Enter Keyword

Benarkah Tiada Susu Lepas Bersalin? Tiga Hari Yang Kritikal

Sebaik saja tamat perjuangan melahirkan si kecil, setelah di bersihkan kedua-dua ibu dan bayi, si kecil sampai ke tangan ibu. Melihat wajah kecil yang mulus dan polos, air mata ibu tumpah. Terima kasih Allah, akhirnya Dia izinkan si kecil itu menjadi zuriat ibu.

Perjuangan seterusnya kini bermula. Si kecil mula kelaparan. Suara tangisan memecahkan ketenangan wad bersalin, juga mengejutkan lena teman sebaya yang sedang nyenyak tidur di pangkuan bonda mereka.


Naluri dan fitrah seorang ibu, tangisan seorang si kecil mulus itu bagai menggigit tangkai hati. Tanpa berlengah, dalam kesakitan dan pergerakan yang terbatas, ibu suakan payudara untuk si kecil menyusu. Namun peliknya si kecil masih menangis. Hisapannya seperti tidak puas, main-main atau boleh juga di katakan seperti dia tidak menyedut apa-apa. Tiada susu? Mustahil!

Akhirnya si kecil tidur semula dalam dakapan ibu. Setelah penat menangis. Atau mungkin juga bahagia dalam pelukan ibu. Begitulah yang berlaku untuk beberapa ketika hingga akhirnya ibu mendengar bunyi tegukan halus semasa dia menyusu. Ibu menangis gembira. Syukur...

************
Ini bukan kisah orang lain, tapi saya sendiri. Saat mendengar bunyi tegukan demi tegukan, hati rasa sangat gembira. Hilang rasa semua kesakitan. Rasa puas. Rasa berjaya. Apa lagi bila melihat si kecil mula lena dalam kekenyangan yang agak lama.

Sebab tu bila saya tau ada ibu yang mengeluh tiada susu padahal baru saja lepas bersalin, hati rasa memberontak. Nak marah pun ada. Istighfar panjang sebab saya telah berburuk sangka. Mungkin ibu itu tiada pengalaman dan tidak mendapat maklumat yang cukup. Saya salahkan diri saya.

The beginning is always the hardest



Memulakan penyusuan susu ibu sejak saat pertama selepas kelahiran memang bukannya mudah. Apa lagi jika itu ialah pengalaman pertama kita menjadi seorang ibu. Serba kekok. Peringkat inilah yang menentukan lulus atau gagalnya penyusuan eksklusif selepas itu.

Tiga hari yang pertama, payudara akan mengeluarkan kolostrum; iaitu cecair pekat dan berwarna kekuningan berbanding susu berwarna putih yang dikeluarkan pada hari keempat.

Kolostrum sangat tinggi dengan kandungan lemak dan protein, penuh dengan enzim dan antibodi. Melepaskan cecair kuning emas ini adalah satu kerugian buat bayi. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dalam tempoh yang sangat sekejap. Bayi cepat kenyang kerana teksturnya yang pekat dan saiz perut bayi juga sangat kecil.

Amaun kolostrum yang sangat sedikit inilah yang kerap disalah erti oleh ibu sebagai 'tak cukup susu'. Memikirkan yang bayi akan lapar, nak menyusu banyak, nak dia tidur lena, nak dia kenyang, akhirnya susu formula di bancuhkan. Sedih!

Penghasilan berdasarkan permintaan

Penyusuan susu ibu adalah berasaskan proses permintaan. Lebih banyak ibu menyusu, lebih banyak susu di hasilkan. Semakin kurang bayi menyusu, semakin kurang juga susu di hasilkan. Dengan pemberian susu formula daripada botol, payudara mula mengurangkan kadar penghasilan susu.

Jika bayi dah mula kecewa dengan amaun yang kecil (daripada susu ibu), bayi akan menangis kerana mahukan susu yang banyak seperti daripada botol. Ibu pula mula berasa yang dia tidak mampu untuk menyusukan bayi lalu menukar keseluruhannya kepada susu formula.

Kejayaan terhasil dari kekuatan mental dan fizikal serta semangat tidak menyerah kalah

Mental dan fizikal ibu memang kena kuat. Walaupun bayi melekap dengan betul, tetapi ibu terlalu panik dan gementar, bayi tidak akan dapat susu.

Untuk tiga hari yang pertama ini,

1. Banyakkan bertenang, rileks dan susukan bayi mengikut permintaannya. Susukan setiap kali dia menangis. Mungkin bayi agak kerap menangis dalam tempoh ini atas pelbagai faktor. Tidak semestinya lapar.

2. Untuk melancarkan pengeluaran susu, bersihkan puting payudara yang tersumbat, lakukan urutan perlahan, dan tuam payudara dengan kompress panas.

3. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga.

4. Dapatkan tunjuk ajar dan teknik yang betul jika berasa kekok. Boleh rujuk jururawat atau pakar penyusuan yang ibu suka.

5. Menyusukanlah sebaik saja bayi sampai ke tangan ibu. Hormon prolaktin yang dikeluarkan semasa bayi melekap pada payudara ibu akan turut membantu penghasilan susu ibu.

6. Teruskan menyusu dengan susu ibu dan kosongkan payudara sekerap mungkin.


Salam sayang!

P/S: Ingin dapat Set Penyusuan Premium Manjaku , hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994

4 ulasan:

  1. InsyaAllah.. doakan saya dimurahkan rezeki untuk dapat menjadi seorang ibu dan dapat menyusukan anak-anak saya nanti... :)

    kunjungan balas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn..saya doakan semua ibu termasuk anda dimurahkan rezeki untuk susukan anak dengan susu ibu.

      Padam
  2. Memang 3 hari pertama tu kritikal kan kak. Siapa yang tak sabar tu memang sumbat fm huhu

    BalasPadam