Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat.

Kelmarin, saya ada baca posting oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di facebook mengenai hilangnya adab dan budi bahasa di kalangan pelajar sekolah yang di kongsi oleh guru-guru di dalam komen posting beliau.



Saya ada 4 orang anak, dan tiga orang antaranya adalah lelaki. Dah tentu saya turut risau kalau-kalau anak saya berkelakuan biadap dan tidak sopan.

Agaknya apa punca perangai anak-anak kita boleh jadi macam tu? Jika dengan guru sendiri pun mereka tidak hormat, bagaimana agaknya dengan orang lain.

Saya mula berfikir dan di bawah ni saya senarai antara sebab dan punca kenapa anak-anak ini boleh berlaku kurang ajar dengan guru.

1. Anak membesar dalam suasana 'keras' sejak kecil.

Ibu bapa selalu bergaduh, berbantah-bantah, membentak di hadapan anak, akan buat anak hilang hormat kepada kita.

Kalau dengan ibu bapa sendiri pun anak tak hormat, apa lagi dengan orang lain?

2. Anak kurang perhatian dan kasih sayang

Kemungkinan ibu bapa sibuk bekerja atau ibu bapa memang kurang layanan terhadap anak kerana menganggap anak dah besar, boleh bawa diri sendiri dan sebagainya.

Kalau kita yang dah tua-tua ni boleh merajuk dan terasa jika pasangan kurang perhatian pada kita, rasa-rasanya anak macam mana?

3. Pergaulan dengan rakan

Anak mungkin baik di rumah, tapi akibat tersalah pilih kawan, anak mula terikut-ikut perangai kawan di luar.

Tengok aje lah kes-kes buli yang pernah berlaku sebelum ni. Selalunya pembuli datang dalam kumpulan. Kalau dia sorang agaknya berani tak nak buli?

4. Ibu bapa bercerai

Sesetengah orang, perceraian atau kematian ibu bapa ni agak berat bagi dia. Bila ibu bapa bercerai, dah tentulah anak tak dapat kasih sayang dari salah seorang mereka.

Anak rasa kehilangan, menyisihkan diri dan terjebak dengan kawan yang salah.

Adalah penting, orang yang stay dengan anak tu bagi tumpuan 100% kepada dia jangan sampai dia rasa hilang kasih sayang.

5. Anak pernah jadi mangsa penderaan

Penderaan sama ada fizikal atau mental, boleh beri kesan besar kepada perangai dan tingkah laku anak.

Sebab anak tak dapat nak balas kepada pendera, dia mula balas dendam pada orang lain, terutama kepada orang yang di anggap 'mengganggu' hidup dia.

6. Ibu bapa sendiri yang tidak beradab dan tidak tunjukkan contoh yang baik kepada anak.

Anak perhati dan serap semua yang dilihat daripada kita.

Kalau kita sendiri jenis baran, pantang di tegur nak melenting, tak boleh silap sikit terus nak mengamuk, perangai inilah yang anak-anak tiru.

7. Ibu bapa 'spoil'kan anak dengan kemewahan tanpa batasan.

Oleh sebab sibuk, semua yang anak-anak minta kita wajib tunaikan. Tak boleh tidak.

Bila ibu bapa kata tak boleh, anak mula buat perangai dan akhirnya terpaksa juga mengalah dengan ikutkan juga kemahuan anak.

Lama-lama anak pun naik lemak.

8. Ibu bapa tidak mengajarkan adab dari kecil

Mata pelajaran adab dan akhlak memang ada dalam buku. Tapi praktikalnya ibu bapa juga yang kena ajarkan.

Kalau dalam buku lain, yang di ajar dirumah lain, anak tak boleh nak 'relate'.

Pembentukan adab dan akhlak dari kecil itulah yang akan sebati dalam dirinya.


Adakah anak-anak kita tergolong dalam golongan anak kurang adab hingga di benci guru? Nauzubillah.

Masih belum terlambat nak didik anak. Mulai hari ini,

❤ beri lebih perhatian dan kasih sayang pada anak

❤ sabar dan jangan cepat marah

❤ berkawanlah dengan anak, baiki komunikasi

❤ adakan masa berkualiti (our time) dengan anak setiap hari walaupun sekejap

❤ ubah diri kita dahulu, jadilah contoh ibu bapa yang lemah lembut dan bersopan santun

❤ rendahkan ego kita

❤ banyakkan berdoa, solat jemaah dengan anak, ajak anak ke masjid sama-sama

❤ sentiasa ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan dan apa aktiviti mereka

Jangan putus asa dengan anak. Teruskan berdoa dan sentiasa positif. Jika hari ni di takdirkan anak kita bermasalah, percayalah satu hari nanti dia akan jadi anak yang paling bermanfaat buat kita.

Yang penting kita usaha dulu jadikan keluarga kita, anak-anak kita, anak murid kita orang yang berguna.

Guru-guru pun kena maafkan anak-anak yang pernah buat salah dan biadap dengan kita kerana mereka ni aset dan masa depan negara.

Entah-entah bakal menantu kita.

Wallahua'lam.

Puan Suhaila,
Mengingatkan diri sendiri juga 😌.

8 Punca Anak-Anak Hilang Adab

by on April 12, 2019
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Kelmarin, saya ada baca posting oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di facebook mengenai hilangnya adab dan bu...

Terbaca tadi, kisah luar negara.
Ada budak umur belasan tahun bunuh diri sebab depression.
Tweet terakhir dia tulis, dia cuba nak cakap dengan mak dia, bagitahu yang dia tengah stress.
Tapi apa mak dia buat?
Mak dia cuma cakap, 'dah-dah la tu..'
Kita orang dewasa ni memang banyak stress sampai kita lupa anak kita punya stress pun tak kurang hebatnya.
Tempat rujukan, tempat mengadu diorang hanyalah kita.
Masalahnya kita selalu ego, abaikan apa yang diorang rasa dan tak nak dengar pun apa yang diorang cuba sampaikan.
Kita dulu pun pernah jadi remaja. Kita nak share sesuatu dengan orang yang rapat dengan kita.
Susahnya jadi ibu bapa ni bila kita gagal memahami anak kita, cuma berharap anak kita boleh setelkan sendiri masalah dia.
Anak akak pun meningkat remaja. Kadang-kala boleh perasan dia cuma nak bermanja dengan kita. Nak perhatian kita.
Kena lunturkan sikit ego kita, jadi mak ayah yang 'good listener' dan responslah kepada diorang sebagaimana yang kita nak diorang respons kepada kita.

16 Tanda Awal Depresi Pada Anak-Anak Yang Perlu Di Ketahui

Budak-budak memang kadangkala ada 'drama' mereka sendiri. Namun begitu, ramai juga ibu bapa yang tak dapat baca tingkahlaku anak sama ada itu hanya perangai biasa budak-budak atau memang sedang mengalami tekanan (depresi).

Tanda dan simptom depresi pada kanak-kanak atau remaja termasuklah:

1. Cepat meradang, cepat marah

2. Perasaan sedih, putus asa, hilang harapan secara berterusan

3. Hilang minat untuk bersosial

4. Terlalu sensitif dengan penolakan

5. Perubahan selera makan daripada biasa

6. Perubahan waktu tidur- sama ada terlalu banyak tidur atau susah nak tidur

7. Menangis dan menjerit

8. Hilang tumpuan

9. Lemah, lesu dan tak bertenaga

10. Merungut sakit perut atau kepala

11. Hilang minat terhadap aktiviti yang disukai

12. Rasa bersalah yang keterlaluan

13. Tidak boleh berfikir dengan betul dan fokus

14. Kerap menyendiri dan kurang bercakap

15. Selalu berfikir mengenai bunuh diri atau kematian

16. Prestasi menurun

Namun begitu, bukan semua pengidap depresi menunjukkan tanda-tanda ini. Kebanyakkannya menunjukkan simptom yang berbeza pada masa yang berbeza.

