Enter Keyword

10 Faedah Protein ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba ramai pulak ibu hamil yang PM Ciksu tanya pasal ESP ni. Diorang tanya, boleh ke ibu hamil minum ESP, apa kelebihan ESP ni untuk ibu hamil.

Haa meh sini Ciksu nak cerita.

Ciksu pun memang tak tinggal ESP ni. Tak mengandung pun Ciksu minum, mengandung lagilah Ciksu wajibkan diri minum hari-hari.  Misi pun dah pesan suruh minum soya, selain makan vitamin untuk naikkan Hb.

Kita semua tahu kan yang protein ialah bahan penting untuk pembinaan sel tubuh manusia. Ibaratnya kalau tak cukup protein, sel tubuh kita tak berkembang menjadi sistem yang sepatutnya. Ini kan pulak baby dalam perut yang tengah nak berkembang tu. Baby dapat semua nutrien daripada pemakanan ibu. Kalau ibu sendiri tak cukup nutrisi? Baby 'curi'  pulak dari sel yang ada dalam tubuh badan ibu.

Bayi sihat perlukan nutrien mencukupi. Ibu sihat, bayi pun sihat. Tak gitu?

Ok la ok la.. ni ada 10 faedah Ciksu bagi kenapa protein ESP Shaklee bagus untuk ibu mengandung.

1. Unit asas protein ialah asid amino. Inilah yang membentuk wajah comel bakal bayi kita nanti dan sel-sel di dalamnya. Pada minggu ke-37 kehamilan, protein di perlukan untuk menukar bentuk otak bayi menjadi organ yang akan membolehkan baby bernafas, bercakap, berjalan, dan pelbagai keletah comel mereka.

2. Protein sangat diperlukan oleh placenta, manakala perkembangan organ dan tubuh badan fetus sangat bergantung kepada jumlah protein.

3. Waktu yang paling kritikal ialah pada trimester kedua dan ketiga dimana otak fetus berkembang dengan sangat pantas dan memerlukan bekalan protein mencukupi.

Bagi ibu pula, perkembangan fetus yang pesat pada trimester kedua dan ketiga, menyebabkan payudara dan organ ibu juga membesar untuk menampung keperluan bayi yang membesar. Semua perlukan protein!

4. Waktu mengandung ni, ibu sangat memerlukan tenaga tambahan untuk bergerak aktif dan mengelakkan tubuh daripada mendapat masalah. Jadi ESP bantu bekalkan tenaga kepada ibu terutama ibu yang sangat sibuk dengan kerja seharian.

5. ESP bantu kawal glukosa dalam darah ibu, oleh itu mencegah serta mengawal kencing manis semasa hamil (GDM). Glukosa dalam ESP ni dilepaskan perlahan-lahan. So gula takkan naik mendadak dalam darah ibu.

6. ESP bantu kawal selera makan sebab ianya berindeks glisemik rendah iaitu berkarbohidrat kompleks. Minum ESP akan buat ibu kenyang dalam masa lama, maka kuranglah keinginan nak mengunyah je tu. Kalau banyak makan, tu yang gula asyik tinggi je memanjang sampai kena kencing manis. Tak mau la kan.

7. ESP juga bantu kawal tekanan darah. Ada kan ibu mengandung, tekanan darah dia naik sampai kena tahan wad. ESP yang kaya serat ni akan bantu kawal tekanan darah supaya normal je.

8. Mencantikkan kulit, terutama ibu yang ada stretchmark tu.  Bila amal ESP, kesan tu akan berkurangan. Lepas bersalin sambung je minum, insyaAllah kesan stretchmark tu akan cepat hilang.

9. Mencegah pre-ekslampsia masa hamil. Bila cukup protein, sel akan sihat, keluar masuk bendalir akan seimbang, maka kuranglah masalah yang tak diingini semasa hamil. Simptom pre-ekslampsia ni antaranya rasa bengkak dan sakit teruk sangat semasa hamil. Puncanya sebab plasenta tidak berfungsi dengan betul. Takut kan?

10. Meringankan masalah gastrik pada ibu hamil. Ibu hamil selalu ada masalah gastrik, pedih ulu hati, angin, senak perut dan sebagainya. Amalkan ESP, insyaAllah sangat membantu.

Ikutkan memang banyak lagi manfaat protein soya ESP ni. Takpe la Ciksu bagi yang penting-penting je.

Inilah rupa tong ESP Shaklee tu. Ini label lama. Label baru dia tulis Mixed Soy Protein Isolate Powder With Vanilla Flavor. Tu nama panjang dia. Nama pendek kita panggil ESP je senang.


Ciksu memang peminum dan pengamal soya ESP ni. Susu lain tak boleh telan. Kembang tekak rasa.  ESP ni pun memula dulu cam tu gak.  Siap campur sunquick la, milo la, tamar koko la. Tapi sekarang Ciksu suka rasa soyanya yang tulen tu. Hero Ciksu yang dirumah ni pun suka.

Alhamdulillah, ESP ni pun bekalkan vitamin dan mineral yang badan kita perlukan termasuk kalsium. Tapi Ciksu makan juga pil kalsium Ostematrix Shaklee.

Apa yang pasti, ramai ibu hamil menggemari khasiat dan kebaikan soya asli dalam ESP sebab manfaat dia banyakkkk sangat! ESP ni lepas bersalin pun boleh minum, menyusu baby pun boleh minum. Lagi bagus sebab fungsi utama dia memang pembinaan sel yang sihat.

Pendek kata memang tak rugi amalkan masa mengandung. Ada kawan Ciksu cerita, dia amal ESP dan telan minyak zaitun, masa bersalin tak kena jahit langsung. Wahh best kan?

Harga ESP Shaklee cuma RM150 sahaja (tidak termasuk pos). Penggunaan satu canister tu tahan 1-2 bulan. Tengoklah atas kekerapan kita membancuhnya ye. Hihi

Jika berminat mendapatkan ESP ni,   atau nak cuba Set Healthy Prenatal Shaklee bolehlah terus hubungi Ciksu di  nombor 012-964 5614.

Ciksu doakan ibu yang sedang hamil sekarang ni sentiasa sihat walafiat hingga tempoh bersalin dan menyusu nanti. Ingat Shaklee ingat Ciksu taw. Ihiks.

012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994





Tiada ulasan:

Catat Ulasan