Enter Keyword

Set Bersalin atau Set Berpantang sudah menjadi satu keperluan wajib bagi ibu-ibu zaman sekarang. Di pasaran pun ada terlalu banyak set bersalin yang boleh dipilih yang mana ibu hanya perlu menyesuaikan dengan bajet sahaja.

Apabila memilih set bersalin, perkara yang mesti ibu pertimbangkan ialah sama ada:

1. Berbaloikah dengan nilai wang yang di keluarkan

2. Sejauh mana produk itu selamat untuk ibu apatah lagi bayi

3. Dapatkah produk itu membantu penyusuan susu ibu

4. Adakah produk itu benar-benar membantu pemulihan ibu dari segi dalaman dan luaran


Jika mengikut tradisi kita orang Melayu ni, amalan berpantang sangatlah ketat kerana mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, jika tidak betul-betul berpantang, badan akan mudah sakit. Jika tidak di masa muda, mungkin di masa tua.

Dari sudut perubatan pula, tempoh berpantang adalah tempoh di mana badan perlukan rehat yang cukup untuk proses pemulihan sama ada ibu bersalin normal atau ceaserean. Berpantang juga adalah untuk memastikan luka jahitan cepat sembuh dan memberi masa kepada badan untuk kembali segar, bertenaga selepas melalui tempoh hamil yang agak lama.

Jadi, pemilihan set bersalin atau berpantang mesti memenuhi keperluan seperti yang disebutkan di atas. Selain set bersalin yang berupa jamu, barut, tungku, herba, satu keperluan yang sering ibu terlupa ialah keperluan nutrisi yang lengkap.

Semasa berpantang, banyak sangat pantang larang terhadap makanan sehingga kita sendiri takut-takut nak makan bimbang 'masuk angin', 'sejuk', atau 'bentan'. Oleh itu kita sering abaikan zat yang badan sangat perlukan untuk pemulihan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin serta mineral.

Inilah sebab utama kenapa Set Bersalin Shaklee selalu menjadi pilihan kerana walaupun berpantang, ibu masih boleh mendapatkan zat dan nutrisi yang badan sangat perlukan.


10 Faedah Dan Kelebihan Set Bersalin (Postnatal) Shaklee Dari Sudut Perubatan

1. Protein membekalkan tenaga kepada tubuh badan serta menggalakkan penghasilan susu ibu.

2. Vitamin dan mineral seperti zat besi yang membantu badan membina sel darah merah dan mencegah anemia.

3. Asid lemak Omega 3 membantu melancarkan peredaran darah, mencegah darah beku, dan menggalakkan sistem imun yang sihat. Omega juga membantu badan cepat kurus!

4. Vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, luka episiotomi dan czer.

5. Kalsium membekalkan tenaga, mengurangkan sakit-sakit badan, sakit pinggang dan urat.

6. Magnesium membantu pergerakan usus yang sihat, dengan itu mencegah sembelit.

7. Alfalfa Complex bertindak sebagai penggalak susu, sebagai jamu yang membantu menguatkan faraj dan peranakan, membuang angin serta mencegah sembelit.

8. B Complex untuk penghasilan tenaga, anti-stress, membina darah 

9. Set ini secara keseluruhannya akan membantu menguatkan sistem imun ibu dan bayi serta menggalakkan pembinaan sel badan yang sihat.

10. Set ini juga membantu kecantikan kulit, serta mengembalikan fungsi normal hormon yang merudum selepas bersalin, menambah keserian wajah selepas bersalin.

Perlu diingat, pengambilan suplemen TIDAK menggantikan pemakanan seimbang. Walaupun mengambil set ini, ibu harus memakan makanan yang berkhasiat yang lengkap seperti nasi, lauk, sayur dan buah yang mencukupi.

Alhamdulillah, Set Bersalin Shaklee ni memang pilihan saya sewaktu berpantangkan anak ketiga dan keempat di samping turut mengamalkan amalan berpantang tradisional turun temurun.

Ramai ibu-ibu di Malaysia mengakui kesan positif setelah mengamalkan Set Bersalin Shaklee ni. Paling best, ia boleh di amalkan walaupun setelah habis berpantang juga.

Jika ibu-ibu turut nak merasa kesan positif dengan nutrisi yang betul, jom dapatkan Set Bersalin Shaklee ini. Ibu boleh hubungi saya bila-bila masa atau boleh order sendiri secara online.




Shaklee Malaysia
ID:868994

*Set ini mendapat kelulusan KKLIU 0597/2017
*Sila rujuk doktor atau bidan sebelum mengambil sebarang suplemen
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, atau mencegah sebarang penyakit


Dari dulu lagi ibu berpantang sering di momokkkan supaya jangan minum air terlalu banyak lepas bersalin. Katanya akan buat faraj jadi lecak, boleh sebabkan kentut vagina, perut menggeleber dan macam-macam lagi.

Tiada bukti saintifik mengenai perkara di atas. Bahkan kekurangan air pada ibu lepas bersalin amatlah di takuti dan boleh menyebabkan kematian!

Saya dulu pun memang percaya pada kata-kata tersebut. Tapi, masa berpantang anak ke-empat kira-kira tiga bulan yang lalu (ketika entry ini di tulis), saya mengikut kata badan saya sendiri. Saya memang perlukan banyak air!


Bahaya sebenarnya bila badan kekurangan air ni, nak-nak lagi lepas kita bersalin. Tanda awal yang kita tak minum banyak air ialah kita berasa terlalu haus serta sakit kepala.

1. Sebanyak 2/3 kandungan badan kita ni ialah air. Begitu pentingnya air sebab tubuh kita akan berfungsi dengan normal apabila bendalir badan mencukupi.

Apabila lepas bersalin, badan kita memang bekerja keras untuk proses pemulihan. Jadi kita mesti bantu dengan memberinya air yang mencukupi.

2. Air sangat penting untuk penghasilan susu ibu. Jika susu kurang di hasilkan, maka dibimbangi bayi pula akan mengalami dehidrasi, akan kerap menangis dan tidak membesar dengan baik.

3. Sembelit paling di takuti oleh ibu berpantang. Maka banyakkanlah minum air supaya proses penghadaman menjadi lancar dan sembelit dapat di elakkan.

4. Air juga membantu mengimbangi kepekatan gula dan garam dalam darah. Kekurangan air akan beri kesan besar dan mungkin boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan jantung.

5. Air sangat membantu melancarkan peredaran darah dan mencegah darah beku yang menyebabkan jantung berhenti berfungsi. Sekarang dah banyak kes di mana ibu lepas bersalin meninggal dunia akibat pembentukan darah beku yang menyebabkan jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

6. Penat dan mengantuk kerana darah beroksigen tidak dapat di edarkan ke seluruh badan dengan sempurna.

7. Kekejangan otot terutamanya otot kaki. Sendi-sendi badan boleh berasa kebas dan sakit.

8. Demam

9. Pernafasan dan degupan jantung menjadi laju

10. Tidak sedarkan diri apabila dehidrasi sudah menjadi terlalu kronik.

Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang, masalah usus, boleh menyebabkan kerosakan hati, sendi, saraf dan otot. Amat menakutkan bukan?

Sebelum badan beri isyarat kita kekurangan air, maka konsistenlah minum 8-12 gelas sehari.

  • Elakkan minuman sejuk dan berais
  • Minum sikit-sikit tapi kerap
  • Elakkan kafein 
  • Boleh minum minuman isotonik asalkan ia tidak mengandungi gula tambahan

Ini yang saya amalkan masa berpantang hari tu. Air tu memang kena habiskan dalam masa sehari. Ada lagi tambah dengan air milo, air suam 2 gelas lepas makan nasi. Letak dalam botol tu senang nak angkut ke mana-mana.

Vitamin-vitamin tu memang wajiblah untuk bagi tenaga, untuk baik pulih badan dan nak bagi senang membuang, luka cepat baik, kurangkan stress sama. Vitamin semua ni ada dalam Set Postnatal Shaklee.

Pada ibu-ibu yang sedang berpantang atau yang nak bersalin tak lama lagi tu, jangan takut untuk minum banyak air. Minum air suam. Air tu bukannya direct turun ke faraj (takde sangkut paut pun).

Badan akan lebih fresh dan rasa bertenaga jika dapat cukup air. ;)

Mama Anak 4,

012-9645614

Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat Facebook saya kerana beri saya idea untuk menulis tajuk ini. Saya sendiri yang minta, sebab entah kenapa terasa buntu pula nak menulis.

