Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Bentan lepas bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bentan lepas bersalin. Papar semua catatan
Set Bersalin atau Set Berpantang sudah menjadi satu keperluan wajib bagi ibu-ibu zaman sekarang. Di pasaran pun ada terlalu banyak set bersalin yang boleh dipilih yang mana ibu hanya perlu menyesuaikan dengan bajet sahaja.

Apabila memilih set bersalin, perkara yang mesti ibu pertimbangkan ialah sama ada:

1. Berbaloikah dengan nilai wang yang di keluarkan

2. Sejauh mana produk itu selamat untuk ibu apatah lagi bayi

3. Dapatkah produk itu membantu penyusuan susu ibu

4. Adakah produk itu benar-benar membantu pemulihan ibu dari segi dalaman dan luaran


Jika mengikut tradisi kita orang Melayu ni, amalan berpantang sangatlah ketat kerana mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, jika tidak betul-betul berpantang, badan akan mudah sakit. Jika tidak di masa muda, mungkin di masa tua.

Dari sudut perubatan pula, tempoh berpantang adalah tempoh di mana badan perlukan rehat yang cukup untuk proses pemulihan sama ada ibu bersalin normal atau ceaserean. Berpantang juga adalah untuk memastikan luka jahitan cepat sembuh dan memberi masa kepada badan untuk kembali segar, bertenaga selepas melalui tempoh hamil yang agak lama.

Jadi, pemilihan set bersalin atau berpantang mesti memenuhi keperluan seperti yang disebutkan di atas. Selain set bersalin yang berupa jamu, barut, tungku, herba, satu keperluan yang sering ibu terlupa ialah keperluan nutrisi yang lengkap.

Semasa berpantang, banyak sangat pantang larang terhadap makanan sehingga kita sendiri takut-takut nak makan bimbang 'masuk angin', 'sejuk', atau 'bentan'. Oleh itu kita sering abaikan zat yang badan sangat perlukan untuk pemulihan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin serta mineral.

Inilah sebab utama kenapa Set Bersalin Shaklee selalu menjadi pilihan kerana walaupun berpantang, ibu masih boleh mendapatkan zat dan nutrisi yang badan sangat perlukan.


10 Faedah Dan Kelebihan Set Bersalin (Postnatal) Shaklee Dari Sudut Perubatan

1. Protein membekalkan tenaga kepada tubuh badan serta menggalakkan penghasilan susu ibu.

2. Vitamin dan mineral seperti zat besi yang membantu badan membina sel darah merah dan mencegah anemia.

3. Asid lemak Omega 3 membantu melancarkan peredaran darah, mencegah darah beku, dan menggalakkan sistem imun yang sihat. Omega juga membantu badan cepat kurus!

4. Vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, luka episiotomi dan czer.

5. Kalsium membekalkan tenaga, mengurangkan sakit-sakit badan, sakit pinggang dan urat.

6. Magnesium membantu pergerakan usus yang sihat, dengan itu mencegah sembelit.

7. Alfalfa Complex bertindak sebagai penggalak susu, sebagai jamu yang membantu menguatkan faraj dan peranakan, membuang angin serta mencegah sembelit.

8. B Complex untuk penghasilan tenaga, anti-stress, membina darah 

9. Set ini secara keseluruhannya akan membantu menguatkan sistem imun ibu dan bayi serta menggalakkan pembinaan sel badan yang sihat.

10. Set ini juga membantu kecantikan kulit, serta mengembalikan fungsi normal hormon yang merudum selepas bersalin, menambah keserian wajah selepas bersalin.

Perlu diingat, pengambilan suplemen TIDAK menggantikan pemakanan seimbang. Walaupun mengambil set ini, ibu harus memakan makanan yang berkhasiat yang lengkap seperti nasi, lauk, sayur dan buah yang mencukupi.

Alhamdulillah, Set Bersalin Shaklee ni memang pilihan saya sewaktu berpantangkan anak ketiga dan keempat di samping turut mengamalkan amalan berpantang tradisional turun temurun.

Ramai ibu-ibu di Malaysia mengakui kesan positif setelah mengamalkan Set Bersalin Shaklee ni. Paling best, ia boleh di amalkan walaupun setelah habis berpantang juga.

Jika ibu-ibu turut nak merasa kesan positif dengan nutrisi yang betul, jom dapatkan Set Bersalin Shaklee ini. Ibu boleh hubungi saya bila-bila masa atau boleh order sendiri secara online.




Shaklee Malaysia
ID:868994

*Set ini mendapat kelulusan KKLIU 0597/2017
*Sila rujuk doktor atau bidan sebelum mengambil sebarang suplemen
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, atau mencegah sebarang penyakit


Waktu berpantang adalah waktu yang amat perit bagi wanita kerana bukan saja terpaksa menahan diri daripada membuat kerja-kerja rumah, bahkan juga terpaksa menahan diri daripada makan makanan yg sedap-sedap, apatah lagi ‘bersama’ suami.

Waktu berpantang ini sepatutnya menjadi waktu yang paling seronok bagi wanita kerana di layan seperti puteri raja, tapi akibat kecuaian yang sedikit kadang-kala boleh memakan diri.

Nak-nak pula kalau berani melanggar pantang dengan sengaja.Nak tunjuk badan tu kuat sangat kononnya. Memang cari penyakit namanya.


Apabila pantang dilanggar, bersedialah untuk terkena ‘bentan’.

Apa sebenarnya bentan?

Bentan bermaksud badan kita mengalami sakit semula tak kira waktu bila pun. Ada ibu mengalami  di awal atau akhir tempoh berpantang, ada juga yang terkena bentan selepas tamat tempoh berpantang 44 hari.

Kebanyakan wanita pernah terkena bentan. Ini kerana bentan boleh berlaku akibat tersalah makan benda yang  tidak sesuai dengan tubuhnya. Atau juga mungkin tersepak benda keras secara tidak sengaja.

Masa mama berpantang anak pertama dulu, bidan ada pesan, “Jalan elok-elok. Jaga ibu jari kaki jangan sampai tersepak benda keras”. Ada juga mama dengar kalau tersepak benda keras semasa dalam pantang, boleh sebabkan tumpah darah.

Tanda Dan Jenis Bentan

Antara tanda-tanda awal seorang ibu sudah bentan ialah, dia mula merasa badannya sakit-sakit dan berasa lemah. Kemudian diikuti rasa sejuk hingga ke tulang, boleh jadi menggigil dan demam. Rasa sakit-sakit itu bolehlah juga disamakan dengan sakit urat tapi keadaannya lebih teruk daripada itu.

Bentan berlaku sebab badan ibu masih lemah, belum sembuh sepenuhnya atau mungkin juga ibu tidak mendapat rawatan lepas bersalin yang sempurna.

Ada beberapa jenis bentan iaitu bentan urat, bentan peranakan, dan bentan urat besar.

Bentan peranakan ditandakan dengan rasa sakit pada peranakan akibat mengangkat objek berat, terjatuh atau terhempas. Bentan jenis inilah yang boleh menyebabkan rasa terlalu sakit pada ari-ari dan boleh jadi berlaku tumpah darah.

Bentan urat besar pula biasa berlaku jika ibu bersalin secara Ceaserean. Ia melibatkan urat di bahagian buluh rahim yang melalui pinggul. Ibu mungkin akan merasa sakit di bahagian pinggang dan atas belakang.

Bagaimana mengelak bentan?

    1.       Ibu-ibu mestilah banyak berehat, kurangkan buat kerja rumah dan mengangkat benda berat. Jangan banyak bergerak. Minta ibu, bidan atau suami tolong mandikan bayi.

    2.       Kebersihan ibu juga mestilah dijaga terutama dikawasan luka. Ikut nasihat doctor dan bidan bagaimana menjaga kebersihan dikawasan terlibat. Jangan tahan kencing.

    3.       Jagalah pemakanan dengan sebaiknya. Makan makanan seimbang dan berkhasiat, lengkap dengan semua keperluan nutrisi harian. Elakkan makan makanan dalam kategori ‘berbahaya’ contohnya kangkung, kacang panjang, terung, air batu, nangka, pulut, ikan yang gatal, nenas, telur dan sebagainya.

Apa yang boleh dilakukan jika bentan?

Bagi ibu-ibu yang telah habis berpantang, kita sangka kita masih selamat dari terkena sakit urat. Jadi, ramai ibu-ibu yang mula cuba-cuba nak makan makanan yang tak boleh dimakan semasa berpantang dulu. Tanpa mengetahui rupanya badan kita masih lemah dalamannya, walaupun luarannya nampak sihat dan kuat.

Tak semena-mena kita terkena juga bentan. Ini pernah dan kerapkali berlaku pada mama dan teman-teman mama sendiri.

Lagipun mama ni memang suka ‘try and error’. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dan tak serasi dengan badan mama. Walaupun baby dah besar, rupanya masih boleh berlaku bentan lagi.
Mujur saja mama ada Shaklee. Alhamdulillah..

Ok, jika ibu pun ada mengalami sakit urat tak kiralah semasa berpantang atau selepas berpantang, boleh cuba buat perkara dibawah:
  •        Bertungku atau mandi wap herba
  •        Berurut
  •        Berehat secukupnya dan tidur
  •        Ambil Ostematrix, Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee.
      Orang kata bentan ni akan beri efek masa tua nanti. Kalau salah makan, sekarang mungkin tak rasa. Tapi nanti bila dah makin berusia, badan mungkin boleh jadi lebih lemah, mudah sakit urat atau sakit-sakit badan hingga akhirnya terpaksa menanggung kesakitan tu seorang diri. Tentu tak mahu kan??


Kebaikan Set Postnatal Shaklee Premium

  1. Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran
  2. Membekal tenaga
  3. Mempercepatkan pengecutan rahim
  4. Melancarkan pengeluaran darah nifas
  5. Memanaskan badan
  6. Memulihkan urat dan saraf
  7. Membina semula sel yang rosak dengan cepat
  8. Menghilangkan stress dan tekanan
  9. Membantu tidur lebih lena
  10. Milk booster semulajadi
Set Bersalin Premium ini berharga RM582 (exclude postage). Ibu boleh dapatkan pada harga ahli jika terus mendaftar keahlian (RM65)

      Jaga pantang, jaga makan, bersenam seadanya, makan makanan berkhasiat dan amalkan suplemen, insyaAllah akan sihat sepanjang masa.

      Jika ada ibu-ibu yang nak dapatkan produk di atas, atau dapatkan dalam set bersalin Shaklee, hubungi Mama Su bila-bila masa pun. Khidmat nasihat sentiasa percuma ;)

     
ID Shaklee: 868994