Enter Keyword

Betul Ke Shaklee HARAM??

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya MS nak tulis topik pasal boikot Israel tadi. Entah macam mana gugel2 terjumpa dan terbaca satu web forum yang bincang pasal Shaklee. Dan MS 100% gerenti yang menyuarakan isu Shaklee Haram tu sebenarnya tak tahu apa pun pasal Shaklee. Cuma nak jadi keyboard warrior dan maybe nak orang tahu dialah paling pandai buat kajian. Wallahua'lam.

Yang MS paling nak ketawa bila sungguh-sungguh dia bukak topik IFANCA tak iktiraf Shaklee. IFANCA stands for Islamic Food And Nutrition Council Of America. Ni ayat yang MS copy paste dari forum tu,

05/17/2005 Shaklee Is Not Certified By IFANCA
We continue to receive inquiries about Shaklee products. We would like to make it clear that IFANCA is NOT certifying any Shaklee products and we do not know if their products are Halal or not. ...

Ok, bayangkan macam ni..

Korang beli seekor ayam dari kedai Z. Lepas tu korang nak pastikan ayam tu halal ke tak. Korang pun pergi tanya pusat sembelihan Y. Sedangkan yang sembelih ayam tu adalah pusat sembelihan X. Korang rasa apa jawapan pusat sembelihan Y?

Agak-agak ada tak dia jawab macam ni, "kami tak tahu apa-apa pasal ayam ni, kami tak sembelih ayam ni"

To be clear, ada negara yang mempunyai beberapa badan Halal. Malaysia contohnya ada satu je, Jakim. Australia ada 10 badan yang boleh iktiraf sijil Halal. New Zealand ada 2, Holland ada 3, dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok website Jakim ye. Cari pautan Badan Berkuasa Dan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf Di Luar Negara. MS nak bagi link, internetnya slow sangat pulak.

Ok, so Shaklee ni tadi macam mana?? Shaklee diiktiraf HALAL oleh ISA (Islamic Services of America), dan sememangnya takde kena mengena dengan IFANCA. Yang engko pergi tanya IFANCA tu pasal apa. Lain kali tanya dulu orang jual Shaklee, korang ni sape yang iktiraf. Rasanya dah banyak sangat pengedar Shaklee bagitahu yang Shaklee ada sijil Halal daripada ISA.

Dalam satu negara yang sangat besar, macam Australia, Amerika, dah tentu ada banyak badan berkuasa Halal sesuailah dengan jumlah penduduk dan produk yang mereka hasilkan. Bayangkan benua Australia tu ada satu badan je, jenuh jugak dia nak cover ke segenap pelusuk negara.

MS nak tegaskan di sini, produk Shaklee yang masuk ke Malaysia adalah Halal termasuk produk yang menggunakan kapsul bovine gelatine iaitu Carotomax, Vitamin E, Lecithin, Omega, GLA Complex, dan terbaru Phytocol ST. Sijil Halal tersebut boleh tengok di web www.shaklee.com.my. (jangan pergi klik Shaklee Kanada pulak)

Satu lagi persoalan, kenapa pada botol Shaklee tak de cop Halal?

Oleh sebab, ia produk dari luar, tiada requirement atau keperluan meletakkan cop Halal pada label produk. Cukup dengan Sijil Halal sahaja. Tak macam produk buatan Malaysia mesti ada cop Halal Jakim tu kan? (tu pun ada yang tipu, nak kata apa???)

Dan lagi Sijil Halal daripada ISA ini diperbaharui setiap tahun! Tak macam sijil Jakim sampai expired dia punya sijil Halal pun kita masih beli lagi janji ada cop Halal pada barang. Tak gitu??. Yang tahun 1999 punya pengesahan pun ada. (MS bukan nak condemn Jakim tapi itulah realitinya)

Cuba bayangkan korang tinggal di Amerika, atau pergi makan angin ke, macam mana nak cari produk Halal? Nak cari yang ada cop Halal Jakim, memang takkan jumpa la. Mungkin ada produk kita eksport ke sana tapi tak banyak. Macam mana orang Islam kat sana nak dapat makanan Halal? Tak lain tak bukan melalui sijil Halal tu la..

Ok, cukup dulu lah penerangan MS. Dah panjang lebar ni.. Moral of the story:

1. Kalau tak tahu sila bertanya pada yang arif dan tahu. Dan bertanyalah di tempat yang betul.

2. Kalau dungu jangan tunjuk sangat.

3. Kalau rasa was-was dengan apa yang masuk ke perut, maka tinggalkanlah. Nanti jatuh haram.

4. Jangan sesuka hati mengharamkan yang Halal, dan menghalalkan yang haram. Allah pun dah warning dalam  Al-Quran, sila buka terjemahan dan baca.

Sekian.

#pray4gaza
#pray4palestine
#GazaUnderAttack

Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee boleh hubungi MS:

Suhaila Budin (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Fb: Su AnNajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan