Enter Keyword

STROK (ANGIN AHMAR): PEMBUNUH TANPA AMARAN

Salam semua..

Semalam (8 Mac 2013) kita dikejutkan pula dengan pemergian pendakwah terkenal Ustaz Rujhan Mohd Razali. Berita saya terima daripada kakak ipar saya..Abang saya pensyarah di Uitm pernah berurusan dengan beliau. Tambahan Ustaz orang kampung saya, Kampung Kuala Tembeling, Jerantut. Anak2 beliau pernah jadi anak didik sementara saya (semasa saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling sebagai guru sementara).

Masih terbayang lagi keletah anak2nya yg bijak dan comel itu..

Beberapa bulan yg lalu, masa di kampung, mak saya ada bagitau yang Ustaz Rujhan terkena strok. Dan tak silap saya keadaannya pulih seperti biasa selepas itu..malah sempat lagi diundang memberi ceramah seperti biasa..

Dan pada jam 12.30 tengah hari semalam,..beliau telah kembali ke rahmatullah.. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Dari DIA kita datang, kepada DIA kita dikembalikan.

Strok sememangnya ditakuti oleh kita.. Nak tahu apa itu strok? Jom baca hasil penyelidikan dari Wikipedia.

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu.. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu sel-sel otak akan rosak dan mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah serangan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca utama strok:

  • lanjut umur (lebih berumur lebih berisiko)
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • kolesterol tinggi
  • merokok (punca boleh ubah)
Istilah "serangan otak" kini semakin diguna pakai di Amerika Syarikat kerana penyakit ini adalah padanan serangan jantung yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke bahagian jantung terganggu.

Strok terbahagi kepada dua jenis iaitu strok iskemia dan strok pendarahan.

Strok iskemia
Terjadi pada lebih kurang 85-90% kejadian angin ahmar , disebabkan oleh salur darah tersumbat, bekalan darah ke otak tersekat baik separuh atau keseluruhannya. Empat jenis stok iskemia ialah:
1. strok trombosis
2. strok embolus
3. hipoperfusi sistemik
4. trombosis vena

Strok pendarahan
Terjadi apabila salur darah dalam otak terpecah dan berlaku pendarahan. Strok jenis ini lebih berbahaya kerana ia boleh mengganggu keseimbangan kimia, menaikkan tekanan intrakranium , menjejaskan tisu otak dan menyekat aliran darah ke otak. Dua jenis strok pendarahan ialah:
1. pendarahan intraserebrum (kadar kematian 44% selepas 30 hari)
2. pendarahan subaraknoid (kadar kematian 40% selepas 30 hari)

Tanda-tanda strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas (antaranya):
  • lemah otot atau kebas
  • kurang deria sakit atau suhu
  • kurang deria getaran
  • perubahan deria hidu, rasa, pendengaran atau penglihatan
  • kelopak mata layu (ptosis)
  • perubahan kadar pernafasan dan denyut jantung
  • lemah otot, hilang daya memusing kepala
  • lemah lidah
  • pemikiran tidak teratur, keliru, gerak isyarat hiperseksual
  • susah berjalan
  • pening kepala
  • perubahan koordinasi pergerakan
*baca lanjut : http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin_ahmar

Pencegahan awal sangat penting seeloknya sebaik saja selepas kita kenalpasti faktor risiko seperti diatas. Apa yang penting ialah mengamalkan cara hidup sihat, makan makanan seimbang, lakukan senaman dan aktiviti fizikal lebih kerap, lakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap dan akhirnya mengambil ubat atau makanan tambahan yang sesuai.

Akhir kata, sayangi jantung kita..amalkan cara hidup sihat.

**Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Mohd Rujhan Haji Ghazali


Tiada ulasan:

Catat Ulasan