Enter Keyword

CERIA DAN POSITIF DENGAN B KOMPLEKS!!

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Tajuk entry yang ada kaitan dengan saya sekarang! Apa kaitannya? Hehe..saya sudah hampir 3 minggu mengamalkan pengambilan B complex setiap pagi. B complex termasuk dalam set kecantikan yang sedang saya amalkan sekarang. Saya mula perasan yg sejak dua menjak ini mood saya lain macam. Apa yang lain macam nye? hehe rasa happy yg tiba2. serius!! sambil mengadap Fb, saya boleh rasa mood sy bahagia je.. Saya lebih positif. Kat Fb ni kan kadang kita jumpa banyak status2 beraura negatif, tp peliknya ia sedikitpun x menganggu saya.

Apa kaitan mood postif, happy, ceria dengan B complex ni ye? Setelah saya kaji dan baca, inilah hasilnya..

Vitamin2 B adalah sekumpulan vitamin larut air yg memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Kenapa dinamakan B kompleks? Ini kerana saintis telah menemui kepelbagaian bentuk struktur kimia vitamin-vitamin ini dalam sumber makanan. Oleh itu, suplemen yang mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B ini dikenali sebagai B kompleks. Secara spesifiknya, nama vitamin B tersebut ialah B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12, dan setiap satunya pula mempunyai nama lain yang sepadan dengan fungsinya.

Jenis-jenis vitamin B, fungsi dan kesan kekurangannya.
1. Vitamin B1 (Thiamine)
Fungsi:

  • Sejenis antioksida yang melindungi tubuh dari kesan kemerosotan akibat penuaan, pengambilan alkohol dan merokok
  • mengoptimakan fungsi otak dan kognitif
  • meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sistem peredaran darah
Kesan kekurangan
  • penyakit beri-beri dengan simptom hilang berat, gangguan emosi, lemah dan sakit di bahagian anggota badan, tempoh rentak jantung tidak normal, edema, dan boleh membawa kepada kegagalan jantung.
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Fungsi
  • mencegah dan merawat katarak
  • penting untuk penghasilan dan pertumbuhan sel darah merah
  • menolong metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • mengurangkan kelemumur
Kesan kekurangan
  • menyebabkan penyakit ariboflavinosis dengan simptom bibir merekah, sensitif terhadap cahaya matahari, pembengkakan di kawasan lidah (glossitis), pharingitis (sakit tekak) dan penyakit yang berkaitan dengan mulut dan tekak.
3. Vitamin B3 (Niacin)
Fungsi
  • membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperbaiki peredarannya
  • memacu memori (meningkatkan daya ingatan)
  • membantu fungsi sistem saraf dan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
Kesan kekurangan
  • pellagra. Simptom termasuk agresif, insomnia, dermatitis, lemah, kecelaruan mental, dan cirit birit.
4. Vitamin B5 (Pantothenic acid)
Fungsi
  • menambah stamina, membantu mencegah anemia
  • peranan dalam penghasilan hormon adrenal dan penghasilan antibodi
  • membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein menjadi tenaga
  • sangat membantu mengawal tekanan dan rasa cemas
Kesan kekurangan
  • kekurangan boleh membawa kepada acne dan parestecia
5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Fungsi
  • terlibat dalam lebih banyak fungsi berbanding nutrien yang lain
  • diperlukan untuk fungsi normal otak, fungsi sistem imun dan penghasilan antibodi
  • membantu imuniti terhadap kanser dan membantu mencegah arteriosclerosis
  • membantu merawat alergy, ashtma dan artritis
Kesan kekurangan
  • boleh membawa kepada mycrotic anemia 
  • depresi
  • dermatitis
  • hipertensi
  • retensi air (edema)
6. Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi
  • diperlukan untuk rambut dan kulit
  • membantu pertumbuhan sel dan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak
  • membantu dalam kesihatan kelenjar peluh, sum sum tulang dan tisu saraf
Kesan kekurangan
  • kegagalan saraf pada bayi
  • kesilapan metabolisme semulajadi
7. Vitamin B9 (Folic acid)
Fungsi
  • penting dalam pembentukan sistem saraf tunjang yang sempurna
  • kekurangan dalam ibu hamil boleh membawa ke pada kecacatan bayi termasuk otak.
8. Vitamin B12 (Cobalamin)
Fungsi
  • aktif dalam perlindungan sistem saraf
  • mencegah penyakit Parkinson dan juga mengurangkan progresnya jika anda pengidap Parkinson
  • penting dalam kesihatan kardiovaskular
  • membantu mengawal pembentukan sel darah merah
  • membantu dalam pengambilan zat besi bagi mencegah anemia
Kesan kekurangan
  • anemia, hilang daya ingatan dan kurang fungsi kognitif
  • biasa terjadi pada orang berusia kerana penyerapan usus lemah seiring usia
  • penyakit auto imun dengam simptom kegilaan dan psikosis
  • paralysis namun jarang berlaku
Setelah diteliti, vitamin B kompleks banyak dikaitkan dengan kesihatan saraf tunjang termasuk otak, sistem darah, sistem saraf, pertumbuhan sel, kesihatan mental, penghasilan tenaga dan pengurusan tekanan.

Jadi, jika anda mengalami 'bad mood', stress, hilang daya tumpuan, susah fokus, mudah marah, sering bertindak agresif, kemungkinan besar anda sebenarnya kekurangan B kompleks dalam tubuh.

Sumber B kompleks
-Kekacang, hati, tuna, pisang, oats, kentang, avocado, salmon, cili, bayam, telur, bijirin gandum penuh, dan sebagainya.

B Complex Shaklee

Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • B Compleks Shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal dan masalah kecacatan saraf tunjang
Vitamin semulajadi yang dijamin selamat, berkesan dan Halal.

Saya sendiri telah merasa kebaikannya. Jom jadi orang yang lebih ceria, bertenaga, semangat dan positif setiap hari!!

Feel free to contact me Su- 013-2369434, email butik.annajah@gmail.com.

Salam ceria!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan