SET PENYUSUAN SHAKLEE~ PENGALAMAN INDAH MENYUSUKAN SI MANJA TERSAYANG
Assalamualaikum, salam bahagia..
Ini kisah saya...
Mac 2008, saya melahirkan babyboy yg sangat comel dan bulat. Baby boy ini saya berikan nama Muhammad Ammar yang bermaksud "yang terpuji, yang memakmurkan, yang kuat iman''. Baby boy membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang mengganggu emosi. Setakat demam, selesema dan batuk itu biasa bagi bayi.
Saya berpeluang menyusukan Ammar secara eksklusif hingga dia berusia 8 bulan sahaja. Masa tu saya tak terniat nak menyusukan baby sampai 2 tahun, kurang pendedahan tentang penyusuan, dalam kepala ingat nak cari kerja jadi lebih mudah jika Ammar diberi susu formula. Akhirnya susu badan kering sendiri dan bermulalah episod Ammar dengan susu lembu.
Saya memilih memberikannya dengan susu Anmum. Bagi saya, susu yang mahal tentu mempunyai khasiat yang lebih berbanding susu yang agak murah. Lagipun dalam tv banyak iklan susu Anmum, maka saya tak ragu-ragu lagi dengan pilihan saya.
Ammar semakin membesar, keperluan menyusu semakin meingkat walaupun dia dah mula makan makanan pejal. Setiap bulan kami terpaksa memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli susu Anmum. Lama -lama kelamaan saya terfikir, apa salahnya memberi susu murah kerana Ammar dah makan macam-macam. Jadi bagi saya susu formula hanya sebagai pelengkap sahaja dalam diet nya.
Mujur sahaja, tepat usia 2 tahun, Ammar dengan sendirinya menolak untuk menyusu lagi. Saya agak risaukan keperluan kalsium dan zat2 penting yang lain namun Ammar sama sekali tidak mahu menyusu lagi. Saya pasrah...
Julai 2011, saya melahirkan bayi kedua, Muhammad Aqil Qayyim. Sejak mengandung lagi saya telah bertekad untuk menyusukan Aqil dengan susu badan sekurang-kurangnya hingga dua tahun. Di tambah lagi saya adalah seorang surirumah sepenuh masa (yang dah give up isi borang SPA, interview) jadi sangatlah rugi jika saya tidak mengambil peluang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Pengalaman menyusukan Aqil tiada masalah besar. Cuma ada ketika episod menyusu sedikit terganggu apabila orang tua (MIL) begitu ingin saya menyusukan bayi dengan botol susu kerana beliau mahu saya bekerja. Apabila kembali kerumah sendiri saya tetap memberikan anak saya susu ibu, direct feeding, tanpa botol.
Episod penyusuan terganggu lagi pada Jun 2012 apabila saya mengalami keguguran, dan Aqil terpaksa ditinggalkan dirumah bersama suami sementara saya ditahan di wad. Saya tiada stok EBM langsung! Oleh kerana takut Aqil kelaparan saya minta suami belikan susu formula. Apa saja brand saya tak kisah bukannya lama. Waktu ini, susu badan memang agak berkurang jadi saya terpaksa akur jika Aqil sudah tak mahu menyusu dengan saya lagi.
Ajaibnya kuasa Allah, Aqil saya tetap tak sukakan susu lembu, dan semasa di wad miss B saya berdenyut-denyut bengkak kerana tiada hisapan selama semalaman!! Esoknya memang dah tak tahan denyutan macam nak pecah, saya minta bekas dengan nurse. Dapatlah 1 tupperware kecil (bekas tau fu fa saiz kecil).
Tengah hari waktu melawat, saya mengambil kesempatan menyusukan Aqil dengan begitu teruja sekali.. Oleh kerana bekalan miss B sangat penuh, Aqil menyusu sekejap saja sedangkan miss B saya masih berdenyut2. Geram kerana masih sakit, saya paksa Aqil menyusu tapi dia dah kenyang. hehe.. Akhirnya terpaksa perah dalam botol guna teknik marmet. Serius saya tak pernah buat. Terkial-kial sampai lenguh tangan dan leher, akhirnya satu senggat pun tak sampai.. kecewa betul!
Selepas episod itu, Aqil menyusu seperti biasa, dan production susu makin berkurangan. Saya mula risau kerana bulan Ramadhan makin menghampiri.
Saya pun mencuba Alfalfa. (Sebelum tu ambil set D) tetapi production masih sama. Masuk bulan Ramadhan, saya cuba pula ESP. Alhamdulillah ada ketikanya susu terasa memenuhi miss B, dan Aqil tak pernah lapar lagi..
Sejak dua menjak ini Muhammad Aqil asyik nak menyusu je sampai kering dibuatnya. Mujur saja Shaklee membantu Alhamdulillah.. Syukur masih ada rezeki Aqil walaupun tak selebat orang lain. Kini cuma tinggal 6 bulan lagi untuk melengkapkan tempoh penyusuan 2 tahun dan jika ada rezeki akan diteruskan hingga selama mana yang boleh.
Jom tonton video bagaimana ibu menyusu bekerjaya menangani masalah penyusuan!
Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
Ini kisah saya...
Mac 2008, saya melahirkan babyboy yg sangat comel dan bulat. Baby boy ini saya berikan nama Muhammad Ammar yang bermaksud "yang terpuji, yang memakmurkan, yang kuat iman''. Baby boy membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang mengganggu emosi. Setakat demam, selesema dan batuk itu biasa bagi bayi.
Muhammad Ammar-day 1 |
Saya berpeluang menyusukan Ammar secara eksklusif hingga dia berusia 8 bulan sahaja. Masa tu saya tak terniat nak menyusukan baby sampai 2 tahun, kurang pendedahan tentang penyusuan, dalam kepala ingat nak cari kerja jadi lebih mudah jika Ammar diberi susu formula. Akhirnya susu badan kering sendiri dan bermulalah episod Ammar dengan susu lembu.
Saya memilih memberikannya dengan susu Anmum. Bagi saya, susu yang mahal tentu mempunyai khasiat yang lebih berbanding susu yang agak murah. Lagipun dalam tv banyak iklan susu Anmum, maka saya tak ragu-ragu lagi dengan pilihan saya.
Muhammad Ammar nak masuk 3 bulan.. bolatkan chaye?? |
Ammar semakin membesar, keperluan menyusu semakin meingkat walaupun dia dah mula makan makanan pejal. Setiap bulan kami terpaksa memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli susu Anmum. Lama -lama kelamaan saya terfikir, apa salahnya memberi susu murah kerana Ammar dah makan macam-macam. Jadi bagi saya susu formula hanya sebagai pelengkap sahaja dalam diet nya.
Mujur sahaja, tepat usia 2 tahun, Ammar dengan sendirinya menolak untuk menyusu lagi. Saya agak risaukan keperluan kalsium dan zat2 penting yang lain namun Ammar sama sekali tidak mahu menyusu lagi. Saya pasrah...
Muhammad Ammar 1 tahun 1/2 kot..huhu lupe sudaaa |
Julai 2011, saya melahirkan bayi kedua, Muhammad Aqil Qayyim. Sejak mengandung lagi saya telah bertekad untuk menyusukan Aqil dengan susu badan sekurang-kurangnya hingga dua tahun. Di tambah lagi saya adalah seorang surirumah sepenuh masa (yang dah give up isi borang SPA, interview) jadi sangatlah rugi jika saya tidak mengambil peluang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Muhammad Aqil - 4jam lps kelahiran..gambo curik2 :P |
Pengalaman menyusukan Aqil tiada masalah besar. Cuma ada ketika episod menyusu sedikit terganggu apabila orang tua (MIL) begitu ingin saya menyusukan bayi dengan botol susu kerana beliau mahu saya bekerja. Apabila kembali kerumah sendiri saya tetap memberikan anak saya susu ibu, direct feeding, tanpa botol.
Episod penyusuan terganggu lagi pada Jun 2012 apabila saya mengalami keguguran, dan Aqil terpaksa ditinggalkan dirumah bersama suami sementara saya ditahan di wad. Saya tiada stok EBM langsung! Oleh kerana takut Aqil kelaparan saya minta suami belikan susu formula. Apa saja brand saya tak kisah bukannya lama. Waktu ini, susu badan memang agak berkurang jadi saya terpaksa akur jika Aqil sudah tak mahu menyusu dengan saya lagi.
Muhammad Aqil tah bape bulan..juga bolat sejibik abangnya |
Ajaibnya kuasa Allah, Aqil saya tetap tak sukakan susu lembu, dan semasa di wad miss B saya berdenyut-denyut bengkak kerana tiada hisapan selama semalaman!! Esoknya memang dah tak tahan denyutan macam nak pecah, saya minta bekas dengan nurse. Dapatlah 1 tupperware kecil (bekas tau fu fa saiz kecil).
Tengah hari waktu melawat, saya mengambil kesempatan menyusukan Aqil dengan begitu teruja sekali.. Oleh kerana bekalan miss B sangat penuh, Aqil menyusu sekejap saja sedangkan miss B saya masih berdenyut2. Geram kerana masih sakit, saya paksa Aqil menyusu tapi dia dah kenyang. hehe.. Akhirnya terpaksa perah dalam botol guna teknik marmet. Serius saya tak pernah buat. Terkial-kial sampai lenguh tangan dan leher, akhirnya satu senggat pun tak sampai.. kecewa betul!
"cow milk?? NO!! i want my mom!!" |
Selepas episod itu, Aqil menyusu seperti biasa, dan production susu makin berkurangan. Saya mula risau kerana bulan Ramadhan makin menghampiri.
Saya pun mencuba Alfalfa. (Sebelum tu ambil set D) tetapi production masih sama. Masuk bulan Ramadhan, saya cuba pula ESP. Alhamdulillah ada ketikanya susu terasa memenuhi miss B, dan Aqil tak pernah lapar lagi..
"Oh mmammaaa I Love U!" |
Sejak dua menjak ini Muhammad Aqil asyik nak menyusu je sampai kering dibuatnya. Mujur saja Shaklee membantu Alhamdulillah.. Syukur masih ada rezeki Aqil walaupun tak selebat orang lain. Kini cuma tinggal 6 bulan lagi untuk melengkapkan tempoh penyusuan 2 tahun dan jika ada rezeki akan diteruskan hingga selama mana yang boleh.
hahaha baru perasan xde gambo baru..layan la gambo Aqil muke selambak ni... masa ke bukit bendera last year bersama family pak longnya :) |
Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan