan stress.

Selain itu ia juga mengandungi nutrien magik iaitu selenium, sejenis mineral antioksidan yang melindungi telur dan sperma daripada serangan radikal bebas. Ia juga membantu mencegah chromosome breakage yang menyebabkan keguguran dan kecacatan bayi.


8. Kacang hitam (black beans)
Ia kaya dengan fiber yang membantu menstabilkan aras gula dalam darah, dan mengurangkan isu kesuburan seperti PCOS dan isu immunologi.

Ia juga kaya dengan protein. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan protein sayuran akan meningkatkan kesuburan, manakala mineral seperti folat, mangan, magnesium dan zat besi sangat diperlukan untuk anda yang merancang untuk hamil.

9. Kacang almond
Diet yang tinggi vitamin E menunjukkan peningkatan dalam kesihatan sel sperma. Kajian juga menunjukkan kekurangan vitamin E pada wanita boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Vitamin E melindungi sel telur dan sperma daripada kerosakan, serta melindungi embrio daripada keguguran.

10. Avocado
Avocado mengandungi asid folik yang tinggi, lemak monopolitaktepu serta enzim yang bagus. Asid folik (sejenis vitamin B) sangat membantu untuk menggalakkan kesuburan sama ada pada lelaki atau wanita. Asid folik juga membantu mencegah kecacatan tiub neural pada bayi.

Selain mengamalkan pemakanan yang betul, peluang untuk hamil juga akan meningkat jika anda:-

  • mengurangkan tekanan
  • mendapat tidur yang cukup
  • minum air mencukupi
  • bersenam secara tetap
  • menguruskan berat badan
  • berhenti merokok
  • berhenti minum alkohol
Berfikir positif, berdoa serta yakinlah anda bakal menimang cahaya mata selepas berikhtiar dan berusaha dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.

******************************************
Cepat Hamil Dengan Vivix

Pernah dengar Vivix? Vivix adalah suplemen anti penuaan eksklusif daripada Shaklee.

Bagaimana Vivix membantu untuk kesuburan?

1. Mengandungi sangat tinggi antioksidan yang bertindak mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas terutama sel dan tisu pada organ peranakan.

2. Menstabilkan hormon secara semulajadi

3. Memperbaiki semula sel rosak dari peringkat DNA.

4. Membantu masalah cyst, fibroid dan kewanitaan

5. Memberi tenaga kepada suami dan isteri

6. Membantu kesuburan suami terutama sel sperma yang rosak, perlahan, sedikit dan hilang hala tuju.

7. Bantu suami berhenti merokok dan memulihkan semula sel rosak akibat racun rokok.

8. Melancarkan perjalanan haid dan mengatur semula kitar haid lebih sihat

Ciksu cadangkan Vivix ni sebab kesan lebih cepat. Ada ramai pengguna yang dah berjaya hamil, Alhamdulillah.

Ini antara mereka yang dah berjaya hamil dengan Vivix Shaklee.

Testimoni 1:


Testimoni 2:

Testimoni 3:

Testimoni 4:

Jika berminat mendapatkan Vivix, harga RM475 sebotol. Anda boleh jimat sekiranya membeli 2 botol Vivix.

InsyaAllah saya akan bantu anda untuk hamil dengan cepat dengan memberi beberapa tip dan panduan penting.

Berminat dapatkan Vivix, hubungi saya;

012-9645614
ID:868994
Pengedar Shaklee Malaysia




kredit: www.top10homeremedies.com
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni kita out of topik la sikit ye.. Asyik cerita pasal bisnes je, jom keluar dari tempurung jap. Hari tu MS ada tulis pasal tajuk Grup Mak Tak Marah Anak dalam Facebook kan? (kalau ada yang baca la) haha. Grup yang sangat best terutama untuk mak-mak yang garang macam MS ni..

Panduan dan tips dalam tu, bila diingat-ingat insyaAllah boleh bagi cool down sikit time tengah naik angin dengan anak. Kesian anak kan?

Ok antara satu tips yang best yang di kongsi oleh rakan grup ialah amalan makan berjemaah atau lebih tepat lagi makan dalam talam. Amalan sunnah yang semakin di lupakan kan? Tapi rasanya anak-anak yang belajar sekolah agama masih praktikkan amalan ni kot. Ataupun dekat masjid-masjid. MS tak pasti sebab jarang nampak amalan ni dihidupkan dalam masyarakat.

Makan dalam talam mampu pupuk sifat kasih sayang antara adik-beradik -kredit foto Ummi Zubari
Buat ibu atau bapa yang ada masalah anak selalu bergaduh, bertengkar, bermasam muka, bercakaran, ber'smack-down' cuba praktikkan amalan makan dalam talam ni. MS pun teringin nak ajar anak-anak makan macam ni, tapi kenalah beli talamnya dulu. Hii..

Apa agaknya hikmah makan bersama-sama dalam talam ni ye?

1. Memupuk sifat kasih-sayang antara adik beradik

2. Adik-beradik belajar berkongsi. Selalu kan anak-anak ni suka berebut mainan. Dengan cara ni mungkin boleh latih mereka untuk berkongsi apa saja yang mereka ada

3. Mengeratkan ukhuwah antara mereka sebab bila makan sama-sama ni, mereka saling bercerita dan saling mendengar antara satu sama lain

4. Saling tolong-menolong dalam menghabiskan makanan

5. Mereka belajar untuk menghargai orang lain dan tak mementingkan diri sendiri. Iaitu dengan wujudnya sifat kebersamaan antara mereka.

6. Mengelakkan pembaziran.

7. Tidak makan terlalu banyak. Perasan tak bila makan ramai-ramai macam ni, kita akan cepat kenyang. Jadi sesuailah dengan saranan nabi suruh kita makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi mak-mak tak perlu nak hidangkan makanan terlalu banyak.

Amalan makan berjemaah ni juga boleh dipraktikkan oleh seluruh ahli keluarga termasuk suami isteri. Suami suap isteri, isteri suap suami, kan manis gitu. Anak-anak pun boleh suap mak dan ayah sekali kan?

Jom beli talam dan praktikkan amalan makan berjemaah bermula dari keluarga kita dulu.


Tips ini berdasarkan apa yang saya baca, dengar dan perhatikan. Juga bersumberkan tv seperti rancangan Prof. Muhaya, Prof . Dr. Fadhilah Hj. Mohd Kamsah dan buku-buku.

Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

1. Anak yang kurang penghargaan di rumah, akan cuba cari penghargaan di luar.

Dia akan mula mencari teman yang boleh menggembirakan dia dan berasa 'dihargai' apabila bersama temannya itu. Ini punca ramai remaja bercinta semasa sekolah.

2. Anak degil kerana kita degil dengan Allah

Semak balik hubungan kita dengan Allah, kalau renggang, bermakna semakin renggang hubungan kita dengan manusia. Apabila rapat hubungan kita dengan Allah, Allah akan merapatkan dan memudahkan hubungan kita sesama manusia terutama anak-anak dan suami.


3. Tidak dan kurang berdoa

Doa senjata orang mukmin. Ramai ibu bapa mengabaikan mukjizat doa. Berdoalah secara spesifik dan sungguh-sungguh terutamanya pada waktu mustajab berdoa. Sebut nama anak.

4. Masa anak tidur, bacakan surah di ubun-ubun

Baca Surah Al-Insyirah, Al-Ikhlas, surah Toha dan Surah Lukman. Selawat.

Sebelum kita tidur, hantar gelombang positif kepada anak kita. Pejam mata dan bayangkan apa yang kita nak bagitau anak kita. Ucapkan kata-kata yang lembut dan baik yang anak suka mendengarnya.

5. Dari kecil, anak mencontohi dan menyerap perangai kita

Seboleh-boleh elakkan berkata perkataan yang kesat dan kasar kepada anak. Elakkan juga tingkahlaku kasar di hadapan anak.

6. Jangan melabel anak

Label seperti 'pemalas', 'lembek', 'pengotor', 'bodoh', 'penakut' dan apa saja label negatif kepada anak akan menjadi sistem kepercayaan yang tertanam dalam minda anak kita. Sukar untuk mengikis kepercayaan ini dan apabila dewasa anak akan menjadi seperti yang kita selalu labelkan tersebut.

7. Anak suka bergaduh dari kecil

Kurangkan pendedahan  kepada televisyen terutama cerita berunsur ganas keterlaluan. Jangan biarkan anak menonton tv sehingga tertidur kerana visual ganas itu tadi akan masuk ke alam separa sedar anak kita.

Beri nasihat kenapa tak boleh bergaduh dan sebagainya. Ceritakan juga ancaman Allah dalam Al-Quran kepada orang yang tidak menyayangi orang lain. Banyakkan cerita kisah-kisah Nabi dan tauladan.

8. Anak suka mencuri

Semak balik punca rezeki yang kita beri anak kita makan. Adakah terdapat unsur - unsur syubhah dan haram walau sedikitpun. Apabila kita mengambil harta orang dengan cara yang salah dan orang tidak rela, beri makan anak kita, begitulah perangai anak kita nanti. Nauzubillah.

9. Biasakan anak ke surau, masjid untuk bersolat jemaah dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira peringkat umur supaya dia disayangi masyarakat.

10. Banyakkan guna perkataan bermaksud 'ajakan', bukan 'suruhan'. Kebanyakan manusia tidak suka disuruh-suruh/diperintah tetapi lebih suka di ajak bersama.

11. Jangan malu untuk puji anak walau dia buat sekecil-kecil kebaikan. Manusia memang suka di puji terutama anak-anak kerana dengan itu dia berasa dirinya diberi perhatian. Ini akan meningkatkan self-esteem diri anak.

12. Berkawan dengan kawan anak

Ajak kawan-kawan anak kita datang kerumah sekali sekala, jamu makan dan bersembang supaya kita dapat mengenali mereka.

13. Anak berperangai kasar

Kasar tidak terjadi secara semulajadi, ia terbentuk daripada suasana persekitaran sejak kecil. Jika ibu bapanya berperangai kasar, begitulah anaknya. Ubah diri sendiri dahulu.

Cukup lah setakat ini dahulu, InsyaAllah saya akan tambah lagi. Apapun, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mendidik anak bermula daripada diri sendiri. Jadi manusia yang baik, dapat jodoh yang baik, amalkan amalan yang baik semasa mengandung, makan makanan yang halal dan baik.

Seperti kata Prof. Muhaya, dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Kalau dalaman kita baik, insyaAllah luaran pun baik juga.
Kalau cerita bab kecantikan, awet2 muda ni pompuan mesti suka.. sape tak nak cantik? sape tak nak nampak muda? kan? biar berumur, asal muda. eh!

Ada beberapa petua semulajadi yang sangat senang untuk dilakukan:

1. Mandi pagi
Ini rahsia kenapa mak2 kita nampak muda, muka berseri, badan pun cergas. Sebab dorang mandi pagi, sebelum Subuh lagi dah mandi. Budak2 sekarang mana ada nak mandi pagi, semua mandi pukul 10 ke atas. Melainkan kalau pergi kerja/ sekolah pagi kan?

Selalu baca Quran pun rahsia awet muda jugak tau!


2. Suka minum air kosong/ suam
Air kosong melancarkan perjalanan darah dan oksigen dalam badan kita. Bila darah mengalir tanpa sekat2, maka kulit wajah jadi merah berseri. Kulit pucat sembap tandanya kurang darah atau darah tak berjalan lancar.

3. Rajin berpeluh
Orang yang banyak berpeluh, akan keluarkan toksin daripada peluh. Toksin yang ada dalam kulit akan dibuang, maka kuranglah kerosakan kulit. Oleh itu rajin-rajinlah bersenam ke, berkebun ke melompat ke berlari ke asal keluar peluh.

4. Sentiasa senyum
Ni rahsia awet muda Nabi Muhammad kecintaan kita. Sebab tu nabi tak pernah sakit, wajah sentiasa bercahaya, berseri bak bulan purnama. Saya tengok orang yang muka manis2, mudah senyum memang nampak muda. Kalau muka jenis masam mencuka, dahi berkerut, kening bercantum memang nampak tua. So banyak2kan senyum.. kalau tak biasa, praktis lah senyum depan cermin. Caranya, tarik bibir ke sisi kanan dan kiri sebanyak 2 cm, angkat tulang pipi, tunjuk gigi. Senang kan?

5. Jangan marah
Ingat tak lagu Tok Nil tu, "jangan marah-marah nanti cepat tua......" kan? memang pun. Marah menyebabkan badan jadi stress, jantung mengepam laju, hormon yang merosakkan tubuh dikeluarkan (lupa pulak hormon apa). Dah la cepat tua, cepat sakit pulak tu.. isk isk isk.. kesiannn...

6. Selalu berwuduk
Wuduk buat muka bercahaya, kesan dari air wuduk. Allah suka orang-orang yang suci, yakni berwuduk.

7. Baik hati
Hati yang ikhlas dan bersih memang terpancar ke wajah. Perasan tak dalam tv kalau watak baik2 hati semua orang cantik2 je..haha. Tapi orang yang baik hati disayangi orang, mudah dapat kawan, hidup sentiasa happy. Sebab tu dorang awet muda. Tak caya? Cuba jadi baik sehari tengok.

8. Sentiasa berfikiran positif
Orang yang berfikiran postif tak banyak fikir masalah. Orang yang takde masalah mestilah akan happy! Jadi, apa jua yang terjadi dalam hidup sama ada ujian atau masalah, ambillah ia sebagai cabaran, bukan masalah!

9. Solat jangan lupa, tiang ugama!
Apa kaitan awet muda dengan solat? Banyak kajian saintifik menunjukkan pergerakan dalam solat ada kaitan dengan kesihatan kita. Contohnya sujud membolehkan darah mengalir ke muka dan otak. Ini pun rahsia wajah berseri dan awet muda. Banyak lagi rahsia awet muda dalam solat, carilah buku yang bertajuk Sains dan Solat kat kedai buku ye ;)

10. Solat malam
Ini solat yang disukai Allah. Jika kita bangun solat malam (waktu afdal ialah 1/3 akhir malam i.e waktu sahur) ada gelombang2 elektromagnet yang melingkari kita. Allah tak suruh sesuatu kalau ia sia-sia. Pasti ada kebaikan tersembunyi. Rajinkan diri bangun solat malam. Lagipun doa waktu ni makbul. Doalah banyak2 supaya Allah bagi kita jadi muda sentiasa. Serius!

11. Makan ulam-ulaman
Makanan mentah seperti ulaman ni ada enzim yang hidup. Berbanding dengan makanan yang dah dimasak, enzimnya dah mati. Enzim kan mudah termusnah pada suhu tinggi. So enzim2 dalam makanan mentah seperti buah dan ulam ni akan bantu fungsi normal tubuh kita. Lagipun ia banyak kandungan vitamin dan mineral. Silalah jatuh cinta dengan ulam!

12. Makan antioksidan Shaklee
Ini point paling best! Shaklee ada produk anti-penuaan dan antioksidan yang mampu buat kita jadi sihat, segar, cantik, dan muda sentiasa. Cubalah Vivix, Collagen Powder, ESP, Vitamin C, Vita E, Carotomax, GLA Complex dan last sekali Alfalfa Complex untuk buang toksin.

Dengan gabungan ke semua 12 petua diatas yang anda amalkan, tak syak lagi, andalah orang paling cantik dan awet muda di Malaysia!!

Nak vitamin awet muda tu? Hubungi: 
Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ SuAnNajah
page/ Saya Mahu Sihat
butik.annajah@gmail.com
Masalah panda eyes ni hampir kebanyakan orang mengalaminya. Antara perasan atau tidak, pekat atau tidak je.. Dulu masa saya kerja 8-5 dengan tidur yg tak berapa nak cukup, panda eyes tu memang sangat kelihatan. Sampai saya beli Olay punya krim bawah mata tu tah ape bende namanya.. Mahal jugak tapi jarang pakai sebab selalu lupa. Bekas dia cantik, ada lagi jadi tempat simpan duit syiling 1 sen. ;)

Ada banyak kemungkinan sebab terjadinya panda eyes ni. Antaranya peredaran darah yang tidak lancar, kurang tidur dan keletihan, pengumpulan toksin dalam badan, alahan dan penggunaan ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Kalau nak tahu, kulit bawah mata ni nipis dan sensitif. Jadi sebarang peningkatan aliran darah boleh dilihat melalui kulit. Mungkin jugak masalah kesihatan dapat dikesan melalui panda eyes?? meh nak tengok mata korang ;)

panda eyes. hihiii


Untuk wanita macam saya pula, lebam bawah mata kadang2 ketara beberapa hari sebelum kedatangan haid. Jadi, untuk mengelakkan takungan air berlebihan, makanlah makanan yang bersifat diuretik seperti teh hijau dan kurangkan makanan bergaram, berkarbohidrat.

Air mencukupi
Air penting untuk elakkan dehidrasi. Selain tu air juga membantu proses pembuangan toksin berjalan lancar. pengambilan air dan serat membantu menyingkirkanbahan kumuh bertoksik dalam tubuh kita.

Jadi makanlah banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar seperti sayur hijau.

Kurangkan makan bergoreng, aiskrim, coklat, daging berlemak, makanan manis dan makanan proses.

Cukupkan tidur. Tidurlah selama 7.5 jam setiap hari dan tidur awal!!

Supplemen yang membantu:

Omega Guard: penting untuk memberi kesan pencairan darah supaya aliran darah dalam tubuh berjalan dengan lancar.

Collagen Powder: terbukti berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Carotomax: Antioksidan, berasaskan sayuran yang kaya beta karotena dan penting untuk kesihatan mata dan membantu mengurangkan lebam bawah mata

Nak hilangkan masalah panda eyes dengan Shaklee?? Hubungi saya Su 013-2369434 untuk dapat harga yang best ;))
Off topic ke tak ek..apa2 la..

Ni cara saya melatih anak saya Ammar ke tandas masa dia umur tiga tahun.. Rasa macam agak terlewat sebab ada orang anak dia boleh ke tandas lebih awal.

Masuk umur dia tiga tahun saya memang rancang nak ajar dia ke tandas sendiri, tak payah pakai diapers dah. Lagipun saya plan nak mengandung, agak letih nak gi basuk berak kencing setiap kali bila kandungan dah besar nanti.. Baik saya ajar dia awal2.

Rumah saya ni rumah flat, kuaters.Tandas pesen lama. Mangkuknya besar.Jadi bebudak memang seram nak qada' hajat dalam tu.. Fikir punya fikir, tnya member2 kat fb ada yg sarankan guna potty.. Petang tu jugak pergi cari kat Careffour yang rege lebih kurang RM6. Murah je, beli yang mahal pun jadi tempat buang t**i jugak.

Muhammad Ammar 1 tahun

Memang kena tabah la memula..lepas dia membuang satu hal pulak nak cuci. Balik kampung pun angkut bekas najis dia tu haha.. malu ngn kucing. Lama macam tu.. Sampai satu masa kami balik kg, saja tinggalkan bekas tu dalam kereta. Cakap kat Ammar abah lupa nak bawak. Nak tak nak ke tandas jugak la.. Mujur lagi masa tu kat rumah mak saya, rumah baru buat, tandas pun comel bersih je.. (kah2 sila jangan muntah)

Sejak hari tu Ammar dah berani ke tandas. Pujuk2 sikit la.. kena teman siap pegangkan tangan takut sangat dia terjerobos ke dalam lubang tandas. Lama-lama dah ok..

Baru-baru ni masa berjalan2 ke Tesco, terjumpa dengan parents Dania, kawan dia kat sekolah. Mak Dania cerita nak beli pampers untuk Dania pakai waktu membuang. Saya pun terkejut. Ohh rupanya kawan dia tu masih belum pandai membuang ke tandas. Umur diorang sama 5 thn.

Saya cadangkan kat mak Dania, cuba beli bekas potty tu mana tahu lama-lama nanti dia biasa la.. Sekarang ni tak tahu la apa cerita..lama dah tak jumpa mak dia.

Untuk ibu bapa yang masih buntu tak tahu camane cara nak biasakan anak ke tandas, boleh la cuba cara saya tadi.. Dan bila guna potty tu silalah bertabah kena hadap "benda" yang memualkan itu.

Demi melatih anak ke tandas... CAIYOKK!!


Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin berdebar dibuatnya kan? Semua nak sempurna dari luar dan dalam, dari diri sendiri ke khemah makan, dari DJ ke mak andam, semua nak teliti..maklumlah sekali seumur hidup...

Kadang-kadang pengantin ni terlalu excited dengan persiapan seperti pelamin, baju, khemah, kad kawin, hantaran sampai terlupa nak siapkan diri sendiri.. Padahal itu yang sangat penting.

Persiapan diri harus di mulai sejak awal lagi. bila? sebulan sebelum? atau setahun sebelum? Lagi awal lagi baguss. Contohnya, jaga kebersihan wajah, kecantikan kulit, dan dalaman seorang wanita.

Oklah beberapa tips kecantikan dan rawatan untuk bakal pengantin ..ni saya jumpa dalam majalah IbuBapa, mmg dah lama sgt ni cover girl dia Datin Juma (masa ni dia belum kawin lagi)..majalah ni entah wujud lagi ke idak tak pasti le pulak.

1. Buang toksin!
Toksin dalam badan akan akibatkan masalah kulit seperti jerawat, badan mudah letih, tenaga pun berkurang akibat sistem pengaliran darah terganggu. Bila pengaliran darah terganggu oleh toksin dan lemak, wajah pun muram, suram tak berseri.. Buanglah toksin dengan minuman herba ataupun makan Alfalfa  Complex Shaklee ;)

2. Menjaga mata
Antara masalah mata yang sering dihadapi oleh bakal pengantin ialah lingkaran gelap bawah dan sembap. Cukupkan tidur, rajin2kan diri minum air kosong. Nak lagi mudah, boleh cuba Carotomax dan Omega Guard Shaklee yang memang bagus untuk mata. Carotomax dan Collagen Powder pula boleh mengurangkan kesan gelap bawah mata..

3. Bibir
Bibir merah, bak delima merekah memang idaman wanita. Caranya, pakai SimplySiti.. hehe bukan, minum banyak air, jangan terlalu kerap menjilat bibir sendiri, sapu salap menthol supaya ia sentiasa lembap. Atau anda boleh juga mencuba B complex supaya aliran darah dan saraf di bahagian bibir menjadi lancar ;)

4. Rambut
Rambut putus, bercabang, kusam, kering, kusut sangat tidak indah di pandang..Nak2 lagi oleh suami sendiri.. erkk! Sebelum dilihat oleh suami akan rambut yg kusut itu, ada baiknya rawat dulu.. Cukupkan tidur, buat rawatan kulit kepala jika mampu. Kurangkan stress, dan jika rajin lakukan petua lama contohnya seperti melumur kepala dengan santan atau limau nipis. Untuk rambut gugur, anda boleh mencuba supplement Zinc, manakala untuk pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang sihat, anda boleh mencuba ESP.

5. Keserian wajah
Wajah yang berseri aset berharga wanita. Selalu berwuduk, bersihkan kulit wajah, jaga pemakanan, dan akhir sekali anda boleh memilih suplemen untuk kulit wajah seperti GLA Complex, Vitamin E untuk jerawat, Vitamin C untuk mencerahkan wajah dan membina kolagen serta Vitamin B complex dan Vitalea untuk tenaga dan nutrisi seimbang.

Kini, andalah pengantin paling berbahagia di hari perkahwinan.. Ingat, mulakan dari awal walaupun anda masih belum punyai calon suami..Kesihatan dalaman mengambil masa untuk pulih. Jadi, sediakan diri anda untuk hari bahagia nanti!

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb Su AnNajah
page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

**gambar takde lg..stress >__<
Assalamualaikum semua..

Untuk mengetahui dimana anda boleh mendapatkan kolagen yang terbaik di pasaran, anda harus tahu bagaimana ciri-ciri kolagen yang terbaik itu.

1. Anda boleh baca tips memilih kolagen yang bagus dan berkesan di sini

2. Bandingkan harga. Perlu diingat, anda mesti membandingkan secara adil dan saksama. Contohnya harga colagen berasaskan tumbuhan semestinya lebih murah berbanding yang lain tetapi ia susah diserap oleh tubuh. Bandingkan antara kolagen berasaskan rumpai laut dan sisik ikan red snapper. Ini juga bandingan yang tidak adil kerana rumpai laut mudah didapati, sedangkan red snapper hanya boleh didapati di lautan dalam. Tentulah ia lebih mahal.

Collagen Powder terbukti secara klinikal

3. Bandingkan teknologi yang digunakan. Anda mesti tahu bahawa kolagen semulajadi sudah tentu menggunakan teknologi yang tinggi dan untuk menghasilkan kolagen yang bermutu dan bagus, kos penghasilannya juga tinggi.

4. Bandingkan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya. Kolagen yang bagus mesti mempunyai sekurang-kurangnya antioksidan kerana ia bertindak lebih baik dengan adanya antioksidan. Kolagen yang bagus juga membekalkan kesemua ramuan penting seperti asid hialuronik, glukosamin, jisim molekul rendah (lebih mudah diserap), bebas additif, bebas perasa dan tiada kesan sampingan.

5. Bandingkan keberkesanannya. Lihat testimoni di sini. Anda mesti pilih kolagen yang berkesan dan telah terbukti secara klinikal. Kolagen itu mesti tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan yang buruk yang boleh membawa kepada jangkitan yang tidak diketahui.

6. Setelah berpuas hati, hubungilah pengedar anda ini, Suhaila 012-9645614 (SMS / WhatsApp)

Collagen Powder Shaklee terbukti berkesan, terbaik di pasaran, halal, selamat, tiada additif, tiada pengawet, tiada kesan sampingan!!

Promosi sepanjang masa, beli 3 dengan harga ahli, anda dapat keahlian percuma!!!
Assalamualaikum, salam bahagia..

Wah3..sangatlah happy apabila mengetahui bulan Disember ini adalah promosi Collagen Powder. Saya memang sangat admire ngn kolagen ni, tapi tengah kumpul duit nak beli.. memandangkan bulan Disember ni promosi kolagen, ada harapanlah saya mendapatkannya. Giler tak sabar. haha.. Jeles betul menengokkan wajah2 jelita mereka yang telah menggunakannya iteww!


Kenapa daku excited sangat? Sebab daku dah tahu ciri-ciri kolagen yang bagus dan baik untuk di ambil sebagai supplement.

Nak tahu apakah tips memilih kolagen yang SELAMAT, CEPAT BERKESAN, TERBUKTI SECARA KLINIKAL, SEMULAJADI, HALAL?? Let's check it out here!!!

1. Berapa tulennya kolagen itu?
Ada 2 sumber utama kolagen yang biasa terdapat iaitu bovine (lembu) dan marine kolagen. Kolagen berasaskan marine adalah 60% lebih tulen daripada kolagen lembu. Ia memang semulajadinya lebih mahal (namapun semulajadi) berbanding yang lain tetapi ia sesungguhnya sangat berbaloi dengan wang yang telah dilaburkan.

2. Kolagen ikan yang dihidrolisis lebih ulung
Kerana ia lebih selamat dan ideal untuk meransang pertumbuhan kolagen dalam kulit. Ia juga adalah kolagen pelbagai fungsi termasuk mengurangkan peningkatan risiko penyakit dan mengatasi masalah fizikal.

3. Jisim molekul MESTI LEBIH RENDAH daripada 1000 Dalton
Ini penting supaya kolagen tersebut lebih mudah dicerna, dan diserap ke dalam usus berbanding kolagen kompleks daripada kambing, lembu, khinzir dengan JM 400,000

4. Kolagen sumber ikan
Kerana ia mampu mempertahankan bentuk asal "triple helix", iaitu struktur yang SAMA terdapat pada kolagen manusia.

5. Menyediakan asid amino yang penting yang sukar untuk diperoleh daripada makanan.
Asid amino seperti prolin membantu membina struktur tisu dan mengekalkan fungsi sel. Asid amino arginin yang membantu tidur dan menggalakkan prestasi bersukan. Dan banyak lagi asid amino perlu.

6.  Mengandungi asid hialuronik
Asid hialuronik semulajadi mampu menyokong baik pulih tisu penyokong terutamanya pada sendi.

7.  Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan.
Ia adalah satu kriteria yang sangat penting dalam pemilihan kolagen yang berfungsi untuk menganjal dan menegangkan kulit.

8. Mengandungi bahan antioksidan
Vitamin C, sangat penting untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B2 dan B6 pula penting untuk membekalkan tenaga semasa proses pengeluaran kolagen dalam tubuh.

Cukuplah 8 kriteria ni dulu... Kalo banyak sangat, nanti memang dah sah2 semuanya ada pada Collagen Powder Shaklee.. hehehe..

Jangan tak tahu bahawa kajian klinikal menunjukkan ia berkesan dalam masa 8 minggu!! Kajian tak klinikal lebih cepat lagi.. tengok sajalah testimoni pengguna kami yang meletop nih.

Kajian lain pula menunjukkan ia mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80% dalam masa 66 hari!! ooohhh bayangkan kulit kita menjadi mulus, gebu, licin, putih macam baby baru lahir..(sila pejam mata dan imagine). Bestkan?

REBUT PELUANG KEEMASAN INI!! Beli 6 percuma 1, boleh juga dapat free membership dengan hanya membuat pembelian 3 kotak pada harga ahli!!!!

HUBUNGI SAYA CEPAT2 UNTUK MENGELAKKAN KEHABISAN STOK. JOM RAMAI2 KITA BERKOLAGEN!!!
SUHAILA 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
facebook.com/Su AnNajah
facebook.com/Saya-Mahu-Sihat

Assalamualaikum, salam bahagia..

Saya nak kongsikan dengan anda langkah-langkah hamil dengan cepat InsyaAllah, menggunakan produk GLA Complex dari Shaklee.



Sebelum itu, anda MESTI pastikan:
-kitar haid anda tetap setiap bulan (28-30 hari)
-tahu waktu subur anda iaitu pada hari ke 13-15 selepas hari pertama kedatangan haid. Pastikan anda catat tarikh hari pertama haid kerana jika anda mengandung, tarikh ini akan digunakan untuk menentukan EDD/ tarikh jangkaan kelahiran bayi anda nanti.
-dapatkan GLA Complex Shaklee (Harga Runcit RM91.25 [60 tabs])

**Kitar haid yang tidak normal/tetap juga boleh dibetulkan dengan GLA Complex

TIPS HAMIL LANGKAH DEMI LANGKAH

1. Mulakan sebiji GLA Complex pada hari pertama haid anda. Ambil sebelum tidur.

2. Teruskan sebiji sehari selama setiap malam sehingga hari ke-13 haid (waktu subur)

3. Berhenti mengambil GLA Complex.

4. Aktiviti suami isteri pada waktu subur.

5. Tunggu sehingga bulan berikutnya TANPA GLA Complex.

6. Jika haid masih datang, mulakan semula pengambilan GLA Complex (Langkah 1-5)

7. Jika haid tidak datang pada bulan berikutnya, lakukan urine test dan jika keputusannya +ve, bersedialah untuk orang ketiga, Tahniah!!

8. Berhenti terus daripada mengambil GLA Complex. (bagi pada suami je makan)

8. Silalah ke klinik untuk buat buku merah ;)

Anda boleh meneruskan pula dengan pengambilan set kehamilan Shaklee Trimester Pertama.

Pertanyaan/konsultasi/tempahan:
Suhaila : 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb: Su Annajah
fb page: Saya Mahu Sihat


Assalamualaikum, salam bahagia..

Ada banyak sebab kenapa hubungan suami isteri boleh menjadi dingin. Antaranya ialah masalah kewangan, masalah peribadi suami atau isteri, perubahan hormon terutamanya selepas melahirkan anak, sikap suami atau isteri, campur tangan orang ketiga dalam masalah rumah tangga, dan sebagainya..

Perkahwinan menyatukan dua hati untuk hidup berkasih sayang mengikut aturan Allah

Tidak kira sama ada pasangan itu baru sahaja berkahwin atau sudah bertahun2 mendirikan rumah tangga, pasti akan ada ketikanya konflik berlaku. Lebih malang apabila ia melibatkan anak-anak yang langsung tidak bersalah dalam hal tersebut. Jika tidak di atasi dari peringkat awal, perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Nauzubillah..

Saya ingin kongsikan beberapa tips, yang saya rujuk dari beberapa buah bahan bacaan termasuk dari buku tulisan Dr. HM Tuah "Membina Hati Bahagia" dan beberapa majalah tempatan.

1. Bercinta dan berkahwin untuk bahagia
Ingat kembali saat pertama kita bertemu dengan pasangan, atau kalau pernah bercinta ingatlah kembali saat2 indah itu. Dan fikirkan kembali sebab apa kita memilih dia sebagai pasangan sedangkan kita boleh memilih orang lain? Allah dah tetapkan jodoh kita bersama dia maka terimalah dia seadanya. Bayangkan kita dan dia akan bahagia bersama2 hingga ke syurga.

2. Selongkar kehebatan pasangan
Manusia itu Allah jadikan memang banyak kelemahan dan juga kelebihan tersendiri. Jadi, jangan terlalu memandang kelemahan pasangan bagaikan kita ini terlalu sempurna. Teroka isi hati pasangan dan cubalah memahami. Letakkan diri kita di dalamnya, dan kita akan lihat perbezaan itulah yang saling melengkapkan anda berdua..

3. Bertolak ansur
Orang yang tidak boleh bertolak ansur adalah manusia yang EGO. Lebih tinggi keegoan seseorang, lebihlah rasa untuk dia menang walaupun dia berada di pihak yg salah. Nilailah semula diri masing2 dan cuba bertolak ansur walaupun sedikit.

4. Jangan bersangka buruk
Al-Quran ada menyebut bahawa manusia diseru menjauhi prasangka kerana kebanyakan sangkaan itu membawa dosa. Jika pasangan selalu tiada di rumah, balik lewat, tanyalah dulu elok2 jangan diserang membabi buta. Ada seekor syaitan di dalam rumah yg kerjanya memang menghasut dan membisikkan kepada suami atau isteri supaya bertengkar dan berpecah belah. Jadi, siapa yang kita nak ikut? Jangan biarkan syaitan itu tersenyum kemenangan!

5. Mendidik hati
Keseluruhan diri mencerminkan hati. Jika hati baik, maka baiklah tingkah laku kita, jika hati kotor, maka buruklah perangai kita. Tenung ke dalam diri adakah kita ini terlalu baik, atau terlalu jahat terhadap pasangan kita. Jika buruk perangai kita, maka bersihkanlah hati. Bagaimana nak bersihkan hati? Banyakkan mengingati Allah.

6. Belajar bertenang
Hadapi masalah dengan penuh ketenangan. Fikir dengan rasional dan intelek, barulah kita akan jumpa jalan penyelesaian. Mohon pada Allah supaya diberi ketenangan. Fikiran yang kusut dan berserabut memang tidak akan membawa kita berjumpa jalan penyelesaian. Solatlah dengan khusyuk dan hudhur supaya solat itu menjadi amalan "out of the box" dan masalah akhirnya boleh diselesaikan.

Semai, siram dan bajailah kebun kasih sayang anda supaya kita dapat melahirkan generasi yang berjiwa penyayang dan membentuk umat yang di sayangi Rasulullah S.A.W.

Salam sayang,
Su..


Pssstt: Dapatkan set kasih sayang hari ini! Vitamin E dan Alfalfa yang membuat anda berdua senyum sepanjang hari ;)


Assalamualaikum..salam sihat semua..

Menjadi kurus mungkin idaman kebanyakan orang. Walaupun kurus tidak bermakna sihat, sekurang-kurangnya risiko berpenyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, buah pinggang) dapat dikurangkan setidak-tidaknya hingga 50%.

Tahukah kita bahawa di Malaysia 2 daripada 5 orang dewasa adalah obes? Manakala 1 daripada 7 rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis dan 1 daripada 6 kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit jantung!!!
 *sumber Shaklee booklet

Ramai yg ingin berdiet, ambil suplemen tertentu, berhenti makan makanan tertentu, dan sebagainya. Jom saya kongsikan apa yg anda harus buat jika ingin menurunkan berat badan.

1. Tetapkan matlamat jangka pendek / set target. Contohnya nak kurus dalam masa 3 bulan.
Kenapa 3 bulan? Sebab mana ada org boleh kurus dalam masa sehari..hehe.. Dan orang yang cepat turun berat biasanya akan cepat rebound balik. Letih la mcm tu kan?

2. Tahu bagaimana konsep sebenarnya penurunan berat badan iaitu lemak terbuang, otot terpelihara. Bagaimana nak buang lemak? Suplemen yang membantu dalam proses ini ialah Lecithin, dan Herblax.

3. Banyakkan minum air masak. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Jika berat anda 75kg, anda perlukan 3liter air kosong sehari. Fungsinya? Air diperlukan untuk menyerap nutrien dari diet harian/ supplemen yg kita makan. Air berperanan mengangkut segala lemak2 dan toksin keluar dari tubuh melalui usus. Sebab itu, ada sesetengah orang akan mengalami sembelit semasa proses ini.

4. Wajib ambil sarapan pagi. Jangan abaikan sarapan pagi kerana setelah tidur selama 6-8 jam, perut kita akan berada dalam keadaan berasid. Sarapan atau sekurang2nya segelas air akan meneutralkan keasidan perut buat seketika.

5. Jangan tinggal waktu makan. Ada orang takut untuk mengambil makanan setiap kali tiba waktu makan. Makanlah walaupun sedikit untuk mengelakkan starving mood. Paling tidak anda cuma perlu snek ringan seperti biskut / buah-buahan/ atau sayuran (salad).

6. Lebihkan fiber sehingga 75%, kurangkan karbohidrat sehingga 50%.
Jangan tinggal makan nasi. Makanlah sekurang2nya sekali sehari. Ini kerana nasi adalah sumber karbohidrat terbaik berbanding mee dan pasta. Karbohidrat juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Namun tidak boleh berlebihan. Jika anda makan nasi, lebihkan sayur2an.

7. Biasakan mengambil buah sebelum makan nasi. Ini kerana kandungan serat dan air dalam buah akan membuat kita berasa kenyang dan kita akan makan nasi dalam kuantiti yg sedikit sahaja.

8. Lakukan aktiviti fizikal untuk membakar kalori. Paling ringan, berjalan keliling rumah/taman selama 10 minit dan tambah masa selepas beberapa hari.

Untuk lebih jelas, tengok gambar di bawah ini:


Cara pengambilan produk Shaklee
1. Detox dahulu dengan mengambil Herblax sebanyak 4 biji. (Jika cirit birit kurangkan dos)
2. Ambil lecithin 2 biji dan alfalfa 2 biji pada waktu malam. (setiap malam)
3. Ambil Herblax semula 3 atau 4 malam kemudian. (2 kali seminggu sahaja)
4. Vitalea sebagai sumber multivitamin diambil sebiji setiap pagi.

Protein untuk pembinaan otot.
Adalah di galakkan anda mengambil sumber protein seperti ESP atau Cinch Shakes untuk membina otot.
Otot diperlukan untuk membakar kalori dan meninggikan metabolisme tubuh. Perlu diingat, jika berat anda turun tetapi tubuh menggeleber, itu tandanya hanya berat otot di turunkan. Masih ingatkah anda dengan kesan yo-yo? Jika lupa, baca di sini.

Jadi, anda sudah faham konsepnya, dan tahu caranya kan? Selamat menurunkan berat badan!!!

Untuk lebih tips dan panduan, boleh hubungi:
Su: 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb:www.facebook.com.su.annajah

Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Minuman soya amat digemari oleh kebanyakan dari kita. Pasaraya juga menjual pelbagai jenis dan jenama soya juga dengan pelbagai perisa tambahan. Tahukah anda kriteria soya yang bagaimana harus anda pilih untuk diminum? Jangan minum sebarangan soya kerana anda WAJIB tahu protein soya yang bagaimanakan diperlukan oleh tubuh.

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Kini, anda tahu soya yang bagaimanakah boleh diminum supaya khasiat sebenar soya dapat diserap oleh tubuh dan digunakan dengan sebaiknya.