Enter Keyword

Bina Bisnes Online Dengan Blog

Assalamualaikum wbt.

Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan medium blog untuk berbisnes online.

Dulu, masa saya menjual pakaian dan menjadi agen dropship, saya mengambil inisiatif sendiri membina blog untuk meluaskan pasaran saya.

Ya, saya takde mentor pun.

Sebelum tu memang saya ada blog sendiri tapi blog tu saya jadikan macam diari. Dari situ saya belajar yang prospek akan lebih meluas dengan adanya blog.


Dari pemerhatian saya masa tu, saya akan reach lebih ramai orang bukan setakat daripada kalangan rakan-rakan facebook saya sahaja.

Dan Alhamdulillah, siapa sangka pelanggan saya paling jauh masa tu dari Brunei. Memang saya tak terfikir!

Dan apabila saya buat bisnes Shaklee, ianya lebih mudah dengan blog. Boleh dikatakan 90% pelanggan Shaklee saya memang datang daripada blog yang saya bina sejak 2012 ini.

Menariknya, blog saya ini percuma saja. Cuma baru-baru ini saja upah orang untuk make-over supaya nampak cantik dan mesra pembaca.

Untung ke bisnes dengan blog ni?

Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 4 angka dengan Shaklee setakat ini.

Berbisnes dengan blog ini bukannya senang, tapi tak juga susah. Asalkan ada kemahuan dan kerajinan, sales akan mudah masuk daripada blog.

Apa yang penting, pada peringkat permulaan, kita kena usaha keras supaya blog kita dikenali dan sentiasa berada pada ranking pertama enjin carian Google.

Alhamdulillah, dengan pengalaman sendiri serta tunjuk ajar daripada mentor, saya makin memahami rentak dan permainan bagaimana untuk berbisnes menggunakan medium blog ini.

Saya benar-benar puas hati.

Jika ada yang berminat untuk cuba menjana pendapatan dengan blog, boleh hubungi saya di www.wasap.my/0129645614 (Su).

Saya sediakan ebook umum untuk memulakan bisnes dengan blog.


Manakala ebook khas untuk mereka yang mendaftar menjadi ahli di bawah saya akan saya berikan kemudian.

Dalam buku itu akan ditunjukkan cara lebih lengkap termasuk tip-tip SEO mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Bisnes dengan blog bukanlah sesuatu yang asing. Banyak kelebihan jika menggunakan blog sebagai kedai online kita.

Antara kelebihannya ialah:

1. Ia boleh meluaskan prospek kita ke serata dunia

2. Boleh di akses bila-bila masa

3. Tidak mengganggu waktu tidur atau waktu cuti kita

4. Tidak memerlukan modal yang besar malah percuma!

5. Sesuai untuk mereka yang low profile atau pemalu

Jom kita sama-sama bisnes. Jemput join team saya kemudian binalah empayar bisnes anda sendiri!

Hubungi 012-9645614 sekarang juga!


1 ulasan: