Kesan Minum Soya Kepada Pesakit Kanser Payudara
Assalamualaikum wbt.
Sudah terlalu lama kita dengar bahawa soya tidak bagus di ambil oleh wanita terutama kepada pesakit kanser kerana di katakan soya mengandungi estrogen seperti estrogen manusia. Benarkah tanggapan ini?
Teruskan pembacaan jika anda benar-benar telah bersedia.
Sekian lama juga kita dimomokkan yang meminum soya ini adalah sebahagian daripada agenda Yahudi.
Soya sebenarnya bukan berasal daripada Yahudi, atau Amerika tetapi berasal dari Asia Timur. Bahkan perkataan 'soya' itu sendiri di ambil daripada sebutan masyarakat Jepun 'shoyu'. Orang German juga memanggilnya 'soja'.
Dari mana datangnya pula minum soya adalah sebahagian daripada agenda Yahudi sedangkan penduduk Asia Timur seperti Jepun, China, Korea, Indonesia malah negara kita sendiri Malaysia telah menggunakan soya sejak turun temurun berabad yang lalu, sejak sebelum direkodkan pun.
Soya diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1765 daripada negara China, dan kemudian barulah ia tersebar meluas ke serata dunia.
Kini, negara seperti Amerika, Brazil, Argentina, India dan China adalah pengeluar utama hasil soya di dunia.
Soya makanan berkhasiat
Berbagai makanan berasaskan soya dan semuanya sedap-sedap. Kita di Malaysia biasa makan tempe, minum air soya, tau fu fa, malah saya yakin mereka yang bising-bising dengan 'agenda Yahudi' tu turut memakan ini - kicap.
Tumbuhan soya sangat kaya nutrisi. MasyaAllah percaya tak bahawa protein soya adalah satu-satunya protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi asid amino lengkap seperti protein haiwan. Baiknya Allah.
Kalau anak kita jenis yang alah kepada susu lembu, masih lagi dapat menikmati sumber protein daripada soya.
Kacang soya juga mengandungi Omega 3 (ALA), Vitamin B Kompleks, saponin, dan komponen paling 'mahal' isoflavone. Isoflavone inilah yang dikenali sebagai phytoestrogen atau estrogen tumbuhan (plant estrogen).
Soya penyebab kanser payudara?
Tiada bukti menunjukkan soya menjadi punca kanser termasuklah kanser payudara. Bahkan punca sebenar bagaimana sel kanser boleh wujud masih menjadi tanda tanya.
Sudah tentulah ia ada kaitan dengan banyak faktor termasuk persekitaran, gaya hidup, pencemaran, timbunan toksin, stress, corak pemakanan serta proses biokimia dalam badan kita sendiri.
Dalam buku Family Health Modern Diseases, Causes, Symptoms And Prevention, Dr. Bruce Miller mengatakan bahawa punca utama kepada kejadian kanser payudara ialah pendedahan terlalu lama terhadap hormon estrogen dan radikal bebas berlebihan dalam badan yang menyebabkan kerosakan DNA, lalu menjurus kepada kanser.
Estrogen oh estrogen!
Kesan minum soya kepada pesakit kanser
Pasti kita tertanya-tanya, selamat ke orang ada kanser payudara minum soya? Boleh ke bekas pesakit kanser ambil soya?
Kita tahu bahawa pesakit kanser ni 'alah' kepada hormon estrogen. Kita juga tahu bahawa soya ada phytoestrogen. Jadi, selamat tak minum soya? Kan dua-dua estrogen tu?
Hormon estrogen manusia sangat berbeza dengan estrogen tumbuhan. Estrogen manusia sangat strong manakala estrogen tumbuhan, walaupun strukturnya hampir sama, ia adalah estrogen yang lemah.
Protein soya mengandungi phytoestrogen iaitu isoflavones. Isoflavone adalah estrogen yang lemah yang akan bersaing dengan estrogen manusia yang strong untuk merebut tapak reseptor. Apabila semakin banyak ikatan phytoestrogen-reseptor berbanding estrogen-reseptor, ia akan melemahkan pertumbuhan sel kanser yang disebabkan estrogen yang kuat itu tadi.
Protein soya sangat unik kerana ia satu-satunya tumbuhan yang mengandungi dua isoflavone penting iaitu genistein dan daidzein. Keduanya membekalkan banyak manfaat estrogen tanpa kesan sampingan.
Kajian menunjukkan populasi yang mengambil diet berasaskan soya mempunyai 90% lebih rendah kanser payudara berbanding populasi yang tidak menjadikan soya sebagai makanan.
Seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian mengenai soya, dalam Journal of Nutrition menulis,
"This report is a review of result that suggest that the isoflavones in soy are natural cancer protective compounds".
Antara hidangan soya yang bagus di ambil ialah miso, tofu, susu soya, tau fu fa, tempe dan supplemen seperti protein concentrate.
Jadi, soya benar-benar selamat di minum?
InsyaAllah, asalkan soya itu bukan soya yang telah diubahsuai genetiknya. Elakkan soya GMO, pilihlah soya tulen.
Tidak perlu takut dengan soya. Tetapi ambillah secara sederhana. Bagi pesakit kanser, protein berasaskan tumbuhan lebih bagus berbanding protein haiwan.
Sumber protein tumbuhan terbaik? Dah tentulah soya!
Apapun terpulanglah kepada pilihan masing-masing. :)

Hormon estrogen amat penting dalam memainkan fungsi kewanitaan. Setiap bulan wanita akan terdedah kepada hormon estrogen yang kuat ini.
Tisu payudara mempunyai estrogen reseptor (ER) iaitu di mana estrogen akan melekat pada tapak reseptor seperti kunci dan mangga untuk mengaktifkan tisu payudara. Sel yang paling reaktif kepada estrogen ialah sel kelenjar dalam payudara.
Hormon estrogen akan meransang sel kelenjar untuk tumbuh dan membahagi.
Semasa proses pembahagian inilah, radikal bebas akan mengambil peranan pula. Radikal bebas akan menyebabkan proses pembahagian ini berlaku kesilapan (error), lalu merosakkan struktur DNA. Kerosakan DNA pula menjadi penyebab utama sel kanser terbentuk.
Semakin lama proses ini berlaku, sel kanser akan semakin merebak dan membesar.
Pasti kita tertanya-tanya, selamat ke orang ada kanser payudara minum soya? Boleh ke bekas pesakit kanser ambil soya?
Kita tahu bahawa pesakit kanser ni 'alah' kepada hormon estrogen. Kita juga tahu bahawa soya ada phytoestrogen. Jadi, selamat tak minum soya? Kan dua-dua estrogen tu?
Hormon estrogen manusia sangat berbeza dengan estrogen tumbuhan. Estrogen manusia sangat strong manakala estrogen tumbuhan, walaupun strukturnya hampir sama, ia adalah estrogen yang lemah.
Bukan soya sahaja yang ada phytoestrogen. Banyak tumbuhan lain juga! |
Protein soya mengandungi phytoestrogen iaitu isoflavones. Isoflavone adalah estrogen yang lemah yang akan bersaing dengan estrogen manusia yang strong untuk merebut tapak reseptor. Apabila semakin banyak ikatan phytoestrogen-reseptor berbanding estrogen-reseptor, ia akan melemahkan pertumbuhan sel kanser yang disebabkan estrogen yang kuat itu tadi.
Protein soya sangat unik kerana ia satu-satunya tumbuhan yang mengandungi dua isoflavone penting iaitu genistein dan daidzein. Keduanya membekalkan banyak manfaat estrogen tanpa kesan sampingan.
Kajian menunjukkan populasi yang mengambil diet berasaskan soya mempunyai 90% lebih rendah kanser payudara berbanding populasi yang tidak menjadikan soya sebagai makanan.
Seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian mengenai soya, dalam Journal of Nutrition menulis,
"This report is a review of result that suggest that the isoflavones in soy are natural cancer protective compounds".
Antara hidangan soya yang bagus di ambil ialah miso, tofu, susu soya, tau fu fa, tempe dan supplemen seperti protein concentrate.
Jadi, soya benar-benar selamat di minum?
InsyaAllah, asalkan soya itu bukan soya yang telah diubahsuai genetiknya. Elakkan soya GMO, pilihlah soya tulen.
Tidak perlu takut dengan soya. Tetapi ambillah secara sederhana. Bagi pesakit kanser, protein berasaskan tumbuhan lebih bagus berbanding protein haiwan.
Sumber protein tumbuhan terbaik? Dah tentulah soya!
Apapun terpulanglah kepada pilihan masing-masing. :)
Keep calm and have a glass of soymilk
Inginkan protein soya bukan-GMO yang selamat? Order di sini!
Hubungi:
Puan Suhaila
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994
Tiada ulasan:
Catat Ulasan