Enter Keyword


Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin berdebar dibuatnya kan? Semua nak sempurna dari luar dan dalam, dari diri sendiri ke khemah makan, dari DJ ke mak andam, semua nak teliti..maklumlah sekali seumur hidup...

Kadang-kadang pengantin ni terlalu excited dengan persiapan seperti pelamin, baju, khemah, kad kawin, hantaran sampai terlupa nak siapkan diri sendiri.. Padahal itu yang sangat penting.

Persiapan diri harus di mulai sejak awal lagi. bila? sebulan sebelum? atau setahun sebelum? Lagi awal lagi baguss. Contohnya, jaga kebersihan wajah, kecantikan kulit, dan dalaman seorang wanita.

Oklah beberapa tips kecantikan dan rawatan untuk bakal pengantin ..ni saya jumpa dalam majalah IbuBapa, mmg dah lama sgt ni cover girl dia Datin Juma (masa ni dia belum kawin lagi)..majalah ni entah wujud lagi ke idak tak pasti le pulak.

1. Buang toksin!
Toksin dalam badan akan akibatkan masalah kulit seperti jerawat, badan mudah letih, tenaga pun berkurang akibat sistem pengaliran darah terganggu. Bila pengaliran darah terganggu oleh toksin dan lemak, wajah pun muram, suram tak berseri.. Buanglah toksin dengan minuman herba ataupun makan Alfalfa  Complex Shaklee ;)

2. Menjaga mata
Antara masalah mata yang sering dihadapi oleh bakal pengantin ialah lingkaran gelap bawah dan sembap. Cukupkan tidur, rajin2kan diri minum air kosong. Nak lagi mudah, boleh cuba Carotomax dan Omega Guard Shaklee yang memang bagus untuk mata. Carotomax dan Collagen Powder pula boleh mengurangkan kesan gelap bawah mata..

3. Bibir
Bibir merah, bak delima merekah memang idaman wanita. Caranya, pakai SimplySiti.. hehe bukan, minum banyak air, jangan terlalu kerap menjilat bibir sendiri, sapu salap menthol supaya ia sentiasa lembap. Atau anda boleh juga mencuba B complex supaya aliran darah dan saraf di bahagian bibir menjadi lancar ;)

4. Rambut
Rambut putus, bercabang, kusam, kering, kusut sangat tidak indah di pandang..Nak2 lagi oleh suami sendiri.. erkk! Sebelum dilihat oleh suami akan rambut yg kusut itu, ada baiknya rawat dulu.. Cukupkan tidur, buat rawatan kulit kepala jika mampu. Kurangkan stress, dan jika rajin lakukan petua lama contohnya seperti melumur kepala dengan santan atau limau nipis. Untuk rambut gugur, anda boleh mencuba supplement Zinc, manakala untuk pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang sihat, anda boleh mencuba ESP.

5. Keserian wajah
Wajah yang berseri aset berharga wanita. Selalu berwuduk, bersihkan kulit wajah, jaga pemakanan, dan akhir sekali anda boleh memilih suplemen untuk kulit wajah seperti GLA Complex, Vitamin E untuk jerawat, Vitamin C untuk mencerahkan wajah dan membina kolagen serta Vitamin B complex dan Vitalea untuk tenaga dan nutrisi seimbang.

Kini, andalah pengantin paling berbahagia di hari perkahwinan.. Ingat, mulakan dari awal walaupun anda masih belum punyai calon suami..Kesihatan dalaman mengambil masa untuk pulih. Jadi, sediakan diri anda untuk hari bahagia nanti!

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb Su AnNajah
page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

**gambar takde lg..stress >__<
Persoalan ini dipetik daripada majalah Pa & Ma.. saya kongsikan untuk anda..

Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya supaya menghentikan penyusuan susu ibu kepada bayi yang baru berusia lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan kedua-dua bayi kerana tubuh saya yang kecil. Soalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan merencatkan penghasilan susu ibu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?


Jawapan kaunselor laktasi:-

American Academy of Pediatrics menyarankan agar bayi diberikan susu eksklusif sepenuhnya pada 6 bulan pertama tanpa diberi sebarang sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan  meneruskan penyusuan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

Apabila seseorang ibu disahkan mengandung, kebanyakkannya sering berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan penyusuan atau menghentikannya. Setakat ini belum ada bukti yang mengesahkan bahawa penyusuan boleh memudaratkan kandungan. Namun jika ibu2 pernah melahirkan bayi pra-matang, hamil kembar atau menunjukkan tanda-tanda bersalin awal, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh meransang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh sebab itu ibu dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami 'mesej' daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang berniat untuk meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting seperti sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk ibu2 mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan  menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat mencukupi sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memebekalkan khasiat kepada kedua-dua bayi yang menyusu dan dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, biasanya sewaktu mengandung ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh faktor hormon. Malah, sewaktu trimester kedua susu itu akan berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah dengan mendadak dan ini menyebabkan bayi menceraikan susu dengan sendirinya.

Perlu diingat, jika ibu2 menyusukan bayi berumur kurang dari 6 bulan sewaktu mengandung, ibu perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur 6 bulan keatas pula biasanya akan berubah selera makan kepada makanan pejal memandangkan susu ibu semakin berkurangan.

sumber: Pa&Ma 2007.

p/s::kami ada set kehamilan yang sangat bagus untuk anda, hubungi:

Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
page:Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com
Omega-3 sebenarnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia perlu didapatkan dari pemakanan atau suplemen!

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.

Kesan kekurangan Omega-3 pada manusia:

Perkembangan otak
Satu daripada komponen penting otak adalah omega 3. Asid lemak ini membentuk struktur yang besar di dalam otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, otak tidak akan berfungsi secara optimum!

Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, autisme, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer!!!

Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Kesihatan jantung
Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Jika tidak mendapat Omega-3 yang cukup, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung!!

Masalah kulit
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Alahan
Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan.

Alzheimer
Juga dikenali sebagai nyanyuk. DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron. Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD (hiperaktif), dementia juga autisme.

Asthma
Asthma menyebabkan susah bernafas, semput dan batuk. Ini berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan  dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes. Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, juga mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar salur pernafasan.

Masalah berat badan
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimana? Ini kerana, apabila kita tidak mendapat Omega-3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. Ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sakit sendi
Apabila usia meningkat atau juga apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi. Omega-3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega-3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

Autisme
Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Simptom kekurangan Omega-3 yang lain
  • kelesuan
  • lemah ingatan
  • kulit kering
  • tekanan dan perubahan mood (mood swing)
  • peredaran darah perlahan
  • masalah jantung
  • diabetes
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

Haaa tengoklah banyaknye kesan jika kita tak cukup Omega-3 dalam makanan kita.. Cek2 tengok sekarang ni pun dh ada tanda2nya kan? Lagi buruk, ia boleh sebabkan kanser! Nauzubillah..

Cukupkan keperluan nutrisi harian kita..Mudah saja jika kita tahu caranya.. ;)

Untuk tempahan, hubungi:
Suhaila 013-2369434
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Ada orang bertanya,
" Awak makan vitamin banyak-banyak ni tak takut buah pinggang rosak ke?"

Untuk menjawab soalan ini, jom kita kaji apa sebenarnya buah pinggang dan bagaimana ia bekerja.

Buah pinggang terbentuk seperti kacang merah dibelah dua dan berada di bahagian bawah pusat ke arah belakang badan. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dipanggil homeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Proses ini memastikan tubuh kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta  mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Sebagai penapis, buah pinggang berfungsi menyerap bahan yang diperlukan oleh tubuh, dan menyingkirkan bahan yang tidak berguna.

Bagaimana buah pinggang bekerja? (masa bukak buku :P)

Arteri renal: membawa darah dari jantung ke buah pinggang
Tiub ureter: mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi (glomeruli)
Glomeruli: menapis cecair yang mengandungi glukos, asid amino, garam, dan bahan kotoran daripada darah

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.

Darah yang ditapis tadi kemudian keluar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing.

Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dipanggil sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Contohnya jika kita minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan akan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.

Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah  buah pinggang mengumpul air yang cukup.

Bagaimana kerosakan buah pinggang berlaku? 
Seperti organ utama yang lain (jantung, peparu, hati, otak) ia boleh rosak dan gagal berfungsi dengan baik akibat daripada penyakit kronik. Selalunya buah pinggang gagal menapis bahan bahan yang tidak diperlukan.

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit seperti:
  • keturunan
  • jangkitan bakteria dan kuman
  • kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi
  • kerosakan disebabkan penyakit diebetes mellitus
  • penyakit lain yang berjangkit ke buah pinggang (seperti kanser)
  • mengambil terlalu banyak bahan bertoksik seperti asam berlebihan dari makanan jeruk, bahan2 racun serangga dalam sayuran dan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan segera, dll.
  • rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, antibiotik, steroid, dadah dan lain2 sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia mampu menyerang dewasa atau kanak-kanak dan sama ada orang itu sihat atau sakit dan bagaimana corak hidup seseorang itu sekarang.

Berbalik kepada topik kita, berbahayakah buah pinggang jika kita terlalu mengambil banyak vitamin?
Saya sendiri sedang mengamalkan vitamin B,C, E, mengambil protein tambahan serta kolagen. 

Sebenarnya, jika kita mengambil apa sahaja makanan secara berlebihan apatah lagi makanan yang tidak baik untuk kesihatan, mengandungi terlalu banyak bahan kimia berbahaya, perasa tiruan, pewarna tiruan, dan entah apa lagi bahan kimia yang 'disembunyikan' oleh pengeluar/pengilang, bukan saja buah pinggang yang rosak malah jantung, otak, hati pun turut rosak sebab tak dapat nak tapis bahan-bahan mengarut yang kita makan tadi.  

Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu merosakkan badan kita. Sebab itu kita WAJIB ikut dos yang disarankan. Bukannya semakin banyak vitamin kita makan, semakin baik untuk kita. INI SALAH!

Perlu diingat bahawa vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

Dan, sebab itu juga kita WAJIB mengelakkan makan vitamin sintetik kerana ia datang dari bahan kimia yang telah 'disatukan'. Beralihlah kepada vitamin semulajadi yang lebih mudah diserap oleh tubuh kita.. ;)

Pertanyaan mengenai vitamin semulajadi Shaklee boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Ok, hari ni nak bagi free tips tentang bagaimana nak kurus dengan free, tanpa keluarkan apa2 modal membeli suplemen. Eh boleh ke nak kurus tanpa suplemen? Sangat boleh sebab suplemen hanya membantu mencukupkan keperluan nutrisi dan membantu mengurus diet anda, tetapi pokok pangkalnya ia bergantung kepada anda juga... kalau beli suplemen harga rm1000 tapi malas nak jaga makan, bersenam dan sebagai nya, jangan salahkan suplemen jika berat naik semula..sendiri mau ingat la kan!

Lagipun sekarang ni banyak sangat scammer product yg mana bila makan suplemen 5 hari dah kurus! nonsense! Kevin Zahri pun bagi tempoh turun berat badan sebanyak 5 kilo je dalam masa 5 minggu okey! jangan terjebak dengan product scammer, duit melayang, badan makin tembam!
(Nak makan sangat pilih Shaklee ihiks ;)

No.1 : Perlahan-lahan
Tukar hidangan atau menu harian anda, tapi secara perlahan. Contohnya pagi kita biasa makan nasi lemak sebungkus, air nescafe; tukar kepada jus buah oren atau strawberi atau sebagainya. Nak best lagi minum jus dulu sebelum menyantap nasi lemak.

Tambah produk tenusu dalam bekal makan tengah hari anda. Contoh nasi + sayur lebih+ lauk + susu kocak atau soya.

Tetapkan satu hari dalam seminggu untuk makan ikan sahaja.

Brunch: makan snek berkhasiat seperti kekacang atau bijirin gandum kurang manis.

No.2: Air kosong
Sangat penting untuk kurus! Cukupkan 8 gelas sehari. Caranya; segelas sebelum gosok gigi, kemudian bahagikan 1 gelas setiap jam. Jika anda peminat tegar air soda, tambah sedikit minuman tersebut dalam air kosong anda.

No.3: Warna warni!
Warna warni buah dan sayur ada makna dan khasiat tersendiri..Semasa shopping cukupkan 4 atau 5 warna sayur/buah yg berbeza.

Tetapkan 1 warna 1 hari. Contohnya isnin merah, dengan epal, carrot atau strawberi, selasa unggu untuk terung dan anggur, rabu kuning untuk jagung dan pisang dan seterusnya.

No.4 : Kurangkan mengunyah!
Memang ada orang yg tak boleh diam asyik nak mengunyah je. Caranya kunyah gula-gula getah tanpa gula dalam mulut. Kira berapa keping makanan dan berhenti serta merta setelah sampai kepingan ke 10! Atau boleh juga sibukkan tangan pegang air atau benda2 bukan makanan.

No. 5: Tetapkan pendirian
Dapatkan sokongan ahli keluarga atau rakan, berkongsi idea dan rancangan anda untuk aktiviti 'projek kurus' anda. Tinggalkan semua godaan dan kegemaran seperti minuman soda, airkrim, kentang goreng, burger, makanan segera, dan makanan yang tidak sihat. Lakukan aktiviti sosial yang tidak melibatkan makanan.

No.6: Bergerak!!
Berjalan kaki 30 minit setiap hari pada kebanyakan hari. Parking kereta jauh-jauh, guna tangga bukan lif.

Ambil ujian seperti pemeriksaan kolesterol, prostat, pap smear, jantung dan sebagainya untuk memantau tahap kesihatan anda.

Rehat secukupnya! Tidur membantu mengecas semula tenaga tubuh dan jiwa, kekalkan kesihatan dan menangani tekanan.

Jika anda mahukan bantuan suplemen Shaklee, jangan teragak2 agak menghubungi saya! Kami ada set kurus yang hebat ;)

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
page: Saya Mahu Sihat
Assalamualaikum, salam bahagia..

Hari ni nak bagi review sikit tentang Vitamin Shaklee ini memandangkan masih ramai yang tertanya-tanya dan was-was tentang pengambilan suplemen atau makanan tambahan khususnya vitamin semulajadi Shaklee.

Shaklee adalah syarikat pengeluar produk kesihatan No.1 di Amerika Syarikat dan menjadi pelopor kepada industri nutrisi mesra alam, produknya tercipta daripada sumber-sumber semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan juga bebas bahan-bahan kimia berbahaya yang kebanyakannya ada pada semua produk dirumah kita.

Lebih 50 tahun dalam industri ini, dan telah beberapa generasi keluarga yang telah mendapat manfaat kerana produk ini terbukti selamat dan berkesan. Ini kerana Shaklee melaburkan berbillion dollar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), lebih 80,000 ujian QC, lebih 100 kajian klinikal yang telah diterbitkan, 55 produk paten, 54 pingat emas olimpik. (Shaklee tidak melaburkan duit untuk pengiklanan di tepi jalan kerana lebih baik membayar bonus kepada pengedar setiap bulan).



Produk Shaklee juga terjamin TIDAK mengandungi kandungan berbahaya seperti yang diterbitkan oleh US FDA seperti SLS, SLES, paraben, formaldehyde, musks dan sebagainya.

Keberkesanan produk telah terbukti dengan 100 kertas kerja saintifik, dan hampir kesemuanya telah diterbitkan dalam jurnal. Kajian 2007 Landmark dengan kerjasama Sekolah UC Berkeley Kesihatan Awam menunjukkan mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan LEBIH BAIK daripada mereka yang mengambil makanan tambahan jenis lain.

Untuk pengetahuan anda juga, Shaklee adalah syarikat pertama  di dunia yang menjadi iklim Neutral diperakui sepenuhnya mengimbangi pelepasan karbon dioksida CO2, mengakibatkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar.

Oleh kerana ia mesra alam, produk Shaklee dijamin tiada perasa tiruan, tiada pemanis tiruan, tiada ujian pada haiwan, tiada bahan kimia berbahaya, pembungkusan bebas bisphenol-A, phthlates dan dakwat toksik juga boleh dikitar semula.



Kini semakin ramai yang percaya pada Shaklee setelah menggunakannya kerana ia memang terbukti berkesan. Satu-satunya jenama yg boleh dipercayai!


Hehe mentang-mentang promosi Omega bulan ni, tiap2 hari nak cite pasal Omega, Omega-3, minyak ikan dan sebagainyalah!! Saya memang excited..saya suka..saya suka..saya suka!!

Sebab apa saya kata ia minyak ikan terbaik? Sebab-sebabnya ialah:

1. Omega Shaklee adalah daripada ekstrak ikan2 saiz kecil. Kenapa? Sebab ikan saiz kecil mengandungi sangat sedikit logam berat dan toksin dalam spesis terkecil rantai makanan.

2. Ia di proses dengan kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal dengan teknologi terkini! Dalam bahasa lain, dengan kaedah penyulingan proprietari tiga molekul!!

Proses ni istimewa sebab ia boleh ekstrak omega yang paling tulen (jarang dibuat oleh syarikat lain sebab ia proses yg mahal), dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti-plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl) iaitu bhn buangan kimia industri yang sangat berbahaya.

3. Omega Shaklee adalah ekstrak isi ikan, "flesh fish", bukan ekstrak organ ikan seperti hati. Hati adalah tempat pengumpulan bahan-bahan toksik berbahaya juga pengumpulan lemak.

4. Omega Shaklee adalah ekstrak ikan bebas lautan sejuk seperti sardin, makerel, hering, anchovies. Kebanyakan syarikat menggunakan ikan yang diternak secara komersial, guna sangkar, makan pellet sepanjang hidup..ini menyebabkan kandungan Omega-3 dalam ikan tersebut kurang, tidak berkualiti malah penuh bahan sintetik daripada pellet tersebut!

5. Lengkap dengan 7 rangkaian asid lemak Omega 3:

  • EPA - 180 mg
  • DHA -120mg
  • EFA - 330mg
  • lain-lain Omega-3 - 31.7mg
6. Ia ekstrak tulen minyak ikan, bukannya lemak ikan! Banyak syarikat mengeluarkan suplemen 'lemak ikan' untuk mengurangkan kos!

7. Omega Guard Shaklee halal, tulen, berkualiti tinggi, bioavailable, low ordour, mudah di hadam, boleh dikunyah oleh kanak2!!


Sebab itu ia minyak ikan yang paling digemari ramai! Barang 'mahal' sememangnya mahal kan?

Hubungi saya, Suhaila  013-2369434 untuk dapatkan Omega Guard anda!!


Pengambilan suplemen minyak ikan sangat di galakkan terutama oleh kanak-kanak membesar dan golongan remaja mahupun dewasa. Ada banyak jenis suplemen minyak ikan dan yang paling penting untuk anda tahu ialah ada juga suplemen yang diperbuat daripada esktrak hati ikan (juga dikenali sebagai fish liver oil).

Ada beberapa perkara yang anda kena tahu jika memilih suplemen minyak ikan.

Omega-3
Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan dan minyak hati ikan adalah lebih kurang sama. Kedua-duanya mengandungi DHA, EPA dan ALA. Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 selain DHA, EPA dan DHA.


Vitamin tambahan
Perbezaan utama kedua-dua minyak ikan dan minyak hati ikan ialah kandungan vitamin D dan A. Oleh kerana vitamin larut lemak ini di simpan di hati, maka ia lebih banyak terdapat pada minyak hati ikan. Berita buruk, vitamin larut lemak yg berlebihan akan menyebabkan toksik jika diambil dalam jumlah yang berlebihan.

Lebih dos vitamin D boleh menyebabkan loya, muntah, lemah dan pitam. Manakala lebih dos vitamin A boleh menyebabkan keguguran, masalah hati, osteoporosis dan masalah sistem saraf.

Bahan pencemar
Perbezaan yang sangat ketara antara kedua jenis ini ialah darjah pencemaran atau kuantiti pencemar yang terkandung didalamnya.

Untuk pengetahuan anda, organ hati adalah tempat menapis berbagai-bagai bahan pada tubuh. Oleh sebab itu, minyak hati ikan mengandungi lebih banyak pencemar seperti logam berbahaya iaitu plumbum dan merkuri.

Amaran: kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu tidak digalakkan mengambil minyak hati ikan kerana logam berat ini mudah meresap dan membahayakan bayi.

Jadi, yang mana lebih baik? Tentulah minyak ikan tulen seperti Omega Guard Shaklee!!



Ramai ibu-ibu mengadu kering susu walaupun baby baru berusia tiga bulan kan? Masalah kering susu ni InsyaAllah boleh diatasi dengan cara yang betul.

Jom tengok petua tambah susu badan cara mudah dan murah..

1. Kerap menyusu
Semakin kerap kita menyusukan bayi, semakin kuat ransangan dan semakin banyaklah susu yang akan terhasil. Galakkan bayi kita menyusu lebih kerap contohnya antara 10-12 kali dalam masa 24 jam. Ini akan meransang hormon prolaktin dalam badan menghasilkan lebih banyak susu. Satu lagi, jangan stres!! Tenangkan fikiran dan banyakkan berzikir semasa menyusukan bayi ;)

2. Amalan tradisi
Boleh juga cuba petua orang2 lama seperti makan ulam (pegaga, peria, jantung pisang, sawi, lobak putih dll) atau juga ikan yu. Petua ni tak semestinya dari orang Melayu saja, anda juga mungkin boleh cuba petua kaum Cina atau India asalkan ianya halal dan baik.


3. Makan herba
Antara herba yg cukup femes untuk menambah susu ibu ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna, kemudian keringkan. Simpan dalam bekas bertutup. Makan sesudu halba setiap hari. Herba lain yang terkenal ialah jintan hitam atau juga habbatus sauda. Herba 'orang putih' tak kurang hebatnya juga, alfalfa terkenal sebagai milk booster yg dapat meransang penghasilan susu ibu.

4. Minum air ikut keperluan
Untuk menambah penghasilan susu, pengambilan air mesti dititikberatkan. Penting untuk kita minum air ikut keperluan tubuh. Susu terhasil daripada air, jadi lebih banyak anda minum air, lebih banyak susu dihasilkan. Minuman lain yg boleh di amalkan ialah susu, air soya dan jus oren!


5. Posisi yang betul
Kemungkinan susu tidak terhasil dengan baik ialah cara perlekapan bayi tidak betul. Dapatkan tunjuk ajar dari bidan, jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang betul.

6. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan boleh didapati dari farmasi berdekatan tetapi tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti domperidone atau maxalone boleh beri kesan sampingan kepada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan kepada ibu yang ingin menyusukan anak angkatnya.

Ramai ibu yang salah faham bahawa, selepas makan suplemen susu akan terus keluar melimpah ruah. Saya ingatkan, tanpa ransangan mencukupi, air yang mencukupi, usaha anda akan sia2.. Apa jenis galagtagogue yg anda ambil, konsep 'demand and supply' wajib di usahakan terlebih dahulu..


Mahukan vitamin penyusuan lengkap? Mahukan konsultasi berterusan?

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
fb page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN

by on Januari 31, 2013
Ramai ibu-ibu mengadu kering susu walaupun baby baru berusia tiga bulan kan? Masalah kering susu ni InsyaAllah boleh diatasi dengan cara ya...
Mengikut takrif Wikipedia, lecithin adalah istilah generic untuk mengkelaskan sekumpulan asid lemak berwarna kuning keperangan yang wujud di dalam manusia, haiwan dan tisu tumbuhan. Ia adalah kumpulan asid phosphoric, kolin, asid lemak, gliserol, glikolipid, trigliserida dan phospholipid.

Lecithin pertama kali diasingkan pada 1846 oleh ahli kima dan ahli farmasi Perancis. Beberapa tahun kemudian, saintis akhirnya menjumpai lecithin wujud di dalam pelbagai komponen biologi seperti vena darah,  tisu otak manusia, hempedu, telur ikan, otak kambing dan ayam.

Selain itu, ia juga ditemui pada kacang soya, telur, susu, sumber marin, biji kapas dan bunga matahari.

Fungsi sebenar lecithin
Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak iaitu pemecah lemak yang baik. Sebab itu lecithin sangat terkenal dalam program penurunan berat badan terutamanya untuk memecahkan lemak. 

Lecithin dijual sebagai suplemen dan digunakan dalam bidang perubatan. Selain itu, ia membantu kerja-kerja mencuci seperti untuk mencegah perlekatan (sticking) contohnya dalam penyembur tidak melekat (nonstick cooking spray).

Lecithin telah dibuktikan dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL), trigleserida dan boleh meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) oleh USFDA.

Otak manusia apabila dikeringkan, ia mengandungi lebih kurang 30% kandungan lecithin. Ini juga menunjukkan manusia juga memerlukan lecithin untuk meningkatkan fungsi ingatan.

Lecithin Complex Shaklee

Lecithin Shaklee
Diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO, dan setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 

Manfaat utama Lecithin Shaklee:
1. Membantu penyerapan vitamin larut lemak seperti A,D,E dan K.

2. Melindungi hati- menghalang endapan lemak di hati, sirosis hati, dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Pemecahan lemak dan kolesterol
Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.

4. Pelangsingan
Pengambilan dalam kuantiti banyak (max 6 biji sehari) mempercepatkan pembakaran lemak dan kesan pelangsingan seimbang.

5. Mencantikkan otot dan kulit
Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi
Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit- dermatitis dan demam alergi.

7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
Mengandungi kolin yang membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer, dan meringankan stress.

8. Mencegah tekanan darah tinggi
Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

9. Memperbaiki prostat lelaki

10. Meringankan sembelit
Bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Tahu tak yg lecithin boleh diambil oleh anak-anak juga sebaik dia pandai menelan? (kunyah pun boleh).. Lecithin menajamkan minda juga seperti Omega ;)

Meh dapatkan lecithin sekarang, satu family boleh makan, InsyaAllah pasni satu family bijak dan sihat. barulah ilham family sihat.. haha

Harga runcit: RM52.50 (180 capsul). murah kan?

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
fb page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

APA ITU LECITHIN?

by on Januari 30, 2013
Mengikut takrif Wikipedia, lecithin adalah istilah generic untuk mengkelaskan sekumpulan asid lemak berwarna kuning keperangan yang wujud di...
Salam sihat semua..

Rakyat Malaysia sejak kebelakangan ni dah mula sedar kenapa makanan tambahan itu penting. Sebab itu semakin banyak produk makanan kesihatan muncul bagai cendawan lepas hujan, sampai dah tak tahu jenama apa punya banyak ya amat. Tapi yg kekal mestila Shaklee~~ hihi..

Oklah, buat anda yg masih ragu-ragu sama ada patut ke makan makanan tambahan, meh kita tgk situasi hari ini...

Pencemaran alam sekitar
Sedarkah kita yang pencemaran alam sekitar begitu menekan tubuh badan kita? Contoh, air yg kita guna belum selamat 100% seperti air mata air di pergunungan. Air paip kita melalui corong paip yg berkarat dan penuh bakteria dan kuman. Jika kita memasak air, kita bukan saja mematikan kuman malah segala mineral yang diperlukan oleh badan.

Udara disekeliling kita juga tercemar. Walaupun tidak berjerebu, tetapi partikel halus buangan ekzos kenderaan dan industri berlegar-legar disekeliling kita ditambah lagi dengan bakteria dan mikrob yg sememangnya sering berterbangan di udara. Sebab itu kita mudah dapat sakit.

Buah-buahan dan sayuran tercemar
Kebanyakan buah-buahan dan sayur sayuran yang kita beli baik di pasar atau di pasaraya selalunya datang berpakej sekali dengan racun2 seperti pestisid, herbisid. Itu belum masuk jika buah dan sayur itu GMO, yg mana sekarang produk GMO sangat banyak di pasaran. GMO bermaksud mereka telah menyuntik hormon untuk mempercepatkan pengeluaran hasil. Sebab itu, buah yg sepatutnya keluar setahun sekali kini boleh di dapati pada bila-bila masa pun.

Amalan gaya hidup tak sihat
Gaya hidup tak sihat bermaksud kita tidak bersenam (at least 3 kali seminggu), merokok, minum arak, makan makanan tak seimbang dengan lebihan lemak, garam dan gula. Kita juga mungkin stress dengan pekerjaan dan aktiviti seharian. Ini bukan saja mempercepatkan penuaan malah mempercepatkan penyakit menyinggah.

Makan ikut selera
Ini tabiat orang Malaysia dan mana-mana orang pun. Makanan segera, makanan sejuk beku, makanan di proses, dan makanan yang penuh bahan kimia seperti MSG, pemanis tiruan, pengawet, perasa dan sebagainya lagi.

Cara memasak juga menyebabkan nutrien dalam makanan hilang begitu sahaja. Cara masak kita yang balik2 goreng, rebus, menghilangkan hampir keseluruhan nutrien penting. Kita akhirnya sekadar makan untuk menghilangkan lapar.

Gangguan penyerapan nutrisi
Cara makan yang tidak betul juga menyebabkan gangguan dalam penyerapan vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Contoh, kita minum susu, tapi kita minum kafein. Kita makan vitamin C tapi kita merokok. Kita makan zat besi, tapi kita minum susu. Apa khasiat yang tinggal dalam makanan kita? Apa je nutrien yang sampai ke dalam badan kita?

Badan perlu lebih dos bagi sesetengah nutrien
Tubuh kita sebenarnya memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien. Contoh, ibu menyusu perlu lebih kalsium berbanding ibu tidak menyusu. Perokok memerlukan hinggan 5000mg vitamin C sebab merokok menurunkan kadar vitamin C dengan cepat. Ibu mengandung pula perlukan nutrien lebih daripada yang lain. Orang yang sakit sudah tentu memerlukan lebih banyak nutrien yang penting yang mana dia sakit disebabkan kekurangan nutrien tertentu itu..

Sihat sangatkah kita?
Okey, jom semak apakah tanda-tanda di bawah ada pada kita?

  • penuaan pramasa (sakit2 sendi, pigmentasi kulit, dan sebagainya)
  • letih, lesu dan sering berasa penat serta mengantuk
  • mudah sakit2 seperti selsema, batuk, sakit tekak atau ulser
  • rambut gugur dan botak
  • osteoporosis
  • masalah kulit, masalah kuku, rambut dan sebagainya
  • sering mendapat alahan
  • sembelit
  • mudah marah dan tertekan
banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan perlunya mengambil makanan tambahan!

Ingat! makanan tambahan bukan menggantikan makanan seharian kita, tetapi ia menambah nilai nutrisi dalam makanan kita. Sebab itu kita perlu yang semulajadi supaya lebih mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Tahukah anda?
Berjuta-juta pesakit di hospital diseluruh dunia mendapat penyakit yang puncanya berasal daripada diet dan pemakanan?

Cegah sebelum terlambat, Amalkan pemakanan sihat dan seimbang, jangan jadi mangsa statistik penyakit akibat pemakanan!


KENAPA PERLU MAKANAN TAMBAHAN?

by on Januari 29, 2013
Salam sihat semua.. Rakyat Malaysia sejak kebelakangan ni dah mula sedar kenapa makanan tambahan itu penting. Sebab itu semakin banyak pro...