Enter Keyword

Apa itu Glutathione?

Dulu kemain femes glutathione ni. Sikit-sikit gluta. Nak cantik je gluta. Korang tahu ke apa sebenarnya glutathione ni??

Tak tahu meh sini MS nak cerita sikit.

Info ni MS ambil daripada Majalah iSihat edisi September 2013. Haa lama dah ni.. Baru sekarang teringin nak tulis.

Mengikut Dr. Irene Lee (Prof. Madya dan Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UCSI KL),

"Pengguna sepatutnya mengetahui apa sebenarnya glutathione. Jangan sesekali mengambil sesuatu produk tanpa mengetahui kesan sampingan yang mungkin dihadapi. Glutathione bukan satu bahan terlarang dalam produk kecantikan. Glutathione adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh organ hati dan ia juga ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging."

Fungsi glutathione dalam badan antaranya pembinaan dan pembaikan tisu, membuat bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan, dan sistem imun.

Glutathione biasa di ambil secara oral untuk memperbaiki masalah:

  • katarak dan glaukoma
  • mencegah penuaan
  • ketagihan alkohol
  • asma
  • kanser
  • sakit jantung
  • hepatitis
  • hilang ingatan
  • Alzheimer
  • osteoarthtritis
  • Parkinson
Ramai wanita menggunakan glutathione untuk meringankan nada kulit kerana gluta mempunyai sifat-sifat sebagai bahan antioksidan yang membantu dalam pertumbuhan semula sel dan menghalang radikal bebas.

Kesan sampingan gluta: kejang perut, loya dan muntah

*Untuk kesan pencerahan, seseorang memerlukan dos yang tinggi untuk proses pencerahan itu.

Mengikut kajian, gluta merupakan bahan antioksida yang mencegah penuaan. Apabila kulit wajah sentiasa terdedah dengan radikal bebas, bahan gluta ini akan menyejukkan radikal bebas tersebut dan mengitar semula bahan antioksidan yang lain.

*******************************************************

Cara terbaik mengambil glutathione:

1. Ambil makanan yang kaya sulfur seperti bawang putih, bawang dan sayuran cruciferous (brokoli, kale, kubis, kubis bunga, sengkuang, dll)

2. Cuba protein whey (protein susu lembu)

3. Bersukan-mampu meningkatkan tahap gluta

4. Mengambil  asid folik, vitamin B6 dan B 12- membantu tubuh menghasilkan gluta

5. Selenium -bahan penting yang membantu kitar semula badan untuk hasilkan lebih banyak glutathione.

6. Antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E - dua vitamin ini bekerja bersama-sama untuk kitar semula glutathione.


Kesimpulannya, untuk proses sintesis glutathione semulajadi dalam badan dapat dihasilkan secara sempurna, amalkan pemakanan seimbang, amalkan gaya hidup sihat dan mencukupkan keperluan vitamin penting dan asas seperti di atas!

Shaklee ada nutrisi untuk kitar semula glutathione tersebut!

Maklumat lanjut, konsultasi, panduan pemakanan, hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614

1 ulasan: