Enter Keyword

REZEKI BURUNG


"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkannya? Tiadalah yang memegangnya, melainkan Ar-Rahman. Sungguh, Dia Maha Melihat tiap-tiap sesuatu" Al-Mulk:19

"Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, Dia akan membantu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang berangkat pada pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut kenyang" Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah.



Belajar Dari Burung
Allah menjamin rezeki setiap makhluknya, baik seekor burung, cacing atau ulat dalam batu sekalipun. Tetapi burung tahu bahawa SYARAT WAJIB untuk memperoleh rezeki itu ialah dengan berusaha.

Burung itu lalu keluar dari sarang kerana ia tahu Allah telah menyediakan rezeki untuknya, dan Allah tidak mencampakkan rezeki tersebut ke dalam sarangnya.

Burung keluar dengan tawakkal, ia tak tahu rezekinya di mana, tapi ia terus terbang dan mencari, serta yakin bahawa rezekinya ada di mana-mana.

Burung akhirnya berjumpa dengan makanannya, dan makan dengan kenyang. Jika berlebihan, burung bawa pulang untuk anak-anak di sarang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan