Enter Keyword

ESP Shaklee Untuk Gastrik

Ramadhan sudah masuk hari ke 4. Alhamdulillah..Semoga Allah panjangkan usia kita hingga ke akhir Ramadhan nanti. Hmm..bulan puasa ni, agaknya ramai yang mengadu masalah gastrik kan? Gastrik ibarat satu penyakit yang digeruni oleh pengidapnya nak-nak di bulan puasa ni. Perut jadi pedih katanya sebab masuk angin.



Apa itu gastrik?

Gastrik berlaku apabila terdapat pembengkakan pada lapisan perut lalu menyebabkan kesakitan. Gastrik boleh jadi teruk apabila disebabkan bakteria, kecederaan, penggunaan ubat berlebihan atau pengambilan minuman beralkohol.

Gastrik di tandai dengan simptom-simptom berikut:

1. Pedih ulu hati
2. Muntah
3. Hilang selera makan
4. Pedih perut

Bagaimana gastrik boleh berlaku?

Tubuh kita ada mekanisme tersendiri untuk mengekalkan keseimbangan asid-alkali (acid-bases). Apabila kita makan makanan berasid, tubuh melepaskan lebih ion H+ (hidrogen), maka pH tubuh menjadi berasid (kurang daripada 7). Manakala apabila kita makan makanan beralkali, tubuh melepaskan ion OH- (hidroksida), dan pH tubuh berada paras 7 ke atas.

Bendalir sel badan manusia biasanya berada pada skala 7 (neutral). Kebanyakan sel berada dalam cecair berskala 7.3-7.5.

Bayangkan kita menelan ayam yang pedas. Ia terus beredar ke perut menemui cecair gastrik. Makanan tersebut meransang sel untuk melepaskan asid kuat HCl (asid hidroklorik) yang memisahkan ion H+ dan Cl-. Ion ini menyebabkan cecair gastrik menjadi lebih berasid. Ini bertujuan untuk mengaktifkan enzim yang dapat menghadam protein ayam dan membunuh bakteria yang mungkin ada pada ayam yang kita makan tadi.

Apabila seseorang makan terlalu banyak ayam pedas, mereka boleh mendapat perut berasid yang lebih dikenali sebagai gastrik.

Antasid selalu diberikan apabila seseorang mengalami masalah gastrik. Antasid (contoh seperti susu dan magnesium) adalah alkali kuat yang apabila melarut, ia akan membebaskan ion OH-. Ion OH- akan meneutralkan kembali lebihan H+ untuk meredakan keradangan.

Gastrik yang dibiarkan boleh menyebabkan keadaan yang lebih parah seperti ulser perut. Ulser yang tidak di rawat pula boleh menyebabkan pendarahan dalaman, dan jangkitan. Paling bahaya, ia juga boleh menyebabkan kanser.

Bolehkah pesakit gastrik berpuasa?

Tidak ada masalah untuk pesakit gastrik berpuasa. Asalkan mereka boleh menjaga pemakanan seawal waktu sahur.

Di bawah ni adalah panduan yang diberikan oleh Dr. Zubaidi daripada beliau untuk mereka yang ingin mengelakkan gastrik semasa berpuasa.

1. Kurangkan makan banyak baik semasa berbuka atau sahur

2. Jangan berbaring selepas makan terutama selepas sahur

3. Jangan makan ketika dekat waktu tidur

4. Kurangkan makanan yang pedas, berlemak dan mengandungi banyak bawang

5. Elakkan minum minuman bergas, kopi atau teh pekat

6. Berhenti merokok

7. Elakkan mengambil ubat cair darah atau ubat tahan sakit.

8. Elakkan buah-buahan sitrus dan coklat

9. Minum air kosong dan jus dengan mencukupi untuk meneutralkan asid

10. Ambil mint untuk melegakan simptom gastrik.

Bagaimana ESP Shaklee boleh membantu pesakit gastrik??
1. ESP adalah berasaskan soya dan termasuk dalam kategori karbohidrat kompleks. Ini bermakna ia tinggi serat, dan memerlukan waktu yang lama untuk menghadamkannya.

2. ESP mempunyai indeks glisemik rendah yang bertindak melepaskan glukos secara perlahan -lahan. Ini membuatkan rasa kenyang kepada perut dalam tempoh yang lama.

3. ESP termasuk dalam kategori makanan beralkali rendah, bermakna ia dapat membantu menurunkan kadar asid berlebihan di dalam perut.

Sebab itu, ramai pesakit gastrik mengadu gastrik boleh hilang dengan ESP! Termasuk adik saya.

Adik saya dulu suka minum coke. (Coke menyumbang kepada keasidan perut). Lama-kelamaan dia menghidapi gastrik. Memang kerap dia ke klinik mengambil ubat gastrik di hospital.

Beberapa lama kemudian, dia mencuba ESP untuk masalah kulit. Setelah beberapa tong, baru saya teringat nak tanya, macam mana dengan gastrik dia. Dia kata, 'dah lama tak kena gastrik'. Saya pun terkejut. Wahh betul ke?

Ini memang benar! Selain berhenti minum kola, jaga pemakanan, amalkan minum banyak air kosong dan kurangkan mengambil makanan berpH rendah, insyaAllah masalah gastrik dapat diselesaikan.

Ni lagi testimoni ESP untuk gastrik:


Jika anda salah seorang pengidap gastrik, saya syorkan amalkan meminum ESP Shaklee.

Beli ESP Online ---> ORDER NOW!

Konsultasi percuma hubungi:

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434

Tiada ulasan:

Catat Ulasan