Enter Keyword

5 PUNCA GAGAL KURUSKAN BADAN DENGAN SHAKLEE

Hai semua!

Tiba-tiba semalam MS dapat ilham nak tulis entry dengan tajuk ni. Ye lah sebab fikir-fikir bukan semua orang dapat mencapai berat badan yang diidamkan.

Bukan khusus untuk Shaklee je tapi secara umum.

First of all jangan sesekali kita menyalahkan produk yang kita ambil. Baik Shaklee, Herbalife, Amway ke and whatever yang banyak di pasaran tu. Even you tak makan suplemen pun still boleh kurus sebenarnya.

Suplemen (khususnya Set Slimming Shaklee yang terkenal tu) hanya bertindak sebagai makanan tambahan yang mana dalam proses anda menurunkan berat badan, ia membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih baik.

Contohnya Cinch Shake Shaklee yang diperkaya leucine bertindak mengekalkan jisim otot supaya dalam tempoh masa kita nak kurus tu, otot yang terbina membantu membakar lemak lebih cepat. Cinch juga membantu mengatasi rasa lapar berpanjangan.

Manakala Lecithin pula bertindak memecahkan molekul2 lemak tepu dalam badan bersama-sama dengan lecithin semulajadi yang wujud dalam badan (tetapi jumlahnya tidak mencukupi.)

Ok, jom semak kenapa walaupun macam-macam produk kurus yang kita cuba tapi keadaan masih sama, tak kurus-kurus jugak!

1. Tak kawal kalori keluar masuk!

Ni penyakit paling bahaya kalau nak kurus. Sesetengah orang mentafsirkannya sebagai berpantang. Tidak...bukan berpantang. Bila nak kurus, automatik kita kena pastikan kalori yg kita makan kurang berbanding yang di keluarkan. Dah kalau sama je masuk 500, keluar pun 500 bila nak kurus? Bila nak fit??

Nak makan banyak makanla..tapi pastikan makanan yang kita makan tu kalorinya tak banyak. Dan kalau termakan makanan yang banyak kalori, cover la dengan buat senaman lebih sikit supaya lebih lagi kalori dibakar.

2. Kurang pengambilan air kosong

Air kosong sangat penting untuk bantu tubuh bakar lemak lebih cepat. Lagipun air kosong mempunyai 0 kalori! Minumlah banyak mana pun pasti tak gemuk.

Saya sarankan sukat 2-3liter air kosong dan cuba habiskan dalam masa sehari. Customer saya yang memang ikut panduan ni memang berjaya turun berat badan dengan cepat.

3. Malas bersenam

Tak semestinya senaman yang susah-susah. Duduk kat rumah sambil buat kerja rumah pun boleh bakar banyak kalori. Lainlah tidur je tak buat apa-apa memang la gumuks. (Sebenarnya tidur pun kalori terbakar tapi tak banyak)

4. Tak makan langsung!

Ada orang nak kurus tapi dia puasa sepanjang hari. Hoii memang bukan saja kurus tapi silap-silap boleh masuk wad ni.

Makanan membekalkan kalori. Kalori membekalkan tenaga. Makanan juga membekalkan semua nutrien yang penting untuk METABOLISME dan proses BIOKIMIA tubuh kita. Metabolisme rendah, susah nak bakar lemak dan kalori.

Sebab tu orang yang metabolisme rendah susah nak turunkan berat badan.

5. Nak cepat kurus

Sampai sekarang saya masih tak faham sains disebalik "spray spray dan pling! kurus". Kita simpan lemak bertahun-tahun tapi nak kurus dalam masa 10 hari? Mana boleh!

Biarkan tubuh kita menjalankan prosesnya secara SEMULAJADI. Bina otot secara semulajadi, lemak terbuang secara semulajadi dan proses detoks pun berlaku secara semulajadi.

Sebab itu saya sangat-sangat rekemen slimming set Shaklee ni. Dengan syarat IKUT SEMUA panduan yang saya bagi. Saya memang nak bantu anda untuk kurus.



Izinkan saya untuk bantu anda!

p/s: Set Slimming ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Suami saya turut mengamalkannya.

Hubungi MS segera:

Suhaila 013-2369434
fb/ su.annajah
emel butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan