Enter Keyword

Sebagai ibu menyusu, saya pasti yang ibu-ibu lain pun pernah rasa 'nikmat' kena gigit dengan si comel masa tengah syok menyusukan dia. Betul tak?

Paling sengsara bila bayi dah tumbuh gigi, dan kebetulan puting ibu pulak luka. Aduhai... rasa nak menangis! Yang si dia tengok ibu tengah menahan kesakitan boleh pulak dia sengih-sengih. Geram je nak picit-picit kan.. haish..


Saya pun pernah rasa. Menggigil tahan pedih kena gigit masa puting tengah luka. Teringat pulak masa kerja dulu, ada sorang kakak tu bagi 'petua', kalau baby gigit, picit hidung dia. Serta merta dia akan lepaskan gigitan. Memang saya amalkan dan memang berkesan! Haha.

Sebenarnya kenapa ye bayi menggigit? Gatal gusi ke atau sengaja nak 'seksa' ibu?

1. Cari punca

Mesti ada sebab anak kita tu menggigit. Antaranya dia memang gatal gusi nak tumbuh gigi, atau bayi tu kecewa sebab gagal dapat susu yang diingininya.

Jika susu tak nak keluar atau alirannya terhalang, ibu perlulah ransang supaya susu dapat mengalir lancar untuk penuhi keperluan bayi. Tuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam atau buat urutan khas di sekeliling payudara.

2. Tukar payudara

Contohnya, kalau bayy suka gigit payudara belah kiri, perlahan-lahan alihkan dia ke belah kanan sambil ibu menegur secara sopan. Selalunya kalau macam ni, ibu mesti rasa nak marah kan, jangan marah sebaiknya cakap dan tegur dengan lembut.

3. Picit hidung atau tekap muka bayi

Ini macam kaedah 'mendenda'. Kalau sayang gigit lagi, mama picit hidung. Kaedah ni memang berkesan dan bayi akan faham jika dia menggigit lagi, maka hidungnya akan sakit.

4. Posisi yang selesa

Mungkin bayi menggigit sebab tak selesa dengan posisi yang ibu letakkan. Contohnya ada bayi yang nak tidur dan menyusu sambil baring dengan ibu, dia tak nak ibu duduk jadi dia gigit puting ibu. Ibu mesti faham akan isyarat yang bayi itu mahukan.

5. Leraikan gigitan dengan jari

Jika bayi seakan mahu mula menggigit, masukkan jari ibu ke dalam mulutnya supaya mulutnya terlepas daripada payudara. Buat perlahan-lahan, bukan dalam keadaan tiba-tiba untuk mengelakkan bayi terkejut dan akhirnya menggigit puting ibu dengan lebih kuat.

6. Gigit sesuatu

Kalau betul bayi dah nak tumbuh gigi, berikan sesuatu untuk dia gigit seperti teether. Alat seperti ini dapat membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit.

7. Jangan menjerit

Walapun sakit, pedih dan perit, elakkan daripada menjerit, meninggikan suara, memarahi atau memukul bayi. Keadaan ini akan buatkan bayi terkejut dan takut nak menyusu.

8. Prihatin

Sentiasa perhati dan prihatin dengan tingkahlaku bayi untuk kenalpasti tabiat menggigit itu disebabkan apa. Contohnya jika bayi menyusu dalam keadaan terlalu mengantuk dan puting mula nak terlepas daripada mulutnya.

Ibu mesti peka dengan keadaan ini untuk mengelakkan bayi menggigit dan buatkan luka jadi lebih parah lagi.

Sebenarnya takdelah susah sangat nak handle masalah bayi menggigit ni. Ibu mesti jadi sedikit kreatif supaya bayi dapat terus menyusu dan ibu tak rasa sakit.

Jangan pulak ibu fed-up dan terus berhentikan penyusuan.. Kesian si comel.

Petua Atasi Puting Luka

Wahh ini special untuk ibu yang ada masalah puting luka akibat digigit si kecil. Caranya ialah, picit puting untuk keluarkan susu, dan sapukanlah susu tersebut pada bahagian luka.

Percaya tak, susu ibu mengandungi vitamin E yang boleh membantu proses penyembuhan luka.

Tapi, jangan pergi sapu vitamin E sintetik yang ibu beli dikedai. Ini bahaya sebab vitamin E sintetik tersebut mengandungi bahan toksik.

p/s: atau pun ibu boleh dapatkan vitamin E semulajadi daripada saya.

Saya ucapkan selamat menyusukan si comel tersayang, dan salam ceria penuh bahagia!

Pertanyaan atau pembelian vitamin semulajadi, boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994


Ramai wanita begitu mementingkan kecantikan tubuh seperti payudara. Maka ramailah wanita berimpian untuk memiliki payudara yang anjal, gebu, besar dan tegang. Ada banyak cara untuk membesarkan payudara termasuk kaedah mengurut, pembedahan, menanam implan atau juga melalui pemakanan seperti suplemen.

Masalahnya ada antara kaedah di atas sangat berisiko tinggi seperti jangkitan kuman, kerosakan sel malah juga mungkin juga terkena kanser!

Oleh itu, cara yang paling selamat, murah, mudah namun berkesan ialah dengan mengambil makanan yang sesuai. Tapi..sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita belajar sikit bagaimana payudara boleh mengendur atau pun tidak membesar seperti saiz yang kita inginkan.

Kelenjar Mamari


Salah satu punca utama kenapa payudara tidak membesar ialah kerana kekurangan hormon estrogen, yang mana hormon estrogen ialah hormon wanita yang bertanggungjawab dalam mengawal atur kita menstruasi (kitar haid), membentuk lekuk-lekuk pada tubuh wanita dan buatkan payudara membesar.

Tubuh wanita mempunyai hormon estrogen yang banyak semasa akil baligh; dan sebab kenapa sesetengah wanita tidak mempunyai payudara yang besar ialah kerana tempoh akil baligh mereka terlalu awal.

Oleh itu, untuk membesarkan saiz payudara, anda mestilah memberi tubuh anda lebih hormon estrogen. Bagaimana caranya?

Di sinilah pemakanan memainkan peranan. Ada beberapa jenis makanan menyumbang kepada pembesaran saiz payudara kerana ia membekalkan tubuh kita dengan estrogen yang diperlukan.

Ada pelbagai jenis makanan yang tinggi dengan estrogen. Kebanyakannya daripada jenis tumbuhan dan herba, yang mana ia mengandungi phyto-estrogen.

Apa itu phyto-estrogen?

Phyto-estrogen ialah estrogen daripada unsur tumbuhan yang mana ia mimik kepada estrogen manusia semasa kita akil baligh. Phyto-estrogen diketahui berupaya membesarkan payudara hingga 1-2 saiz cup.

Makanan Yang Membesarkan Saiz Payudara

Biji adas / jintan manis (fennel)


Jintan manis adalah herba yang tak asing lagi dan selalu terdapat dalam dapur kita kan. Jintan ni ikut kajian memang membantu dalam membesarkan saiz payudara dan ia juga mengandungi amaun phyto-estrogen yang agak banyak seperti photoanethole, anethole dan dianethole.

Produk tenusu


Produk tenusu juga mengandungi hormon reproduktif seperti estrogen, prolactin, dan progesteron yang boleh membantu dalam pembesaran saiz payudara. Tapi AWAS, produk tenusu tinggi kandungan lemak dan kolesterol.

Soya


Soya ni bolehlah dikatakan sebagai superfood sebab ia mengandungi amaun isoflavones yang tinggi yang mana telah diketahui dapat memusnahkan radikal bebas dan sel kanser yang wujud pada tisu.

Nutrien phyto-estrogen yang tinggi dalam soya menjadikannya menu favorite dan popular di kalangan wanita yang ingin membesarkan saiz payudara.

Tapi, hati-hati dengan produk atau minuman soya yang ada di pasaran. Selalunya ia daripada tumbuhan soya yang telah diubahsuai genetiknya. Kalau mahu, saya sarankan ESP Shaklee sebab ia sumber soya tulen dan pemprosesannya sangat berkualiti tinggi.

Sayuran hijau


Brokoli, bayam, kale, dan lain-lain sayuran hijau amat kaya dengan phyto-estrogen. Selain itu, sayuran hijau ini juga kaya dengan kalsium, zat besi, dan antioksidan yang amat bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan dan dengan itu dapat meransang pembesaran saiz payudara.

Sayuran ini juga dikatakan dapat menurunkan paras hormon lelaki, iaitu testosteron dalam badan wanita dengan itu lebih banyak hormon estrogen mengambil alih tempatnya.

Antara sayur/ tumbuhan hijau yang amat superb ialah alfalfa. Alfalfa telah diketahui sebagai tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrien. Ia juga kaya kompaun phyto-estrogen seperti isoflavone, yang mana sangat membantu dalam meransang penghasilan susu ibu dan perkembangan payudara.

Makanan laut


Sesetengah makanan mempunyai fungsi meransang hormon seks dan dengan itu membantu dalam pembesaran tisu payudara. Mangan iaitu mineral yang terdapat dalam tiram, udang, dan kerang dapat meningkatkan hormon estrogen.

Perlu diingat, makanan laut amat kaya dengan kolesterol jadi tidak digalakkan mengambil secara berlebihan dan keterlaluan.

Protein


Makanan kaya protein seperti daging dan kekacang amat baik untuk pembesaran payudara secara semulajadinya kerana ia membantu membina otot. Pilihlah sumber protein yang baik untuk kesihatan iaitu daripada tumbuhan seperti soya dan kekacang dan elakkan mengambil makanan sumber haiwan terlalu banyak kerana ia mengandungi lemak tepu.
kredit

Sebenarnya, untuk kelihatan cantik tak perlu susah dan stress. Amalkan gaya hidup sihat, bersenam, makan dengan teratur, berikan badan cukup keperluan nutrisi dan jadilah diri sendiri yang sentiasa ceria dan positif!

****

Untuk mendapatkan ESP, Alfalfa dan GLA Complex, hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994


Minyak ikan bukanlah asing lagi di Malaysia. Kalau dulu, memakan minyak ikan agak pelik dan jarang di titikberatkan oleh ibu bapa.

Kini pengambilan minyak ikan ibarat satu kemestian bagi setiap keluarga kerana kajian demi kajian serta keberkesanan mengamalkan minyak ikan telah terbukti secara teori dan testimoni.


Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan ialah lemak atau minyak yang bersumber daripada ikan terutamanya ikan yang kaya lemak seperti ikan salmon, ikan tuna, ikan mackerel, ikan sardin, ikan hering dan sebagainya.

Ikan ini, jika di masak, akan mengeluarkan minyak yang agak berbau (tapi wangi bagi sesetengah orang), pekat dan melekit. Minyak ikan inilah yang sangat kaya dengan asid lemak Omega 3 yang amat baik untuk kesihatan.

Sumber Omega 3 

Ada beberapa jenis asid lemak Omega 3. Tetapi yang amat penting ialah asid lemak DHA (docoahexasaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid).

DHA ialah asid lemak utama yang menjadi komponen penting kepada retina manusia, sperma dan serebral korteks dalam otak manusia.

Sebanyak 40% komponen asid lemak poli-tak tepu (PUFA) di dalam otak kita mengandungi DHA, Manakala  60% pada retina. Separuh daripada berat membran sel plasma terdiri daripada DHA. Susu ibu juga sangat kaya dengan DHA.

Khasiat minyak ikan kepada kesihatan

Penyelidikan ke atas khasiat dan manfaat minyak sentiasa berterusan. Antara khasiat yang dilaporkan ialah:

1. Kesihatan jantung dan salur darah - membantu menstabilkan tekanan darah dan melancarkan perjalanan darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal, membantu menurunkan kolesterol, membantu mencegah strok dan pemulihan pesakit strok, membantu mencegah pembengkakan dalam salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung

2. Menurunkan berat badan - omega 3 membantu membakar lemak dengan berkesan dan membantu mengempiskan perut

3. Lepas bersalin - mengatasi tekanan atau kemurungan post-natal, baby blues atau meroyan lepas bersalin. Oleh itu ia perlu di amalkan sejak dalam kehamilan lagi.