Keraplah mendampingi anak-anak kita walau sesibuk mana pun. Sediakan masa khas bersama anak untuk dengar cerita dan aduan mereka setiap hari.

Jadi ibu bapa zaman ini memang mencabar, insyaAllah dengan iringan doa, kita mampu laluinya.

Suhaila,
Mak anak 4 yang sedang meningkat remaja. 
Bismillahirahmanirrahim.

Melahirkan anak yang menjadi pencinta dan pendamping Al-Quran memang impian setiap ibubapa. Orang yang mahir ilmu Al-Quran, yang menghafaz di gelar sebagai 'ahlullah'.

Mari kita sama-sama dengan anak bergerak menjadi pencinta Al-Quran seterusnya mengamalkan dalam kehidupan.


Tip ini dikongsikan oleh Prof. Muhaya dalam facebook beliau.


1. Bercerita

Semua orang suka cerita. Al-Quran penuh dengan cerita dan kisah-kisah benar.

Ada cerita Nabi Yusuff dan adik beradiknya, Nabi Ibrahim dengan ayahnya, Luqman dengan anaknya.

Ada juga kisah tentang haiwan seperti semut yang berusaha, labah-labah, anjing, gajah, burung dan sebagainya. Anak-anak sangat suka cerita berkisarkan haiwan kan?

2. 1 minggu 1 akhlak Al-Quran
Pilih satu akhlak baik yang yang ingin di amalkan dalam keluarga. Baca ayat dan kaji sirahnya. 

Contohnya akhlak mentaati ibu bapa, akhlak bersabar apabila diuji, akhlak dengan orang lain dan sebagainya.

3. Galakkan anak baca Al-Quran setiap hari
Pilih waktu yang sesuai dan tetap contohnya selepas solat Maghrib. Satu family kena baca Quran waktu ini. Tutup gangguan seperti tv dan sebagainya. 

Bagi ciuman, pelukan atau pujian jika anak berjaya hafal surah.

4. Buat kuiz ringkas

Contoh berapa ayat dalam surah, surah apa yang mula-mula sekali, haiwan apa yang disebut dan sebagainya.

5. Connect pada surah tertentu

Sesetengah surah mempunyai keistimewaan tersendiri. Ceritakan kelebihan surah itu dan galakkan anak untuk hafal.

Contohnya surah Al-Ikhlas, Al-Mulk, Al-Waqiah, Al-Fatihah dan banyak lagi.

6. Penawar dan penyembuh
Contohnya apabila anak sakit, letak tangan di kepalanya, baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-nas, kemudian berdoa. 

Anak mempelajari hanya Allah yang akan menyembuhkan penyakit, dan penyembuhannya berlaku melalui kalimah dalam Al-Quran.

(Of coz dengan usaha lainnya juga, biiznillah)

7. Doa

Al-Quran penuh dengan zikir dan doa yang boleh di amalkan. Contohnya doa menaiki kenderaan.

Semasa baca doa tersebut, ceritakan ia dari surah Az-Zukhruf ayat 13-14.

Doa untuk ibu bapa, doa sewaktu kesusahan dan sebagainya.

Untuk melahirkan anak yang cintakan Al-Quran, harus dimuali dengan ibu bapa terlebih dahulu. Ibu bapa contoh terbaik untuk anak-anak.

Semoga Allah merahmati anak-anak kita dan membuka hati mereka untuk mencintai Al-Quran.❤️❤️

*****************
Di terjemah semula (dengan ayat sendiri ) daripada Hesham Al-Awadi, penulis Muhammad S.A.W: How He Can Make You Extraordinary.

#selfnote
#CiksuKongsi
Cuti sekolah dah bermula!

Anak-anak memang seronok. Boleh nampak keseronokkannya bila diorang boleh bangun awal pagi tanpa drama, boleh mandi tanpa di suruh, dan memakai baju cantik-cantik seolah memberi hint, 'jom la kita jalan mama'.

Tapi, abah awak kan kerja. Marilah kita duduk dirumah je sambil buat apa-apa yang patut.

Dan...hari pertama cuti bermula, mama hampir bertukar warna hijau dengan macam-macam perangai tiga hero ni. Kemuncaknya, bila nak keluar berjalan petang tu, mama dapati lipstik mama yang baru je beli dah patah kena tonyoh dengan anak jantan. Meletop teruslah mama.


Memang hari pertama tu mama banyak mengurut dada sambil mulut pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet sekejap kuat, sekejap perlahan. Rasanya kalau ada mesin cek tekanan darah, kompem asyik meninggi je. huhuhu

Mujur abah diorang balik kerja petang tu dan ajak keluar. Release juga stress mama. Sedikit.

Kami ke kedai buku Popular petang tu. Tujuannya nak cari buku yang kawan mama mintak tolong beli.

Sambil pusing-pusing, mengintai buku-buku yang ada, mata tertancap pada sebuah buku bertajuk 'Why So Serious, Parents?'.

Mama pun ambil buku tu, kelebet-depan belakang. Elok pulak sampai dekat part dia tulis (lebih 
kurang), 'Mama baru kemas rumah, mop lantai tiba-tiba anak tumpahkan air. Mama pun marah bla bla bla...'. 

Terus sentap mama shorang shorang kat situ 😂.
Dia tulis lagi, why so serious, semua benda kita nak marah. Okey masa ni mama terus teringat lipstik yang patah sebelum keluar rumah tadi 😁.

Tak cukup dengan tu mama di tegur Tuhan, malamnya bermimpi pula mama yang kena bebel. Tak ingat siapa yang bebel, tapi pedihnya menusuk kalbu.
Siap keluar sekali pengajaran, kalau kita tak suka kena marah, kena bebel, anak pun begitu juga. Mimpi apakah ini? Huhu.

Sejujurnya, memang mama berfikir mengenai anak-anak ni. Kita stress kenapa diorang susah nak dengar cakap. Kita cakap A, dia buat B. 

Sebenarnya kemahuan anak tak seiring dengan kemahuan kita. Cara berfikir kita pun tak sama. Sebagai mak, patutlah kita lebih memahami keperluan dan keinginan anak kecil kita. Tapi mungkin kita terlalu serious dan terlalu mahukan kesempurnaan.

Kasihan anak bila di paksa-paksa.

Cuti sekolah berbaki seminggu lagi.
Semoga hari ni dan seterusnya, mama lebih tenang, cool, rileks, tak serious. Tarik nafasssss, hembus!

Pada ibu yang nak dapatkan buku ni, bolehlah ke kedai buku berhampiran anda.




Boleh juga klik di sini untuk membeli secara online!


Why So Serious, Mama?

by on Ogos 28, 2017
Cuti sekolah dah bermula! Anak-anak memang seronok. Boleh nampak keseronokkannya bila diorang boleh bangun awal pagi tanpa drama, boleh ma...
Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat Facebook saya kerana beri saya idea untuk menulis tajuk ini. Saya sendiri yang minta, sebab entah kenapa terasa buntu pula nak menulis.

Saya ni memang seorang yang agak degil sejak kecil lagi. Kalau saya dah tetap pendirian, orang lain tak boleh ubah. Ini diakui rupanya oleh kakak saya. Pertama kali saya dengar dia mengaku yang saya ni memang seorang yang degil.

Asbab kedegilan saya itu, seringlah saya di marahi oleh emak saya. Ya, emak saya sangat garang. Kalau emak menjerit, boleh bergegar rumah kayu dua tingkat yang kami diami dulu. Masa tu barulah saya kecut perut. Tapi tetap degil. Heheh.


Berbeza pula dengan ayah. Walaupun garang tapi ayah tak pernah marah straight to the point. Selalunya ayah tegas dan perkataan yang ayah guna pun kadangkala boleh merobek hati gadis ini juga.

Oleh sebab sering dimarahi, selalu juga saya kecil hati. Kecil hati pun sekejap saja. Dia emak kita. Lambat laun kita cari emak semula.

Satu hari, saya bersedih sebab kena marah. Waktu itu lebih kurang jam 4 atau 5 petang dan saya sedang tidur. Emak tiada di rumah, masih belum pulang dari kerja. Dalam tidur, saya tiba-tiba terdengar lagu yang berbunyi,

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Terus saya terjaga dari tidur dan mendengar lirik lagu Jasa Bonda yang sangat meruntun jiwa itu sambil menangis. Terus saya terbayang emak saya yang semakin tua itu. Kasihan emak.

Ya, emak atau ayah takkan marah kita tanpa sebab.

1. Emak dan ayah marah kita mungkin sebab tak nak kita susah. Orang tua lebih dahulu makan garam dan kadangkala instinct atau deria keenam mereka selalunya tepat.

Pernah dulu, lepas grad, saya sibuk mencari kerja. Kemudian saya terbaca iklan untuk menjadi guru tadika di Selangor (Saya di Pahang). Berkobar-kobar semangat hingga saya terus telefon nombor dalam iklan tu buat temujanji.

Sebaik letak telefon, saya beritahu emak saya, saya nak jadi cikgu tadika di Selangor. Ada rumah disediakan dan sebagainya. Saya sibuk nak mengemas barang konon-konon esok juga saya akan naik bas ke sana.

Emak saya tiba-tiba menyinga dan cakap tak boleh. Mula-mula saya berdegil dan berkeras. Hampir meletus perang juga. Tapi bila nampak emak memang marah benar dan serius macam nak tembak saya, saya akur sambil muka masam mencuka. =D Kelakar pula bila diingat.

2. Mereka mungkin juga tidak mahu kita terbuat kesilapan yang sama seperti mereka pernah terbuat dulu. Emak dan ayah selalu mahu kita jadi terbaik. Atau sekurang-kurangnya buat yang terbaik.

3. Emak dan ayah mungkin marah sebab kita memang buat perkara yang salah. Boleh jadi salah disisi agama, undang-undang atau norma budaya kita sendiri. Lalu mereka marah sebab mahu kita buat perkara yang betul.

4. Emak dan ayah mungkin terlalu penat atau stress. Mereka bekerja mencari rezeki untuk beri makan kita, penuhi keperluan kita, tetapi kita buat perkara yang mereka tidak gemar, maka cepat saja mereka marah.

5. Emak dan ayah akan marah kalau kita degil dan tak dengar cakap. Di suruh berkali-kali pun tak buat juga. Siapa yang cari pasal?

6. Mereka marah sebab nak disiplinkan kita. Mereka nak kita ikut peraturan yang mereka dah tetapkan. Seperti di sekolah, cikgu akan marah kalau ada murid yang langgar peraturan. Sama halnya di rumah. Emak dan ayahlah guru kita.

7. Emak dan ayah marah, bukan sebab benci. Siapa yang tak sayang anak. Jika kita bersalah, mengaku saja dan minta maaf. Ya, emak ayah marah bukan sebab benci tapi tandanya mereka sangat sayangkan kita.

Jika rasa bersalah, minta maaflah dengan emak dan ayah.
Jika merajuk, sejukkan hati.
Jika dah lama tak menjenguk mereka, baliklah.
Jika marahkan mereka, maafkan kesilapan mereka.
Perhatikan kedut-kedut di wajah dan tangan mereka.


Umur kita tak lama. Jika bukan mereka yang pergi dulu, pasti kita. Kasihan emak dan ayah yang telah terlalu banyak berkorban sejak mengandungkan kita, hingga kita boleh hidup sihat sampai tua sebegini.

Emak dan ayah, keramat hidup kita.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi dulu meninggalkan kita. Jadi anak soleh, yang selalu mendoakan mereka.

***********
Terima kasih sahabat Facebook saya. Beliau juga Pengedar Shaklee seperti saya. Klik namanya ini untuk berkenalan dengannya ---> Wahidah Azizan

P/S: Jika berminat nak beli Shaklee atau mendaftar menjadi pengedar, hubungi:


012-9645614