Saya ni memang seorang yang agak degil sejak kecil lagi. Kalau saya dah tetap pendirian, orang lain tak boleh ubah. Ini diakui rupanya oleh kakak saya. Pertama kali saya dengar dia mengaku yang saya ni memang seorang yang degil.

Asbab kedegilan saya itu, seringlah saya di marahi oleh emak saya. Ya, emak saya sangat garang. Kalau emak menjerit, boleh bergegar rumah kayu dua tingkat yang kami diami dulu. Masa tu barulah saya kecut perut. Tapi tetap degil. Heheh.


Berbeza pula dengan ayah. Walaupun garang tapi ayah tak pernah marah straight to the point. Selalunya ayah tegas dan perkataan yang ayah guna pun kadangkala boleh merobek hati gadis ini juga.

Oleh sebab sering dimarahi, selalu juga saya kecil hati. Kecil hati pun sekejap saja. Dia emak kita. Lambat laun kita cari emak semula.

Satu hari, saya bersedih sebab kena marah. Waktu itu lebih kurang jam 4 atau 5 petang dan saya sedang tidur. Emak tiada di rumah, masih belum pulang dari kerja. Dalam tidur, saya tiba-tiba terdengar lagu yang berbunyi,

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Terus saya terjaga dari tidur dan mendengar lirik lagu Jasa Bonda yang sangat meruntun jiwa itu sambil menangis. Terus saya terbayang emak saya yang semakin tua itu. Kasihan emak.

Ya, emak atau ayah takkan marah kita tanpa sebab.

1. Emak dan ayah marah kita mungkin sebab tak nak kita susah. Orang tua lebih dahulu makan garam dan kadangkala instinct atau deria keenam mereka selalunya tepat.

Pernah dulu, lepas grad, saya sibuk mencari kerja. Kemudian saya terbaca iklan untuk menjadi guru tadika di Selangor (Saya di Pahang). Berkobar-kobar semangat hingga saya terus telefon nombor dalam iklan tu buat temujanji.

Sebaik letak telefon, saya beritahu emak saya, saya nak jadi cikgu tadika di Selangor. Ada rumah disediakan dan sebagainya. Saya sibuk nak mengemas barang konon-konon esok juga saya akan naik bas ke sana.

Emak saya tiba-tiba menyinga dan cakap tak boleh. Mula-mula saya berdegil dan berkeras. Hampir meletus perang juga. Tapi bila nampak emak memang marah benar dan serius macam nak tembak saya, saya akur sambil muka masam mencuka. =D Kelakar pula bila diingat.

2. Mereka mungkin juga tidak mahu kita terbuat kesilapan yang sama seperti mereka pernah terbuat dulu. Emak dan ayah selalu mahu kita jadi terbaik. Atau sekurang-kurangnya buat yang terbaik.

3. Emak dan ayah mungkin marah sebab kita memang buat perkara yang salah. Boleh jadi salah disisi agama, undang-undang atau norma budaya kita sendiri. Lalu mereka marah sebab mahu kita buat perkara yang betul.

4. Emak dan ayah mungkin terlalu penat atau stress. Mereka bekerja mencari rezeki untuk beri makan kita, penuhi keperluan kita, tetapi kita buat perkara yang mereka tidak gemar, maka cepat saja mereka marah.

5. Emak dan ayah akan marah kalau kita degil dan tak dengar cakap. Di suruh berkali-kali pun tak buat juga. Siapa yang cari pasal?

6. Mereka marah sebab nak disiplinkan kita. Mereka nak kita ikut peraturan yang mereka dah tetapkan. Seperti di sekolah, cikgu akan marah kalau ada murid yang langgar peraturan. Sama halnya di rumah. Emak dan ayahlah guru kita.

7. Emak dan ayah marah, bukan sebab benci. Siapa yang tak sayang anak. Jika kita bersalah, mengaku saja dan minta maaf. Ya, emak ayah marah bukan sebab benci tapi tandanya mereka sangat sayangkan kita.

Jika rasa bersalah, minta maaflah dengan emak dan ayah.
Jika merajuk, sejukkan hati.
Jika dah lama tak menjenguk mereka, baliklah.
Jika marahkan mereka, maafkan kesilapan mereka.
Perhatikan kedut-kedut di wajah dan tangan mereka.


Umur kita tak lama. Jika bukan mereka yang pergi dulu, pasti kita. Kasihan emak dan ayah yang telah terlalu banyak berkorban sejak mengandungkan kita, hingga kita boleh hidup sihat sampai tua sebegini.

Emak dan ayah, keramat hidup kita.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi dulu meninggalkan kita. Jadi anak soleh, yang selalu mendoakan mereka.

***********
Terima kasih sahabat Facebook saya. Beliau juga Pengedar Shaklee seperti saya. Klik namanya ini untuk berkenalan dengannya ---> Wahidah Azizan

P/S: Jika berminat nak beli Shaklee atau mendaftar menjadi pengedar, hubungi:


012-9645614

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang ibu lepas bersalin yang meninggal sendirian dirumah, hanya ditemani 2 orang bayi kecilnya sahaja.

Pemeriksaan mendapati ibu tersebut mengalami masalah jantung dan paru-paru berair. Barulah kita tahu, penyakit kegagalan jantung selepas bersalin ini semakin meningkat. Saya percaya ramai antara kita yang pernah mendapat suntikan cair darah lepas bersalin kan?

Ia satu prosedur yang wajib diikuti untuk ibu berisiko bagi mengelakkan kejadian tragis seperti ini berlaku.

Masa mengandung, memang ada perubahan dalam sistem kardiovaskular kita. Ye la, placenta perlukan darah, bayi kita pun perlukan darah beroksigen untuk menyokong pertumbuhannya.


Namun begitu, dalam beberapa keadaan, jantung ibu akan jadi lemah dan salur darah akan membesar. Ini di namakan Peripartum cardiomyopathy. Paling teruk selalunya ia berlaku apabila ibu dah masuk bulan terakhir mengandung dan boleh berlarutan hingga lima bulan lepas bayi di lahirkan.

Cardiomyopathy ialah keadaan penyakit jantung dimana jantung kita tak dapat mengepam dengan baik. Oleh itu, ia akan beri kesan kepada organ lain seperti peparu, hati dan sistem badan yang lain. Ia boleh berlaku pada bila-bila tempoh subur wanita, tapi paling banyak apabila seseorang berusia 30 tahun ke atas.

Saya dulu, lepas bersalin, nyaris juga nak kena suntikan cair darah ni tapi pada masa tu usia belum cukup 35 so doktor kata tak perlu.

Bagi ibu yang sedang hamil, kena lebih banyak berwaspada dengan tahap kesihatan dan perubahan diri masing-masing. Jika mengesyaki ada sesuatu yang tak kena, segera beritahu doktor anda.

Ini ada beberapa simptom yang ibu mesti perhatikan semasa hamil.

1. Rasa lesu, tak bertenaga dan lemah

2. Degupan jantung yang laju  atau berdebar (palpitations)

3. Kerap kencing waktu malam

4. Nafas pendek atau tercungap-cungap seakan 'tak lepas' apabila beraktiviti atau sedang berbaring

5. Bengkak pada buku lali dan sakit pada bahagian sendi

Simptom ini mungkin kelihatan biasa, namun boleh jadi luarbiasa. Oleh itu, jangan terlalu ambil mudah. Ingat, jantung boleh berhenti berfungsi bila-bila masa.

Semasa hamil, darah lebih mudah membeku. Keadaan ini berterusan hingga beberapa minggu lepas bersalin. Apabila darah membeku, ia akan menghalang salur arteri dalam peparu. Keadaan ini pula di panggil Pulmonary embolism. Ini punca kematian  mendadak ibu lepas bersalin.


Jika doktor menyarankan agar kita mendapatkan suntikan cair darah lepas bersalin, maka ikut saja saranan doktor.

Ibu lepas bersalin kena banyak menggerakkan badan terutama kaki (untuk elakkan darah beku), banyak minum air kosong (tidak melebihi 2 liter sehari), makan makanan berkhasiat, dan tidak berpantang secara keterlaluan.

Sementara jantung masih sihat, jagalah kesihatannya selalu.

Dan bagi ibu yang sedang 'berperang' dengan segala kepayahan sewaktu mengandung ini, semoga anda dikurniakan bergunung pahala asbab sabar dengan ujian perlu di lalui. Tak lama lagi, si comel permata hati yang sekian lama di tunggu akan berada dalam pelukan ibu insya-Allah.

Jika ibu berminat mendapatkan Set Prenatal Shaklee, hubungi saya,
*Produk ini tidak betujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat sebarang penyakit. 


-Puan Suhaila-

012-9645614