4. Menguatkan aktiviti otak dan memori - menggalakkan sel-sel otak sentiasa berhubung, menguatkan ingatan, menguatkan tumpuan dan daya fokus, mengurangkan rasa mengantuk, mencegah keluapaan dan nyanyuk, mencegah migrain dan sakit kepala.

5. Kesihatan mata - mencegah masalah rabun, dan meningkatkan kesihatan mata.

6. Sistem pertahanan - menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan, alahan, masalah lelah atau ashtma, masalah sistem pernafasan dan peparu

7. Mencegah kanser - kajian menunjukkan omega 3 dapat membantu mencegah kanser peparu, payudara, prostat dan kolon.

8. Bayi dalam kandungan - pengambilan omega 3 semasa hamil dapat meningkatkan perkembangan sensori, motor dan kognitif bayi.

9. Kesihatan sendi - omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan antara sendi. Dengan itu ia memelihara sendi yang sihat kepada pesakit athritis dan gout.

10. Kanak-kanak autisme dan ADHD - membantu menstabilkan emosi, meningkatkan keupayaan otak dan memperbaiki masalah tingkahlaku pada anak-anak autisme dan ADHD.

11. Kecantikan kulit - pengaliran darah yang lancar dapat menyihatkan sel dan dengan itu menjadikan kulit lebih licin, berseri dan kemerah-merahan. Ia juga amat bagus untuk mereka yang ada masalah eczema, gatal-gatal alahan, atau psoriasis.

Khasiat minyak ikan ini memang banyak. Ibnu Sina (dalam buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah) turut menyarankan memakan ikan kerana ia memberi faedah kepada kesihatan manusia.

Percaya tak, penduduk Jepun terutamanya di kawasan beriklim sejuk yang selalu mengambil ikan dalam menu harian mereka di dapati mempunyai insiden sakit jantung yang amat rendah berbanding penduduk di USA, Canada, Eropah Barat dan Australasia.

Ini membuatkan para saintis amat kagum dan membuat kajian serta menyimpulkan bahawa pengambilan minyak ikan amat menyumbang kepada kesihatan jantung dan menurunkan risiko serangan jantung.


Minyak Ikan Terbaik!

Memilih minyak ikan amat perlu berhati-hati. Ini kerana sesetengah jenama di pasaran menggunakan minyak daripada hati ikan dan bukan isinya. Hati ikan bertoksik kerana ia tempat pengumpulan logam berat seperti merkuri dan plumbum yang amat berbahaya untuk kesihatan.

Ada juga jenama yang menggunakan minyak daripada ikan yang diternak, diberi makan makanan ikan (palet), bukan ikan segar yang di tangkap di lautan sejuk yang jauh daripada pencemaran.

Inilah sebab kenapa saya memilih jenama yang di percayai ramai sejak bertahun-tahun iaitu Omega Guard Shaklee.

Ini adalah antara ribuan (malah jutaan) testimoni pengguna minyak ikan terbaik kami.





Saya percaya anda juga ingin memberikan yang terbaik kepada seisi keluarga anda kan?

Hubungi saya untuk mendapatkan Minyak Ikan Omega Guard Shaklee ini:

Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994



Sharing is Awesome!

Khasiat Minyak Ikan Omega 3

by on Mei 16, 2015
Minyak ikan bukanlah asing lagi di Malaysia. Kalau dulu, memakan minyak ikan agak pelik dan jarang di titikberatkan oleh ibu bapa. Kini pe...
Menyusukan bayi adalah satu pengalaman yang amat indah bagi seorang wanita bergelar ibu. Selain membekalkan makanan terbaik untuk si manja, susu ibu juga mampu merapatkan ikatan emosi antara ibu dan anak.

Penyusuan susu ibu telah di rakam secara jelas dalam Al-Quran melalui surah Al-Baqarah ayat 233. Inilah yang mendorong dan memotivasikan saya untuk menyusukan anak-anak saya dengan makanan terbaik dunia. Bagi saya, apa yang Allah suruh itu sudah tentu mempunyai kebaikan yang banyak, yang jauh daripada pengetahuan kita.


Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat menyempurnakan hak anak saya yang pertama hingga 10 bulan, yang kedua sehingga dua tahun penuh dan sedang menyusukan yang ketiga. (doakan saya mampu mengharungi cabaran lagi setahun 4 bulan)

Mungkin ada ibu yang berniat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, tetapi tertanya-tanya apa kelebihan menyusukan bayi dengan susu ibu ni? Bukankah sama je kalau kita beri anak kita susu formula sekalipun, dia tetap dapat khasiat yang sama? Sabar ibu, jom baca dulu...

1. Paling steril dan bersih

Susu ibu fresh, terus dari badan ke mulut. Ia tidak mungkin dihinggapi bakteria, kuman atau apa saja agen penyakit. Ia jauh daripada pencemaran dan kerosakan (melainkan ibu menyimpan stok susu dan cara kendalian susu adalah tidak bersih)

2. Susu ibu kaya antibodi

Ia berfungsi menguatkan sistem imun bayi. Terdapat beberapa antibodi yang cuma wujud dalam susu ibu. Kajian turut mendapati bayi yang menyusu susu ibu mendapat kurang jankitan berbanding bayi susu formula. Antara jangkitan yang biasa berlaku pada bayi ialah;

  • telinga
  • cirit birit
  • jangkitan pernafasan
  • meningitis
Susu ibu dapat melindungi bayi bayi daripada terkena alahan, asthma, diabetes, obesiti dan kematian mengejut (SIDS- sudden infant death syndrome).

3. Nutrien terbaik untuk bayi

Kerana ia mengandungi laktosa, protein whey dan casein, dan lemak yang sesuai untuk sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.

Susu ibu juga mengandungi kesemua nutrien penting seperti vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuhnya untuk membesar. 

Walaupun susu formula membekalkan vitamin yang sama, ia tidak dapat menandingi susu ibu kerana susu ibu sesuai untuk setiap bayi secara unik dan spesifik, tidak dapat di duplikasi.


