Enter Keyword

Anak Pun Stress Juga. Kenali Tanda-tanda Awal Depression Pada Anak


Terbaca tadi, kisah luar negara.
Ada budak umur belasan tahun bunuh diri sebab depression.
Tweet terakhir dia tulis, dia cuba nak cakap dengan mak dia, bagitahu yang dia tengah stress.
Tapi apa mak dia buat?
Mak dia cuma cakap, 'dah-dah la tu..'
Kita orang dewasa ni memang banyak stress sampai kita lupa anak kita punya stress pun tak kurang hebatnya.
Tempat rujukan, tempat mengadu diorang hanyalah kita.
Masalahnya kita selalu ego, abaikan apa yang diorang rasa dan tak nak dengar pun apa yang diorang cuba sampaikan.
Kita dulu pun pernah jadi remaja. Kita nak share sesuatu dengan orang yang rapat dengan kita.
Susahnya jadi ibu bapa ni bila kita gagal memahami anak kita, cuma berharap anak kita boleh setelkan sendiri masalah dia.
Anak akak pun meningkat remaja. Kadang-kala boleh perasan dia cuma nak bermanja dengan kita. Nak perhatian kita.
Kena lunturkan sikit ego kita, jadi mak ayah yang 'good listener' dan responslah kepada diorang sebagaimana yang kita nak diorang respons kepada kita.

16 Tanda Awal Depresi Pada Anak-Anak Yang Perlu Di Ketahui

Budak-budak memang kadangkala ada 'drama' mereka sendiri. Namun begitu, ramai juga ibu bapa yang tak dapat baca tingkahlaku anak sama ada itu hanya perangai biasa budak-budak atau memang sedang mengalami tekanan (depresi).

Tanda dan simptom depresi pada kanak-kanak atau remaja termasuklah:

1. Cepat meradang, cepat marah

2. Perasaan sedih, putus asa, hilang harapan secara berterusan

3. Hilang minat untuk bersosial

4. Terlalu sensitif dengan penolakan

5. Perubahan selera makan daripada biasa

6. Perubahan waktu tidur- sama ada terlalu banyak tidur atau susah nak tidur

7. Menangis dan menjerit

8. Hilang tumpuan

9. Lemah, lesu dan tak bertenaga

10. Merungut sakit perut atau kepala

11. Hilang minat terhadap aktiviti yang disukai

12. Rasa bersalah yang keterlaluan

13. Tidak boleh berfikir dengan betul dan fokus

14. Kerap menyendiri dan kurang bercakap

15. Selalu berfikir mengenai bunuh diri atau kematian

16. Prestasi menurun

Namun begitu, bukan semua pengidap depresi menunjukkan tanda-tanda ini. Kebanyakkannya menunjukkan simptom yang berbeza pada masa yang berbeza.

Keraplah mendampingi anak-anak kita walau sesibuk mana pun. Sediakan masa khas bersama anak untuk dengar cerita dan aduan mereka setiap hari.

Jadi ibu bapa zaman ini memang mencabar, insyaAllah dengan iringan doa, kita mampu laluinya.

Suhaila,
Mak anak 4 yang sedang meningkat remaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan