IBU HAMIL: VITAMIN SHAKLEE ATAU VITAMIN KLINIK?

Ramai ibu hamil yang keliru dan bertanya, mana lebih baik; vitamin Shaklee atau vitamin bekalan klinik yang patut di amalkan semasa hamil? Leraikan kekeliruan anda di sini ;)

1. Saya disahkan hamil. Semasa membuat lawatan bulanan, jururawat ada memberikan vitamin untuk di makan. Bolehkah saya mengambil vitamin ini bersama-sama vitamin Shaklee?
Boleh, tiada masalah kerana ini hanya vitamin. Seeloknya habiskan dulu vitamin dari klinik, kemudian sambung pula dengan vitamin Shaklee. Lagi bagus jika anda hanya mengamalkan vitamin Shaklee sebab ia vitamin semulajadi.

2. Adakah asid folik dalam vitamin Shaklee?
Ada. Asid folik atau vitamin B9 terdapat dalam vitamin B complex Shaklee. Asid folik juga terdapat dalam multivitamin Vita-lea.

3. Jururawat ada berikan saya zat besi juga. Adakah ia dalam vitamin Shaklee?
Ada. Zat besi turut terdapat dalam multivitamin Vita-lea. Untuk mencukupkan keperluannya, amalkan juga pemakanan yang kaya zat besi semasa hamil.

4. Betulkah vitamin-vitamin ini akan menyebabkan bayi dalam perut besar?
Ini mitos dan pendapat bidan2 lama menurut pemerhatian mereka sahaja. Vitamin yang dibekalkan sebenarnya mempunyai fungsi yang sangat penting terhadap pertumbuhan janin dalam kandungan.
Asid folik diperlukan untuk pembentukan fetus yang normal. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan risiko kecacatan bayi. B compleks berfungsi untuk kesihatan saraf ibu dan bayi. Vitamin C bertindak sebagai penguat sistem imun dan mencegah pre-ekslampsia yang sering terjadi pada ibu hamil. Zat besi pula berperanan membentuk hemoglobin, melawan penyakit dan mengelak anemia atau kekurangan darah semasa hamil.

5. Bagaimana jika saya tidak mengambil vitamin-vitamin ini semasa hamil?
Vitamin-vitamin ini bukan sahaja penting kepada ibu, malah juga bayi. Kekurangan salah satu zat penting mendatangkan risiko kepada bakal bayi anda. Tanggungjawab anda memberikan yang terbaik kepada bayi.

6. Selain vitamin yang dibekalkan oleh klinik, adakah lagi vitamin lain yang penting yang patut saya amalkan semasa hamil ini untuk melahirkan bayi yang sihat dan comel?
Ada. Anda boleh mengambil protein tambahan seperti ESP. Protein sangat penting untuk pertumbuhan sel yang sihat. Ia juga boleh mencantikkan kulit ibu serta bayi.
Minyak ikan seperti Omega Guard sangat digalakkan diambil oleh ibu hamil. Minyak ikan yang kaya Omega-3 seperti DHA, ALA, EPA dan sebagainya sangat penting untuk pembentukan dan perkembangan otak bayi yang cerdas dan bijak. Ia juga mampu menguatkan daya ingatan dan penglihatan bayi dan ibu.
Zink pula diperlukan untuk mengelak terjadinya jaundis selepas kelahiran. Namun pengambilan zink perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

7. Adakah vitamin ini boleh diteruskan pengambilannya selepas bersalin atau semasa berpantang?
Tentu sekali!! Sebenarnya adalah lebih baik ibu-ibu terus mengamalkan pengambilan vitamin selama mana yang boleh kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan dan pembesaran bayi anda nanti ;)

8. Dimanakah saya boleh mendapatkan vitamin semulajadi ini?
Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi saya, Suhaila (013-2369434) atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com. Itu sahaja..


2 ulasan:

  1. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    BalasPadam