Enter Keyword

Pengalaman Memanah Dan Berkuda Di Hari Keluarga Naila @ Ladang Alam Warisan Kuala Pilah

Belum habis lagi demam family day yang sangat best dan ohsemmm Ahad lepas!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, perancangan untuk berfamily day dengan adik-beradik dan sedara-mara grup upline kami, Naila Intishar a.k.a Naila Superpower berlangsung dengan sangat meriah dan jayanya.

Syukur akhirnya Allah mengabulkan hajat saya untuk mencuba sukan kegemaran Rasulullah iaitu memanah dan berkuda. Dah lama simpan hajat ni...akhirnya termakbul di Sri Menanti, Kuala Pilah.

Perjalanan kami ke Kuala Pilah bermula pada hari Sabtu lagi, selepas selesai kelas Marketing anjuran grup ASB (Aku Sayang Bini) iaitu grup kaum suami yang isterinya pun pengedar Shaklee juga. ASB ni lebih kepada isu teknikal seperti marketing online, blog, facebook ads dan sebagainya. Tak macam kami mak-mak ni yang memang 100% involve dalam aktiviti jualan dan coaching anak-anak buah. Eh terpanjang pulak cerita pasal ASB.


Time to recharge!

 Kami bertolak dari bandar Kuantan jam 1.30 tengah hari lebih kurang, melalui Felda Palong, Bahau seterusnya Kuala Pilah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah, dan kami ada juga berhenti makan dan solat di hentian R&R.

Sampai di Bandar Kuala Pilah, kami pun tercari-cari arah tujuan. Hihi.. sebenarnya kami menginap di Homestay AM Perpatih (bersama 4 lagi keluarga yang lain) yang terletak agak berhampiran dengan Muzium / Istana Lama Seri Menanti. Oleh sebab GPS takde, Waze pun takde, kami redah aje la..tu pun berpandukan Google Maps yang networknya kejap timbul kejap tenggelam. Sudahnya kami ambil keputusan untuk bertanya seseorang. Malu bertanya sesat jalan gitu kan..

Walaupun perjalanan agak jauh ke dalam melalui kawasan kampung yang gelap, dah la baru lepas hujan, tetapi pemandangan rumah kayu berbumbung minangkabau agak cantik di pandangan, akhirnya di hujung jalan kami sampai di depan pintu pagar Istana. Wahh.. kalau dapat melawat Istana lama ni best juga. Saya pun mencadangkan pada suami supaya singgah sekejap untuk meninjau Istana keesokan hari selepas tamat majlis. Tapi nampaknya masa tidak mengizinkan.

Beberapa minit dari pagar istana, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Tuan rumah menyambut ketibaan kami dengan senyuman, menunjukkan kami bilik-bilik yang ada. Kalau nak tahu, homestay yang kami duduki ni asalnya rumah kampung yang di tambah-tambah sekelilingnya. Semua ada 9 buah bilik. Kami memilih bilik yang paling hampir dengan bilik air.


Signboard ni betul-betul depan pagar rumah. Senang cari.


Inilah homestay kami!

Di homestay ni bilik air lelaki dan wanita di asingkan. Dalam bilik memang takde tandas. Jadi macam asrama pulak rasanya. Ruang utama rumah ni agak luas. Maklumlah rumah kampung dulu-dulu. Tempat berkumpul anak-beranak bila malam tiba. Jadi memang seronok sakanlah budak-budak ni melompat, berlari, berperang sesama sendiri. Meriah!

Selesai dinner di Restoran Warisan malam tu (Ehem terima kasih kepada omak Naila dan abah MQR yang belanja makan.. semoga sentiasa murah rezeki), kaum bapa bersembang manakala kaum mak-mak ambil bahagian bermain Masteria! Game ala-ala Saidina dan Monopoly gitu dan di kendalikan oleh akacan Master Lyna sebagai banker. Malangnya saya gagal merebut takhta Master Coordinator. Sedih! Tahniah kepada pemenang Master Aniey Yusof. Semoga cepat beliau naik Master. Amiinn.


Persembahan bongai di Restoran Warisan setiap Sabtu.



Menu @ Restoran Warisan. Sedap tapi servisnya saya bagi 2 bintang.


Tengok tu betapa khusyuk daku membilang buah dadu.


Pemenang Masteria kami, Master Coordinator Aniey Yusoff.

Hari yang di tunggu-tunggu...

Bangun pagi jam 5 dengan perasaan teruja dan berdebar. Selesai mandi dan solat Subuh, terus saja kami bersiap-siap. Hampir jam 9 sampailah kami ke Ladang Alam Warisan (LAW), Sri Menanti yang mengambil masa kira-kira 5 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan masing-masing dari homestay. Hihi...macam jauh aje kan.


Pagi sebelum gerak ke Ladang Alam. Lepak-lepak dulu sedut udara segar kampung.

Setelah membuat pendaftaran, kami menjamu selera dengan hidangan nasi lemak citarasa LAW. Sedap masakannya. Walaupun macam tak berapa nak lalu makan (sebab excited), tapi kena makan juga. Sat lagi kang pengsan atas kuda jenuh pulak.

Acara seterusnya ialah cabutan bertuah, sesi bertukar hadiah, sesi omak Naila beri habuan atas pencapaian anak cucunya bulan lepas, dan sesi bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.


Saya dan Master Lyna


Saya dan omak Naila, Ainul.


Saya dan Mas



Anakku yang sulung, Ammar dan Master Z.

Kali pertama naik kuda dan memanah

Saat yang di tunggu-tunggu pun tiba. Eh eh, kali ni memang mak yang over mengalahkan anak. Walaupun saya dah beberapa kali pergi ke tempat-tempat yang ada kuda macam ni, tapi entahlah..tak teringin pun nak cuba naik. Tapi di LAW berbeza. Mungkin saya dah set dalam minda awal-awal aku pergi ni mesti naik kuda! Tak kiralah apa jadi pun, mesti naik! Bila lagi nak rasa kan?


Kuda putih yang agak kecil ni namanya Tanda.


Encik suamiku dan anakku Aqil.


Budak Aqil ni memang berani!

Kuda yang saya naik ni namanya Awan. Memang tough betul badannya. Dah la tinggi. Memang takut dan gayat pada mulanya. Tapi sebab naik dengan anak, mama mestilah kena control macho. Ahaks. Lagi pun abam tukang tarik kuda tu cakap, duduk rilek-rilek, jangan keraskan badan dan ikut je lengguk kuda tu.

Selfie bawah matahari. #kohado

Setelah tamat sesi berkuda, kami berhenti minum dulu sebelum ke gelanggang memanah. Ini satu lagi aktiviti yang saya nak sangat cuba. Memang ada tulis dalam senarai 101 impian saya!

Selepas mendengar penerangan ringkas daripada adik-adik LAW, aktiviti memanah dimulakan oleh anak-anak syurga kami. Wah, macam pahlawan kecil gaya masing-masing memegang panah. Ternyata mereka juga seronok dan gembira dapat mencuba aksi memanah buat pertama kali.



Kaum anak-anak




Kaum pak-pak


Kaum mak-mak. Style mesti mau ada. Walaupun panahannya kelaut. Saya dah jatuh cinta dengan sukan memanah sejak detik itu. Best!

Gulai daging salai dan ikan keli goreng memang terbaik!

Jam 1 tengah hari, dah penat memanah, perut pun dah kembali lapar maka tibalah masa untuk makan tengah hari. Tengok je lauk yang dihidang memanglah amat membangkitkan selera. Daging goreng paprik, gulai daging salai dengan pucuk ubi dan terung, gulai lemak telur itik, dan ikan keli goreng. Entah berapa kalori dan berapa kolesterol pun tak tahu ni.. Belasah aje janji kenyang! Ada lagi air asam kalau tak salah. Lupa pulak sebab paling diingati dua yang atas tu la hahah.

Sementara saya makan-makan, (makan pun dah nak last2 sebab bergilir dengan suami jaga baby), suami dan anak-anak meneruskan aktiviti seterusnya iaitu animal feeding. Masa ni saya memang tak tahu apa cerita diorang kat kandang rusa tu sebab tengah syok meratah lauk daging salai dan ikan keli. Kehkeh..




Yang tau, tapau-tapau mana lauk yang tinggal, terus turun bawah. Tengok-tengok suami dengan anak-anak dah tunggu kat kereta. Sempat la salam-salam sesiapa yang masih tinggal. Yang lain-lain ramai dah pulang terus lepas makan sebab ada acara lain nak dikejarkan.

Kitorang pun tak boleh nak rileks sangat sebab jauh tu nak balik Kuantan tambah suami pun nak masuk kerja jam 8 malam.

Elok sampai rumah pukul 5.30 semua pengsan!

Begitulah kisahnya family day kami yang pada perkiraan saya sangat meriah dan penuh aktiviti. Sebenarnya saya agak tak gemar berfamily day di swimming pool. Saya lebih suka aktiviti outdoor dan lasak macam ni untuk anak-anak.

So, kalau ada yang berminat nak buat hari keluarga di Ladang Alam Warisan ni, memang saya galakkan. Anak-anak selain  berkuda dan memanah, boleh tengok haiwan-haiwan yang ada. Sejujurnya saya sendiri pun tak sempat nak melawat kawasan ladang yang luas tu. Rugi rasanya sebab masa terlalu terhad.



Apapun semoga ukhwah yang terjalin antara kami adik-beradik dan saudara-mara family Naila akan berkekalan selamanya..insyaAllah.

P/S: Review penuh mengenai Ladang Alam Warisan saya akan tulis dalam blog satu lagi, suazman.blogspot.com

Salam sayang, salam ukhwah!

2 ulasan:

  1. Sekali sekala dapat meluangkan masa macam ni memang best kan, tak pernah lagi naik kuda, setakat memanah tu pernah juga cuba.

    Ada kesempatan nak pergi cuba juga buat aktiviti di LAW ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu tuan Eizil..memang best! pergi ramai-ramai bawak rombongan mesti meriah! :))

      Padam