4. Lebih mudah di hadam

Oleh itu bayi kurang mengalami cirit-birit atau sembelit. Sebab sifat mudah hadam inilah yang buat bayi amat suka 'mengempeng' atau melekat dengan ibunya kerana lapar, tetapi cepat kenyang.

5. Percuma

Ibu tidak perlu menyediakan sesen pun wang untuk menyusukan bayi (kecuali ibu bekerja perlu beli peralatan untuk simpan susu), sedangkan harga susu formula sentiasa naik. Oleh kerana bayi susu ibu juga jarang sakit, maka tidak banyak wang yang perlu dihabiskan untuk menampung bil rawatan.

6. Bayi mencuba pelbagai rasa

Oleh kerana bayi hanya minum susu ibu, maka apa yang ibu makan, turut di ambil oleh bayi. Dengan itu bayi lebih mudah menerima makanan kerana ia sudah 'biasa' dengan rasa makanan daripada susu ibunya.

7. Ibu cepat kurus!

Ibu yang menyusukan bayi membakar kira-kira 500 kalori setiap kali sesi penyusuan. Maka ibu yang mengalami pertambahan berat badan semasa hamil dan susah nak kurus, menyusukanlah bayi anda dengan senang hati. :)

8. Mudah lagi menyenangkan

Bayi boleh menyusu di mana-mana, tak perlu prepare barang-barang menyusu seperti botol, air panas, air sejuk, bakul dan sebagainya. Ibu menyusu paling mudah bersiap kalau nak berjalan! Selain itu ibu tak buang banyak masa untuk mencuci botol atau bangun tengah malam untuk bancuh susu.

9. IQ bayi lebih tinggi

Kerana kandungan DHA dalam susu ibu yang semulajadi terus sampai kepada bayi. Ada kajian menunjukkan bayi susu ibu mempunyai IQ (mungkin juga EQ) yang lebih tinggi berbanding bayi susu formula.

10. Hubungan kulit (skin-to-skin contact)

Sebagai ibu menyusu, satu perasaan bahagia apabila dapat mendakap bayi comel kesayangan lebih kerap. Ini dapat membina dan membangkitkan hubungan emosi antara ibu dan bayi. Sentuhan ini dapat meransang pengeluaran hormon endorfin dalam badan bayi yang akan meransang sel-sel tubuh untuk berfungsi dengan lebih baik.


11. Mempercepatkan pengecutan rahim wanita

Ibu lepas bersalin sangat digalakkan menyusukan bayi seawal yang boleh. Ini kerana hormon oksitosin yang dirembeskan dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya ke bentuk asal.

12. Mengurangkan risiko terkena kanser payudara dan kanser ovari

Terdapat kajian menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang terdedah kepada risiko mendapat penyakit seperti kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, juga kanser uterus dan ovari.

13. Mencegah bayi daripada terkena kanser

Susu ibu mengandungi alphalactalbumin dalam jumlah besar, yang mana ia mengenali kewujudan sel-sel kanser dan bertindak membunuhnya.

14. Menjarakkan kehamilan

Biasanya ibu menyusu akan mengalami kedatangan haid yang agak lambat selepas bersalin. Ini membantu ibu untuk menjarakkan kehamilan dan merancang keluarga.

Memilih sama ada untuk memberi susu ibu atau susu formula kepada bayi adalah pilihan yang amat penting dan melibatkan keputusan yang besar. Kerana susu ibu adalah hak bayi yang mesti ditunaikan oleh setiap ibu.

Walaupun demikian, jika anda disarankan untuk memberi susu formula kepada bayi atas sebab-sebab kesihatan, kesukaran atau sebagainya itu lebih baik bagi anda.


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 
-Surah Luqman: ayat 14

************

Perlukan bantuan dalam penyusuan atau ingin mencuba Set Menyusu Premium dengan harga berpatutan? Hubungi saya,

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994


Kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Ramai wanita rasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersama. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Kedaan ini sudah tentu sesuatu yang amat memalukan.


Apa itu kentut vagina?

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

Otot peranakan lemah selepas bersalin

Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan masalah pengawalan pundi kencing.

Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.

Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.

Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina

Senaman Kegel

Senaman Kegel atau kemutan ini dapat melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku,

Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Cara:

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing anda telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari

6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.

Ambil suplemen

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil.

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex yang juga dikenali sebagai super-food (juga dikenali sebagai kacip fatimah moden) yang amat membantu dalam kesihatan organ peranakan. Ia membantu dalam pengecutan otot rahim, mengawal keseimbangan hormon dan juga merendahkan keasidan di kawasan tersebut.

GLA Complex

GLA Complex yang lebih pekat dan datangnya daripada minyak boraj ini sangat terkenal dalam membantu kesihatan wanita. Ia menstabilkan hormon estrogen dan progesteron, membantu mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus dan disamping itu menyerikan kulit wajah. GLA juga dapat membantu dalam masalah kencing lelaki dan wanita.

Ostematrix


Ostematrix Shaklee yang kaya kalsium, magnesium dan beberapa mineral penting amat membantu dalam kesihatan otot dan urat saraf. Ia membantu dalam pengawalan otot (regangan dan pengecutan), membantu mengetatkan semula otot di bahagian peranakan yang longgar, dan memperbaiki masalah organ reproduktif.

Dengan mengamalkan senaman kegel bersama-sama dengan pengambilan suplemen yang betul, insyaAllah masalah kentut vagina dapat diselesaikan dan bukan itu saja, organ peranakan dan rahim akan jadi lebih sihat dan ini dapat menyerikan semula rumahtangga anda.

*****

Set Vagina Sihat ini boleh didapati dengan menghubung:

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Mengandung adalah satu proses dimana berlaku perubahan besar ke atas tubuh seorang wanita dari segi fizikal, mental dan emosi. Apabila seorang wanita mengandung, ia akan menjadi perkara yang paling seronok dan mengujakan dalam sesebuah keluarga.

Tempoh mengandung sembilan bulan 10 hari ini sepatutnya menjadi tempoh masa yang amat indah untuk dikenang oleh pasangan suami isteri kerana inilah detik di mana seorang bidadari kecil dari benih kita bakal menjengah dunia.


Namun, seringkali saat ini dibiar berlalu begitu sahaja. Sedar tak sedar sudah sampai tempoh masa bersalin. Percaya tak, ada isteri yang mungkin boleh memendam rasa dan serik untuk mengandung lagi kerana dirasakan dia cuma mengandung 'seorang diri'.

Ketahuilah bahawa emosi isteri saat mengandung ini amat mudah terhiris dan terluka. Suami mesti pandai memainkan peranan kerana jika tidak, silap haribulan isteri akan kata, 'cukuplah...saya tak nak mengandung lagi'.

Wahai suami, perhatikan perkara berikut. Walaupun nampak remeh dan kecil, tapi tidak bagi isteri.

1. Mendengar

Perubahan hormon semasa hamil yang ibarat roller coaster ini memang pelik. Ada masa isteri suka mendiamkan diri. Ada masa isteri suka bercakap.

Suami cuma perlu menjadi pendengar yang setia. Pinjamkan telinga untuk mendengar rungutan, bebelan atau apa saja komen isteri. Jika isteri berdiam diri, ajak dia berbual untuk dia meluahkan perasaannya yang mungkin dipendamkan seorang diri.

2. Bantu isteri melakukan kerja rumah

Isteri yang melakukan kerja rumah seorang diri akan merasa stress, tertekan dan tidak dipedulikan sedangkan dia sendiri mengalami alahan, sentiasa penat dan lesu, loya dan muntah, atau mengalami sakit-sakit pinggang, kaki dan sebagainya.

Suami perlu tunjukkan bahawa dia sentiasa ada untuk sama-sama merasai susah payah isteri yang sedang mengandung itu. Cukup dengan melakukan kerja-kerja ringan seperti membasuh dan menyidai kain, membersih atau menyapu sampah.

Lagi sweet kalau suami dapat tolong isteri menyediakan makanan buat keluarga.


3. Mengidam

Ada isteri yang semasa mengandung suka mengidam untuk makan makanan yang dia teringin. Jadi suami kenalah carikan apa yang isteri teringin nak makan tu. Simptom mengidam ini ada kaitan dengan kekurangan satu atau beberapa zat dalam badan isteri.

Jadi kalau susah nak masak, belikan saja!

4. Tolong picit dan urutkan badannya

Isteri mengandung akan selalu mengalami masalah sakit betis, sakit urat, sakit kaki, sakit pinggang, sakit kepala dan macam-macam penyakit lagi. Jika dia mula mengadu, jangan cakap banyak. Ringankan tangan untuk picit dan urut bahagian yang sakit itu.

Percaya tak, isteri bukan tak mampu nak menghadapi sakit itu tetapi sebenarnya dia nakkan perhatian. So, give yours!

5. Tolong jaga anak

Isteri yang mengandung kali kedua, ketiga atau seterusnya pasti sedang 'berperang' untuk menjaga si sulung walhal dirinya sendiri pun tak larat nak jaga. Apa lagi kalau anak tu jenis yang agak lincah dan aktif, memang boleh semput ibu dibuatnya. silap-silap boleh boleh naik tekanan darah tinggi.

Jadi..suami jangan duduk rileks tengok tv saja, tolonglah jaga anak-anak tu sama.



6. Temankan isteri ke klinik

Ada isteri memang boleh berdikari dan buat segala benda seorang diri. Tapi bila ke klinik untuk berjumpa doktor atau melakukan apa-apa rawatan bulanan, dia mahukan suaminya ada bersama.

Sekali sekala suami boleh offer diri untuk temankan isteri. Mesti isteri lebih suka dan seronok.

7. Selalu mengucapkan kata-kata pujian dan kasih sayang

Katakan bahawa isteri itu sangat cantik, katakan bahawa suami pun tak sabar-sabar nak main dengan si kecil. Tunjukkan bahawa suami juga amat teruja dengan kehamilan itu walaupun isteri sedang mengandung anak kelima!

Lagi baik kalau suami dapat selalu mengusap perut isteri, bercakap dengan bayi dalam kandungan juga membacakan Al-Quran.

8. Sering menghubungi dan bertanya khabar

Ini sesuai untuk suami isteri yang sedang dalam perkahwinan jarak jauh (PJJ). Isteri di Malaysia sedangkan suami bekerja di London.

Tanya khabar isteri lebih kerap dan tunjukkan perhatian yang sepatutnya walaupun jarak memisahkan anda berdua. Gunakan segala medium sosial yang ada termasuk skype untuk berhubung dan menyatakan kerinduan anda berdua.

9. Ambil tahu tentang kehamilan

Cari maklumat dan ilmu dan berkongsi dengan si dia. Dengan itu isteri tahu bahawa suami memang betul-betul prihatin dengannya.

10. Shopping barang bayi bersama

Jangan biarkan isteri melengkapkan keperluan bersalin seorang diri sedangkan suami masih ada di sisi. Ambil bahagian untuk memilih warna, corak, design, atau jenama peralatan dan keperluan bayi dan ibu lepas bersalin nanti.


Perkara ini, walaupun nampak kecil tetapi impaknya sangat besar. Selain dapat mengeratkan kasih-sayang anda berdua, isteri akan lebih menghormati, menyayangi dan tidak teragak-agak untuk mengandung hingga cukup satu team futsal. :D

Kepada suami (atau isteri yang sedang membaca entry ini), saya doakan kalian selamat dan dipermudahkan sepanjang tempoh mengandung, bersalin dan berpantang nanti. Insya-Allah.

**********
Dapatkan Set Mengandung Premium, Set Berpantang, atau Set Menyusu Shaklee dengan menghubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994

Apabila diberitakan mengandung anak kedua, sama ada dirancang mahu pun tidak, sedikit sebanyak perasaan takut mula muncul dalam hati ibu.

Kalau anak pertama dulu, pasangan suami isteri memang seronok dan teruja, maklumlah bakal bertambah ahli keluarga. Daripada berdua, bakal jadi bertiga. Hidup pun mungkin berubah 360 darjah.

Tapi perasaannya lain apabila mengandung bayi kedua. Ibu lebih takut dan risau. Lagipun ibu dah berpengalaman mengandung dan bersalin yang pertama. Selalunya ibu akan rasa 'serik'. Mungkin pelik bunyinya. Tapi saya sendiri mengakui lebih ketakutan apabila mula mengandungkan anak kedua kami dulu.


Jom tengok apa ketakutan dan kerisauan yang ibu hadapi semasa mengandung kali ini.

1. Takut tidak dapat menyayangi anak kedua seperti anak pertama

Apabila anak yang pertama lahir, ibu akan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak itu. Anak akan di tatang bagai minyak yang penuh. Semua kemahuannya dituruti. Semua yang terbaik untuk anak pertama kita itu.

Jadi, ibu mula risau bagaimana ingin membahagi kasih sayangnya dengan anak kedua pula? Mampukah ibu menyayanginya seperti anak pertama?

Sebenarnya ibu mampu menyayangi setiap anak sama rata. Ikatan antara ibu dan anak kedua bakal terbentuk secara semulajadi. Ibu haruslah buka hati untuk menerima kehadiran orang ke-empat dalam keluarga.

Cara yang lebih proaktif, banyakkan membaca, ambil tahu mengenai kandungan (selalunya mengandung anak kedua ibu dah mula sambil lewa), selalu mengusap bayi dalam kandungan, dan selalu bercakap-cakap dengannya supaya kalian berdua sentiasa 'feel connected'.

2. Takut dengan proses kelahiran yang bakal dilalui

Rata-rata ibu yang pernah melahirkan anak pertama akan takut untuk menghadapi kelahiran kali kedua.

Pengalaman pertama ibu yang selalunya 'mengerikan' buatkan ibu serik nak bersalin lagi. Saya sendiri melalui hampir 24 jam menanggung kesakitan melahirkan anak pertama. Jadi apabila nak bersalin anak kedua, perasaan terlalu takut hingga saya menangis apabila jururawat mula menolak masuk kedalam dewan bersalin.

Ketahuilah ibu, proses melahirkan anak kedua saya jauh lebih mudah berbanding anak pertama (walaupun sakit kontraksi masih serupa). Ini kerana sudah ada laluan / bukaan berbanding yang pertama dulu.

Para suami amat memainkan peranan waktu ini untuk cuba menghilangkan ketakutan dan menenangkan emosi isteri. Selalu berada di samping isteri dan beri kata-kata semangat yang diharapkan.

3. Takut tidak dapat menyusukan dengan susu ibu

Apapun pengalaman menyusukan anak pertama, ia tidaklah sama dengan anak kedua kerana tidak ada dua bayi yang serupa walaupun ia lahir dari rahim yang sama.

Jika ada masalah dalam penyusuan, mintalah nasihat doktor, jururawat atau pakar menyusu.

4. Takut meninggalkan anak pertama bila hendak bersalin

Perasaan ini sangat normal bagi semua ibu. Lagi-lagi ibu tidak pernah meninggalkan anak terlalu lama. Ibu boleh jadi terlalu rindu pada anak pertama, fikirkan dirinya dirumah walaupun ibu sendiri sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.
(Oh sebak rasa hati menulis ayat ini)

Oleh itu wahai ibu, 'be prepared'! Luangkan masa dengan anak pertama, ceritakan kebarangkalian ibu dan ayah bakal meninggalkannya untuk seketika untuk melahirkan adik baru. Minta tolong ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran untuk menjaga sebentar anak kita. Jangan terlalu menekan emosi sendiri. InsyaAllah anak akan baik-baik saja dalam jagaan orang yang kita percaya.

5. Takut tidak dapat melalui kehidupan dengan dua orang anak

Apabila ibu sudah melahirkan, automatik ibu akan tahu bagaimana nak mengatasi cabaran yang berlaku. Biasanya waktu ini anak pertama mula 'buat perangai' sebagai tanda dia mula iri hati dengan kasih sayang ibu terhadap adiknya.

Ibu dan ayah mesti kreatif, ambil peranan yang proaktif supaya anak pertama tidak terasa tersisih. Semasa anak kedua tidur, luangkan masa dengan anak pertama dengan bermain, bercakap, memeluk dan menciumnya sama seperti dulu.

Seeloknya ibu dan ayah mulakan dari awal iaitu sejak dalam kehamilan lagi. Buatkan dia rasa seronok, teruja dan tak sabar untuk bermain dengan si kecil baru dalam keluarga.

Ibu sebenarnya sangat kuat dan tabah! Padamkan semua ketakutan yang ada. Jika ibu lain boleh kita juga boleh!

Bergembiralah menanti kehadiran permata syurga kedua dalam keluarga anda...

*******

Dapatkan Set Bersalin Premium yang berzat, dan bakal buat ibu jadi lebih sihat, bertenaga, ceria, cantik, berseri dan positif sepanjang tempoh berpantang. Hubungi:

-Puan Suhaila-




Mempunyai cahaya mata bijak pandai secara semulajadi adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Namun bukan semua kanak-kanak di lahirkan dengan anugerah sebegitu rupa.

Secara amnya, otak kanak-kanak mula berkembang sejak dari dalam kandungan lagi iaitu dari usia 4 bulan dalam rahim ibu. Sistem otaknya ketika ini akan melalui proses-proses kematangan sehingga sehingga sistem itu mencapai tahap 25% penyempurnaan pembangunan sistem otak itu pada waktu lahir. Jika bernas 25% ini, maka bernaslah asas sistem otak pada waktu lahir.


Tubuh manusia mengandungi 75 trillion sel. Otak manusia sahaja mengandungi 100 billion sel neuron bersama sel-sel glial yang bilangannya lebih daripada 12 kali ganda sel-sel neuron.

Setiap sel hidup dalam badan kita ini memerlukan antara satu sama lain untuk berfungsi secara cekap. Sistem kerja serta kewujudan sel dalam otak manusia ini sangat mempengaruhi bagi ketahanan serta kekuatan daya fikirnya.

Setiap sel dalam otak sangat memerlukan nutrisi yang baik untuk membantu perkembangan yang optimum.

Sel-sel otak (juga sel lain dalam tubuh) memerlukan
  • Oksigen
  • Air
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Lemak
  • Vitamin
  • Garam mineral (zat-zat galian)
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat makanan dan nutrisi sebenar untuk perkembangan otak juga pertumbuhan seluruh tubuh yang normal.

Malangnya ibu bapa kini tidak ambil berat untuk memberikan makanan terbaik yang halal dan selamat kepada anak-anak. Ibu bapa lebih suka memberi anak makan:
  1. Makanan ringan (snek dan jajan)
  2. Makanan segera (kentang goreng, nugget, burger dan sebagainya)
  3. Gula-gula
  4. Aiskrim
  5. Manisan2 yang lain
Makanan ini sebenarnya sangat mempengaruhi sel-sel otak anak kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, tidak berzat, mendatangkan penyakit berbahaya malah otak langsung tidak memerlukannya untuk digunakan dalam membangun intelek anak!

Apabila anak jadi malas, lemah dalam pelajaran, mengantuk, suka mengamuk, bertindak kasar, tidak mampu berfikir dengan baik, ibu bapa mula salahkan anak, kawan-kawan dan persekitaran.

Buatlah pilihan bijak

Oleh kerana terlalu banyak makanan-makanan yang tidak langsung sesuai untuk anak di pasaran, maka ibu bapa mestilah menghadkan atau mencegah terus anak-anak daripada mengambil makanan yang merosakkan seperti di atas.

Gantikan dengan makanan yang selamat, berzat, berkhasiat, terjamin halal dan bersih. Antara makanan yang bagus di makan setiap hari ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran (seeloknya di tanam sendiri)
  • Kismis, kurma atau buah-buahan kering
  • Susu segar (daripada lembu yang tidak di suntik hormon)
  • Kekacang 
  • Sumber protein tulen seperti daging putih, merah dan ikan

Perlunya makanan tambahan!

Percaya atau tidak, kita tidak lagi tinggal dalam dunia yang ideal. Dari celik mata sampai tutup mata semula hidup kita penuh dengan benda-benda yang tidak lagi selamat untuk kita makan, minum, pakai, hidu, bernafas, bergerak, bermain dan sebagainya.

Rumah kita sendiri menyimpan terlalu banyak bahan kimia berbahaya dari bedak talkum hingga ke sabun basuh kain. Kita menghidu udara yang kotor dan penuh pencemaran. Kita menghirup air yang juga penuh dengan kuman dan bakteria, Anak -anak kita bermain di padang atau taman permainan yang ada bermacam-macam virus dan mikrob.

Anak-anak kita makan sayur dan buah yang di sembur racun serangga, makan makanan yang sangat tinggi kandungan gula, garam, lemak, kolesterol dan kalori, minum susu daripada lembu yang disuntik vaksin dan antibiotik.

Tubuh anak-anak kita stress akibat aktiviti harian yang tidak berhenti-henti sepanjang hari sehingga mereka tidur. Belum lagi kejutan-kejutan emosi yang tidak sepatutnya di lalui tetapi anak-anak kita sudah menghadapinya.

Semua perkara di atas bukan saja menyebabkan anak kita makin sakit, malah sel-sel otaknya terlalu penat bekerja untuk berlawan dengan semua tekanandalaman dan luaran. Lagi malang apabila kita sendiri merosakkan hubungan sel-sel otak dengan memberi makanan yang bukan-bukan.

Antara tanda anak patut di beri makan tambahan ialah apabila:-

  1. Dia terlalu kerap sakit. Badan tidak dapat bertahan dengan tekanan daripada dalaman dan luaran
  2. Selalu letih, lesu dan penat
  3. Pelajaran makin merosot
  4. Tingkahlaku kasar dan agresif
  5. Selalu mengantuk
  6. Hilang fokus dan tumpuan semasa belajar
  7. Mudah lupa
  8. Sukar mengingat dan memahami arahan
  9. Lambat memproses maklumat yang sampai kepadanya
  10. Lambat berfikir
Ingatlah bahawa otak adalah pusat memproses segala maklumat. Ia ibarat CPU komputer. Apa reaksi tubuh kita adalah hasil daripada pemprosesan CPU itu tadi. Kalau CPU dah rosak, monitor flat screen saiz 16 inci pun tak guna. Apalagi keyboard langsung tak boleh tekan.

Protein Meal Shakes, hidangan penting waktu sarapan pagi


Meal Shakes Shaklee ini bukan hanya membekalkan protein tulen, malah kaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.

Protein bukan hanya penting untuk pembinaan tisu-tisu badan. Protein juga membekalkan otak kita dengan bahan yang di panggil dopamine, di mana dengan dopamine, sel-sel otak akan mampu menghasilkan bahan noradrenaline atau norepinephrine yang sangat diperlukan untuk proses menyimpan, menyusun, menghantar, melekat, membina cabang-cabang dalam sistem otak.

Proses inilah yang terlibat setiap kali kita belajar, mengingat, menghasilkan sesuatu yang kreatif, berfikir secara kritis dan sebagainya. 

Manakala vitamin-vitamin penting seperti A, B, C, D, E, K, dan mineral seperti zink, kalsium, sodium, iodin, zat besi amat penting untuk meransang penghasilan enzim dalam sel otak. Enzim-enzim inilah yang akan mempercepatkan proses tindakbalas dan ransangan serta penyampaian maklumat dalam otak.

Omega Guard, sumber Omega 3 untuk otak yang bernas

Sel-sel otak memerlukan bahan-bahan binaan yang meneguhkan strukturnya, sambil menjamin selaput yang menutupnya tebal, sihat dan berfungsi. Otak kita terdiri daripada sel-sel lemak atau lebih tepatnya asid lemak. Sebab itu otak kita perlukan asid lemak perlu seperti Omega 3 dan Omega 6.

DHA ialah nutrien utama yang kritikal untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, menguatkan fokus dan tumpuan, meransang pengaliran darah ke otak dengan itu anak akan kurang mengantuk semasa pembelajaran.

DHA dan EPA dalam Omega Guard mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk bagi kanak-kanak autisme dan ADHD.

Sebab itulah Omega Guard ini sering dikenali sebagai brain-booster.


Lecithin, komponen sel otak manusia!

 
Lecithin adalah bahan yang penting memandangkan bahawa sekitar 30% kandungan lecithin dijumpai dalam otak manusia apabila ia dikeringkan.

Lecithin diperlukan untuk meransang penghasilan DMAE, kolin dan asetilkoline yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan dan mengurangkan tekanan.

Dengan memberi nutrisi yang betul, baik, halal dan sudah pastinya selamat kepada anak-anak kita, kita bukan saja dapat meransang pembinaan sel otak yang sihat, aktif, kreatif, bijak dan sentiasa berhubung, malah kesihatan dan fizikal dan tubuh badan anak-anak kita juga bakal di pertingkatkan.

Set IQ Genius ini cuma berharga RM302.25 sahaja dan tahan sehingga 3 bulan.

Tawaran menarik menanti anda dengan menghubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994

Meneka jantina anak adalah satu perkara yang seronok dan mendebarkan untuk di lalui baik oleh si ibu, ayah, atau si comel kakak dan abang yang tak sabar-sabar menanti kelahiran si kecil.

Bila dah teka jantina, sibuklah pula nak cari nama yang sesuai. Ada yang dah konfiden babynya girl alih-alih bila scan nampak pula yang 'itu'. Teringat saya dulu sampai ke hari bersalin, dah turun tanda pun masih main teka-teka jantina lagi. :D


Mesti ibu ayah tak sabar-sabar ni nak tahu, apa 'hint' yang baby dalam perut ibu tu lelaki atau perempuan kan? Jom tengok...

1. Mengidam / teringin (craving)



Mengidam atau craving ini selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

Jika ibu craving makanan manis, itu tanda bayinya perempuan.
Jika ibu craving makanan masin, itu tanda bayinya lelaki.

2. Loya, muntah (morning sickness)



Jika bayi lelaki, ibu hanya akan mengalami sedikit rasa loya dan muntah-muntah.

Jika bayi perempuan, ibu akan mengalami morning sickness yang agak teruk.

3. Benjolan perut (bump position)




Jika benjolan perut agak ke bawah, kemungkinan bayi lelaki.

Jika benjolan agak menonjol dan menaik, kemungkinan bayi perempuan

4. Kalendar China




Carta kelahiran China yang berusia lebih 700 tahun dulu masih boleh digunakan untuk menentukan jantina bayi.

Selalunya pengiraan dibuat berdasarkan tarikh konsepsi berlaku.

5. Kadar degupan jantung

Degupan jantung bayi 140bpm ke atas, kemungkinan bayi perempuan.

Degupan jantung bayi 140bpm ke bawah, kemungkinan bayi lelaki.

6. Jerawat!

Adakah ibu 'diserang' jerawat dan masalah kulit semasa mengandung?

Masalah kulit yang teruk semasa mengandung boleh jadi petanda anda akan dapat bayi perempuan! (kerana di katakan bayi perempuan 'mencuri' kecantikan ibunya...LOL)

7. Ujian cincin



Ambil cincin kahwin anda, dan ikat pada tali yang panjang, pegangnya supaya tergantung diatas perut ibu. perhatikan cara ia bergerak.

Jika ia berpusing, kemungkinan bayi lelaki.

Jika ia bergerak ke depan, kebelakang, kemungkinan bayi perempuan.

8. Keseimbangan

Jika ibu lebih tenang, sopan santun, maka itu bayi perempuan.

Jika ibu kelam kabut, dan kalut kemungkinan itu bayi lelaki!

9. Tunjukkan tanganmu



Bayangkan saya bercakap dengan ibu face-to-face. Kemudian saya minta ibu tunjukkan tangan ibu. Ibu pun angkat tangan.

Jika ibu halakan bahagian tapak tangan kepada ke atas, itu tandanya bayi ibu lelaki.

Jika terbalik, kemungkinan ia perempuan.

10. Mimpi

Pernahkah ibu bermimpi tentang bayi dalam kandungan sama ada lelaki atau perempuan?

Jika ibu bermimpi bayi lelaki, kemungkinan bayi ibu sebenarnya perempuan!

Dan begitu juga sebaliknya.

11. Bentuk payudara

Kelenjar mamari ibu mungkin boleh jadi petanda.

Jika payudara sebelah kanan lebih besar berbanding kiri, kemungkinan bayi itu lelaki.

Jika sebaliknya, maka kemungkinan bayi itu perempuan.

12. Jangkaan abang atau kakak



Orang tua-tua kata, selalunya anak-anak akan boleh tunjukkan sama ada bayi di dalam perut ibu itu lelaki atau perempuan.

Jika anak lelaki lebih berminat dengan 'baby bump' ibu, maka kemungkinan bayi itu perempuan.

Jika anak perempuan yang lebih berminat dengan perut ibu, maka kemungkinan bayi itu lelaki.

13. Makan bawang putih

Ibu perlu kunyah sedikit bawang putih. Selepas beberapa jam, hidu baunya.

Jika bau bawang putih agak kuat pada kulit ibu, maka itu bayi lelaki.

Jika tiada bau kemungkinan itu bayi perempuan.

14. Petunjuk kunci



Jatuhkan kunci. Dengan cepat-cepat ambil kunci itu, dan lihat bahagian mana yang ibu pegang.

Jika bahagian bulat (kepala kunci) kemungkinan itu bayi lelaki.

Jika bahagian hujung kunci yang satu lagi, kemungkinan ia bayi perempuan.

Apapun yang berlaku, ibu dan ayah jangan terlalu taksub. Ini hanya ramalan dan sekadar suka-suka.

Apapun jantina bayi, terimalah dengan perasaan seronok dan gembira! Anak-anak tetap anugerah dan amanah dari Allah, dan Allah sudah sediakan rezeki untuk setiap mereka :))

*********

Ingin dapatkan Set Ibu Mengandung Premium yang buat ibu cergas, ceria, sihat dan positif selalu??



Hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994