Enter Keyword

TAKSUB VITAMIN DAN MAKANAN TAMBAHAN BAWA PADAH


Tersengih-sengih sendirian saya menonton WHI tengah hari tadi dengan topik "Taksub Vitamin & Makanan Tambahan...Kesannya?" Penjual makanan tambahan yang lain pun pasti tersengih-sengih macam saya agaknye. hehe.. Tetamu jemputan Dr. yang saya lupa namanya :P, Anuar Zain dan Isma AF cerita tentang suplemen yang diorang makan.

Memang dah agak pun, Anuar Zain yang kelihatan tak makan dek usia ada mengambil suplemen untuk kesihatan dan kecergasan. Jangan tak tahu bahawa Anuar Zain makan sejak berbelas tahun yang dulu, sejak zaman beliau jadi pramugara.. Apa yang beliau makan? Vitamin C, B complex, Multivitamin, Omega (fish oil) dan kalsium.

Ini antara soalan yg dikemukakan, dan jawapannya telah saya olah sedikit dengan gaya saya (lupa ayat sebenarnya)

Elokkah mengambil makanan tambahan?
Makanan tambahan atau vitamin berfungsi untuk menambah nutrisi dalam makanan kita. Vitamin ni macam signal. Di seluruh tubuh kita ni ada stem sel, dan ia perlukan signal supaya ia berfungsi dengan efisien.

Apa bezanya makan suplemen dan makan buah atau sayur yang mentah?
Buah-buahan selalunya disembur dengan pestisid, herbisid dan pelbagai racun semasa penanaman. Pengambilan suplemen lebih selamat kerana ia dari bahan semulajadi (kalau dari Shaklee lah) dan lebih mudah diserap oleh tubuh.

Saya ni makan vitamin C dah setahun, lepas tu kulit saya dah semakin cerah, perlukah saya teruskan pengambilan vitamin C  atau berhenti untuk seketika dan continue lepas tu?
Vitamin C ni vitamin larut air, ia sangat mudah hilang melalui air kencing. Bila kita tak ambil vitamin C dalam diet, tubuh akan gunakan takungan vitamin C yang ada. Bila vitamin C tidak mencukupi, penyakit akan mudah menyerang. Tiada masalah mengambil vitamin C untuk jangka panjang.

Sejak umur berapa patut ambil suplemen?
Bergantung pada tubuh masing2. Kanak-kanak elok ambil suplemen untuk cergaskan minda,develope their brain, untuk pertumbuhan dan kesihatan mereka.

Ada kesan buruk tak makan suplemen atau terlebih vitamin?
Anuar Zain kata, beliau tak boleh makan lebih dari 2 biji B complek, nanti beliau akan turun berat badan.
Doktor kata secara teorinya mungkin ada, tapi beliau tak pernah jumpa secara praktis.
Sebenarnya bergantung pada tubuh dan vitamin tersebut. Kena makan ikut dos yang telah ditetapkan, jangan terlalu taksub semata-mata nak cantik kita pun buat dos sendiri..
__________________________________

Kesimpulannya, apa pun yang kita makan, jangan berlebihan. Ikut dos seperti yang telah disarankan. Elakkan memilih vitamin sintetik kerana ia lebih berbahaya dan boleh mendatangkan kesan dalam jangka panjang kerana mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan banyak bahan kimia berbahaya.

Pilihlah vitamin semulajadi seperti Shaklee yang telah terbukti selamat dan berkesan! ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan