Enter Keyword

Menggigil Dan Berpeluh Tanda Hipoglisemia

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak suatu hari tu, kita rasa badan tiba-tiba menggigil, takde tenaga, rasa berpeluh dan rasa macam nak pitam?

Kalau nak tahu, itulah tanda kita mengalami hipoglisemia iaitu keadaan dimana paras gula dalam badan kita sudah menurun melebihi paras normal.

Saya sendiri kerap juga mengalami keadaan ni terutama apabila menghampiri tengah hari walaupun saya ada mengambil sarapan pada awal pagi.

pengedar shaklee kuantan

Dulu, semasa hamil, saya ada berjumpa pakar pemakanan lalu saya menceritakan keadaan tu kepada beliau.

Pakar pemakanan kata, memang ada banyak makanan yang kita makan boleh menyebabkan gula naik cepat tapi cepat menurun.

Antara makanan tersebut ialah
  • nasi
  • mee
  • kueh tiaw
  • makanan bertepung putih
Kenapa hipoglisemia boleh berlaku?

Glukos ialah sejenis gula yang ditemui dalam darah kita. Apabila kita makan, glukosa dalam darah akan meningkat.

Secara normal, bila glukosa dalam darah meningkat, badan kita secara automatik akan membebaskan hormon insulin. Insulin berfungsi supaya sel badan kita menyerap glukosa tadi dan kandungannya dalam darah akan menurun secara perlahan-lahan. 

Bagi orang yang mengalami hipoglisemia, badannya melepaskan terlalu banyak insulin selepas kita makan. Oleh itu ia menyebabkan penurunan gula mendadak dalam darah. Apabila penurunan melebihi paras normal, hipoglisemia berlaku.

Begitu juga bagi orang yang tidak mengambil sebarang makanan dalam tempoh yang lama. Paras glukosa akan menurun dan jika terus tak makan, hipoglisemia akan berlaku.

Bagaimana nak cegah hipoglisemia?

Kalau kita berada di rumah, ok lah juga. Macam mana kalau kita berada di luar? Tengah kerja? 

Badan kita menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga. Jika terasa badan dan mula nak hipo, cepat-cepatlah makan. 

Untuk mencegah berlakunya hipoglisemia kena juga jaga pemakanan kita. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan glukosa naik tinggi (sebab kita tak mau insulin dilepaskan terlalu banyak).

Oleh itu cuba elakkan makanan yang saya sebut di atas. Antaranya lagi termasuk juga:
  • gula-gula
  • air kotak
  • air soda atau minuman bergas
  • dan sebarang minuman yang bergula seperti jus buah dalam kotak
Semua minuman ni memang akan buat kita cepat bertenaga, tapi cepat juga buat gula darah drop. Lagipun tidak bagus diambil selalu kerana boleh menyebabkan punca penyakit. 

Makanan terbaik untuk mencegah daripada berlakunya hipoglisemia ialah banyakkan makan makanan berkarbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas.


Karbohidrat kompleks lebih bagus sebab ia mengandungi fiber dan kanji yang mana usus kita mengambil masa untuk memecahkannya menjadi glukos.

Makanan jenis ini juga duduk lebih lama dalam usus dengan itu kita akan rasa kurang lapar. Selain itu, makanan jenis ini biasanya mengandungi indeks glisemik rendah (GI rendah).

Jika memang jenis kerap mengalami hipo, sediakanlah makanan atau minuman yang dapat membantu mengurangkan gejala tersebut contohnya kismis, buah kurma, minuman protein shake seperti ESP, serta buah-buahan dan sayur sama ada dijadikan salad atau makan begitu saja.

Ambillah juga makanan dengan kerap untuk mengekalkan paras gula sihat dalam darah.

Bahaya ke hipoglisemia?

Sudah tentulah bahaya. Setiap sel dalam badan kita ni amat memerlukan glukosa untuk berfungsi. Apabila glukosa terlalu rendah, sel kita akan 'kelaparan' tenaga. 

Kita akan rasa simptom seperti di atas tu tadi. Dan jika keadaan berlanjutan, kita boleh rebah tidak sedarkan diri dan boleh juga menyebabkan kematian. 

Tahukah anda?  Apabila gula drop tengah malam, kita akan mengalami mimpi ngeri ,menangis dalam tidur ðŸ˜­   dan tingkahlaku yang pelik2🤔


Hipoglisemia atau hiperglisemia, memang selalunya ada kaitan dengan kencing manis. Jika memang ada penyakit kencing manis dan kerap mengalami hipoglisemia, berbincanglah dengan doktor ya. 

ESP Shaklee bantu kurangkan hipoglisemia!

Eh, betul ke?

Mestilah betul.

ESP Shaklee ni serbuk kacang soya premium yang kaya protein serta mengandungi karbohidrat kompleks. Bukan tu je, indeks glisemik ESP ni rendah jadi gula dalam darah tidak akan naik mendadak.

Sesiapa yang minum ESP Shaklee ni pasti akan rasa:

1. Lebih bertenaga dalam masa yang lama

2. Kenyang lebih lama

3. Paras gula darah sentiasa terkawal (bagus untuk pesakit diabetes)

Bukan itu saja, badan lebih sihat dan jarang sakit. Protein kan asas kepada pembinaan sel.

Sebab itu ramai yang sukakan ESP Shaklee ni. Dari ibu mengandung hinggalah ke nenek yang tiada selera makan. ESP boleh jadi meal replacement bagi orang yang tiada selera makan, tapi nak sumber protein untuk kekal bertenaga.

Banyak lagi sebenarnya khasiat ESP ni. Saya sendiri pengamal tegar sejak lima tahun dulu. Anak-anak saya pun cukup suka!

Bila saya terasa nak hypo je (walaupun stay di rumah, kebizian menyebabkan saya jarang makan) cepat-cepat saya bancuh ESP ni. Alhamdulillah, segar kembali. Macam tu juga bulan puasa. Saya minum ESP masa sahur lepas makan nasi. 

Pada anda yang selalu mengalami hipoglisemia, ataupun yang jenis sibuk sangat sampai selalu tak sempat nak makan, shake aje ESP ni. Mesti puas hati!

Jika berminat nak beli, boleh beli secara online bagi pemegang kad debit atau kad kredit. Klik di bawah:


Atau boleh juga menghubungi saya :



ID: 868994

*Produk ini tidak bertujuan untuk merawat penyakit, ia adalah suplemen yang mencukupkan zat nutrisi sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan