10 Tanda Otot Lantai Pelvik Anda Lemah Dan Cara Menguatkannya
Assalamualaikum wbt.
Pernah dengar tentang otot lantai pelvik atau dalam Bahasa Inggerisnya pelvic floor?
Otot lantai pelvik ni adalah otot yang duduk paling bawah pada bahagian pelvik wanita. Otot ni yang menahan otot-otot yang berada diatasnya seperti rahim, pundi kencing, dan sistem penghadaman kita.
Ia terletak di antara hujung sakrum di belakangnya dengan tulang pubik di hadapannya. Ia juga merupakan dinding otot kepada saluran urethra, faraj dan dubur.
Masa saya menghadiri ceramah dengan pakar fisiologi, beliau ada terangkan beberapa teknik mengemut.
1. Boleh kemut, lepas, kemut, lepas - sesuai untuk permulaan yang baru nak berjinak-jinak buat senaman ni.
2. Kemut; tahan 10 saat, dan lepas (seperti langkah diatas)
Selain melakukan dalam keadaan duduk, senaman ni boleh dia buat dalam apa-apa posisi pun dan bila-bila masa. Takde orang boleh tau pun kita sedang mengemut.
Pakar fisiologi tu kata, lebih elok jika kita buat semasa:
Pernah dengar tentang otot lantai pelvik atau dalam Bahasa Inggerisnya pelvic floor?
Otot lantai pelvik ni adalah otot yang duduk paling bawah pada bahagian pelvik wanita. Otot ni yang menahan otot-otot yang berada diatasnya seperti rahim, pundi kencing, dan sistem penghadaman kita.
Ia terletak di antara hujung sakrum di belakangnya dengan tulang pubik di hadapannya. Ia juga merupakan dinding otot kepada saluran urethra, faraj dan dubur.
Otot ni memang kuat, tapi percaya tak, otot ni boleh jadi lemah atas beberapa sebab terutama kita orang wanita ni.
Antara punca otot pelvik ni jadi lemah ialah:
- wanita dengan berat badan berlebihan
- wanita selalu mengangkat benda berat
- wanita yang sudah beranak terutama yang banyak anak
- wanita mengandung
- wanita lepas bersalin terutama yang bersalin NORMAL dan melakukan episiotomi
- wanita yang putus haid atau menopaus
- ada sejarah sakit belakang
- kerap sembelit
- kerap naik turun tangga
Bukan mudah menjadi wanita. Banyak benda nak kena jaga betul tak?
Bagaimana nak tahu kalau otot lantai pelvik kita ni lemah?
Jom semak ada tak ibu mengalami antara 10 tanda-tanda di bawah ni.
1. Terkucil semasa bersin, batuk, ketawa atau bersenam (stress incontinense)
2. Terkucil semasa mengangkat benda berat
3. Susah nak kawal berak
4. Kerap sangat nak ke tandas
5. Mengalami prolaps atau gelincir rahim
6. Terasa tak lawas semasa membuang air besar atau kecil
7. Kentut vagina
8. Terasa sakit di kawasan pelvik
9. Terasa sakit semasa melakukan hubungan intim
10. Hilang daya sensual dan sensitiviti semasa hubungan intim
Bagaimana nak kuatkan otot lantai pelvik yang lemah?
Sebenarnya senang je nak kuatkan semula otot pelvik ni. Caranya ialah dengan melakukan senaman kemutan yang juga dinamakan senaman Kegel.
Langkah 1:
Duduklah dalam keadaan selesa. Bukakan sedikit kaki, letakkan siku atas lutut.
Langkah 2:
Bayangkan kita sedang menahan nak buang air kecil dan air besar sangat-sangat.
Langkah3:
Kemutkan otot hadapan (kencing) dan otot belakang (berak)
Langkah 4:
Kemut dan tahan seberapa lama yang boleh atau selama 10 saat.
Langkah 5:
Rehat 10 saat dan ulang balik hingga 10 kali.
1. Boleh kemut, lepas, kemut, lepas - sesuai untuk permulaan yang baru nak berjinak-jinak buat senaman ni.
2. Kemut; tahan 10 saat, dan lepas (seperti langkah diatas)
Selain melakukan dalam keadaan duduk, senaman ni boleh dia buat dalam apa-apa posisi pun dan bila-bila masa. Takde orang boleh tau pun kita sedang mengemut.
Pakar fisiologi tu kata, lebih elok jika kita buat semasa:
- nak bersin , batuk atau ketawa - kemut dulu, dah bersin , batuk, ketawa baru lepas
- nak angkat benda berat - kemut dulu, dah angkat baru lepas
- nak naik tangga - kemut dulu, dah sampai atas baru lepas
- sebelum nak melompat
- semasa berdiri pun boleh
Dan untuk pengetahuan, senaman ni takkan menunjukkan kesan dalam masa singkat. Otot-otot berkenaan selalunya akan mengambil masa untuk menjadi kuat.
Rajin-rajinlah buat senaman ni, dalam 6 kali sehari atau lebih.
Kalau ada masalah nak buat senaman ni, eloklah jumpa dengan anggota kesihatan yang bertauliah.
Ada masalah rahim dan otot lemah, perlukan suplemen untuk membantu kuatkan otot pelvik, boleh hubungi saya ;)
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994
Tiada ulasan:
Catat Ulasan